Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Wartawan. Show all posts
Showing posts with label Wartawan. Show all posts

Tuesday, 12 March 2013

Wan Azizah tidak layak memipin Keadilan??



SEHINGGA hari ini, saya masih lagi ahli Keadilan (PKR), Setiausaha Politik Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Ampang) dan Pegawai Diplomasi Sulit (Antarabangsa) buat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak pernah meletak jawatan dan juga tidak pernah disuruh untuk berhenti bertugas oleh kedua-duanya.

Saya memahami situasi, keadaan dan alasan sehingga memaksa Zuraida untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sehingga hari ini juga, saya tetap komited bersama perjuangan Keadilan dan sebagai ahli parti – adalah hak saya untuk bersuara, sejajar dengan Perlembagaan Parti yang ditetapkan.

Saya berharap Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah tidak memecat saya kerana adalah tanggungjawab buat saya untuk bercakap benar – bahawa Wan Azizah tidak layak untuk memimpin Keadilan menjelang pilihan raya akan datang kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen.

Di manakah maruah parti jika pemimpin Presiden sendiri tidak boleh bertanding?

Namun, saya tetap bersedia dengan sebarang tindakan parti termasuk tindakan disiplin atau pemecatan.

Walau bagaimanapun, andai ianya tetap berlaku – demi mempertahankan hak saya, saya juga bersedia dan tidak akan teragak-agak untuk membongkar perihal sejak bila wujud perasaan cemburu dan hasad dengki Wan Azizah terhadap saya.

Pimpinan harus faham bahawa sikap cemburu melampau Wan Azizah terhadap beberapa pemimpin dan pekerja dalam parti ini lambat laun akan menghancurkan PKR.

Kelangsungan PKR dan kecemerlangan Pakatan Rakyat adalah lebih utama dan prioriti berbanding kepentingan individu dan peribadi Dr Wan Azizah.

Friday, 1 February 2013

Wartawan Penyamun??



'Modus Operandi' Mamat ni adalah dengan menyamar sebagai wartawan dan mendekati mangsa dengan alasan kononnya untuk menjalankan interview dan diwawancara sebagai bahan berita.

Setakat ini, 8 telefon bimbit dan sebuah kamera DSLR Nikon berjaya disamun.

Mamat ni aktif menjalankan kerja-kerja haram ni di area Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa-mangsanya juga 'terkena' di Terminal One.

I4TT difahamkan laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Seremban 2.

So, kalau korang ada ternampak mamat ni, jangan kasi lepas.

Pakat-pakat lah hantar mamat ni ke balai polis berdekatan ok.

Jangan lupa share info ni pada kawan-kawan dan saudara-mara, dengan ini dapat mengelakkan mereka jadi mangsa pukau dan samun macam ni.

Sumber > I4TT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...