Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 1 February 2013

Noh Omar ucap tahniah pd Mb selangor??


SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar secara sinis mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mahu membubarkan Dun Selangor lebih awal.

Noh berkata, kenyataan itu secara tidak langsung membuktikan bahawa Abdul Khalid telah bersetuju bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah bersih.

Beliau berkata, pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini berdolak-dalik mengatakan Selangor tidak mahu mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan selagi SPR tidak membersihkan daftar pemilih.

"Kita mengucapkan syabas kepada Menteri Besar Selangor. Beliau sendiri nampaknya tidak sabar-sabar hendak membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya. Beliau secara tidak langsung telah bersetuju bahawa daftar pemilih SPR telah bersih," katanya, semalam.

 Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan Dun Selangor lebih awal iaitu selepas sambutan Chap Goh Meh hujung bulan ini.

Noh berkata, jentera BN Selangor sudah bersedia bila-bila masa sekiranya Dun dibubarkan dan yakin akan menawan semula negeri ini.

"Kita berharap pakatan pembangkang akan menerima apa sahaja keputusan pilihan raya itu nanti. Kita tidak mahu apabila kalah, macam-macam tuduhan yang dilemparkan kepada SPR dan juga BN."Kita juga berharap PRU13 berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi atau tindakan tidak sepatutnya daripada penyokong dan pemimpin parti pembangkang," katanya.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa mereka tidak akan mengikut jejak Selangor, Noh berkata,itu membuktikan bahawa pakatan pembangkang sememangnya tidak pernah sepakat.

"Dalam membuat keputusan yang begitu besar melibatkan kepentingan rakyat mereka tidak sehaluan, menunjukkan pakatan pembangkang sebenarnya sebuah parti cacamarba."Mereka tidak layak untuk mentadbir negeri," katanya.-SH

Ustaz Nasha akan sertai ILMU ?

ilmu ustaz nasha

" Dan baru-baru ini apabila beliau dipecat daripada ahli majlis syura Pas, ada sebahagian sahabat-sahabat kita yang mencadangkan agar Ustaz Nasha masuk menyertai iLMU. Orang bertanya pendapat saya, maka saya katakan dengan hati yang terbuka, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum. Sekiranya Ustaz Nasha sudi bersama-sama dengan kami, maka apa salahnya."
sumber ufb.

[Video] Gempar !!! Ustaz Nasha akan sertai ILMU ? @ustazfathulbari @abuaqifstudio. #1Malaysia

Tilawah BIBLE,Di Indonesia Sudah,mungkin lepas ini giliran Malaysia


Begitulah yang berlaku dalam satu majlis konvokesyen di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta di bawah Yayasan Misi Global Kalimatullah – 29 Mac 2003. Apa yang kita tahu, di Malaysia selama ini kita hidup harmoni dengan penganut Kristian.

Rasanya sebahagian besar masyarakat Kristian sendiri pun tidak pernah terfikir bahawa wujud keperluan untuk mereka menggunakan kalimah Allah itu. Di Sabah dan Sarawak memang ia berlaku dan tidak ada ada masalah. Semua pihak bertolak ansur. Satu budaya yang diterima di sana tetapi bukan di semenanjung.

Isu itu pernah panas satu ketika dahulu tetapi sudah dilupakan pada satu peringkat atau menjadi sejuk. Benda kembali menjadi buruk bila datangnya orang politik seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahukan kalimah Allah dikongsi dan sebagainya.

Mewujudkan satu perkara yang selama ini tidak menjadi isu pun sehingga mewujudkan bibit-bibit rasa benci antara kedua agama yang lazimnya hidup penuh harmoni. Untuk apa Guan Eng cakap menjerit-jerit pasal perpaduan dan menjaga semua kaum semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat tempoh hari jika beberapa minggu sebelum itu dia sendiri memulakan sesuatu yang tidak mencerminkan perkara itu.

Lagi menarik, selepas melontar persoalan yang menggangu status-quo hubungan antara agama di negara ini, Guan Eng – dari kumpulan yang mengaku memperjuangkan kebebasan media – kerap kali melarikan diri daripada media apabila diminta menjelaskan lanjut isu yang dimulakan kembali olehnya ketika sambutan Krismas tahun lalu.

Lagi Disini

Perdana Menteri Jadi Mangsa Pengacara Wanita Tak Berseluar Dalam


Perdana Menteri Serbia, Ivica Dacic,  dibuat tak berkedip oleh seorang presenter ‘nakal’ berpakaian seksi dalam sesi wawancara untuk televisyen di Croatia. Dacic bahkan harus menelan air ludah nya sendiri saat presenter seksi itu sengaja membiarkan skirtnya terbuka dan memperlihatkan bahagian dalam kewanitaannya. Wow!

Lagi Di SINI

Rawat Sihir 'Holy Water' Kristian


Cara penyebaran agama Kristian :

Mereka mendekati orang yang mempunyai masalah percintaan, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah belajar dan sebagainya.

1. Mereka sering berjumpa dan beramah mesra dengan orang tersebut supaya mereka menjadi mesra dengan orang yang bermasalah tersebut.

2. Mereka menyelami masalah orang tersebut dengan memberikan saranan dan nasihat yang berkaitan dengan agama kristian.

3. Mereka berikan duit kepada orang tersebut sambil berkata pertolongan perlu diberikan tanpa mengira agama. Mereka juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada orang tersebut.

4. Mereka bawa orang tersebut menaiki kereta sambil memasang ceramah kristian supaya didengari orang tersebut.

5. Mereka membawa atau mempelawa orang tersebut ke rumah mereka, apabila orang tersebut setuju mereka terus bawa ke rumah. Apabila berada di rumah mereka menceritakan tentang kristaan dan memasang ceramah kristian.

Lagi Di Boodak Benteng

Abby udah sedar??


Memetik dari blog Sangkakalajari9,tengok sahaja tweetnya,la bawu nak sedar ke minah oi.Aduhai baru sedar rupanya Pas Bertanding 70 kerusi berbanding Dap sendiri.

Layan di Sangkakalajari9

Sharnaaz cabar ND Lala jumpa berdepan, jangan pusing cerita


Jadilah seperti seorang lelaki” adalah antara kenyataan balas yang dikeluarkan sendiri oleh Sharnaaz Ahmad kepada ND Lala yang juga merupakan bapa kepada kekasihnya, Shila Amzah.

Menurut pelakon yang sedang hangat dengan filem Juvana ini, Sharnaaz mengaku bahawa dia sudah bersedia untuk berjumpa dengan ibubapa Shila. Namun, dia menjelaskan bahawa ND Lala tidak mahu bersemuka dengannya.

“Terpulanglah dia hendak cakap apa. Saya tidak terkejut bila membaca kenyataan dia. Sebab, itu memang cara dia. Tapi, kalau saya hendak datang merisik atau meminang Shila, sudah tentulah saya akan berjumpa dengan dia (ND Lala) dengan isterinya.

“Malah, saya bersedia untuk berjumpa dengan dia (ND Lala) bila-bila masa saja. Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita.”

Artikel Penuh; SINI

Apa yang menarik Di My Beautiful Day @ KG Cempaka Sari,Ipoh???


Bertempat di kampong cempaka sari ipoh Perak, akan berlansungnya salah satu program yang di anjurkan oleh 1Malaysia For Youth (iM4U). Kampung cempaka sari telah dijadikan salah satu tuan rumah atas persetujuan perbincangan 12 ketua kampong. Antara ketua2 kampung yang terlibat adalah dari –
(1)    Kampung BUNTONG
(2)    Kampung SRI AMAN
(3)    Kampung LAHAT
(4)    Kampung PENGKALAN GATE
(5)    Kampung PENGKALAN TIN
(6)    Kampung PENGKALAN PEGOH
(7)    Kampung CHANGKAT LARANG
(8)    Kampung CEMPAKA SARI
(9)    Kampung SRI KINTA
(10)Kampung PASIR PUTEH
(11)Kampung TEBING TINGGI
(12)Kampung KUALA PARI


Menurut maklumat yang aku perolehi dari Tok Sidang Arshad (ketua kampong cempaka sari )  Program ini akan di rasmikan oleh Senator Dato Azian Haji Osman, selaku ketua bahagian UMNO Ipoh Timor. Antara tetamu kenamaan lain yang akan hadir nanti adalah
1.       Dato Thong Fah Chong ( Pengerusi BARISAN NASIONAL parlimen Ipoh timor)
2.       Dato Ridzuan Kassim ( Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timor )
3.       Saudara Khairul Anwar (Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Timor )

Jemputan melibatkan 12 ketua kampung dari kawasan Lahat, 9 Buah sekolah TABIKA KEMAS, 70 murid dari sekolah menengah Kampung Pasir Puteh, 80 murid dari sekolah menengah jalan pasir puteh.
Antara atucara sepanjang majlis:

7.00 pagi – Senam seni
8.30 pagi – Gotong Royong beramai-ramai  / Gotong Royong memasak
10.00 pagi – Pertandingan
(1) Sepak Raga Ratus
(2) Bowling Buah Kelapa
(3) Anyam Ketupat
(4) Congkak
(5) Mewarna ( untuk 200 kanak-kanak sekolah TABIKA KEMAS )
12.00 – Makan Tengahari

Dijangka seramai 1200 orang yang akan hadir untuk bersama dalam majlis ini. Tok Sidang Arshad dari kampong Cempaka Sari menjemput seluruh rakyat Malaysia yang berdekatan untuk hadir meramaikan lagi majlis ini nanti.


Tahniah Anak Jati Malaya ucapkan kepada Tok Sidang Arshad kerana bertungkus lumus membuat persiapan untuk program ini.



Wartawan Penyamun??



'Modus Operandi' Mamat ni adalah dengan menyamar sebagai wartawan dan mendekati mangsa dengan alasan kononnya untuk menjalankan interview dan diwawancara sebagai bahan berita.

Setakat ini, 8 telefon bimbit dan sebuah kamera DSLR Nikon berjaya disamun.

Mamat ni aktif menjalankan kerja-kerja haram ni di area Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa-mangsanya juga 'terkena' di Terminal One.

I4TT difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Seremban 2.

So, kalau korang ada ternampak mamat ni, jangan kasi lepas.

Pakat-pakat lah hantar mamat ni ke balai polis berdekatan ok.

Jangan lupa share info ni pada kawan-kawan dan saudara-mara, dengan ini dapat mengelakkan mereka jadi mangsa pukau dan samun macam ni.

Sumber > I4TT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...