Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 9 September 2012

~INSYALLAH PARLIMEN BATU GAJAH MILIK BN MENJELANG PRU13~

Sekitar Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Gajah pagi tadi cukup ketara berubah serta amat menghairankan malah terasa PELIK kepada sesiapa saja terutama yg mengikuti setiap tahun Mesyuarat Perwakilan, Pemilihan, Agung tahunan dan lain-lain pada UMNO Bahagian ini. Terasa amat janggal dan tentunya tertanya-tanya ada banyak perbezaannya kali ini dengan  yang sebelum ini...


Bukan kerana dirasmikan oleh YBMK II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Bukan kerana Dewan Serba Guna Seri Meriah yang Baru digunakan kali pertama. Bukan kerana kehadiran beberapa pemimpin seperti Dato' Azian (Ipoh Timor), Dato' Shamsudin (Ipoh Barat) dan banyak lagi yang kelihatan disini sehingga selesai Majlis sepenuhnya.
Makin menjadi tanda tanya kepada teman lagi apabila di kemah Jamuan pun nampaknya lenggang semasa berlansung didalam Dewan

Apa pun setelah diamati dan teliti... Akhirnya teman baru sedar kelainannya, Dewan yang padat boleh dipenuhi hingga 2 ribu peserta ini nampaknya bukan sahaja dipenuhi oleh para perwakilan cawangan ke bahagian, malah hampir separuh didalam dewan nampaknya dipenuhi oleh oleh rakan berbangsa Cina dan India. bukan setakat itu sahaja mereka juga turut menyaksikan mesyuarat sehingga selesai

Sebagaimana yang diperkatakan Dato Ketua Bahagian semasa PC atau Temuramah oleh Media, Gabungan serta usaha gigih parti kompenan membuahkan Hasil, Batu Gajah terutamanya di DUN Tronoh respon Pengundi nampaknya semakin baik, Kebanyakan Majlis anjuran BN semakin mendapat perhatian, kita sudah ada kekuatan 50-50% di PRU 13 dan nampaknya Tronoh BN ada peluang kembali ke pangkuan BN semula. Bukan sahaja Pemimpin mereka tetapi rakyat atau pengundi disini pun makin bertambah ramai disetiap program disini

Menurutnya lagi ramai yang lega dan berterima kasih kepada kita, contohnya sebelum ini lawatan DS Zambry Kadir sebagai Menteri Besar kesini sebelum ini dapat menyelesaikan banyak pekara seperti Dewan, Gelanggang Bola Keranjang, kuil-kuil, tokong-tokong, sekolah-sekolah Cina dan India diberi perhatian, bantuan dan semuanya telah pun diselesaikan sekalipun ketiga-tiga Dun Di Parlimen Batu Gajah yang tidak lansung diambil peduli oleh Parti Pembangkang DAP yg sepatutnya wakil rakyat yang bertanggung Jawab   serta amanat rakyat... apatah lagi PAS dan PKR yang lansung tiada membantu pembangunan serta pembelaan Nasib Rakyat atau pengundi disini...

Lihat saja Sivakumar, Apa yang dia telah buat dan beri kepada rakyat Tronoh?, DW Yusoff juga mengulas bila sekarang nie pun dia (Siva) paling sibuk nak tau kalau ada projek yang sedang atau dilaksanakan oleh BN, kelam kabut lawat dan ambil gambar diprojek untuk nampak macam dia ler yang kononnya usahakan serta beri perihatin kepada penggundi atau rakyat...
Mengulas soal Pengkhianat dalam Parti, Datuk Wira juga menegaskan, 'Seperti mana DS Najib Perdana Menteri Kita yang mengatakan semalam, saya amat sokong dengan pendapatnya kerana kita tak akan lagi bertolak ansur kepada Pengkhianat seperti mereka-mereka ini ' 
Teman juga sudah beberapa kali menulis perihal jenis Pengkhianat  nie demi kesedaran punca kegagalan lalu, malah bagi teman maupun rakan PCT (Perak Cyber Troopers) yang lain juga berpendapat kalaulah berulang lagi sebegini, maka mereka perlu berdepan dengan PCT sendiri. 
Mereka juga lupa kami (PCT@ Bloggers Perak) juga sebagai rakyat dan paling dekat dengan Rakyat.

Bila nama tidak disenaraikan sebagai calon, jenis begini akan bertindak Protes dan hasut supaya tidak menyokong calon terpilih, malah sebelum ini pun kita juga melihat di PRU 12 yang lalu bila ada kumpulan yg bertindak Protes, menghasut Ahli UMNO supaya tidak mengundi malah paling keji sehingga sanggup menutup Bilik Gerakan.

Apa-apa pun Batu Gajah nampaknya SUDAH BERUBAH dan ketara bila dilihat Kehadiran hari ini yang nampaknya membuktikan Batu Gajah semakin ambar ataupun makin memutih... Reaksi terutama Kaum Cina dan India begitu positif dan melegakan bila setiap kali sebarang program atau majlis BN nampaknya kerusi-kerusi kosong sebelum ini tidak terbiar begitu sahaja, malah kena sedia terima dan KENA Akur berdiri bila sudah sukar mencari KERUSI KOSONG di Majlis atau Program BN mendatang...


ALHAMDULILLAH...  RAKYAT SUDAH MULA SEDAR, TAHNIAH... MEMANG BENARLAH BATU GAJAH SUDAH BERUBAH!!! .... Amin!  l

~VIDEO SEBENAR INSIDEN CUBAAN BUNUH OLEH PENGAWAL PRIBADI ANWAR~

TERKEJUT JUGAK ANAK JATI MALAYA . Tak sangka benda macam ni boleh jadi kat Malaysia.Bayangkanlah biler dia memegang tampuk kuasa nanti apa akan jadi...Mungkin akan tembak orang yang tidak sealiran dengan nya...Minta simpang jauh2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...