Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 9 December 2012

~BUKTI ORG PENANG TOLAK DAP~




 Mungkin selama ini, Pakatan Rakyat seringkali bermegah-megah dengan kehadiran  penyokong mereka, Tetapi kali ini, ramai yang sudah membuka mata dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang, rakyat Pulau Pinang dilihat memberi sambutan yang begitu menggalakkan.Gua ada didalam  program ini, gambar-gambar ini semua gua sendiri yang ambil, so kepada sesiapa yang nak kata gua  penipu.. sila  bertentang dgn gua sendiri untuk melihat kesahihannya.

Ramai juga kelihatan orang-orang cina, termasuk juga India.

 Rata-rata yang gua bersembang, mereka seringkali merungut tentang rumah kos rendah  yang tidak dibina di Pulau Pinang,



Didalam ucapan Najib Razak, kerajaan BN  yang membawa mesej "janji ditepati" (antara satu slogan yang amat digeruni Pembangkang) memberi jaminan kerajaan BN akan membina rumah mampu milik dan harganya lebih murah, Sebelum itu pengerusi BN P.Pinang telah menghentam  Kerajaan Negeri P.Pinang (DAP) yang tidak membina rumah mampu milik..

Dalam  pemerhatian gua, Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak amat di hormati masyarakat, mereka tersenyum riang dengan  setiap ucapan PM.Ini merupakan satu  petanda  rakyat Pulau Pinang  amat mengharapkan  BN memerintah semula Pulau Pinang.


















Orang Melayu, Cina & India kini sudah muak dengan mainan Pakatan Rakyat yang sebelum ini berjanji akan menyelesaikan segala masalah rakyat. gah berkata-kata di pentas ceramah, sambil itu pula, ceramah Pakatan Rakyat tak kan lengkap jika tiada  Tabung Bergerak.!

Inilah masanya rakyat Pulau Pinang menolak Pakatan Rakyat.!!

~CAT FARISH JADI PENCERAMAH~



Penyanyi dan komposer Cat Farish akan memberikan ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah menerusi Kem Motivasi Pemantapan Jati diri Cara Rasulullahs.a.w (Kem Mojat).

Cat yang juga merupakan ahli kumpulan The Fabulous Cats itu berkata, dia merupakan duta kepada kem tersebut dan ini sekaligus dapat memberi peluang kepadanya untuk berkongsi pengalaman manis dan pahit hidup kepada peserta.

"Kem Mojat mengajar para peserta cara-cara melakukan aktiviti yang sering dibuat oleh Rasulullah S.A.W dengan penyampaian yang lebih urban.

"Dengan peluang ini, saya ingin berkongsi pengalaman kepada mereka yang menyertai.

"Lagipun ketika di zaman sekolah dahulu, saya tidak mampu untuk sertai kem seperti ini dan peluang ini saya gunakan dengan membawa anak-anak ke Kem Mojat bersama," katanya.

Tambah Cat, lebih menarik lagi, Kem Mojat turut membawa peserta beriadah dengan melakukan aktiviti memanah serta berkuda, di mana ia merupakan antara aktiviti sukan kegemarannya.

Kem Mojat yang bakal diadakan pada 19 hingga 20 Disember 2012 di Kelab Rekreasi dan Berkuda Denai Alam Selangor (DARC), Shah Alam, Selangor ini dianjurkan oleh sebuah syarikat penyedia latihan dan pengurusan majlis berkonsepkan Islamik, Human Capital Development Services (HCDS).

Menurut pengarahnya, Shaharul Ridzuan Shamsuddin, Kem Mojat adalah sebuah program untuk pelajar sekolah sebagai program penutup atau pun persediaan sebelum sesi sekolah yang baru bermula tahun hadapan.

“Program ini akan menjanjikan kelainan daripada program cuti sekolah yang ada kerana ia lebih menumpukan kepada pemerkasaan jati diri dan penambabaikan sahsiah keperibadian seseorang pelajar.

"Aktiviti yang dianjurkan juga akan memfokuskan kepada tiga perkara utama sunnah Rasullah iaitu berkuda, memanah dan berenang selain mendedahkan rahsia, manfaat dan kebaikan aktiviti yang dibuat dalam membentuk keperibadian insan cemerlang," ujarnya.

Kem tersebut akan diketuai oleh seorang penceramah agama bertauliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Che Nordin Che Ibrahim, yang berpengalaman mengendalikan pelbagai program Islamik untuk pelbagai golongan.

Beliau yang juga graduan Universiti Islam Al Azhar, Mesir dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab ini juga merupakan seorang penceramah motivasi Islamik serta penasihat agama untuk beberapa syarikat swasta.

Melalui program ini, Che Nordin akan mengupas rahsia setiap aktiviti sunnah Rasulullah ini selain peserta berpeluang mencuba sendiri setiap aktiviti tersebut.

Di samping itu, beberapa slot kerohanian juga akan diselitkan agar dapat menjadi pemangkin semangat serta sebagai motivasi untuk setiap peserta.

Dalam pada itu, Kem Mojat juga berhasrat untuk mencari penaja daripada mana-mana individu, jabatan, agensi atau organisasi yang berminat untuk membuat amal jariah untuk peserta dari beberapa rumah anak yatim

Bayaran untuk mengikuti program ini adalah sebanyak RM290 seorang dan pendaftaran awal iaitu sebelum 12 Disember 2012 akan mendapat potongan harga kepada RM260 seorang.

Sementara itu, kepada ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak mereka bolehlah menghubungi pihak urusetia program ditalian 010-3240051, 010-3234739, 010-3441011, 019-3475070 atau email ke my.hcds@gmail.com.

~GEMPAR !!!!!NAJIB UMUM TARIKH PRU 13~

hah betul ke apa yang anak jati dengar ni yew...dengo citer pru 13 dah nak dekat dah...hah UMNO dah sedia ke nak hadapi PRU ni...dah siap ke wei...macam mana bilik gerakkan apa semua wei...dah siap ke...




"BILA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN SANGGUP MEMBUBARKAN DEWAN NEGERI (ATAS PERSETUJUAN SULTAN/RAJA/YDP)"

Kalau sekiranya HARI INI mereka membubarkan Dewan Negeri, Insya Allah dalam masa 24 jam YAB PM akan mengadap Ke bawah YPA bagi membubarkan Parlimen dan dikuti Negeri-negeri yang lain yang berada di bawah pemerintahan BN.

Kenyataan ini didasarkan kepada beberapa kenyataan yang pernah didengar bahawa Pemimpin Pakatan Pembangkang AKAN MEMERINTAH SEHINGGA TEMPOH MAKSIMUM.

JADI TAK PERLU LAH SIBUK NAK TANYA2 EK...TUNGGU JE...NNTI PM ADA LE BG THU PD KITA SEMUA...

~gempar!!!PAS HAMPIR JATUH~


Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad bersama ahli yang lain seramai 320 orang telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal.

Beliau mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

Segelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul.

Beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan.

Dalam majlis yang sama, Hj. Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Besut, yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan.

Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka.

Beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi.

Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO. -Malaysia Instinct



Ini sudah menjadi bukti bahawa PAS sebenarnya telah lari jauh dari perjuangan yang dilaungkan dulu. Mereka hanya menggunakan agam untuk retorik politik mereka. Entah sampai bila baru semua orang PAS nak sedar.

~GEMPAR!!!JALUR GEMILANG BERKIBAR MEGAH DI PALESTIN~



Bendera Malaysia, Jalur Gemilang dengan bangganya berkibar semasa perhimpunan untuk menandakan kemenangan Palestin. Ia telah dihadiri oleh sepuluh ribu rakyat Palestin bersempena dengan sambutan ulang tahun 25 Hamas. -
Bernama.


kome nampak tk siapa yg pegang bendera tuh...hihi...negara luar punya hormat kita...

~PUNCA MELAYU BERPECAH BKN DRPD PAS SEBALIKNYA UMNO~



KOTA BHARU - Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu  kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar  itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.

“Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.

"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

"Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK)  itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam.

Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.

Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka.

“Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja,” katanya. -SH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...