Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 29 September 2013

PANAS !!! CALON NKP AZWANBRO UPAH BLOGGER???


Nama AzwanBro Kini menjadi sebutan para perwakilan pemuda UMNO khususnya . Nama yang tidak asing dinegeri Perak dengan berjawatankan Ketua pemuda UMNO Perak .Kali Ini aku berkesempatan membaca satu entri daripada Blog Double Y ,Menurut Blogger tersebut ,Azwan Bro telah mengupah Blogger,Betulke??

Sedikit kata-kata dari blog Double Y yang teman dapat petik . Penyokong Jamawi Jaafar tampil dengan hujah konon JJ akan menang kerana dia lebih popular di pusat, penyokong Lokman Adam pula tampil dengan hujah bahawa Lokman Adam bakal memenangi jawatan nombor dua dalam pergerakan pemuda berdasarkan populariti carian google. 

Manakala penyokong Azwanbro yakin perwakilan akan memilih Azwanbro berdasarkan kejayaannya mengetuai Pemuda UMNO di Perak begitu juga dengan saya. Keyakinan ini berdasarkan perjalanan politik, kelulusan serta hasil usaha yang dilakukan oleh Azwanbro di Perak.

TERKINI !!! AKU MENCABAR AMBIGA AGAR PANTAU PEMILIHAN CEC DAP DULU SEBELUM NAK CONDEM PRU

Pemilihan Cec yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja diharapkan  pDa pemilihan yang akan datang berpaksikan integriti . Ini kerana apa yang akumlihat dari perpektif dari seorang rakyat adalah pemilihan cec ini hanya syok sendiri.

Hari ini , aku sendiri ingin mancabar Ambiga agar diadakan Bersih DAp utk pemilihan CEC Dap yg aq nmpak ke araha yang menguntungkan sebelah pihak bg mengekalkan kuasa sahaja. 


Oi ambiga sebelum kau nak bersihkan pilihanraya umum Malaysia ,baik kau pergi buat tuntutan kat Dap agar disegerakan pembersihan didalam pemilihan Cec itu sendiri.

Jangan hanya pandai berkata,berteriak sana sini ,tengking sana sini,tuduh sana sini , mengatakan pilihanraya dalam negara tidak adil walhal apa yang aku lihat pru adalh satu medan yang baik utk pemilihan walhal dlm pemilihan parti korang sendiri tak berapa nak betul n tak menyakin.

Hey kemonlah aku cabar kau ni . Bersihkan dulu parti ko daripada nak bersihkan pru . 

Saturday 28 September 2013

SYIAH MALAYSIA PANAS PONGGONG !!! Kecut Anu Tak Berani Tunjuk Jantan

Syiah



GOMBAK - Serbuan Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), ke atas markas  Syiah di Sri Gombak malam tadi  menemui jalan buntu apabila tiada seorang pun ahli Syiah yang berjaya ditahan oleh penguatkuasa.

Seolah-olah mengetahui kehadiran penguatkuasa, markas Syiah itu sunyi sepi tatkala serbuan dibuat.

Sebelum itu, penguatkuasa Jais terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk memecahkan mangga di pintu, sebelum berjaya memasuki markas berkenaan.


Tatkala menjejaki ke dalam markas berkenaan tulisan memuji serta memuja Saidina Ali tertera di dinding markas berkenaan.


Lagi di Sinar Harian

TERKINI !! HARGA MINYAK NAIK BUAT PENCACAI MENGGELETEK ??

Agak mengejutkan teman semalam para pencacai menyalak bagai nak rak kononnya harga minyak naik .Tetapi langsung tak naik pon la .

Jangan jadi biul boleh tak. Duk ikut je cakap pemimpin korang yang membuat satu kenyataan tanpa fakta dan bukti .


Menurut my massa,Poster khas buat MACAI PR yang sudah mula asah peluru untuk tembak Kerajaan. Hari ini khabar angin yang mendakwa harga Ron 95 bakal dinaikkan lagi sudah mula tersebar. Puncanya bermula daripada berita akhbar pro-pembangkang yang pakai kulit  NEUTRAL untuk melariskan jualannya.

baca lagi disini

Friday 27 September 2013

TERKINI !!!PENGAKUAN TUN M BERKENAAN DENGAN USTAZ AZIZAN,BEKAS MB KEDAH !!!


BekasPerdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak adalah sahabat baik beliau walaupun berlainan ideologi politik.


"Walau pun daripada parti lain, kita tak kira, sahabat tetap sahabat, politik tetap politik. Hubungan saya baik dengan dia.


"Beliau tak keterlaluan, sanggup berbaik-baik, sanggup cuba luluskan permintaan orang ramai tanpa kira parti. Dia juga seorang yang pegang kuat pada ajaran Islam yang sebenar dan tak pernah menyeleweng," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis pengebumian Azizan di Tanah Perkuburan Muassasah Darul Ulum hari ini.

Yang turut hadir ialah isteri beliau Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Azizan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.05 pagi ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah akibat jangkitan kuman dalam darah dan kegagalan organ yang pelbagai - UM

TERKINI !!! KHAIRY JAMALUDDIN LANGGAR MANUSIA YANG TAK BERAKAL ???


Jawatankuasa Pemilihan UMNO perlu menghayati pindaan perlembagaan parti itu dan bukan mentafsirkannya bagi tujuan menghalang pemimpin daripada bertanding.

Matlamat asal pindaan pelembagaan itu adalah untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang demokratik dan dinamik yang mahu menggalakkan pemimpin berwibawa menaiki hierarki parti dan bukan menjadi penghalang.

Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan nama kerana dikatakan tidak cukup kelayakan!! Hanya kerana tidak menjadi AJK di bahagian sepenggal sedangkan Jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah Heriaki yang lebih tinggi dari AJK bahagian.

Baca Lagi Di Belia Bangkit

PANAS !!! KOMEN PENJAJA TUBUH



Buat renungan Dr Maza,Harakah dan Faceboker anti kerajaan yang  pandai cuba nak aib kan Ulama Umno dalam harakah semalam last last rupanya mereka sendiri yang mengaibkan diri sendiri
  1. Babi pun bagun pagi cari rezeki
Kenyataan dari bloger tersebut tidak menujukan babi itu di tafsirkan kepada orang yakni individu tertentu malah itu hanyalah perumpamaan dan jika kita lihat dari kenyataan Nik Aziz sendiri menyamakan sesiapa yang mengambil Brim sebagai lembu dan ayam yang berebut mengambil makan
Apakah bezanya lembu dan babi dari segi jenis binatang dan kenapa pula Dr Maza retorik dan tidak komen pasal itu sedangkan perkara itu ditujukan pada orang yang mengambil pemberian brim itu dan dalam kes bloger Abu aqib tidak menujukan pada orang atau mana mana individu
malah diakhir ayat ada tanda titik dan untuk makluman apa yang di ucap abu aqif mengisahkan yang binatang pun tidak mengharap subsidi.ok mari kita tengok ayat pengomen facebooker kurang ajar ni kutuk Ulama terang terangan yang dimasukkan dalam berita harakah semalam 
Ayat dibawah jelas kenyataan fitnah facebooker pakatan pembangkang membuat pertuduhan dibawah ternyata tuduhan bersifat umum kerana setiap parti punyai masaalah yang sama itu bergantung pada individu tidak boleh nak menuduh kepada semua orang
Satu komen yang diberikan oleh pembaca Harakahdaily yang menggunakan nama Nur Jannah berhubung perkara itu boleh pula dijadikan renungan kepada semua pihak betapa dajjalnya harakah memfitnah orang dengan komen bodoh pencacainya di fb pun menjadi sumber fitnahnya.
Pandai pulak ulamak UMNO ni kata babi pun pandai bangun pagi cari rezeki, tapi berapa ramai pemimpin UMNO yang tak tak pandai bangun pagi cari rezeki sendiri, yang dia orang tau makan RASUAH, adakah mereka ini staraf dengan Babi @ lebih hina? sebab Babi tak makan rasuah, Ulamak UMNO tolong jawab,” tulisnya
Ayat faceboker yang kononnya baik ini pun harakaahkaahkaah nk buat modal fitnah jelas kenyataan fitnah facebooker pakatan pembangkang membuat pertuduhan dibawah ternyata tuduhan bersifat umum kerana setiap parti punyai masaalah yang sama itu bergantung pada individu tidak boleh nak menuduh kepada semua orang
Untuk makluman bekas adun Permatang pun juga didapati bersalah dalam kes rasuah dan lebih teruk di jatuhkan hukum penjara dan 2 sebetan
Jadi tak perlu dijawab Ulama Umno kita sendiri dah tau jawapannya ialah Pas Retorik dalam memperjuang Islam itu sahaja jawapannya almaklumlah paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih

Dr Maza pandai nak tegur bloger Abu aqif dalam harakah !!! Nik Aziz tak nk tegur

TERKINI DAN PANAS !! Video Panas Solat Jenazah kena Bayar Tol



Gua sebenarnya agak terkejut dengan budaya yang dibawa oleh mereka,sejujurnya teman tak penah nengok lagi kalau nak sembahyang jenazah kene bayar dulu baru boleh sembahnyang .Mungkin adat mereka kut !!

Nak tengok video klik sini 

TERKINI!!! BINO MAT YO MENGGELUPOR MINTA MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA!!


Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. 

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu. 


“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. 
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.


Baca lagi Di

Thursday 26 September 2013

TERKINI !!! Punca Sebenar Kematian Ustaz Azizan Akhirnya Terdedah!!!


Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Nor Zaini Morad berkata, melalui diagnosis yang dijalankan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah.

''Allahyarham mula kritikal sejak awal pagi semalam setelah jantung terhenti kira-kira pukul 3 pagi semalam.

''Selepas itu Allahyarham diberikan rawatan intensif dan antara organ yang gagal berfungsi ialah buah pinggang, organ mata, lemah saraf dan keadaan peredaran darah yang lemah di bahagian kaki.

Menurutnya, selain itu, Allahyarham juga menghidap komplikasi akibat penyakit diabetis.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira pukul 5 petang ini. - UTUSAN ONLINE

TERKINI !!! USTAZ AZIZAN BEKAS MB KEDAH MENINGGAL,ALFATIHAH


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 11.15 pagi tadi.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya.... 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang soleh dan beriman.... ameenn...

Untuk info.... Allahyarham adalah ADUN Sg. Limau, menang dengan majoriti 2,774 dalam PRU 13 yang baru lalu....

TERKINI !!! KEADAAN TERKINI USTAZ AZIZAN,BEKAS MB KEDAH !!!


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi.

“Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi.

Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung,” katanya.

Menurutnya, Azizan juga masih belum membuka mata sejak kejadian itu, dan dilaporkan tekanan darahnya juga rendah.

“Minggu lalu, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menziarahi Azizan, beliau kelihatan gembira dan berbual-bual, namun pada ketika itu, semua pelawat dikehendaki memakai sarung tangan dan pakaian khas untuk elak jangkitan,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, Pas Kedah telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Zuhur tadi dan turut mengarahkan semua Pas kawasan berbuat demikian.

“Saya harap semua berdoa untuk kesejahteraan Azizan yang kini bertarung nyawa. Saya sebak membaca komen-komen positif sejurus berita ini dikemaskini di Facebook, ini menunjukkan beliau disayangi dan disenangi ramai,” katanya.

Menurutnya, kondisi Azizan yang tidak stabil turut dimaklumkan kepada kepimpinan Pas Pusat.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik.

Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB, 13 Ogos lalu. ~SH

Wednesday 25 September 2013

PANAS!! MUKHRIZ MELUTUT PADA NAJIB??

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal membuat negeri Kedah hilang punca.

Beliau berkata demikian ketika sesi Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian yang mengupas tajuk Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia, semalam.

Merujuk Kedah sebagai periuk nasi negara dengan hasil pertaniannya, beliau akui bimbang jika TPP itu ditandatangani.

"Kedah merupakan periuk nasi negara. Walaupun begitu, apa yang kita keluarkan kadang-kadang tidak mencukupi untuk permintaan dalam negara.

"...industri pertanian khususnya padi satu-satunya sumber hasil Kedah. Kalau TPP membuka peluang untuk negara kita mengimport segala-galanya, maka, Kedah tiba-tiba bakal kehilangan punca. Yang ini menimbulkan kebimbangan," katanya.

Beliau juga telah memanjangkan kebimbangan itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Saya sendiri ada timbulkan kebimbangan soal pertanian, IKS, hak intelek dan beliau memberi jaminan bahawa sebelum dokumen-dokumen dipersetujui, kita akan dapat lihat dulu sama ada ini (perjanjian) boleh kita tandatangan atau tidak," katanya.

Selain itu, beliau juga menekankan soal Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal terjejas.

"Kebanyakan produk dari luar negara yang masuk ke dalam pasaran kita, akan didapati di Tesco, Jusco dan sebagainya. Berderet-deret produk import.

"Mungkin boleh dibuat oleh syarikat tempatan tapi tak boleh bersaing dari segi kualiti dan harga.

"Jadi, kalau perjanjian TPP ini ditandatangani dan membenarkan pembukaan pasaran sebegitu, maka dibimbangi IKS kita akan terjejas," katanya.

Mengulas lanjut soal itu, beliau memberitahu, produk tempatan tidak akan dapat dijual pada pasaran tempatan sendiri.

"Syarikat-syarikat kita sekarang ini banyak yang berinovasi, tetapi kalau syarikat daripada luar untuk menembusi pasaran kita, maksudnya, produk yang kita buat sendiri pun tak boleh dijual kepada pasaran tempatan, jauh sekali untuk dieksport.

"Contoh produk klinikal. Tetapi tak boleh dijual kepada hospital tempatan," katanya.

Tuesday 24 September 2013

PANAS BERAPI !!! OMAR ONG LAWAN ORANG UMNO ???

Omar Ong menunjuk-nunjuk dapat mesyuarat bersama Tun Daim dan Dato Mukhriz yang diatur Dato Shuib Lazim

Sebaik saja kita berenti ungkit cerita dia, maka timbullah Omar Ong balik menunjuk pandai sana sini hingga apa saja hal Perdana Menteri yang Omar Ong tak masuk campur dan cuba jadi batu api.

Omar Ong ni pandai. Bukan sebab dia pandai belajar masuk Oxford. Itu pandai buku.

Sedang jual tahi minyak

Dia pandai guna kebolehan bercakap untuk mempengaruhi seseorang dan menjual ide-ide merepeknya yang akhirnya akan hanya menjahanam klien tapi dia kaya raya.

Omar Ong yang menasihati kerajaan untuk buat AES semasa zaman Pak Lah lagi. Dia sudah ada kepentingan dalam syarikat AES. Bila kerajaan kena ambilalih dari kedua syarikat itu, dialah untung dapat laba keuntungan dulu dan kerajaan kena tanggung operasi ini.

Dengar khabarnya ketika dia mula dapat kerja di Malaysia di Mavcap, dia teah terlibat dalam satu projek bernilai RM80 juta dan terbarai rugi. Dia tak tanggung tapi kerajaan tanggung. Dia bergaji besar dan selepas itu, meneruskan kerajaya di tempat lain.

Dia juga yang membawa ide KPI, delivery performance dan lain-lain untuk dijalankan oleh PEMANDU dan dia mengaup keuntungan dari konsultansi.

Dia terlibat dalam war room dan mencadangkan ide liberal seperti mansuhkan ISA dan EO, membenarkan kalimah Allah untuk gereja Kristian di Sabah dan Sarawak, dll. Apabila ini semua backfire, dia diam lepas tangan dan Menteri dan Perdana Menteri yang disalahkan penyokong BN.

Omar Ong juga menyakinkan PM ambil Dato Paul Low tanpa membuat sekuriti check. Akhirnya PM juga akhirnya tak dapat jelaskan apaila diketahui Paul Low terlibat dalam majlis baiah kristian di Hotel Red Rock Pulau Pinang untuk tukar Malaysia jadi negara Kristian. Dalam majlis itu, Paul Low telah mengkritik pentadbiran negara.

Paul Low dicadangkan Omar Ong atas jawatan sebagai President Transparency International. Kononnya untuk benteras rasuah. Tapi Paul Low hanya tahu kritik pegawai kerajaan yang bermaksud dia menyalahkan Melayu.

Baiklah Omar Ong dan Paul Low ... 70% dari rasuah melibatkan komersial dan hanya 30% melibatkan kerajaan. Bangsa Melayu ke terlibat dengan rasuah komersial? Dalam transaksi rasuah, bangsa apa yang sering memberi? Pastinya bukan Melayu tapi bangsa Omar Ong Cina.  


Kadang kala menyampah dengar Omar Ong dapat nasihat dan cadangkan macam-macam tapi hampir semuanya menjahanamkan dan menghilangkan keyakinan orang ramai pada parti UMNO, pemimpin negara, dan orang Melayu bertambah ditindas.

Baiklah Cina muallaf ... kalau kamu nak sangat tunjuk pandai, silalah bertanding jawatan dalam UMNO dan suarakan dengan jelas pandangan kamu supaya orang UMNO tahu pendirian dan pemikiran kamu. Kamu pun Bendahari Gelang Patah dan bapa kamu ahli UMNO Pulai.

Jangan asyik jadi batu api dan sorok belakang orang tertentu lepas baling ..Tunjuk pandai dan pengaruh orang sana sini serta membawa pelbagaii gagasan yang anih dan tak menjadi tapi takut untuk suarakan pandangan dan pemikiran secara terbuka dan lantang.

FOTO EKSKLUSIF JENAYAH ANGGOTA POLIS YANG MENINGGAL DUNIA BERGELUT DENGAN PENJENAYAH !!

Sungguh menyayatkan hati apabila melihat kepulangan jenazah Allahyarham Koperal Zal-Azri Abdul Somad yang meninggal dunia ketika bergelut dengan seorang suspek dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka kelmarin.



Jenazah Allahyarham sampai ke Gelugor, Pulau Pinang lewat semalam dan disemadikan di tanah perkuburan Sungai Gelugor di sini.




Sama-samalah kita sedekahkan ayat suci Al-Fatihah kepada Allahyarham. 


Sumber : KLIK SINI

Yang ANAAK JATI MALAYA sangat terkilan ialah apabila ada anggota polis yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas demi ketenteraman rakyat Malaysia, masih ada juga yang mencarut menghina pihak polis !

Bukti terbaru Kilk Sini

TERKINI !!! Lagi Kenaikan Gaji Baru Untuk Kakitangan Awam Diumumkan Kerajaan!!!?


Pelarasan kenaikan gaji baru 2013/2014 kakitangan awam : Jikalau sebelum ini iaitu sekitar bulan Julai 2013 tempoh hari, kalangan kakitangan kerajaan telah pun menikmati & menerima Kenaikan Gaji Tahunan yang baru (KLIK SINI). Dan berita gembira buat 1.4 juta kakitangan awam tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Ini kerana….

Pelarasan Gaji : Gaji Baru Naik Berkuatkuasa Seawal Disember 2013?

Berita ini, baru Berita Semasa perolehi langsung daripada Putrajaya sebentar tadi.
Berdasarkan maklumat yang pihak Berita Semasa terima melalui salah seorang panel yang menjadi wakil bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah terlibat secara langsung dalam pelarasan gaji baru kakitangan awam kali ini memaklumkan akan ada berita gembira  sekitar 3 bulan daripada sekarang di mana pengiraan untuk pelarasan gaji baru telah pun dijalankan dan dijangka akan mula dikuatkuasakan sekitar bulan 12 (Disember 2013) ataupun awal tahun 2014. Sama-sama kita nantikan.
Apa respon balas anda pula terutamanya kalangan penjawat & kakitangan awam di Malaysia?

Monday 23 September 2013

TAHNIAH PADA AZWAN BRO!!PECAT SAHAJA Pegawai PAFA DISYAKI MAIN RASUAH

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menggantung kesemua pegawai skuad Liga Super 2013 termasuk ketua jurulatih selama dua minggu berkuatkuasa hari ini berikutan wujud elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia.
Keputusan drastik itu diumumkan Timbalan Presiden merangkap Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Darurat dan Pengurusan di pejabat PAFA sebentar tadi.
Beliau berkata, laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan dibuat berhubung perkara itu.
Katanya, satu jawatankuasa khas diketuai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAFA, Datuk Ismail Sapian diberi tempoh dua minggu utk membuat siasatan dalaman wujudnya unsur sabataj dan rasuah dlam pasukan itu.
"Kita mengesyaki elemen sabotaj dan rasuah ini wujud sejak tiga atau empat perlawanan lalu dan kemuncaknya kekalahan teruk 1-6 ditangan Sarawak Sabtu lalu," katanya.
Beliau berkata, kesemua pegawai dan pemain dilarang meninggalkan Ipoh sepanjang tempoh dua minggu.

Wowww!! DEMOKRASI DLM UMNO,WANITA DARI KLGN ORG ASLI BERTANDING??

ROMPIN – Seorang wanita Orang Asli memilih untuk menawarkan diri menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) pergerakan Wanita Umno Bahagian Rompin dengan matlamat membawa suara Orang Asli ke peringkat lebih tinggi.

Usahawan, Chow Gek Chow Kiat, 50, berkata, keputusannya menawarkan diri itu adalah permintaan daripada akar umbi.

“Niat saya memang tidak mahu bertanding tetapi ini adalah permintaan daripada akar umbi dan saya jangka boleh dipilih.

“Ini adalah untuk masyarakat Orang Asli yang masih banyak masalah-masalah berbangkit yang belum diselesaikan sejak sekian lama,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan borang pencalonan di Puteri Inn, di sini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Koperasi Wanita Orang Asli Pahang berkata, tiada wakil Orang Asli di peringkat Bahagian dan tempat itu mesti diisi.

“Sekarang ini ada sahaja isu yang dibangkitkan tetapi ia tidak sampai ke peringkat atas dan mungkin ini kerana tiadanya wakil Orang Asli di peringkat Bahagian.

“Jika saya berjaya dipilih, saya akan terus ke hadapan dalam membantu masyarakat Orang Asli yang selalu meluahkan masalah mereka,” katanya.

panas !! Che Ta Jual Baju Dalam

MULA-MULA masa Miss J ternampak sahaja gambar merah menyala itu memang Miss J dah pelik. Ada juga orang tak berapa nak cerdik sanggup percaya bila kononnya itu adalah baju dalam pelakon Rozita Che Wan.
Seingat Miss J gambar ini bukan gambar baru tetapi hanya minggu lalu sahaja baru kecoh cerita tentang pemilik akaun Facebook yang mahu menjual baju dalam yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta kita itu.
Agak-agak la kalau nak menjual barang pun. Kalau sampai baju dalam pelakon popular pun mereka kata nak jual, nampak sangat penipunya.
Miss J baca status Facebook Awek Comel tu - 'nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir'.
Tak mungkin la Che Ta itu nak tanggal baju dalam dan tinggal merata-rata. Kalau betul sekalipun itu baju dalam Che Ta dah sah-sah kru yang jumpa itu ambil bawa balik rumah. Memang cerita karut.
Miss J pun tak faham kenapa Che Ta selalu sangat jadi mangsa cerita-cerita keji macam ini. Dulu cerita gambar bogel tersebar, orang pun percaya bulat-bulat. Sekarang dah cerita baju dalam pula jadi perhatian.
Kasihan Che Ta, lagi kasihan pada Zain Saidin terpaksa telan cerita-cerita macam ini


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130922/hi_01/Jual-baju-dalam-Che-Ta#ixzz2feazjp4x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terkini !! 8 Ketua Bahagian udah menang Tanpa Bertanding di Perak

cabarrEnam belas belas daripada 24 bahagian UMNO di Perak menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua bahagian selepas pencalonan ditutup petang tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, daripada jumlah itu lapan bahagian telah dimenangi tanpa bertanding iaitu Lenggong, Bagan Serai, Tambun, Ipoh Barat,Lumut,Teluk Intan,Parit dan Bagan Datoh.
Antara bahagian tersebut, pertandingan bagi jawatan ketua bahagian Tanjung Malim, Bukit Gantang dan Gopeng menyaksikan pertandingan empat penjuru, kata Khusairi.
"Lima bahagian pula merekodkan perebutan tiga penjuru iaitu Larut, Padang Rengas, Kuala Kangsar serta Pasir Salak," katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.
Katanya bahagian yang menyaksikan pertandingan dua penjura adalah Tapah, Gerik, Parit Buntar, Ipoh Timur, Sungai Siput, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Taiping.
Menurut beliau, kesemua borang pencalonan akan dihantar ke Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada malam ini juga untuk disemak dan sekiranya terdapat calon yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan, pencalonan mereka akan terbatal.
"Sekiranya keadaan ini berlaku, maka jumlah calon yang bertanding akan berkurangan," katanya.
Biarpun pada awal pagi tadi terdapat sedikit kekecohan kecil yang berjaya di selesaikan oleh Pengerusi Bahagian Perhubungan UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun secara keseluruhan proses pendaftaran pada hari ini berjalan dengan lancar sehingga malam, katanya.
Beliau berpendapat antara bahagian yang akan menyaksikan pertanding sengit adalah Gopeng,Bukit Gantang,Pasir Salak dan Larut.
Harapannya agar setiap calon yang bertanding dapat mengikut etika yang telah ditetapkan

PANAS!! MAHHADEE RAMLEE BAKAL GEGARKAN UMNO TANJUNG MALIM


Nama : Mahhadee bin Ramlee
Umur : 45 tahun. 
Pekerjaan : PENDIDIK
Kelulusan : Ijazah Pend.Sains Sukan UPSI

Aktivis masyarakat : UMNO & NGO
Aktiviti dalam pertubuhan SUKARELA Seperti YBU.,RELA, PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH, NEGERI & KEBANGSAAN (PENGADIL) PERSATUAN SEPAKTAKRAW NEGERI & KEBANGSAAN(PENGADIL & JURULATIH) BIASA MENJADI PENGURUSAN PASUKAN


POLITIK:
Mantan Ajk Umno Bhgn Tg.Malim(Biro Sukan)
Mantan AJK Pemuda Umno Bhgn.(Biro Sukan)
Mantan Ketua Umno Cawangan Felda Gunung Besout 4, Sungkai.
Setiausaha Biro Penerangan Umno Bhgn (pru2004)
Pengurus Bolasepak Umno Bhgn
Penceramah PRU sejak 1999
Mantan Pengerusi Pusat Pemulihan Dlm.Komuniti (PDK) GUGUSAN BESOUT


NGO:
  • AJK BIRO LATIHAN PERKASA MALAYSIA
  • KETUA PENERANGAN PERKASA PERAK
  • PENGERUSI PERKASA DAERAH BATANG PADANG
  • YDP PIBG SK BESOUT 4
  • SETIAUSAHA PIBG SMK FELDA BESOUT
  • SETIAUSAHA PERSATUAN BOLASEPAK DAERAH SLIM RIVER/TG.MALIM
  • AJK PER.BOLASEPAK MELAYU PERAK
  • AJK PER.BOLASEPAK.PERAK(PAFA)
  • PENGERUSI LEMBAGA PENGADIL PERSATUAN BOLASEPAK PERAK
ANUGERAH :
  • ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC 1995)
  • ANUGERAH TOKOH PEMUDA HARAPAN UMNO BHGN TG.MALIM(2004)
  • ANUGERAH SULTAN PERAK-PINGAT PEKERTI TERPILIH(PPT)2008

LAIN Penglibatan :
  • MC JEMPUTAN
  • MODERATOR PROGRAM
  • PENCERAMAH MOTIVASI
  • URUSETIA PROGRAM
Boleh terus ke facebook beliau:

Panas!! CALON MT DIPUKUL ORG ?? KNP

Keratan

SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.
Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.
    
Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

“Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

“Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno,” katanya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...