Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 1 April 2013

Tragis !!! Motosikal Meletop??


PATTANI 31 Mac - Dua anggota tentera Thailand terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu serangan bom motosikal di daerah Mayo, di sini semalam.

Serangan tersebut berlaku sehari selepas Komander Unit Rondaan, Kapten Siwat Sripuyo terbunuh dan 14 anggota unitnya cedera dalam serangan hendap di daerah Rueso, wilayah Narathiwat, kelmarin.

Sumber polis melaporkan, serangan bom berkenaan berlaku pada pukul 2.30 petang semalam ketika enam anggota tentera terbabit meronda di sebatang jalan di Ban Khaek Thao dekat Koh Chan dengan menaiki sebuah trak.

Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Maromalee Hama, 27, dan Nithi Chanowan, 25 tahun. Mereka meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital berdekatan.

Empat anggota tentera yang cedera dikenali sebagai Sompong Klanniam, 29, Thannandorn Kaeokhao, 28, Kriangsak Srikhet, 37, dan Mahamadarulee Malayu, 19 tahun.

Siasatan polis mendapati kira-kira 10 kilogram bahan letupan dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan di situ sebelum ia diletupkan.

Pertempuran selama lima minit turut berlaku antara kumpulan penyerang dan tentera selepas bom terbabit meletup.

Di YALA, seorang suspek kumpulan pemisah yang dikehendaki polis atas dakwaan melakukan lima serangan pistol di daerah Than To antara 2005 dan 2009, ditahan polis, semalam.

Suspek, Abdullah Pula, 34, ditahan di sebuah tempat persembunyian di ladang getah di Ban Rae selepas polis mendapat maklumat daripada penduduk kampung. - AGENSI



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...