Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 1 March 2013

Insiden Lahad Datu:Tian Chua anggap satu lakonan?Cerdik nya ??


Kenapa sampai isu sebegini pon  dipersoalkan.pe hal bro ?,kenapa sampai mengganggap insiden berdarah sebagai satu lakonan.Padahal pejuang negara Di Lahat datu begitu berusaha mempertahankan kedaulatan Bumi Malaysia.Hal negara pon kau masih nak politikkan.

Wahai Ahli Parlimen Batu masihkah kau ingat kisah ni kejadian yang berlaku pada 13 Mac 2010, kenderaan yang membawa Tian Chua telah melanggar seorang ASKAR MELAYU yang menunggang motosikal hingga maut. Puncanya, kerana Tian Chua tergesa-gesa hendak mengejar program ceramah politik.




JOHOR BAHRU: Seorang anggota tentera maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan kereta yang dinaiki Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, di KM49 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran Hutan Lipur Panti, dekat Kota Tinggi, malam tadi. 

Mohd Salleh Hamdan, 22, yang koma akibat cedera parah dalam kemalangan itu, meninggal dunia dua jam selepas tiba di Hospital Kota Tinggi. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Mohammad Sebot, berkata kejadian kira-kira jam 9 malam itu berlaku ketika anggota tentera yang bertugas di Kem Iskandar, Mersing itu dalam perjalanan ke Kota Tinggi. 

Beliau berkata, Tian Chua pula menuju ke Mersing selepas menghadiri majlis ramah mesra di Kota Tinggi. "Pemandu Tian Chua, Zaharuddin Ayob, 45, yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Batu, dipercayai gagal mengawal kereta Mercedes yang dipandunya lalu masuk di laluan bertentangan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki anggota tentera itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Osman berkata, sebuah motosikal lain yang datang dari arah Mersing turut melanggar motosikal Mohd Salleh.


Pernahkah Tian Chua rasa bersalah selepas kejadian ini?


Jawapannya tidak! Bila dua orang parajurit negara terkorban, Tian Chua menganggapnya sebagaidrama. 



Bagi Tian Chua, darah parajurit Melayu boleh menjadi bahan senda gurau.



Masih berdiamkah orang Melayu dengan kenyataan biadap Tian Chua???



*Darah di kereta Tian Chua ni darah siapa?



Jangan buat2 lupa k..

Baca Lagi DISINI


[Al-Fatihah]Wajah Komando Yang Terkorban Di Lahat Datu


Anak Jati Malaya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dua pegawai Komando 69 PDRM iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabaruddin Daud yang terkorban dalam pertempuran dengan pasukan penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah pagi tadi.

Kami juga berharap anggota lain yang cedera iaitu Koperal Mohd. Tarmizi Hashim, Koperal Azman Ampong dan Koperal Mohd. Qaiyum Afzal Zulkifli agar segera sembuh daripada kecederaan yang ditanggung mereka kesan daripada pertempuran tersebut.

Sesungguhnya jasa mereka semua mempertahankan negara, agama dan bangsa tercinta daripada pihak musuh yang durjana ini tidak dapat diukur dengan ayat dan kata-kata.

Jasa para pegawai polis ini akan dikenang dan tersemat rapi dalam lipatan sejarah kedaulatan negara, sampai bila-bila!

Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.

Selamat jalan pahlawan negara.




Sidang Media Perkasa Perak:Perhimpunan Melayu Perak.




1 Mac 2013,Hotel Seri Malaysia-Perkasa Perak iaitu sebuah badan NGO orang Melayu akan menganjurkan satu Himpunan Rakyat Perak Bertempat di Dataran Bagan Serai Perak pada hari Ahad,3 Mac 2013,yang dianggarkan kehadirannya mencecah lebih kurang 10,000 orang rakyat,Kata Pengerusi Perkasa Perak,Md Yussuf Alang Ahmad.

Menurut nya lagi, beliau berkata dalam sidang media sebentar tadi tetamu yang akan diberi untuk membuat ucapan iaitu Dato' Ibrahim Ali,Dato' Zahir Mat Arip ,Mursyidul Am Tibai .Turut hadir ke himpunan berkenaan adalah bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir serta Isterinya Tun Siti Hasmah dan Tun Mahathir akan memberi ucap tama pada himpunan bekernaan.

Selain itu,katanya lagi didalam sidang media,himpunan ini merupakan satu himpunan yang mendapat sokongan daripada pemimpin berdekatan dengan bagan serai serta beliau mengaskan akan wujud satu gelombang keyakinan baru,satu kekuatan baru serta penyampaian maklumat yang sebenar kepada rakyat.Beliau juga mengharapkan Tun Mahathir memberi input yang berguna buat rakyat yang hadir ke himpunan tersebut.

Ketua Penerangan Perkasa Perak,Sedara Mahhadee bin Ramlee berkata,himpunan Rakyat Perak ini adalah satu rentetan daripada perhimpunan yang telah diadakan di Pasir Salak yang dianggarkan kehadirannya mencecah 7,000-8,000 kehadiran.Beliau juga menegaskan Perkasa akan sedaya upaya akan membantu kerajaan dalam semua perkara.

Didalam sidang media tadi,Perkasa ada memberi respon tentang Manifesto Pakatan Rakyat yang dibentang tempoh hari,menurut Perkasa,manifesto ini seperti sebuah Janji Manis,seperti lagi Janji Manismu yang didendangkan oleh Aishah.Mereka juga menyentuh tentang ibu tunggal yang menyaman kerajaan Negeri Selangor yang telah gagal melaksanakan manifesto PRU 2008.Perkasa juga menyentuh soal hudud yang tidak disentuh langsung dalam Manifesto Pr yang dibentang tempoh hari.

Perkasa juga turut memberi komen tentang P.Bala yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya,menurut Perkasa,Wira Perkasa Sg,Siput membuat satu laporan polis(rujuk lampiran) tentang kes ini.Perkasa mendesak supaya tindakkan tegas dapat diambil dan mendesak supaya P.Bala jangan bermain-main serta mendesak memberi bukti jika ada.
laporan Polis yang telah dibuat


Diakhir sidang media,Perkasa menyentuh isu artis yang giat berkecimpung dalam arena politik pembangkang,Perkasa bertegas kebanyakkan artis yang berkecimpung ini hanya suka cakap lepas tanpa menilai apa keburukkannya.



Lahad Datu:Tembakkan mula dilepaskan?


Kumpulan penceroboh Filipina, yang berkubu di Lahad Datu untuk minggu ketiganya, mengesahkan laporan mengenai tembakan dilepaskan kira-kira 24 jam lalu tetapi mendakwa mereka hanya melepaskan tembakan untuk memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia.

Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengesan enam anggota tentera Malaysia mendekati Kampung Tanduo sekitar 5 petang semalam dan melepaskan tembakan ke udara.

"Semua orang bergegas pergi ke sana, jadi saya pun ikut. Bila sampai, saya tanya kepadanya (pengawal) apa yang telah berlaku.

"Mereka beritahu saya tembakan itu dilepaskan ke udara bertujuan untuk memberi amaran kepada mereka (tentera Malaysia) bahawa mereka telah dikesan. Menurut mereka terdapat enam askar Malaysia dalam tiga kumpulan dan mereka melarikan diri," katanya melalui telefon.

Bagaimanapun, beliau berkata kumpulannya seramai kira-kira 130 tidak niat untuk menyerah diri.

Beliau juga mengesahkan kumpulannya menerima risalah memberi amaran terakhir, dan menggesa kumpulannya supaya menyerah diri, tetapi beliau berikrar bahawa mereka akan terus "berada di situ sehingga keadaan itu diselesaikan."

Bagaimanapun, beliau bertegas bahawa kumpulannya yang bersenjata - yang mahu menuntut wilayah Timur Sabah sebagai sebahagian daripada Kesultanan Sulu atas sebab-sebab bersejarah - tidak berniat untuk mencetuskan konflik.

Mengenai bekalan makanan untuk kumpulannya, Azzimudie berkata kepungan ketat pasukan tentera sekitar Kampung Tanduo telah dihalang penghantaran makanan menyampaikan, sambil menambah: "Kami, rakyat Suluk, sudah biasa hidup dalam hutan"

SUMBER

[DEDAH]Aktiviti Maksiat di Bumi Kelantan di dedah.Salah UMNO?


Menurut dari sumber dari blog Novandri yang juga merujuk dari blog Tukar Kelate,beliau ada mendedahkan satu kegiatan yang tidak bertamadun iaitu tentang rakaman yang menunjukkan Rakaman pergaulan bebas dan pemasangan muzik karaoke yang kuat hanya berlaku tidak sampai 1 kilometer dari rumah Nik Aziz. Kami juga akan mendedahkan bukti di Kelantan terdapat 17 buah pusat hiburan yang beroperasi sehingga jam 4.00 pagi

Video bukti:

Di bawah pula adalah rakaman kedua yang tersebar di dalam youtube :


Menurut dari sumber juga,Rakaman kedua bagi membuktikan di Kelantan terdapat 17 buah karaoke yang beroperasi mengalahkan disko di Kuala Lumpur. Lokasi yang menjadi pilihan veteran Kelantan ini terletak hanya 2.6 kilometer dari rumah Nik Aziz!

Lagi : Ekslusif

[Gegar] P.Bala dapat tawaran belakon Filem genre 'Aksi'??


Agaknya sekarang kita boleh gelarkan P bala ni actor paling berjaya kut.Habis 1 Malaysia dia duk canang dengan mengatakan PM Terlibat dalam pembunuhan Altantuya kan.Kalau nak menfitnah, macam-macam cara la boleh buat. Cipta segala bagai skrip drama hebat. Sampai boleh cipta satu lakonan bollywood gitu! Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bila Ditanya...MANA BUKTI?
"MINTA MAAF, SUDAH LAMA…JADI SAYA LUPA,". Adeeh!! Gitu pulak!

Jambatan Runtuh disebabkan Salah Umeno ?



Baru aje reda Jambatan Pulau Pinang retak hari nie dikejutkan pulak dengan berita gempar ini....

Salah siapa jambatan nie runtuh takkan benda nie semua nak salahkan BN dan UMNO jugak ke? Agak-Agaklah nak tuduh-menuduh..Tapi yang penting pihak yang dipertanggungjawab harus menjawab serta memberikan penjelasan dengan segera kenapa dan siapa pulak lepas nie kena jadi kambing hitam...

Jangan pulak lepas nie nak tubuhkan Suruhjaya itu dan ini......Mampus nak menjawab dan menangkis serangan dari cai-cai penjilat Anwar lepas nie..  


Sebuah jambatan di Cyberjaya di persimpangan bertingkat Taman Sains Selangor 2 menghala ke Lebuh Raya Elit runtuh petang tadi.

Difahamkan ianya runtuh kira-kira antara jam 1 hingga 2.30 petang tadi.

Menurut laporan beberapa portal berita, polis Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan didalam proses baikpulih kerana tanah dikawasan tersebut mendap. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat menyebut tiada mangsa dilaporkan terlibat.

PR Akan Hentikan Dasar Ekonomi Baru (deb) – Rafizi Ramli


rafizi-ramli

MO,PETALING JAYA,28/2/2013 - Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, ini akan menjadikan negara yang beralih daripada dasar-dasar ekonomi yang berasaskan kaum kepada dasar-dasar yang berasaskan keperluan.

“Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan,” katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa bahagian di bawah DEB yang membawa kepada penyalahgunaan dan rasuah sahaja akan dihapuskan.

Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. – Mstar

Siapa Bunuh Altantuya' Adakah Najib Dan Rosmah Terlibat ??!!



Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam malam tadi jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa bahawa Najib terlibat dengan kes itu, namun menarik kembali tuduhan berkenaan dalam SD kedua telah tiba di tanah air Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa orang pemimpin parti pembangkang. 

Penyiasat persendirian itu gagal mengemukan bukti mendakwa Najib terlibat dengan kematian Altantuya dengan memberi alasan bahawa kes itu sudah lama berlaku dan sudah lupa.

"Minta maaf, sudah lama…jadi saya lupa," katanya dihadapan hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.

PENGGALI KUBUR DITANGKAP KHALWAT

Pasangan terbabit disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jaim untuk tindakan lanjut. Pic: Sinar Harian

ALOR GAJAH: Seorang penggali kubur ditahan berkhalwat bersama kekasihnya selepas diserbu imam, ahli jawatankuasa kampung dan pihak polis di sebuah taman di Sungai Petai, di sini, petang kelmarin. Serbuan kira-kira jam 4 petang itu yang diketuai Imam 1 Masjid Luqman Al-Hakim, Ismail Maaruf, mendapati pasangan berusia 22 tahun dan 30-an itu berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen.

Jurucakap polis berkata, semasa memberi salam, seorang wanita keluar sebelum muncul seorang lelaki berseluar pendek.

“Ketika imam melakukan soal siasat, lelaki itu mengaku berduaan dengan kekasihnya.

"Bagaimanapun, lelaki terbabit mempertikaikan tindakan imam menangkap mereka berikutan rumah disewa kekasihnya itu merupakan milik bapa saudaranya yang sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, ketika diarahkan ke balai polis berdekatan, lelaki terbabit yang juga penoreh getah cuba memujuk imam supaya melepaskannya sementara wanita berkenaan dipercayai penuntut sebuah kolej di daerah ini berdiam diri.

Katanya, kegiatan sumbang pasangan itu disedari sejak Mei tahun lalu apabila melihat lelaki terbabit kerap keluar masuk dari rumah itu.

Sementara itu, Ismail berkata, pasangan berkenaan diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan selanjutnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...