Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 9 March 2013

TERKINI... JENERAL Di Tembak Mati Telah Di Dedahkan !!!




KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua.

Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas.

Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou. Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan.

Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA
1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?
2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?
3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?
4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?
5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

LESSONS
1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.
2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.
3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.
4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.Lahad Datu.

e-mel ini baru sahaja disampaikan kepada saya.

Foto : Azzimudie Kiram Kanan Sekali.



TERKINI... Kepala Pengganas Tercabut !!!





Rakan Pengganas inilah yang merosakan mayat anggota polis kita, apabila menyerang hendap mereka daripada belakang di Kg Sri Jaya Simunul pada malam Sabtu 2 Mac.

Akibat operasi udara dan darat pada Selasa akhirnya sebahagian daripada mereka maut. Sehingga kini 52 daripada mereka mati, 79 berjaya ditangkap dan 50  daripadanya ditahan melalui akta baru yang menggantikan akta keselamatan dalam negeri.


Pasukan keselamatan masih memburu saki bagi pengganas yang dipercayai bersembuyi di kawasan Kg Tanduo. Kg Tanjung Labian dan g Tanjung Batu, kesemuanya di Lahad Datu, Sabah.

Pengganas mula menawan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Pasukan keselamatan, tidak menyangka mereka rupanya pengganas yang diupah pihak tertentu dengan bayaran USD600 seorang untuk menceroboh Sabah, dan mengistiharkan perang dengan pasukan keselamatan negara.sumber 



TERKINI... Kerajaan Filipina Berjaya Mengesan Tali Barut Utama !!!



Laporan terbaru tentang isu pencerobohan di Sabah!



Sila baca laporan di bawah :
Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.
Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.
Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."

 
"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.
Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

 
Pegawai pentadbiran memberitahu terdapat aduan Kiram dan penyokongnya adalah bahawa mereka merasakan ketinggalan dalam rundingan damai dengan MILF. Di bawah rangka kerja perjanjian damai dengan MILF, penciptaan entiti Bangsamoro akan menjejaskan tanah yang dituntut oleh kesultanan Sulu.

Penyokong Kiram di Sabah disertai oleh ahli-ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti ada kaitan dengan bekas pengerusinya Nur Misuari, yang mendakwa puak beliau adalah pemilik sebenar Borneo Utara atau Sabah.

MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1996, tetapi gagal.

Sumber sebelum ini berkata antara konspirator yang sedang diperhatikan oleh Malacanang (Pejabat Presiden) adalah Norberto Gonzales, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara dan setiausaha pertahanan semasa pentadbiran Arroyo. Beliau bagaimanapun telah menafikan penglibatan dalam kejadian di Lahad Datu. - AgendaDaily


Yang memalukan ialah pendedahan tentang latar belakang Nur Misuari : BACA SINI






Kaitan Insiden Lahad Datu Dengan Kes Liwat Didedahkan!!!


Sebelum ini PKR pernah muncul dengan tagline ASAL BUKAN UMNO (ABU). Namun ABU kurang berkesan untuk meraih sokongan rakyat atas pagar.

Kini pakar-pakar strategi PKR kembali dengan tagline yang baru iaitu KONSPIRASI.

Sekarang ini pemimpin PKR sedang mencetak minda (mind conditioning) para penyokong mereka dan rakyat atas pagar dengan perkataan KONSPIRASI.

Jika mereka berjaya, apa sahaja kesalahan, penyelewengan, korupsi atau salah laku pakatan pembangkang yang dibongkarkan atau terbongkar akan dituduh sebagai KONSPIRASI pihak lawan.

Ianya akan diulang-ulang supaya sebati dengan pemikiran penyokong mereka dan rakyat atas pagar.

Lagi Ekslusif SINI

Gempar !! GAMBAR AYAH @SaifulBukhari DAN anwar BERSAMA DIBONGKAR !



Gambar diatas menunjukkan ayah @saifulbukhari bersama @anwaribrahim . Walaupun penulis tidak dapat mengesahkan bila gambar ini diambil, tetapi ia terang - terangan menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan ayah @saifulbukhari tetapi untuk apa? Wallahualam..


Terkini!!!VAT 69 Digeruni Musuh??




1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69. Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.





2. Pun begitu, realitinya kami anggota operative Vat 69 selalunya low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri kami adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Kami juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekiranya bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang 'orang kampung'. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, kami pernah ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh musuh (bandit). 





Apa yg sering menarik perhatian pasukan-pasukan sahabat lain, adalah cara kami approach pasukan mereka. Selalunya kami memberitahu daripada BN 2 PPH atau polis biasa. Tetapi yg mereka musykil & binggung, angota kami bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yang selalu membuatkan pasukan lain seperti tentera atau polis sempadan Thai tergamam. Yang dihantar cuma 2 seksyen sahaja, lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam-macam kemahiran.





3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan 'killing machine'. Macam-macam kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam-macam lagi. Kami juga pernah mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut, serta latihan bersama pasukan-pasukan lain di Asahan Melaka, seperti Pasukan Komando Thailand, Komando Darat Singapura dan Komando Siliwangi Bandung. 





Yang seronoknya kami operative 69 berambut panjang dan sering berpakaian selekeh. Ada bertanya kenapa bandit takut kepada pasukan VAT69 kami? Kerana operative kami menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yang terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi rahsia ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.

TERKINI : #LahadDatu BAJU PENGGANAS SERTA SENJATA DITEMUI


Senjata yang telah ditemui..

Hari ini masuk hari ke-24 sejak kira-kira 200 orang yang mendakwa mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu menceroboh Sabah di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 120 kilometer dari pekan Lahad Datu dengan tujuan untuk menawan Negeri di Bawah Bayu itu. 

Pakaian pengganas sulu yang berjaya dirakam.

Kejadian itu terus membuka mata rakyat Malaysia betapa runcingnya masalah keselamatan di Sabah. Namun bagi penduduk Felda Sahabat mereka telah lama menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh pendatang haram dari Sulu. 

Kisah peneroka dibunuh semata-mata kerana hendak mencuri motosikal dan penduduk terpaksa membayar wang perlindungan bagi mengelakkan diganggu oleh golongan pendatang itu memang telah sebati dengan kehidupan seharian penduduk di sini. 

Mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbangkan keselamatan mereka kerana bagi kaum pendatang itu nyawa seseorang itu cukup rendah nilainya. 

Perdana Menteri mengumumkan pewujudan Kawasan Keselamatan Khas melegakan penduduk setempat. Selain kawasan keselamatan lebih ketat, mereka berharap program pemutihan dan penempatan semula kaum Sulu di sini dapat dilakukan.

Ketua Polis Negara memaklumkan terdapat lebih 50 suspek pengganas diberkas di beberapa lokasi di luar kawasan operasi termasuk beberapa orang wanita.

Beliau juga memberitahu belum menerima maklumat dari saluran rasmi sama ada pengganas berkenaan bersetuju meletakkan senjata tanpa syarat, begitu juga dengan permohonan kerajaan Filipina untuk bertemu dengan suspek yang ditangkap.


Berikutan suasana yang semakin tenang bantuan kemanusiaan mulai masuk ke kawasan ini. Bantuan kain sarung dan selimut disampaikan oleh kerajaan negeri, manakala bantuan dari Kelab Putera 1Malaysia sedang dalam perjalanan dari Tawau. Majlis Keselamatan Negara juga telah menyampaikan bantuan makanan dan keperluan harian penduduk kampung yang dipindahkan dari kawasan pertempuran serta operasi.

Siapa Bayo Ayah Saifol Bukhari ???



Keluarga Saiful Bukhari memberitahu bahawa bapanya hilang sejak 3 minggu yang lalau selepas mengalami masalah kewangan dan masalah keluarga.Bapa Saiful juga dikatakan pernah mengugut beberapa pemimpin Umno untuk mendapatkan wang perbelanjaan dan apabila tidak dihiraukan Azlan Mohd Lazim hilang dan tiba-tiba muncul dipentas parti keadilan Rakyat bersama Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul yang merupakan penyokong tegar Anwar Ibrahim.Dan tidak hairanlah apabila portal Keadilan Daily hari ini melaporkan Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim seperti berikut:"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, pegawai khas kepada Perdana Menteri."Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim yang melibatkan anak saya," kata Azlan pada sidang media tertutup di sebuah apartmen di tingkat 27 dekat Taman Melati, Gombak, pagi ini.Rakyat pasti peristiwa peguamcara II Mohd Yusuf yang juga dibayar oleh Anwar Ibrahim kembali lagi demi untuk memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...