Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 13 March 2013

Terkini!!! 56 PENGGANAS BERJAYA DIBUNUH DAN 25 MAYAT BERJAYA DIBAWA KELUAR



Keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu telah pulih seperti sedia kala. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai.

Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan seorang anggota tentera telah terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lahad Datu pada 12 Mac 2013 jam 7.30 pagi.

Setakai ini, jumlah pengganas yang terbunuh seramai 56 orang, 25 mayat pengganas telah berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi manakala 97 orang di tangkap dan disiasat di bawah SOSMA 2012.

Panas !!! Pengakuan Yuktes Vijay, Peguam Kes Liwat II Anwar ??




Menarik!!!…Kenyataan oleh bekas peguam yang terbabit di pihak Anwar Ibrahim dalam Liwat II, Yuktes Vijay yang mendedahkan kisah sebenar apa yang terjadi (di sebelah pihak pembelaan Anwar) semasa kes dibicarakan…

Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.

Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.

Takpe…itu kisah lama.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.

Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya.

Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

“Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri,” soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

“Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

“Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat),” katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

Di bawah adalah kenyataan asal Yuktes yang dikarang dalam bahasa Inggeris.

LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail

I read with anger the news that Saiful’s dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar’s long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.

When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.

Why Anwar never took the stand?

Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.

Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;

How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was ‘Mokhtar’, the name of Anwar’s security chief and brother-in-law? ;

Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful’s presence in the apartment be refuted;

Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;

Anwar’s current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful’s apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?

Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.

Fund for the overseas experts

The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.

Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.

The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM’s daughter?

Saiful

I don’t know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.

There were traces of Anwar’s DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the “break in the chain of evidence”. I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.

In a nutshell, there was evidence of Anwar’s semen in Saiful’s rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.

So the judge had no other way of corroborating Saiful’s evidence.

Conclusion for Part 1

Anwar is a consummate liar. He is using Saiful’s dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of “charm” about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.

Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!

The writer, a former Anwarista, worked in Anwar’s Sodomy 2 trial for the defence-FMT


Read more: http://apple-biru.blogspot.com/2013/03/bongkar-pengakuan-yuktes-vijay-peguam.html#ixzz2NOvTdfeN
Follow us: @AppleBiru3 on Twitter | apple.biru.754 on Facebook

Ada ke kome tahu!! Lagi Pecacai Dihantar untuk menghina PCT???


Cube Kome Perati Apa komen-komen yang dibuat oleh mereka.Apa Hal kau nak dengki sangat dengan PCT.Kau Meroyan kat Blog org apa hal beb...Bagai Anjing menyalak bukit.Apa hal kau berani nak hina Chif PCT...Apa hal...Apa hal tak berani pkai nama sendiri kalau nak sound orang.Aq tahu siapa yang buat ni.?

Kau orang dah lupa ke siapa yang bantu BN Perak klu bukan PCT sendiri.Setakat Dibayar korang boleh la cakap lebih2.Buktikan yang kami diberi gadget.Buktikan.

Hu Aq boleh simpulkan memang besar jasa Mereka kan.Kepada Anonymous ini jawapan bagi persoalan kau.

"depalah yang bertungkus lumus kembalikan Perak ke BN semula, antara isu yang depa pernah selesaikan seperti, Isu Vale, isu sidang Dun yang dihuru harakan pembangkang, isu rumah perak, isu anchak, isu balak, isu Zambry Hitam metalik, Isu nizar menulak kerajaan islam, isu YBU, isu long suit nga, isu ngeh menghina islam di laman tweeter, isu nizar meroyan dikampar, isu perak didarul kartunkan oleh PAS, isu siva dihalau speaker gila, isu depa buat gila masa sidang dun, isu belanjawan negeri perak, isu tahun melawat perak, isu kerajaan perak yang dituduh beri konsesi balak, isu kereta camry, isu-isu nizar pembohong bersiri dan paling terbaru isu beri tanah 10, 500 ekar tanah kepada nga dan banyak lagi yang Pak Tam tak bulih nak cerita kat hangpa, pakat esuk pun belum bulih habis kalu mau cerita kat hangpa, pendek kata depa dah cukup berjasa kat perak"

Sudah2 la menghina PCT.


Terkini!!!DUN Perak terbubar !!!!


IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak akan terbubar dengan sendirinya pada 25 april ini jika tiada pengumuman pembubaran dalam tempoh sekarang sehingga tarikh berkenaan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata Perak bagaimanapun tidak berhasrat untuk memilih tarikh lain pilihan raya seperti Selangor.
Katanya, Perak akan menunggu arahan lanjut daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di pejabatnya, sebentar tadi.

SUMBER

RAHSIA BESAR KONSPIRASI DI SABAH DIDEDAHKAN !!!


Ada dua perkara penting yang perlu kita lihat dan persoalkan. 

1. Berkemungkinan bahawa pelan asalnya ialah huru-hara di Malaysia akan menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN akan tetapi pencerobohan yang berlaku di Sabah dilihat sebagai strategi ringleaders yang gagal memalukan kerajaan BN.

2. Malah kerajaan BN tidak goyah dan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka mengikuti piawai rundingan dan tindakbalas yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa termasuk Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu.

3. Tetapi apabila pihak penceroboh memerangkap pasukan keselamatan dengan bendera putih kononnya mahu menyerah diri dan akibatnya, 2 komando VAT 69 terkorban dek helah celaka penceroboh-penceroboh itu, MiM percaya command and action nya berubah.


4. Sikap berhati-hati dan sabar kerajaan dan pasukan keselamatan disambut dengan tipu helah yang menyebabkan wira-wira negara kita terkorban dan rakyat tempatan berasa terancam.

5. Maka strategi awal ringleaders untuk hanya menimbulkan panik dan sensasi menjadi strategi yang memakan diri sendiri dan menyebabkan rakyat amat benci dengan pakatan pembangkang dan pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat di dalam percaturan jahat ini.

6. Pakatan pembangkang menjadi lebih parah apabila muncul suara-suara sumbang tahap mulut longkang yang memperlekeh-lekehkan pencerobohan di Sabah kononnya konspirasi atau wag the dog UMNO dan kerajaan BN.

Baca Lagi DISINI

Terkini !!! Wajah Jeneral dan Pengganas Yang Ditemui Dari Handphone Mereka Yang Terbunuh?


KAMI baru memperoleh dua keping gambar yang dipercayai wajah sebenar pemimpin kanan pengganas militan Sulu, ‘Jeneral’ Musa dan sekeping gambar salah seorang tali barut yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


Untuk pengetahuan anda, pasukan keselamatan telah mengeluarkan 23 mayat pengganas setakat ini di kawasan Kampung Tanjung Batu, salah sebuah kampung yang menyaksikan pertempuran sengit antara pasukan pengganas dan pasukan keselamatan.

Satu daripada 23 mayat itu telah disahkan Ketua Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib sebagai ‘Jeneral’ Musa yang mati dalam pertempuran di kampung berkenaan.



talibarut.."mandur" nama panggilannya...


Sekeping gambar lagi yang kami peroleh adalah wajah salah seorang tali barut yang dikatakan pernah bekerja membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.

Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu ‘Jeneral’ Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.

Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Hari kelapan Operasi Daulat semalam menyaksikan dua orang lagi anggota tentera terkorban, seorang dalam pertempuran dan seorang lagi terbunuh apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

PS : sebarkan foto anjing kiram III ini..tuiiiHHH !! datang cari makan d Felda Sahabat..akhirnya kita d gigitnya !! HAIWAN sungguh !!

Beliau d kenali sebagai "mandur"..foto d atas adalah satu majlis 'penyerahan beret' atau penyerahan tugas khas dan ikrar taat setia pada Kiram III yang d berikan kepada talibarut yang selama ini bekerja d ladang sawit Felda Sahabat..menurut sumber.

Foto ini d rakam oleh anggota beliau sendiri dan ianya ketika hari pertama mereka mendarat !!!!!

Terkini !!!Perdana Menteri Mengadap Yang Dipertuan Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen Hari Ini?


Teman tak pasti bilakah pembubaran Parlimen tetapi gambar diatas adalah gambar terbaru yang teman dapat dari seorang rakan facebook. Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Teman menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini bermakna Pilihanraya Umum yang ke 13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman tersebut. Kemungkinan hari ini atau esok pengumuman pembubaran Parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.


Terkini !!! 6 suspek lagi ditahan di Kg. Bangau-bangau.


Photo: Polis sahkan 6 suspek ditahan di Kg. Bangau-bangau

SEMPORNA 12 Mac - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. - BERNAMA

SEMPORNA  - Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis adalah antara enam yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas militan dari selatan Filipina, menerusi operasi di Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata dalam operasi oleh anggota Komando VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu, polis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan yang menjadi lokasi persembunyian enam suspek terbabit.

"Kami menjalankan serbuan pukul 6 pagi setelah menerima maklumat awam... jadi kami akan menyoal siasat mereka untuk mengetahui sama ada mereka adalah pengganas Sulu atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Mohd Firdaus berkata polis kini menjalankan siasatan untuk mengenal pasti taraf kerakyatan kesemua yang ditahan itu.

Beliau berkata tiada senjata api atau alat telekomunikasi yang ditemui dalam serbuan itu.

Sementara itu, tinjauan Bernama ke lokasi kejadian mendapati rata-rata penduduk di kampung berkenaan mendakwa tidak pernah melihat kelibat enam lelaki terbabit di kampung berkenaan. - BERNAMA

Lagi Kes ANGGOTA KESELAMATAN TERUS DIPERLEKEHKAN!!!



Tatkala anggota Keselamatan masih lagi bersabung nyawa untuk memastikan Negara selamat dari sebarang ancaman luar, puak Pakatan ni masih lagi dok menghina mereka.

Sampai tahap nak samakan diorang dengan anjing bagai, menda kejadahnya? Yang paling tak boleh blah ialah apabila bekas Panglima Tentera pun dok buat benda sama.

Yang dia dok bercakap tu apa yang dia dapat? Apa yang dia mampu buat kalau setakat bercakap je? Dengan bercakap macam tu boleh selesaikan masalah?

Kot masa dia jadi panglima dulu pun, bukannya dia yang jadi 'front liner' untuk mempertahankan Negara. Setakat duduk kat pejabat jugak.

Agaknya dia dapat kepuasan kot dengan memaki hamun dan memperlekehkan orang macam ni. Tu pasal la dia sedap - sedap je duduk dan buat cerita yang bukan - bukan?

Kata dia, sekarang ni anggota tentera kita duduk kat bawah rumah orang. Tido kat bawah reban ayam. Macam mana dia tau kalau dia sendiri pun tak pergi ke zon perang?

Dalam dunia ni, ada ke orang yang pergi berperang sambil tido kat dalam hotel mewah 5 bintang? Ada ke yang dapat baring atas tilam empuk dengan selimut tebal?

Kalau ye pun nak perlekehkan orang, agak - agak la wei!!! Jangan la main ikut sedap hati dia je nak bercakap. Sedangkan dia sendiri pun tau keadaan sebenar. Lagi dia nak tipu rakyat ni apa kejadahnya!!! Dah tak de kerja lain ke dia nak buat!!!

HOT!!!Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok Ditumbuk !!

1334203269-picsay

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din yang sebelum ini telah menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak memerlukan undi masyarakat India, sekali lagi menimbulkan kontroversi dan kemarahan masyarakat setempat, khususnya masyarakat India. Ternyata, pengalaman lepas masih belum mampu mengajarnya.


Kejadian dilaporkan telah berlaku jam 9:45 malam pada 10 Mac lalu di bilik mesyuarat Pejabat Cabang PKR Merbok, Sungai Lalang, Sungai Petani melibatkan Ahli Parlimen Merbok itu dengan seorang Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok. Naib Ketua Wanita PKR Cabang Merbok bernama Malika a/p Subramaniam tidak sahaja dipanggil HINDU PARIAH tetapi juga telah ditumbuk oleh Rashid Din.


Menurut sumber, kejadian berlaku semasa dalam sesi soal jawab. Tercetus pertengkaran dan perselisihan faham antara Malika dengan Rashid DIn. Malika tidak berpuas hati kerana enggan meminta maaf kepada Malika kerana beberapa isu selain gagal menjawab dan melayan semua usul yang dikemukakan. Rashid Din gagal mengawal perasaan, lantas cuba menumbuk muka Malika. Bagaimanapun, tumbukannya tersasar kerana Malika berjaya mengelak. Rashid Din bagaimanapun, cuba menumbuk lagi. Tumbukan kali kedua, masih tidak mengenai muka sebaliknya mengenai dada Malika, menyebabkan Malika terjatuh.

Apabila melihat Malika terjatuh, Rashid Din cuba menerkam tetapi ahli-ahli PKR yang lain di bilik mesyuarat tersebut, berjaya menangkap dan menghalang Rashid Din daripada terus mengerjakan Malika.
Pun begitu, Rashid Din terus menyeranah Malika sambil menggelarkan Malika sebagai HINDU PARIAH.
Mesyuarat tersebut kemudiannya dibatalkan. Malika sebaliknya membuat laporan polis pada jam 11:46 malam di Balai Polis Bedong.

Pergaduhan, tumbuk-menumbuk, malahan cubaan membunuh seperti yang melibatkan Xavier Jeyakumar di Selangor, bukanlah asing dalam mesyuarat PKR. Pada proses pemilihan jawatan penting pusat, ramai pemimpin PKR yang kecewa kerana telah KENA SAILANG oleh puak Azmin Ali, puak Nurul Izzah, puak Anwar Ibrahim, puak Khalid Ibrahim dan pelbagai puak lagi dalam PKR, membuat keputusan untuk keluar. Malah ada juga yang terus senyap sunyi kerana malu dengan apa yang berlaku dalam PKR.

Gelaran HINDU PARIAH atau PARIAH juga bukanlah asing yang dilabelkan kepada penyokong-penyokong PKR dari masyarakat India. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah mengungkapkan perkataan yang sama kepada Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai yang sekarang ini sudah keluar dari parti dan pemimpin-pemimpin PKR dari keturunan India lain yang menentangnya.

Berita Penuh DISINI

Terkini !!! ANGGOTA TENTERA YANG TERKORBAN DI LAHAT DATU SELAMAT TIBA DI LAPANGAN TERBANG SUBANG


Seorang anggota tentera terkorban manakala seorang lagi cedera selepas ditembak kumpulan pengganas Sulu dalam pertempuran di Kampung Sungai Nyamuk di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, pasukan keselamatan turut menembak mati dua pengganas Sulu.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohamad Zin berkata, sewaktu pasukan keselamatan melakukan operasi pembersihan pada pukul 7.45 pagi, telah berlaku pertempuran menyebabkan lima pengganas Sulu berundur.

"Pasukan keselamatan meneruskan penjejakan dan seterusnya berlaku pertempuran kedua di kawasan Kampung Sungai Nyamuk, malangnya seorang anggota keselamatan kita telah gugur," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad; Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Berikutan insiden terbaharu itu, jumlah perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu meningkat kepada sembilan orang.

Zulkifeli seterusnya memberitahu, jenazah anggota berkenaan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk dibedah siasat.

Katanya, pada masa ini pasukan keselamatan telah memperluaskan lagi operasi pembersihan meliputi Kampung Sungai Nyamuk berhampiran Kampung Tanjung Batu di sini.

Jenazah anggota tentera yang terkorban dan tercedera dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK), Sandakan, dengan menaiki helikopter.

Konspirasi kapal perang US berada di Laut Sulu?



“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit. “Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.  


Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. 

 Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina “The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,” USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina. “There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),” 

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang. Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun. 

 Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

HOT!!! Askar Malaysia di Samakan dengan Haiwan???

pkr1a

Rasa tersinggung dan terasa hendak mengalir air mata bila mana gelaran yang diberikan oleh Pakatan Pembangkang terhadap Pasukan Keselamatan yang bergadai nyawa di perbatasan dengan gelaran yang amat mengaibkan. Apakah mereka sekarang langsung tidak mempunyai perasaan kerana pengaruh politik?

Dasar BANGSAT!!!! Itulah perkataan pertama yang terungkap apabila melihat watak karikatur yang dipaparkan di dalam salah sebuah portal pembangkang. Ia mengambarkan watak anggota keselamatan seperti seekor babi sedang menembak kearah seorang lelaki yang memegang tasbih.

Signifikasi yang difahami melalui watak-watak di dalam karikatur tersebut ialah, kononnya para anggota keselamatan negara sedang berperang dengan warga Filipina berketurunun Sulu yang lemah, tanpa sebarang kelengkapan senjata.

Baca Lagi DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...