Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Anwar vs Ummi Hafilda. Show all posts
Showing posts with label Anwar vs Ummi Hafilda. Show all posts

Tuesday, 23 April 2013

Surat APA YANG DIBAWA UMMI HAFILDA NI??? Macam PELIK JE !!!

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan. Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk “Malaysia Sweeps 10 Oscars” (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan.
SUMBER

Saturday, 13 April 2013

Apa Nih !!! Adik Beradik Gaduh Kerana Motif Politik !!!


Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin pada PRU iniBALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.
    
Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.
    
"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.
     
Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    
"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. - Bernama

Sunday, 10 March 2013

UPIN DAN IPIN Versi ANWAR IBRAHIM !!! Jom Tengok...



Satu video telah dibuat oleh Encik Mansuh memang terbaik dari ladang walaupun animasi akan tetapi apa yang cuba disampaikan amat tepat dan bermakna sekali bagi membongkar tipu Muslihat Anwar serta maksud tersirat disebalik janji-janji palsu yang telah di buat oleh Anwar selama ini..

Aku bagi tabik spring pada pencipta video ini kerana ini kali pertama melihat video animasi berbentuk politik yang pernah dihasilkan...Habislah Anwar macam nie pun dah ada CyberTrooper Pro BN dah boleh buat... 




Kepada sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini.

Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian.

Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan ‘janji’, apa kita nak panggil tu?

Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yang dikecualikan dari menerima subsidi air kerajaan Selangor seperti dijanjikan dalam Manifesto pilihanraya 2008 kerana tidak mempunyai meter individu sebaliknya meter pukal.

Dalam manifesto, tidak pulak disebut meter pukal ke individu, ada ke? Penulis boleh sahkan disini, confirm takdak.

Burukkan kelakuan Pakatan haram ni? Satu-satunya janji yang dilaksanakan dalam manifesto 2008 pun rupa-rupanya tidak menyeluruh, bukan semua orang merasa.

Buat janji banyak-banyak, bila dah tak mampu nak laksana, dia kaleh dengan guna putar belit undang-undang – Manifesto Bukan Perjanjian.

Ini adalah contoh, malah penulis boleh katakan contoh terbaik kalau rakyat diluar sana nak menilai rekod menunaikan janji Pakatan haram pembangkang, lebih lagi Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor.

Sekarang bila kita kata Pakatan haram ni cuma menipu bila beri janji bulan bintang kepada rakyat, ada pulak kutu menyampuk “mana nak tau, berilah peluang”. Bila kita kata Selangor dah beri peluang pun gagal, kutu jawab “Selangor negeri kecik, federal ada Petronas, KWSP, duit banyak”.

Nah, sekarang Khalid dah tunjuk depan mata yang Pakatan haram ini sentiasa ada alasan kalau gagal tunai janji. Bukan itu sahaja, Khalid siap dedah apa strategi yang nak diguna kalau isu ini dibawa ke Mahkamah nanti – “Manifesto Bukan Perjanjian”.

Rumusan MKP mudah saja, tidak ada apa-apa yang disebut puak-puak ini yang boleh dipercayai lagi, penipu semua ni.

Kemunafikan masing-masing terserlah untuk rakyat menilai. Intergriti, kredebiliti dan apa jadah ‘ti, ti’ yang lain tu, hanya wayang untuk tipu rakyat kononnya depa ini ada kelebihan, yang BN ni buruk semua, walhal depalah penipu yang sebesar-besarnya.

Kaitan ANWAR Dan YAHUDI !!! Sila Baca...



Selama ini kita selalu di dendangkan dengan fitnah oleh Anwar terhadap kerajaan Barisan Nasional bahawa kerajaan ini mengadakan hubungan dengan adensi asing yang tidak begitu disukai oleh masyarakat Malaysia.

Namun apa yang sebenarnya terjadi ialah Anwar sendiri yang mempunyai hubungan dengan agensi agensi tersebut. Lihat gambar dibawah dan disitu kita dapat menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.



Cuba lihat gambar diatas, jelas bukan? Beberapa pemimpin yahudi juga mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim, tetapi beliau sering melemparkan tuduhan terhadap UMNO dengan mengatakan bahawa kerajaan mempunyai hubungan dengan mereka.

Gambar itu menunjukkan segala galanya, dan itu juga menjadi bukti bahawa hubungan Anwar dengan pemimpin pemimpin tersebut dan hubungan mereka juga sangat akrab.





Wednesday, 13 February 2013

Ummi Hafilda akan berdepan dengan Nuar Malam Ni


Anak Jati Malaya baru sahaja mendapat info dari laman web PerakCT.blogspot.com yang mengatakan bahawa Nuar yang akan berceramah bertentang muka dengan Umi Hafilda yang hanya beberapa meter sahaja jarak antara dua cermah ini malah diatas tapak padang bola yang sama.  

Penduduk serta orang ramai yang menunggu ceramah malam ini untuk melihat pertembungan yang dianggap sudah kena lah Buku dan ruas antara dua-dua penceramah ini

Menurut sumber maklumat lagi Begitu mengejutkan bila dilihat sekumpulan urusetia yang seang memasang kemah-kemah untuk ceramah Umi Hafilda yang tengah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan serta keperluan untuk ceramah malam ini. 

Manakala pihak PAS yang mengundang Nuar dalam sessi ceramah dengan harapan dapat membantu Pas Pengkalan Pegoh dalam usaha meraih undi di PRU 13 nanti. terutama bagi membolehkan  mereka dibantu bila bakal dipengaruhi oleh Nuar dalam cermah malam ini nanti 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...