Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 14 August 2013

TERKINI !!! BERITA TERBARU !!! PEMILIHAN PERWAKILAN PEMUDA UMNO BATU GAJAH MAKIN PANAS !!! SIAPA YANG LAYAK !!!


Mungkin Gambar Ini salah satu lipatan sejarah buat pemuda UMNO dahulu kala yang berkisarkan tentang siapa yang patut dipilih oleh orang muda khususnya untuk mewakil suara -suara mereka di peringkat cawangan mahupon bahagian.Saja penulis mengambil gambar ini.Gambar yang telah lama boleh dijadikan bahan untuk diceritakan pada tatapan umum.

Bahang pemilihan UMNO sudah pon semakin memuncak tidak kira dari peringkat Majlis Tertingginya,di peringkat Pemuda UMNO nya,di peringkat Wanitanya mahupon diperingkat lain. Semuanya menampakkan satu game serta satu gerak kerja pemilihan yang telah dibuat dalam bentuk sistematiknya.

Berbalik pada cerita penulis ,Penulis melihatkan keadaan penulis yang juga orang Batu Gajah Perak memang menampakkan sejak lebih kurang 5 tahun penulis menceburi bidang Politik,pemulis tampak satu yang kurang enak berlaku didalam UMNO Bahagian Batu Gajah Khususnya Pemuda .

Apa yang penulis Lihat sejak memasuki politik Batu Gajah,Penulis berpendapat tiada langsung aktiviti pemuda yang melibatkan pemuda UMNO di Bahagian Batu Gajah Perak.Penulis berpendapat sebagai orang Muda UMNO yang juga satu tunjang buat semua parti harus meneruskan tradisi merapatkan semua pemuda bagi menjadi tunjang sebuah kekuatan jentera untuk menghadap setiap perkara.

Dalam Hal ini penulis berpendapat,Pemuda UMNO Batu Gajah Khususnya Golongan muda perlukan perubahan terutamanya penulis berpendapat Pemuda berkehendakkan satu Ketua yang boleh menjadi Ketua Kepada semua Pemuda Bahagian dan Cawangan,pemuda juga berkeinginan untuk melibatkan diri dalam program yang berbentuk masyarakat serta program yang sihat untuk pemuda.

Nasihat Penulis Hanya satu sahaja,Buat seluruh perwakilan Pemuda Di Bahagian Batu Gajah,pilihlah Ketua yang boleh memberi manfaat pada semua penyokongnya ,bukan memilih orang yang hanya pandai tunjuk muka dikala pemilihan sahaja tetapi lepas pemilihan terus hilang.Sampai Bila arena Politik Pemuda UMNO Batu Gajah terus kesepian tanpa sebarang aktiviti. Jadi Fikir2 kan secara mendalam apa pendapat penulis Buat semua perwakilan Khususnya Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Batu Gajah Perak.

Insyallah dilain masa akan penulis Kupas siapa yang lebih layak bertanding diperingkat pemuda UMNO Batu Gajah.

MohNyokongOrangKiter

PANAS !!! KENYATAAN PANAS IRWAN FAHMI TENTANG ISU SURAU DICEMARI DI JOHOR!!!

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA TENTANG ISU SURAU DICEMARI DI JOHOR
Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
6 Shawal 1434 / 13 Ogos 2013

Sekali lagi negara dikejutkan dengan penyebaran video penggunaan surau disebuah resort diselatan tanah air oleh sekumpulan penganut Budha yang telah mencetuskan kontroversi.

Walau apa alasan yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab membenarkan surau digunakan  oleh bukan Islam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.   

Dimana letak kesucian surau tersebut? Jika ianya bebas digunakan oleh pihak bukan Islam.

Tindakan pihak pengurusan tersebut adalah jelas sesuatu yang tidak boleh diterima oleh sekalian umat Islam,dimana perkara ini boleh menimbulkan ketengangan antara kaum.

Tolenrasi dalam beragama ada batas batas dan komprominya, jangan hanya memikirkan keuntungan dari segi kewangan,agama dilihat perkara nombor 2.

Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berlaku pada masa hadapan dan Wira Perkasa Malaysia mendesak tindakan yang  sewajarnya harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab dalam menangani isu sebegini agar tidak berulang lagi pengajaran pada yang pihak lain agar lebih sensitif dalam isu isu berkaitan dengan agama.

Kebelakangan ini penghinaan terhadap umat islam semakin menjadi-jadi. 

Pihak berwajib perlu menjalakan siasatan dan jika di dapati bersalah hukum dengan hukuman yang setimpal. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...