Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 4 March 2013

SMS TERAKHIR SEORANG SYUHADA VAT69 YANG TERKORBAN DI LAHAD DATU!!!


Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna.. 

Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah.. 

Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia.. 

Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.. 

-----------------------

*jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas..sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya 

Terkini!!!Gambar-Gambar Ketibaan Jenazah Anggota Polis Yang Terkorban Di Pangkalan TUDM Subang


Suasana pilu di pangkalan Udara TUDM Subang apabila jenazah 2 wira negara yang terkorban tiba. Airmata ahli keluarga disulami dengan sebak di dada yang dapat digambarkan di Pangkalan TUDM. Turut hadir menyambut jenazah adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali.

GEMPAR! Lepas Serang Sabah, Puteri 'Sultan' Sulu Cuba Fitnah Kerajaan Malaysia!!!


Princess Jacel Kiram, daughter of Sulu Sultan Jamalul Kiram III, shows on Sunday a purported image of Malaysian casualties after a clash between Malaysian authorities and armed followers of Sultan Kiram in Lahad Datu, Sabah. A similar photo of the Princess appeared on the front page of the Philippine Star. GMA News Online has verified that the image is fake, and most probably of dead Thai soldiers killed in Thailand in 2007. The image of the Thais has previously appeared elsewhere on the Internet. Danny Pata

http://www.gmanetwork.com/news/photo/33470/sultan-s-daughter-feeds-media-fake-image-of-malaysian-casualties

Apa kejadahnya ni woi! Dah la kau arahkan pengikut kau ceroboh Malaysia dengan senjata, bunuh anggota PDRM, sekarang ni kau nak fitnah Malaysia pulak?

Adakah dengan cara ini kau nak naikkan semangat pengikut kau yang masih ada di negara ini?

Kepada pembaca yang tengok gambar asal yang terpapar di tablet 'puteri' tersebut, boleh ke sini : http://www.documentingreality.com/forum/f10/dead-thai-soldiers-87702/ 

*Sebar-sebarkan pembongkaran kejahatan fitnah 'puteri sultan' Sulu ni supaya rakyat Malaysia tahu hakikat sebenar.

Terkini !!! Batu Gajah pula jadi sasaran???


Apa kecoh-kecoh ni wey..dengar citer dewan Orang ramai Batu Gajah,Perak kena serbu.Apa cerita sebenarnya ni.Hmmmm sebenarnya apa yang berlaku didewan Batu Gajah adalah pemberian Tunai Baucer Rakyat 1 Malaysia.Apa yang anak jati dapa info ini merupakan sesi yang ke -2.

Terima kasih Kerajaan BN.Satu pendekatan terbaik kerajaan BN.


 







Bloggers,Facebookers sila ambil perhatian dan sebarkan tentang Isu lahat Datu!!!


Pagi tadi dalam jam 7.41am waktu semenanjung aku menerima panggilan dari seorang sahabat.

Sahabat : Assalamualaikum ya habib ku-chik

Aku : Waalaikumussalam

Sahabat : Aku nak mintak tolong sikit bleh ? Hati aku sedikit gementar dan tak tenang.

Aku : Maksudnya ? aku tak faham.Tolong jelaskan

Sahabat : Aku bersama unit Paskau telah tiba di Lahad Datu semalam.Dan kami berkampung disini dan kami akan bergerak menggempur tentera musuh.Tapi hati aku cukup gementar.Dan aku diberi cadangan oleh seorang kawan yang pernah ketemu mu dulu untuk berdoa buat kami semua.

Aku : Masyaallah ... Tapi aku miskin

Sahabat : Doakan untuk kami ! Untuk Malaysia ! Untuk semangat,agama dan iman kami !

Aku : Letakkan tangan kamu di dada sebelah kiri serta ikut apa yang aku lafazkan.

Bismillahi rahmani rahim. Bismillah, Wa Minallah, Wa atallah, Wa birasulillah. Wala haulawala ku'wata i'labillah. Ashadu a'lailaha i'la Allah, Wa ashadu a'namuhammadun Rasulullah.

Baca ayat kursi 7x dan tiup pada tubuh. Dan baca surah al-fil. Insyaallah,setiap peluru yang keluar itu ibarat lontaran burung ababil keatas tentera bergajah.

Sahabat : Allahu akbar 7x

Pesanlah buat sekalian rakyat Malaysia. Doakan kami

" Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda "

Jangan sesekali mencemuh kami jika kalian tidak mampu berdiri sendirian di tengah-tengah padang pada malam gelap gelita. Tika hujan mencurah-curah dan petir sambar menyambar.

Doakan kami.

Nelydia Senrose Fan Club : Mohon semua sahabat-sahabat di sini solat hajat dan baca al-Quran agar hati mereka kuat, jasad mereka kuat, iman mereka kuat. Mereka sedang niat BERJIHAD! via PDH

Foto by BERNAMA

Terkini!!! Detik cemas Enam Anggota polis ditangan kumpulan pengganas


Detik cemas apabila enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Tembak menembak bertubi-tubi dan dipercayai kumpulan pemberontak berkekuatan lebih daripada 10 orang dengan menggunakan senjata Rifle Colt M-16 menyerang pihak polis.

Kejadian berlaku setelah pihak Polis mendapat maklumat bahawa pemberontak sudah berada di Kampung Sri Jaya Simanul, Semporna dan terus membuat intipan.

Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut mengorbankan enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini sejak Jumaat lalu.

Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.

Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.

Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini

Terdapat enam mayat lagi yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan pemberontak.

terkini: Wajah pegawai dan anggota yang terkorban di Lahat Datu.


JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham...

Cemas!!!PEGAWAI POLIS WANITA DIJADIKAN TEBUSAN OLEH TENTERA PEMBERONTAK!!



Pihak Polis mengesahkan menurut maklumat yang diterima seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor menjadi tebusan pasukan penceroboh tentera Sulu di Semporna.

Pihak PDRM dan pihak ATM sedang giat membuat perancangan untuk membuat serbuan ke kawasan yang disyaki tebusan Pegawai Polis Wanita ditahan.

Sementara itu tinjauan dibuat oleh Utusan Online di pekan Semporna juga menunjukkan kebanyakan kedai-kedai yang ada menutup perniagaan mereka namun aktiviti di pelabuhan perikanan berjalan seperti biasa.

Namun beberapa sekolah yang saya lalui tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelajar.

Keadaan ini menunjukkan aktiviti seperti biasa di pekan ini walaupun menurut pemandu teksi agak berkurangan berbanding waktu-waktu biasa

Perjalanan dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira dua jam lancar dan ketika 4 kilometer mahu tiba di bandar ini kesesakan kenderaan berlaku.

Sementara itu jenazah pahlawan yang gugur di Semporna iaitu Supt. G/10768 Ibrahim bin Lebar dan L/Kpl 160475 Mohd Azrul B. Tukiran akan diterbangkan dari Tawau jam1330Hrs dan dijangka tiba di TUDM Subang pada 1800Hrs.

Senarai penuh anggota keselamatan yang terkorban di Semporna:
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Terkini!!! Selepas #LahadDatu, Kota Kinabalu Pula Diceroboh Tentera Sultan Sulu?!!!


Just mw suru hati2, seramai 500 org Tentera Sultan Sulu sudah smpai ke kwasan KK dan bersembunyi di Sepanggar Bay. Mereka akan melancarkn tindakan aggresion sama sepertimana dgn tindakan mereka di LD. so, BE CAREFULL!!!

Dipetik dari Sumber :Penggempur Mutiara

BREAKING NEWS :Kapal Perang Malaysia Bersiap Sedia Gempur pengganas


Inilah keratan video dari The ABSCBN News yang menunjukkan Kapal Perang Malaysia bersiap siaga. Kapal perang ini dilaporkan mengawal perairan sulu. 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=zISEJ4r1PeU#at=42

Kelibat kapal USA dalam insiden Lahat Datu !!!



Misteri sebuah kapal perang USA tersadai dan insiden di Lahad Datu berkemungkinan besar bukan suatu perkara yang terasing memandangkan kapal yang mempunyai peralatan navigasi & kelengkapan yang canggih dan sophistikated ini mempunyai kebarangkalian kecil untuk tersesat, tersilap dari melanggar batu karang. 

Apakah tiada kapal perang ini membekalkan senjata-senjata berat kepada penceroboh-pencerboh di Lahad Datu dan apakah kaitannya dengan dakwaan bahawa seorang pimpinan pembangkang sememangnya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan bekas Setiausah Pertahanan Negara Amerika Syarikat???


Beberapa fakta yang agak logik untuk sama-sama kita fikirkan:-
1) Kapal perang USS Guardian tesadai di Tubbataha Reef yang terletak di Tenggara Pulau Palawan pada 17 Januari, 2013 dan jaraknya hanya sekitar 500km sahaja dari Lahad Datu (-+ 8 hingga 10 jam perjalanan kereta) dan kapal ini mampu ditunda oleh kapal yang lebih besar memandangkan saiznya yang kecil.

2) Keputusan untuk tidak menunda kapal perang ini pada akhirnya menyebabkan peralatan dan komponennya dileraikan sedikit demi sedikit di suatu kawasan PERAIRAN ANTARABANGSA YANG DIISYTIHARKAN SEBAGAI WARISAN DUNIA dan TIADA mana-mana Negara terdekat (samada Malaysia atau Filipina) berhak untuk sebarang tindakan pemantauan serta penguatkuasaan. Apakah tiada kemungkinan sewaktu peleraian komponen dan peralatan tersebut serta tiadanya pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak berkuasa maka operasi untuk membekalkan peralatan senjata berat serta kelengkapan perang pihak penceroboh dibantu oleh "tangan-tangan ghaib" dari pentadbir kapal (kemungkinan besar SENGAJA tersadai) yang ada kaitan dengan pimpinan pembangkang tadi???

Lagi Anggota terkorban di Insiden Lahad Datu



SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh dalam insiden serangan oleh kumpulan bersenjata di Semporna pada Ahad.

Jumlah tersebut menjadikan lapan anggota polis terkorban dalam mempertahankan keamanan negara daripada kumpulan pencerobohan bersenjata daripada Sulu.

Pada Sabtu, lima anggota polis terbunuh dalam insiden serangan hendap ke atas Kampung Siminul di Semporna.

Mstar

Pihak Berkuasa berkeras akan menghantar lebih ramai tentera



Kenyataan Ketua Polis menyebut situasi di ketiga-tiga kawasan iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal. Teman juga berharap tiada lagi insiden berdarah berlaku. harap-harap la..

Dari sumber, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah dipanggil untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Beliau juga turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini. Orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain. Beliau mengesahkan polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.

Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di sana terkawal.

"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih ketat," katanya.

Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara lima anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Insiden Lahat Datu :Kerajaan Perlu Lancar Serangan Balas Terhadap Penceroboh: Tun M

 
MEREKA ADALH MILITIAN...MEREKA ADALAH PENGANAS ..MEREKA ADALAH MUSUH NEGARA ...MEREKA YANG MEMBUNUH PERAJUTIT KITA YANG MEMPERTAHAN NEGARA MALAYSIA...SEKARANG MEREKA MENGANAS DISABAH...MEREKA BUNUH LAGI...MEREKA PENGGAL KEPALA ...KERNA ITU ADAT MEREKA ...SEMOGA PERAJURIT KITA AKAN BEROLEH KEMENANGAN..DAN NYAH MEREKA DI MUKA BUMI INI...ALFATIHAH UNTUK YANG TELAH TERKORBAN....

Ayahanda Mahathir didalam temubual nya hari ini menyatakan bahawa  Kerajaan Perlu Lancar Serangan Balas Terhadap Penceroboh.Kome beloh ikuti komen Tun Mahathir tentang isu Lahad Datu.


Mereka seolah-olah bersepakat supaya orang Islam bergaduh antara satu sama lain.Itu la tujuan utama mereka adakan pertempuran ini. 

Terkini !! 4 Rakyat Malaysia ditawan,berkemungkinan cedera?



Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu. -Mstar

Terbaru!! Kepala Anggota Keselamatan Malaysia dipenggal sehingga mati.




Menurut sumber yang berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.

Insiden  di lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tebusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.

Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu..

Kenapa sehingga sekarang perintah berkurung tidak dikeluarkan? MI berharap pihak KDN jangan terlambat dalam membuat keputusan.Perintah berkurung harus dikuat kuasakan serta merta untuk mengekang kumpulan pengganas ini.

Kenapa risikan Filipina kaitkan Anwar  dengan Nur Misuari, Kita perlu fahami tawaran yang dibuat oleh pemimpin pakatan kepada kumpulan ini . Anwar hanya perlu memainkan jarum dan membuat beberapa tawaran kepada Misuari kerana melihat perjanjian damai yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia sudah pasti tidak menguntungkan Nur Misuari yang mahukan wilayah yang merdeka.

Adalah tidak mengejutkan jika sebelum ini pihak keselamatan negera dilihat cuba berkompromi dan tidak mahu sebarang pertumpahan darah kerana kerajaan harus mengambil kira sebarang konflik yang berlaku pasti akan merebak dan sukar dikawal tawaran yang dibuat oleh pemimpin pakatan kepada MNLF memang sukar ditolak memandangkan perjanjian yang dibuat oleh MILF dengan kerajaan Filipina dilihat membelakangkan kepentingan perjuangan Nur Misuari dan MNLF.

BACA LAGI DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...