SABAK BERNAM – Seorang guru bertindak merogol seorang pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di rumahnya di Sungai Besar di sini pada Khamis lalu.
Tindakan keji suspek berusia 30-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 16 tahun mengadu kepada seorang guru kaunseling kerana bimbang kejadian sama berulang.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan, Noor Mushar Mohamad berkata, kejadian bermula apabila pelajar perempuan tingkatan empat itu yang berada dalam kelas tiba-tiba mengadu tidak sihat kepada guru terbabit.
Menurutnya, suspek kemudian membawa pelajar terbabit ke sebuah klinik di Sungai Besar dan selepas menerima rawatan, guru berkenaan tidak membawa mangsa pulang ke sekolah sebaliknya membawa mangsa ke rumahnya. – Kosmo
No comments:
Post a Comment