Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 20 January 2013

LISTEN : kenyataan rasmi Sharifah Zohra Jabeen presiden SW1M


Isu bawani VS Sharifah Zohra masih hangit di perkatakan didalam media sosial terutama Facebook.Malah wujud trending seperti LISTEN LISTEN LISTEN.

Aduhai benda macam ni pon jadi ke.Sebentar tadi ada menerima info iaitu kenyataan rasmi oleh Sharifah Zohra Jabeen yang merupakan presiden SW1M

Ini buktinya.Boleh klik Gambar utk lebih jelas



Maliki dan Ghadafi Terajui Kepimpinan Majlis Belia Malaysia


Apa pon teman nak mengucapkan ucapan Tahniah kepada saudara Maliki dan Saundara Muammar Gaddafi atas kemenangan didalam pemilihan Majlis Belia 

Pelbagai ragam anak muda khususnya pemimpin-pemimpin dan perwakilan persatuan belia dari seluruh negara telah berkumpul di Hotel Summit, USJ, Subang semenjak 18 Januari yang lalu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini yang melibatkan pemilihan kepimpinan tertinggi pertubuhan belia ini, pelbagai ragam, cerita dan gelagat perwakilan mewarnai sepanjang 3 hari mesyuarat ini berlangsung.

Dipendekkan cerita, sekitar jam 2. 45 petang tadi Pengerusi Pilihanraya MBM yang dilantik Ketua Eksekutif Persekutuan Pengakap Malaysia, Encik Mohd Zaki Nuru-udin telah mengumumkan keputusan pemilihan itu buat menghilangkan debaran calon-calon yang bertanding.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) sedia ada, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee mengekalkan jawatan itu buat penggal 2012-2014 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.


Gandingan beliau iatu saudara  MUA’AMAR GHADAFI JAMAL daripada Gerakan Belia 4B (M) memenangi kerusi Timbalan Presiden, juga tanpa bertanding.

Berikut adalah senarai pemenang bagi jawatan-jawatan yang dipertandingkan kali ini.

Keputusan Pemilihan Jawatankuasa Kerja MBM sesi 2012-2014

1. Pengerusi Tetap
    Khairul Anuar El-Shazali Musa
    MBN Perak

2. Timb. Pengerusi Tetap
    K. Murali
    KBBT

3. Presiden
    Mohd Maliki Mohd Rapiee (Mng Tanpa Btanding - MTB)
    MBN P. Pinang

4. Timb Presiden
    Mua'amar Ghadafi (MTB)
    Gerakan 4B (M)

5. Setiausaha Agung
    Zaidi Aziz (MTB)

 6. Naib Presiden
    - Low Eng Teck
      GBBM

    - Mandzri bin Nasib
      Felda (MBFM)
   
    - Nasrul Ahmad
      (MGB Melaka)

    - 2 Lantikan Presiden
         (Wanita - akan diumumkan kemudian)
         (Borneo - akan diumumkan kemudian)
7. JK Kerja (Exco)
    - 12 kerusi

8. 3 Lantikan Presiden

    - Ketua Penerangan (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. SU (akan diumumkan kemudian)
    - Pen. Bendahari (akan diumumkan kemudian)

Tahniah kepada pemenang. Jaga dan hargailah kepercayaan serta amanah yang diberikan oleh para perwakilan kepada anda semua. Kepada yang tewas, teruskanlah perjuangan saudara-saudara semua dalam mengangkat martabat pembangunan belia di negara kita.

belia dipilih Duta 1Malaysia



 Dua puluh personaliti belia diumum sebagai Duta 1Malaysia sebagai menghargai usaha dan kejayaan mereka menempa nama di peringkat tempatan serta antarabangsa, selain berjaya mengenengahkan konsep 1Malaysia.

Ia adalah pengiktirafan pertama di negara ini hasil idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada ikon belia dalam bidang sukan, perniagaan, muzik dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi sumbangan secara signifikan kepada pembentukan negara, dan boleh memberi inspirasi kepada belia di negara ini.


Najib berkata, mereka dipilih sebagai duta kerana menjadi ikon dalam kalangan orang muda dan boleh menjadi contoh berikutan mencapai banyak kejayaan sehingga disifatkan menjadi seorang individu yang mempunyai jenama masing-masing.

“Saya harap duta ini melalui badan mereka akan memberi semangat kepada belia, bukan saja belia aktif dalam persatuan tetapi yang tidak biasa terbabit dalam gerakan seperti ini akan tampil kehadapan untuk menyertainya.


“Kita selalu sebut orang muda aset terpenting untuk masa depan negara, justeru, kita memerlukan supaya orang muda tidak melihat diri masing-masing secara individu tetapi bagaimana mereka boleh memberi sumbangan menjangkau kepentingan masing-masing.


“Bagaimana mereka boleh melakukan melalui semangat sukarelawan untuk menyumbang kepada kepentingan komuniti secara keseluruhannya supaya mereka mengambil berat terhadap komuniti dan orang lain, ingin menyumbang dan menjadi belia yang boleh dibanggakan,” katanya ketika berucap pada majlis mengumumkan 20 duta 1Malaysia di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia for Youth (1M4U), Dr Jake Abdullah.


Duta itu ialah Imam Muda Abdul Jabbar Mohammed Kahar; Afdlin Shauki; Anand Rajaram, Roshan Chandrasekhar, Datuk Nicol David, Khairul Fahmi Che Mat (Apek), Deborah Priya Henry, Datuk Lee Chong Wei, Lim Kok Gin, Lim Teik Yin, Noh Hujan, Mohd Zhariff Affandi, Joel Neoh Eu-Jin, Shila Amzah, Pandalela Rinong, Sazzy Falak, Mizz Nina, Altimet, Micheal Teoh dan Zulfahmi Khairuddin.

HMETRO

Kalimah Allah : Bukan Isu Malaysian Malaysia.

Datuk Dr Ismail Ibrahim, bekas Ketua Pengarah Ikim dan bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


KALAU dalam isu-isu lain mungkin telah banyak tuntutan dalam dasar 'equality in diversity' atau sebelum ini, mungkin lama dulu dan hampir terpadam pada permukaannya, dasar itu diungkapkan sebagai Malaysian Malaysia, maka dalam dasar nama ALLAH yang diminta supaya digunakan dalam agama lain janganlah disamakan dengan dasar-dasar lain itu.

Kita merasakan bahawa dalam penggunaan istilah nama ALLAH itu, maka biarlah amalan ini merupakan sesuatu yang ekslusif untuk agama Islam sahaja, dan sesiapa yang ingin mengganggu gugat pendirian ini, kita bolehlah merayu kepada mereka "please leave us alone in this matter!" Tolong jangan ganggu kami dalam hal ini.

"Enough is enough" cukuplah dengan segala dasar lain, termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan telah dituntut untuk disamaratakan, diberikan hak yang sama rata, sama rasa di antara seluruh rakyat tanpa mengira sebarang latar belakang sosial, ekonomi dan agama, maka hak dalam menghayati konsep ketuhanan dalam agama ini, janganlah nak direbutkan, dicabar dan dimanipulasikan begitu rupa. Nama ALLAH tetap merupakan sesuatu yang asas dan fundemental bagi Islam.

Nama ALLAH, dari sudut falsafah, takrifan dan konsepnya, tetap tidak sama dengan nama Tuhan, God, Lord dan sebagainya dalam penggunaan agama lain.

Orang Islam, lebih memahami konsep ini seperti yang dibaca dan dijelaskan oleh kitab suci al-Quran, tetapi umat Islam, khususnya di Malaysia, rela menerima perbezaan ini di atas dasar 'unity in diversity' dan atas dasar tolak ansur 'agree to disagree' dengan amalan dan pengertian serta konsep tuhan dalam agama lain, terutamanya dalam kepercayaan para penganut agama Kristian.

Dalam surah Al-Maidah sahaja terdapat sekurang-kurangnya tiga ayat yang menjelaskan perbezaan Tuhan "ALLAH" dan Tuhan atau God menurut yang diiktikadkan oleh penganut Kristian. Ayat 17 surah tersebut menjelaskan begini:

"Demi sesungguhnya kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad) "Dakwaan itu tidak benar, kerana siapakah yang dapat menahan seksa dari ALLAH sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan Al-Masih ibn Maryam berserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya..."

Ayat 72 dari surah yang sama menjelaskan:

"Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: bahawasanya ALLAH ialah Al-Masih ibn Maryam, pada hal Al-Masih sendiri berkata: Wahai Bani Israel, sembahlah ALLAH, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain, meka sesungguhnya ALLAH haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka, dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim."

Ayat 75 dalam surah yang sama juga menegaskan: " Tiadalah Al-Masih ibn Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka) kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawanafsunya daripada menerima kebenaran yang jelas nyata itu).

Apakah kefahaman dan akidah anak-anak orang Islam yang memahami konsep Tuhan Islam yang bernama ALLAH itu amat berbeza dari konsep Tuhan Kristian triniti itu akan dikelirukan dengan penggunaan nama yang sama, seolah-oleh semua Tuhan dalam sebarang agama adalah membawa takrifan, falsafah dan konsep yang sama? Maka kalau demikianlah keadaannya, kenapakah kita harus berbeza agama dan akidah dalam menghayati dan mengamalkan agama masing-masing?

Banyak pengajaran secara langsung yang difirmankan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran yang memberikan makna ini kepada umat Islam, umpamanya bacalah al-Quran Surah Al-Taubah ayat 30 dan 31, ketika kita diperingatkan bahawa "Orang-orang Yahudi mengatakan bahawa Aziz ialah anak ALLAH" dan orang Masihi pula mengatakan bahawa "Al-Masih ialah anak ALLAH"........

Budaya dan cara hidup serta bahasa negara kita berbeza dari negara lain. Bahasa dan budaya Arab berbeza dari bahasa dan konotasinya dari bahasa lain, kerana bahasa adalah merupakan terjemahan dari satu budaya dan tradisi serta gaya hidup sesuatu bangsa itu.

Bahasa Arab menggunakan nama ALLAH untuk Tuhan adalah dalam kefahaman pramasastera dan retorika bahasa itu yang amat casnggih sekali, dan kefahaman orang Arab tidak mungkin terpisah dari konsep ALLAH dan Tuhan yang digunakan untuk kepelbagaian agama.

Orang Arab dapat bersumpah ratusan kali dalam perbualan biasa mereka dengan menyebut "Wallahi" yang kalau dalam penggunaan bahasa Melayu merupakan satu sumpah dalam istilah syariah yang amat salah diucapkan sewenang-sewenangnya dalam perbualan harian, tetapi sumpah ini tidak sama dengan sumpah yang kita fahami dalam bahasa kita, sehingga terdapat ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sumpahan biasa dalam penggunaan bahasa mereka dengan sumpah dalam istilah syariah yang kita fahami.

Maka demikianlah juga dengan penggunaan nama ALLAh yang cuba dibandingkan dengan penggunaannya di dalam bahasa lain, khususnya bahasa Arab, sesungguhnya perbandingan ini haruslah difahami dari sudut linguistik dan budaya bahasa itu sendiri di antara bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Janganlah dicuba untuk mencari justifikasi yang remeh untuk menjustifikasikan penggunaan nama ALLAH bagi Tuhan Kristian, iaitu yang merupakan dakwaan dan alasan bagi menuntut sesuatu yang amat sensitif dan tidak dapat diterima di dalam budaya dan cita rasa bangsa kita di negara kita ini.

Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Taubah ayat 32 :

"Mereka hendak memadamkan cahaya ALLAH (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang ALLAH tidak mengehendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekali pun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

Kepada saudara-saudara pembaca entri ini, ingatlah akan hikmah dan ilmu kurniaan ALLAH kepada kita, bahawa kita mengetahui dan memahami akan maksud dan hakikat peringatan ALLAH kepada kita dalam isu ini, tetapi peringatan ALLAH itu adalah untuk pertahanan diri kita dan anak cucu kita, bagi mengatur strategi pendidikan dan penyampaian hikmah kita, bukan untuk mencerca dan menghina atau mengata nista sesama manusia, termasuk kepada rakan-rakan kita dari agama lain, kerana kita menyedari prinsip agama kita tentang dasar hidup bersama secara aman dan damai (peaceful co-existence): Bagi kamu agama kamu, dan bagi kami agama kami"... surah Al-Kafirun, Ayat 6.

Semoga landskap budaya dan politik kita tidak secara mudahnya dicemarkan oleh tangan-tangan rakan kita yang berlumpur dan kotor ketika dunia umumnya memasuki era gerhana hitam pada masa kini...


DS Ali Rustam Bakal Bertanding Kerusi Parlimen


Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti.

"Keputusan yang saya ambil untuk bertanding di Parlimen terletak di tangan Perdana Menteri untuk memutuskannya.

"Namun sehingga kini keputusan saya untuk bertanding di kerusi Parlimen masih belum diputuskan oleh Najib," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, di sini, semalam.

Tanpa memberitahu kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi di negeri ini sudah diselesai dan dipersetujui semua parti.

"Kita ikut cadangan yang telah dikemukakan awal kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tidak ada perubahan baru di saat-saat akhir," katanya.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999. Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu laporan Bernama memetik Mohd Ali berkata pembahagian kerusi bagi PRU13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum ini," katanya.

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.

Wanita Buat Mogok #Seks



Wanita di sebuah perkampungan di selatan Filipina berjaya mewujudkan keamanan selepas mengancam melakukan ‘mogok seks’ jika pasangan mereka terus berperang, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.


Amaran mengenai ‘mogok seks’ itu dibuat wanita di Kampung Dado, Mindanao, yang sering menyaksikan berlaku pertikaian di kalangan penduduk setempat.


Pegawai serantau Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Rico Salcedo, berkata tindakan itu akhirnya membolehkan 102 keluarga yang mendiami kampung berkenaan hidup aman dan membangun.


“Kawasan ini sering berlaku konflik membabitkan pertikaian di antara keluarga atau isu tanah,” katanya. Menurut Salcedo, idea ‘mogok seks’ itu datang daripada sekumpulan wanita tempatan yang menubuhkan perniagaan jahitan.


Bisnes mereka terjejas apabila produk siap dijahit tidak dapat diserahkan kepada pelanggan kerana laluan di kampung itu sering ditutup untuk mengelak keganasan.


Menurut Salcedo, kejadian tembak-menembak sering berlaku di kalangan lelaki tempatan, terutama di kawasan berhampiran jalan.


Pemimpin kumpulan wanita itu, Hasna Kandatu, berkata mereka bersepakat enggan melayan suami masing-masing jika terus mencetuskan masalah.


“Jika mereka keluar rumah untuk berkelahi, mereka tidak dibenarkan pulang dan kami enggan melayan mereka,” katanya.


Pertikaian suku membabitkan masalah tanah, wang atau politik sering berlaku di selatan Filipina. - AFP

Wanita ditembak mati



KLANG: Seorang wanita terbunuh selepas cedera terkena tembakan anggota polis yang cuba menghentikan sebuah kereta dipercayai cuba merempuh mereka di Taman Sejati dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dikatakan cuba dirempuh kereta Proton Waja yang dipandu secara mengundur oleh seorang lelaki berusia 31 tahun manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.
Difahamkan, anggota polis peronda terbabit melepaskan tembakan amaran sebelum menembak beberapa das ke arah kenderaan berkenaan yang mengenai wanita berusia 22 tahun berkenaan.

Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian bermula jam 7.35 malam apabila pasukan peronda polis mengesan pergerakan mencurigakan kereta suspek di Jalan Batu 3 Lama, Klang.


Katanya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh menyebabkan anggota peronda terbabit cuba menahan suspek yang kemudian bertindak melarikan diri.


“Suspek melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer hingga ke Taman Sejati. Anggota polis terbabit telah keluar dari kereta peronda untuk menahan suspek tetapi cuba dirempuh kereta Proton Waja itu secara mengundur menyebabkan anggota terbabit melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.

Katanya, anggota polis terbabit berjaya menahan suspek lelaki dan mendapati wanita berkenaan cedera parah akibat terkena tembakan.

Menurutnya, kakitangan perubatan daripada ambulans yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan wanita terbabit telah mati akibat kecederaan.

“Suspek lelaki telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan manakala mayat wanita itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala kereta dinaiki mereka dilaporkan hilang Selasa lalu.

“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja itu juga menemui sebilah parang dan serbuk putih dipercayai dadah,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...