Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Lahanat. Show all posts
Showing posts with label Lahanat. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

Terkini!!! Kawasan Militan Selatan Filipina akan digegar???




Lahad Datu, 9 Mac - Pasukan keselamatan mara ke kawasan baharu menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara besar-besaran.

"Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini
hari ini.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Feb lepas.

Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu.- BERNAMA

UPIN DAN IPIN Versi ANWAR IBRAHIM !!! Jom Tengok...



Satu video telah dibuat oleh Encik Mansuh memang terbaik dari ladang walaupun animasi akan tetapi apa yang cuba disampaikan amat tepat dan bermakna sekali bagi membongkar tipu Muslihat Anwar serta maksud tersirat disebalik janji-janji palsu yang telah di buat oleh Anwar selama ini..

Aku bagi tabik spring pada pencipta video ini kerana ini kali pertama melihat video animasi berbentuk politik yang pernah dihasilkan...Habislah Anwar macam nie pun dah ada CyberTrooper Pro BN dah boleh buat... 




Kepada sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini.

Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian.

Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan ‘janji’, apa kita nak panggil tu?

Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yang dikecualikan dari menerima subsidi air kerajaan Selangor seperti dijanjikan dalam Manifesto pilihanraya 2008 kerana tidak mempunyai meter individu sebaliknya meter pukal.

Dalam manifesto, tidak pulak disebut meter pukal ke individu, ada ke? Penulis boleh sahkan disini, confirm takdak.

Burukkan kelakuan Pakatan haram ni? Satu-satunya janji yang dilaksanakan dalam manifesto 2008 pun rupa-rupanya tidak menyeluruh, bukan semua orang merasa.

Buat janji banyak-banyak, bila dah tak mampu nak laksana, dia kaleh dengan guna putar belit undang-undang – Manifesto Bukan Perjanjian.

Ini adalah contoh, malah penulis boleh katakan contoh terbaik kalau rakyat diluar sana nak menilai rekod menunaikan janji Pakatan haram pembangkang, lebih lagi Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Sekarang bila kita kata Pakatan haram ni cuma menipu bila beri janji bulan bintang kepada rakyat, ada pulak kutu menyampuk “mana nak tau, berilah peluang”. Bila kita kata Selangor dah beri peluang pun gagal, kutu jawab “Selangor negeri kecik, federal ada Petronas, KWSP, duit banyak”.

Nah, sekarang Khalid dah tunjuk depan mata yang Pakatan haram ini sentiasa ada alasan kalau gagal tunai janji. Bukan itu sahaja, Khalid siap dedah apa strategi yang nak diguna kalau isu ini dibawa ke Mahkamah nanti – “Manifesto Bukan Perjanjian”.

Rumusan MKP mudah saja, tidak ada apa-apa yang disebut puak-puak ini yang boleh dipercayai lagi, penipu semua ni.

Kemunafikan masing-masing terserlah untuk rakyat menilai. Intergriti, kredebiliti dan apa jadah ‘ti, ti’ yang lain tu, hanya wayang untuk tipu rakyat kononnya depa ini ada kelebihan, yang BN ni buruk semua, walhal depalah penipu yang sebesar-besarnya.

BALA Selepas Menghina Pejuang Negara Yang Terkorban !!!



Mahcam shiyal !!!

Petang semalam kawan aku dimaklumkan oleh blogger PaperWaris tentang seorang pegawai TUDM menghina arwah wira-wira yang gugur dalam krisis Lahad Datu dan memperkecilkan kebolehan PDRM.

Printscreen berkenaan diberikan beserta maklumat peribadi pegawai terbabit.

Alih-alih lepas tu blogger PaperWaris whatsapp kawan aku bagitau yang pegawai TUDM ni accident !!!



Sekitar petang tadi aku tengok banyak Facebookers share printscreen dari FB page seorang mangkok taik yang juga seorang penjawat awam dalam TUDM. 

Printscreen pedas tu der. 

Banyak pihak tak berpuas hati dengannya.

Tak kurang ada jugak yang mendedahkan butiran peribadi beliau. 

Dari alamat rumah, no telepon hinggakan ke no plet kereta beliau. 

Bagi mereka ini, mangkuk tahik kurang ajar seperti ini perlu diberikan pengajaran yang setimpal atas penghinaan beliau kepada arwah polis yang terkorban dalam insiden Lahad Datu.

Aku dengar-dengar dia ni agen PKR, dapat masuk TUDM pun sebab pakai kabel saja. 

Aku tak tuduh haa~ 

Anyway kalau korang baca printscreen dia memang panas der.. 


Pergghh~ 

Gila babi si lahanat anak haram ni kutuk polis-polis yang dah meninggal tu, siap kata penghargaan yang diberikan adalah sia-sia. 

Tulisan kecik sangat? Klik la gambar tu nak besarkan.. adehhhh~

Tapi Allah tu maha kaya.... baru saja aku disajikan dengan gambar kereta Honda Biru dia yang shining berkilat-kilat....

Tiba-tiba aku dapat satu lagi gambar masuk ke email aku di mana kereta dia yang berkilat-kilat tadi dah ditimpa satu kemalangan yang agak teruk :



Ini real ni der !! 

Aku ada tertanya-tanya jugak adakah kejadian ni superimpose, kejadian sebenar atau beliau dikatok ? 

Jawapan yang aku terima rupa-rupanya beliau terlibat kemalangan di Perak tadi. 

Perghhh~ CASH Allah bayar kat duniaaa tuuuu....

Orang macam nilah yang memburukkan nama penjawat awam yang lain, mangkok jamban sialan ni patut dipecat sahaja. 

Dek kerana nila yang setitik inilah habis semua pegawai TUDM terpalit nama. 

Si mangkok jamban ni menulis kononnya tenteralah lebih hebat. 

Aku rasa tentera pun malu dengan statement mangkok sekor ni.

Hidup dalam Malaysia, bekerja sebagai penjawat awam yang menjaga keselamatan negara, bekerjasama dengan anggota keselamatan yang lain, tapi masih ada yang perangai macam budak tak cukup umor dalam mengatakan aku ni lebih terer dari kau. 

Ini semua POYO der~ aku ludah sikit muka lu laa~ TUIHHHH~

Lagi... BACA SINI...

Itulah bangang sangat.. kalau dah macam pakatan haram tu perangai pun macam haram jadah la jugak !!!

Kan... Allah bayar cash derrr... Hamekkaw...!!!




SUARAM Sumbang DANA 2 Juta Pada Penceroboh !!!



Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta.

Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina.

"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."

"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia.

Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau.

"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)."

"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau

Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan.

"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus,"

Ehem..Ehem.... Apakah Rakyat Malaysia masih tidak nampak lagi agenda sebenar Anwar Ibrahim ni?




WAN AZIZAH Pening Dengan Video Terbaru Anwar Kali Ni !!!




Halamak ai!!! Apa cerita ni? Takkan la Si Kak Wan Omega tu terlalu takut sampai terpaksa ambik tindakan yang drastik macam ni kot?

Dek kerana takut Kebenaran didedahkan sampai sanggup dia ancam keselamatan nyawa Si Penulis Surat Cinta yang juga merangkap SetPol kepada Si Mak Lampir tu ye.

Apa pasal pulak yang dia terketar - ketar lutut sangat tu? Kenapa pulak dia nak menggelabah tak tentu arah? Apa yang membuatkan dia tak terkeruan?

Persoalan tu semua perlu dijawab dan dijelaskan oleh Si Kak Wan Omega kepada rakyat. Dia sendiri perlu tampil bagi menjawab dakwaan yang dibuat oleh Setpol Si Mak Lampir tu. Takkan dia nak diamkan diri pulak!!!
Mohd Fareez Kamal Intidzam, penulis surat rahsia tentang perilaku pelik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang tadi membuat laporan polis kerana bimbang berkenaan ancaman keselamatan oleh pengikut-pengikut Presiden PKR terhadapnya dan keluarganya setelah tersebarnya surat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin lalu.
Sambil mengakui dia merupakan penulis surat tersebut, Fareez berkata dia tahu ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.
“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam ini.
Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu kepadanya kerana dia rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam surat itu, Fareez turut mendakwa dia telah dilantik oleh Anwar sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.
Sebelum ini, Fareez, 24 tahun adalah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Membaca lanjut kandungan surat itu, sila klik di sini.
Kalau setakat tau nak berdiam diri je, memang patut sangat la Si Kak Omega tu letak jawatan sebagai Presiden. 

Buat malu je kalau dia enggan jawab persoalan yang dibangkitkan. Mana tidaknya. Macam mana dia nak jadi pemimpin sedangkan maruah dia sendiri pun tak mampu dia nak jaga. Inikan pulak nak jaga maruah Negara!!!


(SUMBER)


GEMPAR...400 Mayat Di Temui ???



Syabas ANGGOTA RELA!!!
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan itu.




Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, langkah itu juga bertujuan memperkukuh tahap keselamatan warga Felda dan penduduk tempatan lain selaras pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah yang diumum Khamis lepas.

"Jeti Felda Sahabat akan diguna sebagai tempat operasi Maritim Malaysia," katanya dalam taklimat bersama 30 ketua peneroka Felda Sahabat di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Najib berkata, kawasan itu merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Felda Sahabat berkeluasan kira-kira 100,000 hektar dan menempatkan kira-kira 6,500 keluarga peneroka serta 11,000 pekerja ladang kelapa sawit yang kebanyakannya rakyat asing.

Ahmad berkata, pihaknya juga akan mencadangkan kepada kerajaan supaya Polis Bantuan Felda diberi senjata lebih canggih manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dibekalkan senapang.

Pada masa ini, katanya, Polis Bantuan Felda hanya memiliki senapang patah yang mampu menembak dengan berkesan pada jarak kira-kira 50 meter manakala Rela pula hanya memiliki cota.

"Ini untuk membolehkan mereka mengawal keselamatan penduduk Felda dengan lebih berkesan rentetan peristiwa ini (pencerobohan)," katanya sambil menambah keanggotaan Rela di kawasan itu akan ditambah daripada 200 kepada 400 orang.

Dalam pada itu, Ahmad meminta warga peneroka sentiasa berwaspada dan jangan bersimpati serta berkompromi dengan kumpulan pengganas militan. - BERNAMA

(SUMBER)

Saturday, 9 March 2013

TERKINI... Kerajaan Filipina Berjaya Mengesan Tali Barut Utama !!!



Laporan terbaru tentang isu pencerobohan di Sabah!



Sila baca laporan di bawah :
Pihak berkuasa Filipina telah mengeluarkan sapina kepada salah seorang penasihat kumpulan Kiram dalam apa yang dinyatakan sebagai siasatan untuk mengungkap konspirasi mengenai apa yang sedang berlaku di Lahad Datu Sabah ketika ini.

Biro Siasatan Negara (NBI) Filipina semalam telah mengeluarkan sapina kepada strategis politik Pastor “Boy” Saycon untuk hadir di ibu pejabat NBI bagi soal siasat pada Selasa depan.
Menurut Philippine Star, jurucakap kumpulan Kiram Abraham Idjirani memberitahu bahawa sapina tersebut merupakan usaha “crackdown” kerajaan Filipina terhadap pengikut Kiram.
Sapina NBI, itu ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Perkhidmatan Perisikan Reynaldo Esmeralda, telah dihantar ke pejabat Saycon oleh ejen NBI pada jam 4 petang semalam.

Walaupun Saycon berkata beliau tidak membaca sapina itu, namun beliau memberitahu telah disapina berkaitan kes Jamalul Kiram.

Menurutnya, ramai lagi akan disapina dan Jamalul Kiram akan membentuk kumpulan peguam untuk membantu mereka yang disapina dan didakwa.

Pengarah NBI Nonnatus Rojas sebelum ini berkata biro itu telah menyiasat "orang di sebalik kejadian Sabah."

Semalam Jurucakap presiden Filipina Edwin Lacierda berkata pengikut Kiram mungkin telah terjebak dalam pergi ke Lahad Datu dengan janji USD600.

Lacierda berkata Presiden Aquino akan memberitahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak "bahawa terdapat 'ringleaders', dan ada yang telah tertipu."

 
"Kami telah membaca beberapa laporan media, bahawa sesetengah daripada mereka ... sebahagian 'tentera kesultanan', telah dibayar USD600 ... telah dijanjikan akan dibayar USD600. Mereka telah dijanjikan tanah, mereka telah dijanjikan jawatan dalam kesultanan. Itu tidak dinafikan, "kata Lacierda.

Filipina telah memberi amaran bahawa Kiram dan pengikut-pengikutnya bakal berdepan penangkapan bagi pelbagai kesalahan termasuk menghasut kepada peperangan dan pemilikan haram senjata api.

Presiden Aquino sebelum ini berkata kerajaan sedang menyiasat konspirasi di sebalik krisis Sabah, yang melibatkan personaliti yang dikenal pasti dengan pentadbiran sebelumnya. Beliau tidak menamakan nama, tetapi menyatakan bahawa serangan Sabah membabitkan pembiayaan yang besar dan logistik tidak boleh dinafikan.
Presiden Aquino sebelum ini marah dengan kejadian di Lahad Datu kerana percaya ia telah dihasut oleh individu tertentu untuk mensabotaj perjanjian damai kerajaan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

 
Pegawai pentadbiran memberitahu terdapat aduan Kiram dan penyokongnya adalah bahawa mereka merasakan ketinggalan dalam rundingan damai dengan MILF. Di bawah rangka kerja perjanjian damai dengan MILF, penciptaan entiti Bangsamoro akan menjejaskan tanah yang dituntut oleh kesultanan Sulu.

Penyokong Kiram di Sabah disertai oleh ahli-ahli Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dikenal pasti ada kaitan dengan bekas pengerusinya Nur Misuari, yang mendakwa puak beliau adalah pemilik sebenar Borneo Utara atau Sabah.

MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan pada tahun 1996, tetapi gagal.

Sumber sebelum ini berkata antara konspirator yang sedang diperhatikan oleh Malacanang (Pejabat Presiden) adalah Norberto Gonzales, yang pernah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara dan setiausaha pertahanan semasa pentadbiran Arroyo. Beliau bagaimanapun telah menafikan penglibatan dalam kejadian di Lahad Datu. - AgendaDaily


Yang memalukan ialah pendedahan tentang latar belakang Nur Misuari : BACA SINI






Wednesday, 27 February 2013

DAP KUALA LANGAT 'RAMPAS' TANAH 6 EKAR DALAM KAWASAN KG MELAYU TRADISI.


Menurut sumber blog Samaremas,beliau mendedahkan tentang seorang elaku EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung, dah kowtim dengan Pengerusi PIBG AHLI DAP tersebut untuk rembat tanah 6 ekar di Kg Bandar.

Tanah berkenaan selama ini digunakan sebagai Padang oleh penduduk kampung.
adalah sikit tanaman kelapa sawit yang memberikan pendapatan tetap kepada JKKP kampung tersebut untuk kegunaan orang kampung.Tanah berkenaan berstatus TANAH TOL.

Namun begitu terletak dalam kawasan MAJORITI PENDUDUK MELAYU ISLAM KG BANDAR.
Hari esok, Kalid G akan adakan mesyuarat EXCO.Salah satu minit ialah mengenai TANAH 6 EKAR tersebut.

Menurut sumber Khalid G akan MELULUSKAN TANAH 6 EKAR ITU DI ATAS USUL EAN YONG HIAN WAH selaku EXCO Pengerusi Jawatnkuasa Tetap Pembangunan Kampung.

SUMBER <--Berita Penuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...