Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 20 August 2013

PANAS !!! PELAKON ADI PUTRA MENINGGAL DI HOSPITAL INDONESIA ???

Pelakon popular Adi Putra, 32, dimasukkan ke hospital hari ini berpunca daripada bebanan kerja dan kurang istirehat.

Pelakon dan pengarah filem Suami Aku Ustaz itu bukan dimasukkan ke hospital tempatan tetapi sedang menjalani rawatan di salah sebuah
hospital di Surabaya, Indonesia.

Menurut Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul, pelakon tersebut berada
di sana bagi menjalani klip video untuk lagu yang bakal dimuatkan dalam
filem Suami Aku Ustaz.

"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku
sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya
hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," kata presiden kelab peminat
pelakon itu kepada Utusan Online hari ini.

Turut berada di sisi Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
adalah isterinya, Zuhaidah Yusof, 38.

PANAS !!! ANWAR KANTOI LAGI ??? BETUL KEW??



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bermain "sandiwara" demi kelangsungan politiknya yang kian lemah.

Beliau berkata Anwar cuba memanipulasi keadaan demi kepentingan dirinya selepas gagal menjadi perdana menteri.

"Beliau (Anwar) kini memikirkan kerajaan perpaduan dan mengenepikan rakan-rakannya dalam Pakatan. Beliau hanya berminat akan kuasa politik untuk dirinya sendiri," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Likas, dekat sini malam tadi.

Antara yang hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin negeri.

Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri diminta mengulas kenyataan Anwar baru-baru ini mengenai perkara itu.

Anwar dipetik sebagai mengesahkan kononnya beliau menerima tawaran daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kerajaan perpaduan".

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, dalam kenyataan pada Jumaat menafikan wujud perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan antara Najib dan ketua pembangkang itu.

Menurut kenyataan itu, sebarang bentuk perbincangan tidak akan berlaku selagi Anwar dan pembangkang terus menolak dan mempersoalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13.

Salleh berkata Barisan Nasional (BN) pastinya tidak berminat dengan Anwar, menyatakan "kerajaan perpaduan tidak timbul langsung".
"Beliau (Anwar) mencuba nasibnya. BN sebuah organisasi matang dan Najib seorang ahli politik yang 'very gentleman' (amat budiman).

"Kita semua boleh bekerjasama untuk membangunkan negara tanpa mengira fahaman politik kita," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...