Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 17 June 2014

DUA MP PKAR DIARAH KELUAR???


Dua MP PKR diarah keluar Dewan RakyatKUALA LUMPUR - Dua anggota Parlimen PKR, N. Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari nasihat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkaitan projek Lynas.
  
Semasa Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat untuk menjelaskan mengapa usul itu ditolak.
  
Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: "Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.
  
"Yang Berhormat, saya tahu yang Berhormat apabila berdiri mengenai petisyen terpaksa juga rujuk point of order 14F," tegas Pandikar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
 
"Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan saya maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan," katanya.
   
Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.
  
Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan pada November tahun lepas, tamat tempoh. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...