Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 13 January 2013

VIDEO YANG TAK KAN PERNAH KELUAR DI MEDIA PEMBANGKANG


pesanan dari RASULLULLAH S.A.W yg berbunyi

 "“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memeberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya."


SUMBER BSK

INSIDEN PERGADUHAN AMK DAN UNIT AMAL SUNGGUH MEMALUKAN!!! #112


BETULKE ada insiden pergaduhan semalam?

Nak tengok video klik SINI

Saintis LYNAS Dikesan #kl112


Ada betul ke ini ketua saintis kerajaan Malaysia,???mohon kementerian Sains Dan Inovasi sah kan hal ini !!!

langgar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 hkr #kl112



Kuala Lumpur: Polis menganggarkan hampir 45,000 peserta menyertai himpunan di Stadium Merdeka, di sini, hari ini.

Difahamkan, semua peserta himpunan dari seluruh negara ini berkumpul di 12 lokasi di sekitar ibu kota seawal jam 7 pagi sebelum berarak ke stadium pada jam 12 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, berdasarkan pemerhatian polis, secara keseluruhannya antara 40,000 ke 45,000 peserta dianggarkan menghadiri perhimpunan berkenaan.

Beliau berkata, polis mendapati penganjur perhimpunan melanggar tiga syarat yang diperuntukkan di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 iaitu membawa kanak-kanak, membawa pelekat berbentuk hasutan dan melanggar permit peserta seramai 30,000 yang dipersetujui sebelum ini.


“Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini, petang tadi.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan ke atas mana-mana pihak berhubung perhimpunan itu.

"Sehingga kini, tiada apa-apa kejadian yang tak diingini dilaporkan berlaku dan keselamatan adalah pada tahap yang terjamin.

"Semua anggota polis yang ditugaskan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

"Keadaan lalu lintas lancar cuma kesesakan sedikit di Jalan Maharajalela dan sekitar jalan menuju ke Stadium Merdeka.

“Bagaimanapun, Jalan Raja, Jalan Lebuh Pasar dan Jalan Maharajalela menuju ke Dataran Merdeka masih ditutup," katanya.

Beliau berkata, kekuatan anggota polis adalah mencukupi bagi mengawal keadaan. Matlamat mensasarkan "kecelakaan sifar" bagi perhimpunan berkenaan juga tercapai.

Sementara itu, tinjauan mendapati semua peserta mula bersurai dan keluar dari stadium secara berperingkat-peringkat sebaik perhimpunan selesai.

Keadaan juga agak terkawal, walaupun berlaku kesesakan tetapi kehadiran anggota trafik berjaya mengawal keadaan.

POLIS CEKUP 2 daripada 5 penjenayah yang lolos


Polis pada Sabtu berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata MohamadFarid Akhtar, 24, diberkas pukul 9 malam tadi di kawasan Kubang Semang di sinihasil risikan dan maklumat awam.

"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi akannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dariPenjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampasvan polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis engiring.

Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.

Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.

Mereka yang masih diburu ialah Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, Hamzani Harun,37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. BERNAMA

Tuntutan Tak Munasanbah DI HKR #kl112


Aiseyyy bro,Takkan nak kahwin pon kerajaan nak tanggung???.. Aduhai

UMNO PERtahan Akidah Islam !!! :Najib

Najib Razak

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pihak media memainkan peranan sebagai perantara yang menyampaikan cetusan hati dan
aspirasi rakyat kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, pihak media juga perlu mengemukakan teguran dan kritikan yang diluahkan rakyat supaya kerajaan dapat melakukan penambahbaikan yang dikehendaki rakyat.

"Kita tidak menolak pihak yang mengkritik kita asalkan kritikan dan teguran itu adalah bertujuan untuk mencari kebaikan dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya.

"Berita yang kita tidak mahu dan kita mesti tolak ialah berita-berita kepalsuan, fitnah, sengaja diadakan, terutama sekali menjurus kepada Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dijangka akan diadakan dalam masa terdekat," katanya ketika berucap pada majlis Malam Penghargaan Media Perhimpunan Agung Umno 2012 di sini, malam tadi.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin tertinggi Umno serta
kira-kira-kira 1,500 warga media.

Sambil mengharapkan hubungan Umno dan media yang erat dan mesra selama ini akan kekal berpanjangan, Najib berkata media juga berperanan penting dalam menyampaikan dan melaporkan berita yang tepat dan betul mengenai kerajaan.

"Saya selalu sebut bahawa tempoh bila dekat-dekat PRU-13 ini sebagai 'the silly season' yakni dalam musim ini, banyak cerita karut-marut yang sengaja dibangkitkan dengan tujuan untuk merosakkan imej dan pandangan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Beliau berkata kejayaan sesebuah parti politik dalam memimpin negara serta melaksanakan dasar-dasar untuk kepentingan rakyat banyak bergantung kepada penerimaan dan kepercayaan rakyat terhadapnya.

"Sebab itulah peranan media kepada Umno adalah sesuatu yang kita sentiasa memberi perhatian yang berat kerana kalau kita tidak berkomunikasi dengan baik dan berkesan, maka apa saja yang kita lakukan meskipun baik, meskipun bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif yang murni, boleh ditafsirkan secara negatif atau pun kurang diterima secara positif oleh rakyat.

"Di sinilah letaknya peranan para media untuk melaporkan berita-berita mengenai Umno, mengenai kerajaan, malah mengenai semua kejadian dalam negara kita secara tepat, betul dan untuk memberi penilaian yang objektif kepada perkara-perkara yang sudah dilakukan oleh parti-parti politik seperti Umno," katanya.

Najib turut menyifatkan kemudahan bagi liputan media pada Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berlangsung baru-baru ini sebagai yang terbaik pernah disediakan, dengan penyertaan kira-kira 1,600 wartawan dari dalam dan luar negara.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak media yang telah sama-sama memaparkan apa sebenarnya perjuangan Umno untuk dinilai oleh rakyat," katanya.

Beliau berkata, seramai 3.2 juta ahli Umno pada hari ini bersedia untuk meneruskan perjuangan dan kelangsungan Umno sebagai sebuah parti pemerintah.

"Tapi kita sedar bahawa kejayaan masa lampau bukanlah sesuatu yang memberi kita kekebalan untuk masa depan (kerana) ada parti yang senasib atau sekedudukan tapi hari ini sudah kehilangan kuasa.

"Sebab itulah saya selalu menyarankan kita mesti melakukan perubahan dalaman dan inilah yang sedang kita lakukan supaya Umno dilihat sebagai parti yang sentiasa dinamik dan relevan sepanjang zaman.

"Kita tetap akan mempertahankan kesucian agama Islam dan akidah Islam, kita akan terus memajukan ekonomi negara kita, kita akan memperkukuhkan parti, perpaduan nasional antara kaum berdasarkan kepada gagasan 1Malaysia dan kita sebagai sebuah parti akan terus membela rakyat," katanya. - Bernama

Bom Diletupkan UPB ???



Kuala Lumpur: Dua beg misteri yang ditemui ditinggalkan di satu tiang lampu berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam di Leboh Pasar diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) sebaik menerima laporan penemuan itu, pagi tadi.

Tindakan polis meletupkan kedua-dua beg itu menggemparkan peserta perhimpunan yang sudah mula berkumpul di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai penemuan beg itu memanggil UPB untuk menjalankan siasatan.

Katanya, beg berkenaan yang dikatakan berisi bom ditemui berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam kira-kira jam 8.30 pagi.


"Sebaik dimusnahkan, pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati kedua-dua beg itu kosong.


“Tiada sebarang bahan letupan ditemui sebaliknya ia hanya mengandungi kertas dan kotak kosong saja," katanya ketika sidang media di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, hari ini.

Katanya, penemuan itu menunjukkan ada pihak tertentu yang cuba untuk memprovokasi perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal.

HMETRO

Pelacur Budak Sekolah Bersepah di Kulim??


KULIM - Permasalahan remaja, terutama dalam kalangan pelajar perempuan berusia 14 hingga 17 tahun semakin membimbangkan kerana ada dalam kalangan mereka sudah bergelar ibu ayam.

Sinar Harian sempat menemu bual seorang pelajar berusia 17 tahun yang masih bersekolah dan dia hanya mahu dikenali sebagai Jaja.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah dirogol ahli keluarganya, bagaimanapun perkara itu dirahsiakan kerana tidak mahu dimarahi ibunya.

Perlakuan sumbang mahram itu berterusan sehingga dia sendiri berasa seronok dan sering bertukar pasangan melakukan hubungan seks dengan sesiapa sahaja.

Ketika berusia 16 tahun, hubungannya dengan mat rempit semakin luas kerana sering menunggang motosikal bersama mereka.

Ini membuatkan dia semakin ghairah untuk mendapatkan wang, malah setiap pelajar yang berhadapan dengan masalah kewangan akan berjumpa dengannya dan meminta supaya dicarikan pelanggan untuk dilayan.

"Selalunya saya akan mengenakan bayaran RM150 hingga RM200 kepada mana-mana mat rempit yang ingin melakukan hubungan seks dengan mereka.

"Dari jumlah itu saya hanya mengambil RM50 sahaja. Kebanyakan mereka terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada remaja miskin, berpelesiran dan lari dari rumah," katanya.

Jaja berkata, remaja bawah umur bukan sahaja ditiduri mat rempit, malah ada dalam kalangan mereka yang lebih dewasa juga ingin meniduri mereka.

Katanya, setiap remaja perempuan yang ingin melakukan kerja itu mesti pernah melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dengan teman lelaki mereka.

"Ini kerana kebanyakan lelaki tidak mahu melakukan hubungan seks dengan remaja yang masih dara kerana bimbang akan timbul sebarang masalah," katanya.

Bagi mat rempit, pelajar yang pernah melakukan hubungan seks mudah dipujuk kerana apa yang dilakukan dibayar berbanding melakukan hubungan seks dengan kekasih dilakukan secara percuma.

Menurutnya, terdapat beberapa cara memastikan remaja perempuan tidak mengandung antaranya memakan ubat, memakai kondom dan sebagainya.

Bagaimanapun, jika ada dalam kalangan mereka yang hamil, dia mendapatkan nasihat seorang teman untuk membeli ubat RM400 untuk menggugurkan kandungan.

Bagi remaja perempuan yang tidak ada modal untuk menggugurkan kandungan, mereka terpaksa tinggal bersama teman lain sehingga bersalin dan bayi itu akan dijual dengan harga RM5,000 hingga RM10,000, termasuk wang rawatan sebelum dan selepas bersalin.

"Sekarang ada beberapa pelajar hamil dan masih bersekolah. Ada antaranya berusia 14 tahun. Perut mereka lambat membesar kerana badan mereka kecil.

Jaja berkata, ketika kandungan berusia lima bulan, pasangan yang ingin membeli bayi itu harus membawa pelajar terbabit untuk membuat pemeriksaan bagi mengesahkan jantina bayi dalam kandungan.

"Sekiranya bersetuju, pasangan itu akan membawa remaja itu tinggal bersama mereka sehingga bersalin. Kerana itu ada dalam kalangan mereka yang lari dari rumah dan balik ke pangkuan keluarga setelah hampir setahun melarikan diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, perlakuan memperdagangkan manusia satu kesalahan jenayah serius yang boleh dihukum penjara.

Menurutnya, sehingga kini perlakuan seks yang dilakukan terhadap mana-mana remaja perempuan bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol.

Mereka yang melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan.

"Permasalahan remaja hari ini sememangnya membimbangkan. Kebanyakan dari mereka terlalu terpengaruh dengan janji kekasih.

"Apabila ini berlaku, remaja perempuan khususnya sanggup meninggalkan keluarga walaupun baru berusia 14 tahun," katanya.


SUMBER SINAR HARIAN

Kubur masing-masing,kiblat pon lain2 kew?


Apa ker heinya yew...Jadi lagu ni...sapa 2 leh terangkan  tk?

Ngeri!!! Mayat Wanita Mangsa Rogol Dibedah Siasat


Ingin Kongsikan gambar mayat wanita menjadi mangsa rogol dibedah siasat bagi yang tak boleh tengok gambar ngeri admin nasihatkan jangan tengok.Kita selalu dengar banyak kes rogol dan bunuh. Tapi korang pernah tengok macam mana mayat mangsa dibedah siasat ? Kes nie terjadi di Pakistan pada tahun 2008, budak perempuan berumur 17 tahun nie dijumpai sudah mati didalam rumahnya. Amat mengerikan ketika mangsa dibedah siasat. Aku tak letak gambar masa kemaluan beliau dibedah, ngeri sangat gambarnya.-

PANASS!! Perkara 18SX yang berjaya di rakam dalam Tren bawah Tanah!


Tindakkan seorang remaja perempuan membersihkan diri lalu mandi semasa dalam perjalanan dengan tren bawah tanah paling sibuk di New York menimbulkan keresahan beberapa penumpang lain yang berada sekali didalam tren tersebut..

Pada mulanya Gadis itu seperti gelisah menahan untuk membuang air kecil. Ketika membongkok gadis itu terus terkencing sehingga menyebabkan beberapa penumpang yang berada berhampiran dengannya lari meninggalkan tempat duduk..Tanpa memikirkan orang lain gadis itu terus membuka kasut dan mandi dengan segelen air yang dibawanya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...