Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 19 June 2013

TRAGEDI TERKINI!! 3 CEDERA KERETAPI REMPUH KERETA DI SABAH



KOTA KINABALU: Tiga pelancong Hong Kong cedera manakala seorang lagi terselamat apabila kereta yang mereka naiki dirempuh kereta api di Jalan Lintas berhampiran jejambat Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.35 petang itu, kereta sewa jenis Hyundai yang dinaiki oleh empat pelancong termasuk dua wanita dipercayai gagal berhenti di lintasan kereta api di persimpangan ke KKIA.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun berkata kesemua mangsa yang cedera itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut.

Lagi Gambar-gambar kejadian...

"Pihak kami dimaklumkan bahawa kereta api berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menghala ke Beaufort berlangggar dengan sebuah kenderaan.

"Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua Myvi dan sebuah basikal," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada butiran lanjut tentang identiti mangsa.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K.Ramin berkata pihaknya terpaksa memotong pintu kenderaan terbabit
untuk mengeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.45pm dan mengerahkan satu jentera bersama 12 anggota bergegas ke tempat kejadian.

Kesemua pelancong berkenaan difahamkan adalah bersaudara dan dalam perjalanan ke lapangan terbang itu untuk menaiki penerbangan pulang ke negara mereka malam ini.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, yang melawat lokasi kejadian, berkata beliau terharu dengan kejadian di luar jangkaan itu.



"Mengikut laporan awal pemandu kereta api, pemandu berkenaan telah menggunakan brek kecemasan untuk mengelakkan daripada melanggar kereta mangsa.

Bagaimanapun, kereta api itu mengambil masa untuk berhenti," katanya.

Mengikut laporan awal, Pairin berkata kenderaan lain sudah berhenti setelah diberi isyarat tangan oleh pengawal landasan kereta api kecuali kereta mangsa.

Pairin, yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, mengarahkan supaya pihak berkenaan memasang papan tanda yang lebih besar dan palang atau pagar yang boleh digunakan secara manual untuk memberhentikan kenderaan.


SUMBER

Guru Gila Sex, Rogol Pelajar Selepas Memaksa Tonton Video Lucah!!!

pelajar sekolah kena rogolSABAK BERNAM – Seorang guru bertindak merogol seorang pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di rumahnya di Sungai Besar di sini pada Khamis lalu.
Tindakan keji suspek berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 16 tahun mengadu kepada seorang guru kaunseling kerana bimbang kejadian sama berulang.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan, Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian bermula apabila pelajar perempuan tingkatan empat itu yang berada dalam kelas tiba-tiba mengadu tidak sihat kepada guru terbabit.
Menurutnya, suspek kemudian membawa pelajar terbabit ke sebuah klinik di Sungai Besar dan selepas menerima rawatan, guru berkenaan tidak membawa mangsa pulang ke sekolah sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya. – Kosmo

BUAT MALU BETUL !!! JANDA DITANGKAP BERKHALWAT DENGAN NEPAL???

KLUANG – Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.

Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.

Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.

Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.

Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.

“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.

“Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya. – SINAR HARIAN



 


Terkini!!! 12 Lelaki Berpakaian Hitam Culik Wanita Di #LahadDatu

PASUKAN keselamatan bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang
mendakwa diculik di Kampung Tanagian, Lahad Datu semalam

Seorang wanita mendakwa anak saudara perempuannya berusia 14 tahun telah diculik dan dilarikan dari sebuah rumah oleh 12 lelaki berpakaian serba hitam dalam kejadian di Kampung Tanagian, Felda Sahabat Lahad Datu dekat sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut mendakwa mangsa telah dibawa ke sebuah ladang sebelum diikat di sebatang pokok berdekatan rumahnya.


Bagaimanapun, remaja tersebut berjaya melepaskan diri sebelum memaklumkan perkara itu kepada ibu saudaranya.


Berdasarkan laporan, ketika ditahan, wanita itu mendakwa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan telah menanyakan mengenai dua individu kepada anak saudaranya.


"Mereka mencari Bintor dan Tasha namun mangsa tidak mengenalinya sebelum dia ditinggalkan di situ," kata wanita itu.


Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang dipetik Kosmo Online berkata, polis yang mendapat laporan mengenai kejadian itu telah bergegas ke lokasi ladang kira-kira pukul 2 petang. ~URN

CINABENG DAH PANAS PASAL BOIKOT !!!!



Kah Kah Kah ini mesti Red Bean Kan... keh Keh ... Oh panas ponggong jugak ye kamu Ni... Kih Kih ... Apa Kamu ingat Org Melayu Nak diam je ke apa yang kamu buat. Sorry To say la !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...