Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 31 March 2013

Papa Gomo Pengundi Hantu ???




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, pihaknya boleh memotong nama pemblog Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai ‘pengundi polis’ berikutan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung statusnya semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, jika PDRM telah membuat kenyataan bertulis, suruhanjaya tersebut boleh mengambil tindakan dengan segera.

Menurutnya, kes berhubung Wan Muhammad Azri ini bersangkut dengan pelbagai agensi dan memerlukan pengesahan daripada PDRM.
 
Bagaimanapun beliau juga berkata, SPR boleh mengenal pasti setiap individu yang cuba untuk menjadi pengundi hantu dengan penggunaan dakwat kekal dan teknologi digunakan.

“… kalau ada kenyataan bertulis daripada PDRM, sekarang pun kita boleh padam dia sebagai pengundi pos.
“Kes Wan Muhammad ini agak rumit, dia mempunyai kesalahan tatatertib, jadi untuk melakukan sesuatu (batal undi pos), kita kena ikut saluran yang betul.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan senarai (daftar) pengundi ini bersih, termasuklah setiap hari ada yang meninggal, ada yang tukar alamat dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan surat watikah pelantikan kepada pegawai pengurus pilihan raya Selangor, hari ini.

Menerusi satu kenyataan semalam, PDRM mengesahkan pihaknya telah membuang kerja Wan Muhammad Azri, awal September lalu dan sudah tidak layak menjadi pengundi pos.

PDRM menjelaskan dia bukan lagi seorang pengundi pos polis.

Dalam kenyataan itu, Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Mortadza Nazarene berkata, Wan Muhammad pernah berkhidmat sebagai anggota polis berpangkat konstabel di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya mulai 1 Julai 2002 hingga 30 November 2004 apabila ditangkap atas kesalahan jenayah.

“Pada 31 Oktober 2005, anggota ini telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya di atas kesalahan jenayah. Proses perbicaraan mahkamah dan rayuan telah dibuat sejak dari tarikh tersebut.

“Pada 6 September 2012, anggota ini telah disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini telah dibuang kerja berkuat kuasa 6 September 2012,” kata beliau.

Sehubungan itu, Mortadza berkata, Wan Muhammad tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai “pengundi polis.”

“Perkara ini juga telah dijelaskan oleh pihak SPR bahawa rekod pendaftaran anggota ini sebagai pengundi pos telah dipadamkan, seperti kenyataan SPR pada 23 Mac 2013,” katanya lagi.

Sabtu lalu, Abdul Aziz juga menunggu PDRM mengesahkan status Wan Muhammad Azri untuk badan berkanun itu mengambil tindakan.

Terkini !!UMNO Kelantan Letak Calon ULAMA dalam PRU 13 ??


KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

“Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah  barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.

Ngeri !!! Adik Lihat Kakak Tertusuk Besi ??


FotoSeremban: Seorang wanita mengalami detik mengerikan apabila melihat kakak kandungnya maut dalam keadaan tragik selepas lehernya tertusuk sebatang besi yang terjatuh daripada lori yang berselisih dengan kereta dinaiki mereka di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, di sini, semalam.

Dalam kemalangan jam 10.45 pagi, V Inthirani, 50, maut di tempat kejadian selepas lehernya cedera parah ditusuk besi sepanjang setengah meter.

Adik mangsa, V Thilaga, 32, berkata, ketika kejadian dia bersama kakaknya yang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan dari Rantau menuju ke rumah mereka di Taman Bunga Sejati, di sini, dengan jarak hanya satu kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan tanpa muatan.

“Sebaik berselisih dengan lori itu, saya lihat satu objek panjang berwarna hitam terpelanting sebelum ia terus menembusi cermin depan kereta yang kami naiki.

“Dalam sekelip mata, kereta kami terus berpusing sebelum berhenti di tepi jalan dan apabila saya menoleh ke tepi, saya lihat kakak dalam berlumuran darah sambil memegang besi yang terpacak di lehernya,’’ katanya yang ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Melihat keadaan kakaknya yang nazak, Thilaga menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang membantu.

“Bagaimanapun, selang beberapa minit, saya lihat kakak saya kaku dan saya hanya mampu menangis apabila orang ramai yang membantu, memaklumkan dia tidak lagi bernyawa,’’ katanya sedih.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

“Buat masa ini kita mengesan lori terbabit dan sesiapa yang melihat kejadian itu boleh menghubungi kami untuk membantu siasatan,’’ katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

HOT !!! Kisah Sedih Anak Allahyarham Inspektor Zulkifli ??


Foto

Ipoh: “Abah gi (pergi) Sabah... abah dah ninggal (meninggal),” itu ayat pertama yang keluar dari mulut anak sulung Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, Mohamad Akmaruddin, 5, ketika disapa wartawan pada majlis penyerahan bantuan di Mes Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am, Briged Utara, Hulu Kinta, Rabu lalu.

Tidak banyak maklumat diperoleh daripada kanak-kanak itu kerana dia seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedih mengenai pemergian arwah bapanya.

Ketika ditemui, Mohamad Akmaruddin tidak berbeza daripada kanak-kanak lelaki sebayanya yang aktif dan suka bergurau, malah wartawan turut diajak bermain dan dipeluknya.Dia mungkin belum mengerti pemergian insan tersayang dalam hidupnya.

KELETAH Akmaruddin (kiri) dan adiknya Akhil menyentuh jiwa.Perbualan singkat dengannya mungkin sedikit sebanyak dapat memberi gambaran sebenar memori yang sempat dikongsi kanak-kanak itu.

Hmetro

Terkini!!!Pengganas Sulu lepas geram pada Penduduk Tempatan???

Kehidupan kira-kira 1,400 penduduk di Kampung Tanjung Labian di sini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila mereka terpaksa menghadapi masa depan suram dan beban hutang gara-gara pencerobohan pengganas Sulu sejak 12 Februari lalu.
Selepas sebulan meninggalkan rumah dan menghuni pusat pemindahan ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu, sebahagian penduduk dibawa memasuki kawasan kampung itu sebelum dikejutkan dengan penemuan banyak harta masing- masing yang musnah terbakar atau dirosakkan.

Tidak cukup dengan rumah, kedai runcit dan bengkel kenderaan, peralatan untuk mencari sesuap nasi seperti bot nelayan turut dimusnahkan.Sedih dengan apa yang dilihat, beberapa orang penduduk meraung, menangis, menjerit, terduduk dan bertakbir.

Siti Aminah Hiya, 21, berkata, kehidupannya kini sudah tidak bermakna apabila rumah yang dihuni beberapa tahun lalu musnah.Lebih memburukkan keadaan apabila bot dan enjin yang diguna oleh suami ke laut menangkap ikan turut terbakar.

"Bot dan enjin ini saya dapat hasil pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM1,500 beberapa bulan lalu dan baru sekali saya bayar balik pinjaman.

"Sekarang bot sudah hancur, bagaimana saya dan suami hendak mencari rezeki bayar balik pinjaman? Rumah juga dibakar dan apa yang ada sekarang hanyalah baju yang kami pakai ini," katanya.

Terkini !!! Orang Kuat Datu Piah Ditembak Polis !!


LAHAD DATU – Seorang panglima yang juga pengawal peribadi kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.
  
Dalam operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.

Katanya, bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah tersebut.

“Apabila seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu, seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.

“Ketika kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

NYARIS DI SEMBELIH JENERAL MUSA !!




Tiada apa yang diharapkan Ajmain Mahmud, 35, selain mahu terus hidup tatkala dia hampir-hampir disembelih ketua pengganas Kiram yang dikenali sebagai Jeneral Musa dalam kejadian di Kampung Tanjung Batu di sini, 6 Mac lalu.

Menurut Ajmain, ketika itu dia sendiri tidak yakin akan dapat terus bernyawa ketika peluang bagi dirinya untuk melepaskan diri dirasa sudah teramat tipis sementara Jeneral Musa pula begitu marahkannya hingga sudah bersiap sedia untuk menyembelihnya hidup-hidup.

"Dia ketika itu sudah mengacu barong (parang Sulu) ke leher saya untuk sembelih saya hidup-hidup," kata Ajmain, anak Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang.

Ditanya mengapa ketua pengganas Kiram itu begitu marahkannya, Ajmain berkata, puncanya kerana Jeneral Musa menyangka dia yang melaporkan kedudukan pengganas kepada pihak keselamatan.

Baca Lagi SINI

Terkini !!! Roh Pengganas Berkeliaran !!!


"Perkara ini tidak logik tetapi inilah yang didakwa dialami anggota keselamatan.

"Mereka lihat tiga lelaki berkeliaran dengan seorang daripadanya memakai serban putih," dakwa sumber itu di sini semalam.

Selepas beberapa saat, kelibat tiga lelaki itu akan hilang.Ketahanan mental anggota keselamatan yang bertugas di Kampung Tanduo di sini terus diuji apabila mereka dipercayai sering terlihat kelibat tiga lelaki sedang berkeliaran di kawasan tersebut.


Sumber memaklumkan, kelibat tiga lelaki itu dipercayai roh pengganas Sulu yang ditembak mati dalam pertempuran 1 Mac lalu.Katanya, kelibat lelaki itu hanya dapat dilihat pada waktu Maghrib.

"Di kampung tersebut ada tiga lubang kubur yang menempatkan ramai mayat pengganas."Kebanyakannya mempunyai tangkal di pinggang yang kononnya bertujuan menjadikan mereka kebal," tambahnya.
- KOSMO

Pendedahan Transkrip Penuh Upacara Lancap Depan Komputer Pemimpin PKR!


11:42pm
Saharudin Hamid
assalamulaikum tks
• Today

1:13am
Saharudin Hamid
Assalamulaikum

1:13am
Zuria Zaireen
Waalaikumussalam

1:13am
Saharudin Hamid
sihat ke

1:14am
Zuria Zaireen
Sihat

1:14am
Saharudin Hamid
lambat tdur x ngantuk ke

1:14am
Zuria Zaireen
urm..belum lagi ..u pula?

1:15am
Saharudin Hamid
sama le xngantok lagi

1:15am
Zuria Zaireen
Hihi...sejuk malam2 ni...susah nk tdo

1:15am
Saharudin Hamid
mang best klu mlm2 sejuk kn

1:16am
Zuria Zaireen
best apernyer..orang yang dh kawin best la kot

1:17am
Saharudin Hamid
awak blum kwen ke

1:17am
Zuria Zaireen
da pernah kawin...

1:18am
Saharudin Hamid
oh ye ke patut le tau

1:18am
Zuria Zaireen
Hihihi...merepek jer dia ~
u boleh webcam ke?

1:19am
Saharudin Hamid
leh nape nak ke

1:19am
Zuria Zaireen
Hahah...sajer tanyer lah..
i punya laptop jenis lame...xleh webcam

1:20am
Saharudin Hamid
klu x leh tgok wajah awak
awak tggl kt mna ne

1:21am
Zuria Zaireen
asal kelantan tanah merah
kendian belajar di gurun
skarang kerje di terengganu
u kerje ape?

1:22am
Saharudin Hamid
sy krje mcm dlm pic

1:22am
Zuria Zaireen
pic awak tgh duduk saje...
hikhik
kerje aper tu

1:23am
Saharudin Hamid
ahli majlis

1:23am
Zuria Zaireen
saya skodeng pic awak eak..
mpspk ni aper?
x penah dgr...

1:24am
Saharudin Hamid
xpe jgn skodeng org dh le majlis perbandaran sg petani

1:25am
Zuria Zaireen
hhahaha..
awak ni kelakar la

1:25am
Saharudin Hamid
nape lak kelakar

1:25am
Zuria Zaireen
dah kenape saya nak sekodeng orang pulak

1:26am
Saharudin Hamid
nak bgurau ngn awak mlm2 ne

1:26am
Zuria Zaireen
jgn laaa...
hikhik

1:26am
Saharudin Hamid
nape xleh ke

1:26am
Zuria Zaireen
bahaya tau bile gurau2 ni
bile 2 org laki pempuan berguaru biasenyer ader org ketiga

1:27am
Saharudin Hamid
mmang le klu x xmjdi le
hehehhe

1:28am
Zuria Zaireen
eee...
nakal
erm
i nk g bancuh nescafe
u nak?

1:29am
Saharudin Hamid
nakal mlm2 xpe, klu awak nak bgi mesti le nak

1:30am
Zuria Zaireen
hik hik
erm
add la whatsapp i..
jgn bg nombor kt org lain ek
ade guna whatsapp x?

1:31am
Saharudin Hamid
sy x guna

1:31am
Zuria Zaireen
owh~
x guna takper la
nnt beli satu smartphone belajar guna k?

1:32am
Saharudin Hamid
ok le awak skrg ne tgl ngn siape

1:33am
Zuria Zaireen
sorang jer
kalau ahli majlis tak pandai pakai internet susah la..
kena advance zaman sekarang
sy nak pggl ape eak?
encik sahrudin?
encik sahar?

1:34am
Saharudin Hamid
pgil le pe pun tpi jgn en dh le

1:37am
Zuria Zaireen
oh..
ok
pe pun kenape x tdo lg ni?

1:37am
Saharudin Hamid
lum ngantok lagi

1:37am
Zuria Zaireen
sia pe pun
lapar kut?

1:38am
Saharudin Hamid
awak lapar ke

1:38am
Zuria Zaireen
x
dah buat nes
cicah biskut

1:38am
Saharudin Hamid
bgi cikit

1:38am
Zuria Zaireen
hikhik
meh nak suap

1:39am
Saharudin Hamid
klu sy dtg btu awak nak suap ke

1:39am
Zuria Zaireen
datang la ganu
bawak jalan2 ronda2 sini
eh nk bgtahu
ini bukan gambar saya tau

1:40am
Saharudin Hamid
gbr awak yg mna lak

1:40am
Zuria Zaireen
sini http://www.facebook.com/media/set/
org kata ader iras2 dengan gambar ni
so saya letak le saja2
bagi kawan2 seronok
dalam album2 tu baru gambar sebenar
x lawa
x cantik
huduh
x ramai nk kawan

1:41am
Saharudin Hamid
oh cmtu tpi cantik le

1:42am
Zuria Zaireen
cantik x like pun

1:43am
Saharudin Hamid
mmang cantik pun

1:43am
Zuria Zaireen
awak takut wife awk tahu eakk
hihihihihi
saya bukan jenis mcm tu la
jgn risau

1:44am
Saharudin Hamid
kanye pe kdg2 anak on9 mesti dorg perasan kn

1:44am
Zuria Zaireen
sama tak macam awek jepun tudung hijau tu?
cuma dia punya tahi lalat dekat mata
sy punya dekat pipi
xper
sy faham

1:45am
Saharudin Hamid
tu yg cantik

1:45am
Zuria Zaireen
ni diorg dh tido ke?

1:45am
Saharudin Hamid
Dh

1:45am
Zuria Zaireen
hensem jugak abag ahli majlis ni
hihihi

1:46am
Saharudin Hamid
xle biasa je

1:46am
Zuria Zaireen
kene trim misai sikit
ganggu cium
...dengan isteri la

1:46am
Saharudin Hamid
misai tu xgabgu le

1:47am
Zuria Zaireen
Geli

1:47am
Saharudin Hamid
ganggu le
geli tu yg best

1:47am
Zuria Zaireen
hihihi
yer ker
tak tahu
ex xde misai pun

1:47am
Saharudin Hamid
ye ke kena cuba bru tau hehehe

1:48am
Zuria Zaireen
hihihi
nakal!!

1:48am
Saharudin Hamid
mlm2 biase le hehehe

1:48am
Zuria Zaireen
knp yg geli tu best?
best kat mananyer
tgk abg sikit
boleh?

1:49am
Saharudin Hamid
tgok le klu misai kena kt mna, nak tnye pe tu

1:50amYou called Saharudin.

1:50am
Zuria Zaireen
x nmpk pun
wau
hensemnye
laaa

1:51am
Saharudin Hamid
awak pun xnampak

1:51am
Zuria Zaireen
abg duduk di ofis lg ker?
nampak abg
laptop saya takder cam..
laptop buruk
hadiahkan la satu
hahaha

1:51am
Saharudin Hamid
ye kt pjb

1:52am
Zuria Zaireen
Alahai

1:52am
Saharudin Hamid
awak saja lindung wajah awak

1:52am
Zuria Zaireen
kenapa x balik lg
tgk belakang ader aper tuuu
hantu

1:52am
Saharudin Hamid
xtakut pun

1:52am
Zuria Zaireen
hihihi
ingat duduk kat rumah td dah sexy dh

1:53am
Saharudin Hamid
awak dok sorg xtakut ke

1:53am
Zuria Zaireen
lame dh ddk sorg mcm ni
xper
dh setahun lebih

1:53am
Saharudin Hamid
awak dh sexy ke

1:54am
Zuria Zaireen
hilang tah ke mana tah dia
dah la.. biar lah dia
hik hik

1:54am
Saharudin Hamid
cian kt awak

1:54am
Zuria Zaireen
biasa kat umah mmg sexy
kalau kerje sopan

1:54am
Saharudin Hamid
mlm ne awak pakai pe

1:54am
Zuria Zaireen
bukan ader sape pun
ermm
pakai singlet

1:55am
Saharudin Hamid
nipis ke

1:55am
Zuria Zaireen
nk gambar eak~?
hihihi
hisss

1:55am
Saharudin Hamid
ye nak

1:55am
Zuria Zaireen
erm..
jap nak transfer
mcmana nk transfer dri henfon ke computer

1:56am
Saharudin Hamid
yg live xleh le

1:57am
Zuria Zaireen
laptop buruk x der live
hihihi
jap tgh transfer

1:57am
Saharudin Hamid
sy xpcya le

1:57am
Zuria Zaireen
sementara tggu transfer.. chat jap
naper tak balik dri ofis lg
kul 2 dah tau ni
hikhik

2:01am
Saharudin Hamid
ok le tu n org nye pun cangih kn
sexynye

2:03am
Zuria Zaireen

2:03am
Saharudin Hamid
nape xbgi tgok semua

2:03am
Zuria Zaireen
biasa sajalah
pandai jer sexy

2:04am
Saharudin Hamid
badan awak nampak ok

2:04am
Zuria Zaireen
jgn tunjuk kat org lain tau

2:04am
Saharudin Hamid
mantap
ye i janji

2:04am
Zuria Zaireen
hisss
mengarut
xkan nk tunjuk semua
gemuk dah sekarang!!
waaaaa
sejak setahun lepas.. bosan duduk sorang
asyik makan makan makan

2:05am
Saharudin Hamid
cari le tmn
tpi bdn masih ok

2:06am
Zuria Zaireen
tahi lalat kat pipi kekal.. so awak tahulah itu saya
takkan saya nk hantar gambar penuh muka

2:07am
Saharudin Hamid
klu awak nak bgi pe salah nye

2:07am
Zuria Zaireen
isk.. xnakla
mana adil
nk tgk awak
awak dh tutp webcam
layan horny sorg2 la malam ni

Lagi Baca SINI

PENGGANAS KIRAM JADIKAN KAMPUNG TANJUNG BATU UMPAMA 'PADANG JARAK PADANG TEKUKUR'....!!!




tinjau 1Peluru bertaburan di jalan raya, rumah yang dibina dan dihuni sejak 40 tahun lepas penuh berlubang dengan kesan tembakan dan ada di antaranya musnah sama sekali akibat dibakar kumpulan militan dari selatan Filipina yang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Keadaan sayu itu menyambut kepulangan ketua-ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu yang pertama kali menjejakkan kaki ke perkampungan mereka setelah hampir sebulan ditempatkan di pusat pemindahan berikutan kejadian pencerobohan militan Sulu.

Kampung Tanjung Batu adalah lokasi yang menjadi pilihan penceroboh militan Sulu untuk menyusup masuk ke negara ini melalui jalan pantai dan hutan selepas mendarat di Kampung Tanduo 12 Feb lepas.

Kumpulan militan itu dipercayai menggunakan perkampungan berkenaan untuk berteduh dan mengumpulkan anggota mereka sebelum mula menyerang dan menawan kampung itu.

Baca Lagi di Miazaraannur

Hot !!! Wan Azizah menangis kerana ??


KUALA LUMPUR - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. 

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amizan Man mendakwa, ini kerana terdapat kelompok tertentu dalam parti menolak kehadiran Presiden PKR itu di negeri tersebut. 
"Ada kelompok tertentu berkata Datin Seri (Wan Azizah) tak payah bertanding (DUN Selangor). Hal ini kerana Selangor bukanlah kawasan beliau. 

"Kalau bertanding juga, ini akan memecahbelahkan parti. Jadi tak payahlah. Duduk diam-diam di Permatang Pauh," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam satu sidang akhbar semalam, Wan Azizah membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi DUN dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor. 

Malah, beliau dijangka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka. 

Amizan mendakwa, walaupun peratusan kemenangan Wan Azizah dikatakan cukup kuat jika bertanding di DUN Selangor, namun perkara itu akan menampakkan PKR bersifat seperti 'parti keluarga'. 

"Bagilah kepada Azmin. Tak manis beliau dan Azmin bertanding DUN Selangor," katanya.

Baca Lagi SINI

Benarkah???Bidaan Plat PRU13 untuk RM100,000???



Biar betul ? Selama ini rakyat ingat pemimpin DAP, PAS & PKR hidup cara sederhana. Siang malam depa tibai kata pemimpin BN yang hidup mewah.

Berapa harga plat PRU 13 tu ? Mana dapat duit ? Hasil kutipan ceramah ke ?

Rakyat mahukan jawapan !!!!

SUMBER

Janda Kaya Di Tahan Di Makkah,sebar ajaran Sesat???




Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.

Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. 

"Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi. - Berita Harian

Info Op Daulat : 26 Daripada 140 Rumah Sah Tidak Lagi Boleh Didiami??


LAHAD DATU 30 Mac - Sebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.

"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan. - UTUSAN

HOT !!! Gambar Zarina Anjoulie kantoi dicium Oleh Lelaki tersebar !!!



HOT NEWS !!! GAMBAR ZARINA ANJOULIE DICIUM OLEH LELAKI TERSEBAR ??? WAJIB BACA !!! Laman sosial Twitter tempatan tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi,Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.Menurut laman web hiburan terkenal,murai.com,gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog.Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi.Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’. Bagaimanapun,identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan.Selain itu,murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat,bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis.Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan ‘ketiak basah’. Sebelum ini,Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia,FHM yang anda lihat pada gambar di atas sekali sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.Bermula dengan identiti seksi,Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri,Anak Pontianak. ANDA LIHAT GAMBAR DI ATAS !!! KENA PAKSA ATAU RELA ??? RENUNG-RENUNGKAN 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...