Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 31 March 2013

Hot !!! Wan Azizah menangis kerana ??


KUALA LUMPUR - Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan tidak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. 

Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Amizan Man mendakwa, ini kerana terdapat kelompok tertentu dalam parti menolak kehadiran Presiden PKR itu di negeri tersebut. 
"Ada kelompok tertentu berkata Datin Seri (Wan Azizah) tak payah bertanding (DUN Selangor). Hal ini kerana Selangor bukanlah kawasan beliau. 

"Kalau bertanding juga, ini akan memecahbelahkan parti. Jadi tak payahlah. Duduk diam-diam di Permatang Pauh," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Dalam satu sidang akhbar semalam, Wan Azizah membayangkan kemungkinan bertanding di kerusi DUN dan disebut-sebut bakal dicalonkan di sebuah kerusi di Selangor. 

Malah, beliau dijangka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang berjaya mengekalkan kuasa mereka. 

Amizan mendakwa, walaupun peratusan kemenangan Wan Azizah dikatakan cukup kuat jika bertanding di DUN Selangor, namun perkara itu akan menampakkan PKR bersifat seperti 'parti keluarga'. 

"Bagilah kepada Azmin. Tak manis beliau dan Azmin bertanding DUN Selangor," katanya.

Baca Lagi SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...