Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 19 September 2012

~TAHNIAH PADA KJ DAN USTAZ NASRUDDIN ATAS ISU INNOCENCE OF MUSLIM~

SHAH ALAM – Pemuda Umno dan Pemuda Pas bersatu suara membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang secara sinis persoalkan perhimpunan besar-besaran umat Islam membantah filem Innocence of Muslims, Jumaat ini sebagai buang masa dan tenaga.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan pemimpin DAP itu menunjukkan beliau sangat tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam dan juga kedudukan Rasulullah SAW dalam Islam.

"Ini amat malang sekali. Dia rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkara asas dalam Islam dan juga sensitiviti orang Islam.," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut mengecam Koo Ham dengan menegaskan tiada isu buang masa atau tenaga sebagaimana dikatakan pemimpin DAP itu kerana bantah filem itu adalah kewajipan setiap individu Muslim.

"Kita tentang kerana ini isu agama, bukan politik. Filem ini menghina Rasulullah dan mengguris hati umat Islam seluruh dunia," katanya.

Menurutnya, berhimpun bantah filem itu adalah usaha kecil dibuat bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap perbuatan biadap itu.

"Saya nak ajak semua ahli Pas hadir di kedutaan Amerika Syarikat Jumaat ini," katanya.

Perhimpunan sama juga akan dianjurkan Pemuda Umno pada hari yang sama, yang mendorong Koo Ham mempersoalkan dalam Twitternya: (Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?).

SUMBER SINAR HARIAN : http://www.sinarharian.com.my/politik/pemuda-umno-pas-bidas-koo-ham-1.86373

~GAMBAR TUN M BERSAMA ISTERINYA YANG SANGAT ROMANTIK~

CONTOH YANG BAIK PADA SEMUA..DAH TUA PON MASIH BAHAGIA BERSAMA ISTERI TERCINTA...MOGA JADI TAULADAN PADA SEMUA (:



~Mesej untuk Khairy dan Nasrudin~

FILEM Innocence of Muslims, yang mempersenda Nabi Muhammad SAW  membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Di negara kita, demonstrasi dianjurkan di merata negeri dan daerah. Selain  jemaah masjid yang  berdemonstrasi selepas solat, beberapa NGO turut menyuarakan bantahan.

Memang  banyak provokasi  dilakukan terhadap umat Islam.  Tidak lama dulu, akhbar Denmark, Jyllands-Postenmemaparkan kartun yang mempersendakan Nabi Muhammad. Ahli politik Belanda, Geert Wilders, juga sering mencetus provokasi. Begitu juga, apabila Terry Jones, paderi sebuah gereja kecil di  Amerika Syarikat membakar al-Quran, demonstrasi demi demonstrasi bantahan diadakan.

Demonstrasi adalah salah satu cara memanifestasikan perasaan dan merakam bantahan mana-mana pihak yang menyokong atau menentang sesuatu perkara. Ia sihat dalam amalan demokrasi selagi ia tidak bertukar menjadi rusuhan tidak terkawal. Ia bagus selagi jawatankuasa anjur demonstrasi menjaga disiplin ahli. Ia baik selagi pemimpin demonstrasi itu sendiri tidak lepas tangan apabila sesuatu tidak diingini terjadi.

Demonstrasi yang berpaksi daripada sesuatu isu itu seharusnya disertai pihak yang mempunyai pandangan dan pendirian sama, tidak kira daripada kumpulan mana ia datang dan anutan fikiran apa yang diwakili. Sesuai dengan tujuan demonstrasi iaitu menunjuk kuat dengan penglibatan seramai mungkin pembantah, lagi besar kumpulan berdemonstrasi, lagi besarlah impak yang diperolehi.

Dalam konteks ini alangkah molek Pemuda Umno dan Pemuda Pas dapat sama-sama berjalan sederap kaki dan berganding bahu suarakan bantahan. Alangkah cantik jika mereka berarak dari dua arah  berbeza dan bertemu menjadi arus besar menuju ke kedutaan AS.

Isu yang ditangani adalah isu pertahankan imej Nabi yang dipersendakan. Yang ingin dirakamkan kepada  Amerika Syarikat adalah ketidaksenangan kita terhadap rakyatnya yang tidak sensitif terhadap agama lain. Yang lebih penting, apa yang hendak ditunjukkan kepada umat Islam ialah betapa perlunya kita membuang pakaian politik apabila soal agama menjadi mainan orang.

Pengikut akan ikut apa yang pemimpin buat. Apa yang patut dibuat pemimpin mestilah sesuatu yang boleh dilihat oleh pengikut. Retorik daripada permainan kata pemimpin politik sukar dimengerti oleh ahli. Tetapi, bila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berjalan bersilang lengan dengan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, ahli yang lain akan ikut serta.

Bayangkan betapa padunya semangat yang bernyala tatkala demonstrasi itu. Lafaz selawat senada dan laungan yang gegak gempita akan mengalirkan ukhuwah dan membarakan rasa persaudaraan yang akan meleburkan seketika hijab prasangka akibat berlainan pendirian dalam politik. Biarpun sekejap, ia adalah satu perasaan yang menegakkan bulu roma.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Kalau dah tentu handal, di mana pun seseorang itu berada, dia tetap kekal dengan kehebatannya. Kalau sudah tentu hebat, dengan siapa pun kita bergaul, keampuhan peribadi akan tetap terserlah.

Tidak kiralah siapa yang hendak bergerak dahulu atau kemudian asalkan kedua-dua pihak nampak peri pentingnya kita suarakan bantahan terhadap imej Nabi yang diperkotak-katikkan.

Tidak ada yang menang-kalah seandainya kedua-dua pihak membuka baju politik buat seketika dan mempamerkan pakaian Islam yang sememangnya sudah terlekat di kulit dan sudah mendarah daging di dalam tubuh.

Datanglah. Datanglah dengan hati yang terbuka lagi tulus dan suci. Bukalah tangan-tanganmu untuk menggenggam tangan-tangan saudaramu yang mungkin tidak pernah kamu sentuh. Rasakan roh persaudaraan yang menggetar dan mengalir di antaramu. Jadikan demonstrasi Innocence of Muslims sebagai permulaan.

Kita sudah tiada masa. Onar yang semakin banyak berlaku dalam arena politik yang kian membahang sudah menampakkan kedunguannya.

Tindakan merosak kenderaan, menyimbah cat kepada bas dan bangunan, membakar bendera dan memijak gambar pemimpin yang semakin kerap terjadi membayangkan ia makin tidak dapat dikawal. Jika tiada pemimpin yang menegur, menasihati dan menyuarakan kebencian kepada aksi bodoh yang semakin ganas ini., seolah-olah ia bukan dilakukan oleh mana-mana aktivis politik.

Para pemimpin boleh menyejukkan suhu politik membahang ini. Tunjukkan gambaran besar yang patut diperjuangkan. Fokuskan kepada perkara yang ada isi dan inti. Apakah kita layak bercakap tentang ukhuwah, tentang perpaduan, kalau diri sendiri tidak boleh berdiri dalam satu saf?

sumber bernama sinar harian http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/norden-mohamed/mesej-untuk-khairy-dan-nasrudin-1.86385

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...