Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 1 April 2013

Terkini !! Zambry Terus Martabat Islam dengan Umum Pembinaan Ma'ahad Tahfiz setiap Daerah ..


130331-maahad1Kerajaan Negeri Perak akan membina Ma’ahad Tahfiz di kesemua daerah di negeri ini untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa menitikberatkan ilmu agama disamping mengerjakan aktiviti seharian.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, setakat ini lima daerah negeri ini iaitu di Lenggong, Kerian, Sungai Siput dan Tapah telah mempunyai Ma’ahad Tahfiz dan yang terbaru bakal dibina di Pulau Pangkor.

“Hari ini saya merasmikan majlis pecah tanah bagi projek Ma’ahad Tahfiz, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kita akan bina sekolah tahfiz di setiap daerah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Tapak Projek Ma’ahad Tahfiz Pulau Pangkor, di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang bakal menuntut di sekolah ini akan ditempatkan di asrama dan projek ini diharap memberikan kualiti pendidikan yang baik untuk mencapai tahap kecemerlangan yang terbaik, sebaris dengan pelajar daripada sekolah harian yang lain.

“Disamping belajar mengaji Al-Quran, belajar ilmu keislaman, mereka juga akan mengambil peperiksaan PMR, SPM, dan STPM seperti pelajar sekolah harian dan juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam mahupun luar negara,” katanya.

Dr Zambry berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk projek ini dan kerajaan negeri akan mempertimbangkan lagi sekiranya terdapat kos tambahan yang diperlukan.

“Ini merupakan projek fasa pertama dan kerajaan negeri masih mempertimbangkan untuk menambah peruntukan untuk projek ini kepada RM10 juta sekiranya terdapat penambahan yang diperlukan,” tambahnya.

Beliau juga berkata, pihak kerajaan negeri tetap tidak akan melupakan Ma’ahad Tahfiz swasta yang lain dan akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada mereka.

“Kerajaan negeri akan terus memberikan bantuan dan sumbangan kepada Ma’ahad Tahfiz swasta yang lain, tetapi untuk projek seperti ini kesemua Ma’ahad yang bakal dibina akan diletakkan sepenuhnya dibawah bantuan kerajaan negeri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...