Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 19 April 2013

PANAS DAN TERKINI !!!! TIMBALAN SPEAKER PULAU PINANG UMUM KELUAR PKR !!! Apa Sudah Jadi???

Bekas timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Tan Hock Leong mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan akan bertanding sebagai calon bebas di kawasan berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(Dun) Machang Bubuk itu berkata beliau berbuat demikian kerana mendapati PKR adalah sebuah parti yang tidak adil terutama dalam pemilihan calon untuk PRU13.
 
"PKR buat cara yang tidak adil kepada saya terutama dalam pemilihan calon, hanya tadi kira-kira pukul 11 pagi (semalam) saya dihubungi Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor (Othman) yang memaklumkan saya tidak terpilih.

"Beliau langsung tidak memberi sebarang alasan mengapa saya tidak dipilih dan sebelum ini juga tiada perbincangan mengenai perkara itu. Cuma saya difahamkan calon baharu dari Selangor akan bertanding di sini, dia tidak pernah turun di sini pun," katanya pada sidang akhbar di sini malam tadi.
Beliau berkata PKR yang kononnya sebuah parti memperjuangkan keadilan sebenarnya hanya mengamalkan kronisme.
"PKR hanya meletakkan kroni untuk calon mereka dan perkara ini bukan hanya berlaku di tempat saya sebaliknya di Perak, Selangor dan Kedah. Rakyat perlu buka mata tengok apa yang berlaku dalam parti itu,"  katanya




Tan yang juga Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam berkata beliau yakin rakyat akan memilih calon terbaik dan bukannya parti seperti PKR dan percaya penduduk di Machang Bubuk memilihnya kerana kerja kerasnya selama lima tahun lepas.

Katanya walaupun diserang strok ringan pada 2011 dan pulih semula tiga bulan selepas itu, beliau tetap menjalankan tugas wakil rakyat dan Timbalan Speker DUN seperti biasa. 
"Saya harap pengundi di Machang Bubuk akan menilai pengorbanan dan hasil kerja keras selama lima tahun berkhidmat. Untuk makluman bukan saya seorang keluar daripada PKR sebaliknya ramai lagi terutama pengikut di sini turut serta," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Tan mengalahkan calon BN Datuk Lee Kah Choon dengan majoriti 4,080 undi. 

PANAS !!! Info Terbaru : Kekecohan Besar akan Berlaku Di Semua Negeri Di Malaysia!!! Betulke???

Teman Baru dapat info,iaitu satu bantahan besar akan berlaku di serata negara Malaysia .Bantahan yang teman maksudkan adalah seperti dibawah : Hehehe
 
Kesemua 222 pusat penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan dibuka pada 9 pagi esok selama sejam sebelum ditutup pada pukul 10 pagi.

Proses penamaan calon bermula dengan calon menyerahkan kertas pencalonan masing-masing untuk merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13, 5 Mei ini.

Pegawai pengurus pilihan raya kemudiannya akan menyemak setiap kertas penamaan yang diterima dan akan mengisytiharkan calon-calon yang layak bertanding sebaik semua urusan semakan selesai.

Untuk PRU-13, buat pertama kalinya tidak ada lagi tempoh bantahan selama sejam dan penarikan balik pencalonan, sesuai dengan peraturan 9, Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuat kuasa 27 April 2012.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 5 Mei sebagai tarikh pengundian, dengan calon mempunyai tempoh 15 hari untuk berkempen, bermula esok selepas proses penamaan calon.

PANAS !!! INILAH CALON YANG AKAN TANAM SUHAIMI RAJA PASIR DI SRI MUDA HIDUP_HIDUP !!!

 
Tengok-tengok baik calon yang bernama Raouf Mokhtar ini. Nantikan pertempuran hebat di DUN SRI MUDA!

SUMBER

PANAS TERIK !!! ( VIDEO ) : KENAPA PAS BENARKAN INI BERLAKU...???

 
Pengundi PAS.... fikir-fikirkan lah......

PANAS TERIK !!! Anwar Ada Kejutan Untuk Najib Malam Ni ??? Baca NI !!!

 
Iya malam ini Anwar akan tunaikan Game Plan untuk menyelamatkan imejnya yang sudah tercemar....!

Apakah kita sudah lupa dengan 13 Kejutan yang akan dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Pembangkang menjelang PRU ke 13....?


 


PANAS !! SENARAI PENUH CALON DAP Perak Didedahkan !!!




Nama nama yang bakal ditentang habis habisan oleh Barisan Nasional!



PARLIMEN 



Su Keong Siong - Ipoh Timor 



M. Kulasegaran - Ipoh Barat 



Seah Leong Peng - Teluk Intan 



Ko Chung Sen - Kampar 



V. Sivakumar - Batu Gajah 



Ngeh Koo Ham - Beruas 



Nga Kor Ming - Taiping 





DUN 



Ngeh Koo Ham - Sitiawan 



Nga Kor Ming - Kepayang 



Lee Chuan How - Pasir Pinji 



Wong Kah Woh - Canning 



Ong Boon Piow - Tebing Tinggi 



Cheong Chee Khing - Bercham 



A. Sivasubramaniam - Buntong 



Terence Naidu - Pasir Bedamar 



A. Sivanesan - Sungkai 



Chen Fook Chye - Keranji 



Lim Pek Har - Menglembu 



Yong Choo Kiong - Tronoh 



Teh Hock Ke - Jelapang 



Loh Sze Yee - Jalong 



Wong May Ing - Pantai Remis 



Teh Kok Lim - Pokok Assam 



Leow Thye Yih - Aulong 



Leong Cheok Keng - Malim Nawar 


PALING PANAS !!! ANALISA LENGKAP KANDUNGAN VIDEO STOPA ALI TELAH DIBUAT DAN INI JAWAPANNYA.. !!!


Saya membuat satu analisa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya di dalam bidang perfileman semenjak 1990. Analisa ini saya buat tanpa membuat perbandingan dengan foto mana-mana individu.

Sample yang saya terima ialah di dalam bentuk DVD dan saya dapati mutu rakaman audio dan videonya adalah di dalam keadaan baik. Suara boleh didengar dan difahami perbualannya. Saya berpendapat video ini adalah satu rakaman yang telah dirancang dengan baik oleh individu atau kumpulan yang mempunyai pengetahuan asas tentang pencahayaan dan juga rakaman audio. 

Saya berpendapat kamera ini diletakkan di satu sudut di sebelah bawah sebuah peti televisyen. Ini adalah satu pemilihan sudut yang bijak kerana perakam tahu pelaku di dalam video ini akan kerap menoleh ke arah peti televisyen, justeru wajah pelaku dapat terakam dengan sempurna.

Terdapat dua orang pelaku di dalam video ini. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Walaupun hubungan diantara kedua-dua pelaku ini adalah tidak jelas, tetapi niat pertemuan mereka di dalam bilik tersebut adalah jelas, iaitu untuk melakukan hubungan seksual.

Durasi keseluruhan video ini adalah 11 minit 26 saat.

Saya telah membuat screenshot aksi-aksi di dalam video ini dan di failkan mengikut susunan dengan nama fail Fa 1-1 sehingga Fa 16-1. Saya juga membuat screenshot jarak dekat wajah pelaku dan dinamakan sebagai Fa E CU 1-2 sehingga Fa E CU 3-2. Screenshot dibuat menggunakan applikasi Grab oleh Apple.

Kemudian gambar-gambar dari video itu dibuka menggunakan Adobe Photoshop dan di 'enhance' menggunakan filter smart sharpen dan filter reduce noise. Di bawah adalah foto-foto mengukut susunan.

Secara keseluruhan saya berpendapat bahawa video ini adalah authentic dan tidak ada pengubahsuaian selain dari suntingan untuk memendekkannya. Suntingan yang dibuat adalah amat asas dan tidak menjelaskan atau mencemar kandungan video tersebut.

seterusnya di
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2013/04/terhot-analisa-lengkap-kandungan-video.html?m=1

PANAS !!! PDRM DIPERGUNAKAN LAGI ???

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan itu dilakukan kerana suspek sedang berusaha untuk mengahwini teman wanitanya yang merupakan kakak mangsa.

Katanya, suspek turut membantu mangsa mengisi borang permohonan palsu secara manual di rumah remaja itu di Taman Lawan Kuda Bharu, Gopeng pada 8 Januari lalu.
 
MASZELY (kiri) dan pegawainya menunjukkan surat palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


“Suspek turut menunjukkan surat tawaran kemasukan konstabel wanita dan memberitahu lepasan SPM layak untuk ditemuduga tetapi perlu menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan kira-kira dua minggu kemudian

Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar, suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani temu duga.

Bagaimanapun, penipuan licik suspek akhirnya terbongkar apabila saudara gadis berusia 18 tahun tersebut membawa surat berkenaan kepada Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam pada 5 April lalu selepas merasa curiga.Adik mangsa merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..

- KOSMO

PANAS !!! APA KECOH2 NIIII!!!!! PSM Bergaduh Besar Dengan PKR ??? Kenapa NI??



PAKATAN memang langsung tidak pernah berpakat dalam apa-apa keputusan yang dibuat. Pakatan ternyata diterajui oleh Anwar walaupun parti-parti lain turut menyumbang bakti kepada pakatan mereka ini. Bukan itu sahaja, sehingga ke hari ini PSM masih lagi tidak berpuashati dengan PKR yang meletakkan calon PKR mereka di kerusi DUN Semenyih walaupun telah diberitahu yang kerusi tersebut adalah milih PSM.

Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan sebelum ini telah menegaskan yang kerusi bagi DUN Kota Damansara, Semenyih dan Sg. Siput harus diberikan kepada calon dari PSM dengan menggunakan lambang parti PKR namun sampai ke hari ini keputusan tidak dapat dibuat akibat ketamakan Anwar yang mahukan semua kerusi haruslah diberi kepada PKR.

Pada PRU12 yang lepas, ketiga-tiga kerusi yang dipertandingkan telah dimenangi oleh calon dari PSM dengan menggunakan lambang PKR. Tetapi PRU13 kali ini Anwar dilihat cuba memonopoli kesemua kerusi yang pernah ditandingi calon PSM dan tidak memberi ruang langsung kepada mereka.

Anwar turut mengumumkan di AU2 yang lepas yang kerusi DUN Semenyih akan diletakkan Hamidi A Hasan dari PKR manakala kerusi DUN Kota Damansara masih lagi dalam perbincangan.


AKU PANAS BETUL !!! Apa Yang DS Zambry Buat NI???


mbpcBarisan Nasional (BN) telah menggunakan formula terbaik yang kreatif dan di luar kotak pemikiran di dalam memilih calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kelak.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun beberapa komponen parti mungkin dilihat mengalami kekurangan kerusi tetapi sebenarnya mereka bakal mendapat lebih dalam jangka panjang.

Beliau memberi contoh, walaupun kerusi MIC dilihat kurang daripada empat kepada tiga tetapi kepimpinan tertinggi BN bersetuju untuk melantik dua senator dari MIC Perak di samping seorang penasihat Menteri Besar bertaraf Exco dan seorang Exco kerajaan negeri jika mereka menang pada PRU-13. 

Menurut beliau, dengan cara itu, wakil MIC di dalam kerajaan juga bertambah, berbanding jika mereka masih mendapat empat kerusi yang mungkin hanya tinggal satu atau dua selepas pilihanraya. 

“Ini adil dan formula BN. You cannot find majority, jadi kita mencari satu pendekatan yang lebih kreatif, berfikir di luar kotak,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan senarai calon BN Perak untuk PRU-13 di Bangunan UMNO Perak di Ipoh hari ini.

Beliau berkata, dengan formula itu, dengan masyarakat India akan lebih diwakili.Beliau menambah, formula yang serupa juga mungkin diguna pakai dengan MCA yang dilihat mengalami kekurangan satu kerusi.

“Saya sangat gembira dengan cara kita berunding, walaupun ia merupakan proses yang panjang tetapi akhirnya kita mencapai persetujuan bersama.

“We look outside the box, ini pendekatan terbaru dan lebih kreatif, ini adalah the best arrangement.
“Kita bukan seperti pembangkang yang bergaduh hingga sekarang, mereka tidak boleh menyelesaikan masalah mereka,” kata Dr Zambry.

Mengenai muka baru bagi kerusi Parlimen yang hanya lima orang atau 20 peratus sahaja, beliau menjelaskan, kepimpinan BN merasakan mereka perlu dikekalkan kerana ramai di kalangan ahli Parlimen yang lama mempunyai material pusat seperti Menteri dan Timbalan Menteri.

Dalam pada itu, Dr Zambry menegaskan bahawa beliau tidak pernah memandang ringan lawannya di DUN Pangkor walaupun calon tersebut dikatakan muda dan baru di dalam pembangkang. 

“Saya tak pernah mengambil remeh lawan, siapa sahaja lawan, kita akan ambil serius dan kerja kuat untuk menang,” ujarnya.

Beliau juga yakin tiada unsur sabotaj di kalangan wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula kerana mereka telah belajar daripada pengalaman 2008 dan tidak mahu sejarah hitam berulang.

“Kita belajar daripada sejarah ini dan Insyaallah unsur-unsur sabotaj ini tidak ada meskipun mungkin ada sesetengahnya yang mungkin merajuk sekejap,” tambahnya.

SUMBER

PANAS !!! BETULKE ??? Kit Siang Dedah Kerjasama Polis Dan Tentera Bantu DAP!!


GEMPAR!!! Benarkah apa yang dimaklumkan oleh Lim Kit Siang Ini? Mana mungkin pasukan keselamatan seperti SB dan Kor Risik Tentera bekerjasama dengan parti pembangkang seperti yang didakwa Kit Siang ini.


Penyokong Pakatan Rakyat begitu teruja dengan maklumat risikan Bukit Aman (polis) dan tentera diperolehi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menunjukkan Pakatan Rakyat bakal menang di 145 kerusi parlimen berbanding 77 bagi pihak BN.
Kit Siang dalam blognya menulis:-
According to this estimate, PR will win 145 parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68 seats.
Sebaik membaca sendiri laporan dalam blog tersebut, persoalan yang bermain di minda kami ialah,sejak bila pula Pakatan Rakyat percaya dengan laporan dari polis dan tentera?  Perisikan tentera itu mungkin boleh dipertimbangkan sedikit, tapi polis?
Bukan rahsia, polis dan Pakatan Rakyat adalah 2 nama yang bertentangan antara satu sama lain.  Umum pun tahu polis sentiasa menjadi pelindung barisan depan untuk kerajaan Barisan Nasional.  Pakatan Rakyat sendiri siang dan malam berusaha mencemarkan imej polis, terbaru dalam isu keganasan polis semasa menyuraikan Bersih 3.0, April tahun lepas.
Justeru, agak tidak logik polis bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, apatah lagi Kit Siang untuk menyalurkan maklumat yang betul.
Kami cuma bimbang, Kit Siang sengaja didendangkan dengan maklumat palsu yang konon memetik sumber perisikan polis, atau paling tidak, polis sendiri sengaja mencipta maklumat tersebut untuk memperdayakan Pakatan Rakyat.
Lagipun jumlah itu agak berbeza dengan maklumat yang dikutip sumber-sumber dalam Pakatan Rakyat sendiri.  Laman ini yakin Kit Siang faham apa yang kami maksudkan.  Kami yakin Pakatan Rakyat mempunyai peluang untuk menang, tapi bukan dengan perbezaan kerusi yang begitu besar seperti itu.
Maklumat seperti ini dibimbangi akan melekakan penyokong Pakatan Rakyat.  Kalau kita terlalu percaya dengan angka-angka tersebut, ada kemungkinan gerak kerja di peringkat akar umbi akan menjadi lemah kerana masing-masing percaya akan menang besar – merujuk kepada maklumat dari perisikan polis dan tentera ini.
Hakikatnya, kita sendiri tahu sehingga ke saat ini pun, masih banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Pakatan Rakyat yang belum diputuskan, terutama di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain.Malah kami mendengar, pada hari penamaan calon nanti pun akan berlaku juga perubahan di sana sini.

PANAS !!! Punca-Punca Sebenar PAS Keluar BN 1978 Yang Tidak Didedahkan..!!!


PAS KELUAR BN

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir. 

Yang tidak diceritakan oleh PAS: 

1.Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri. 


2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973. 


3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO. 


4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO. 


5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri. 


6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982. 


7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. 


8. Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. 


9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang. 


10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat. 


11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri. 


12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN. 


13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat. 


14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan. 


15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO. 


16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim. 


17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978. 


18. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan


PANAS !!! SAH!! DAP DIHARAMKAN ???


DAP tidak dibenarkan menggunakan Logo Roket akibat Kongres yang lalu tidak sah akibat keputusan tergantung akibat salah pengiraan seperti yang kita maklum "Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini dalam jawapannya melalui SMS.ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.

Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.DAP tidak boleh menggunakan LOGO mereka pada PRU13 ini tetapi DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

DAP akan menggunakan logo bulan atau lambang parti PAS ini dipersetujui oleh Haji Hadi Awang sendiri.Sedikit demi sedikit PAS sudah menunjukkan taring Hipokrit mereka.Sebelum ini kita sedia maklum PAS meletakkan calon bukan Islam di Terengganu dan sekarang JELAS.Nampaknya ROKET sudah ke BULAN .Belum pilihanraya DAP sudah sampai ke bulan tanpa menggunakan ROKET.


PANAS !!! Betulke KaK Abby Jeles Besar dengan Dayang Sebab Tak Dicalonkan !!!




Sehingga kini maklumat yang diperolehi Dayangku Intan akan bertanding di Pontian. Ada juga desas desus pimpinan PKR menarik semula pencalonan Dayang di Pontian dan ditukar ke Pengerang.  

Tak kisahlah letak dimana pun Dayang pasti melalui jalan sukar, silap-silap kainnya bakal 'diselak' kerana berucap secara hentam kromo. Kredibilitinya tak cukup kuat untuk melawan calon BN yang dah memang kukuh umpama tembok China. 

Sebenarnya penulis kecewa kerana Abby tak dicalonkan pada PRU kali ini. Kalau nak dibandingkan antara Dayang dan Abby, ternyata Dayang jauh ketinggalan daripada Abby dari segi kelayakan dan kepetahan bercakap. Masa inilah sepatutnya Abby nak tunjukan kemahirannya memfitnah dan menabur dosa kepada orang Johor. Apa guna latihan berceramah selama ini jika tidak digunakan pada tempatnya yang betul.  


Dari aakj blog 

PANAS TERIK !!! TERKINI! DAP TERPAKSA GUNA LOGO PAS KERANA GAGAL SYARAT ROS ???




JANGAN TAK PERCAYA... DAP tak boleh menggunakan logo roket! sebaliknya terpaksa guna logo PAS untuk bertanding di PRU 13 kali ini? apakah PAS pun sudah boleh diguna pakai macam kalimah Allah oleh sesiapa sahaja? kita tengok siapa pulak yang akan menjadi lembu suruhan DAP mungkin tidak dibenarkan menggunakan Logo Roket akibat Kongres yang lalu tidak sah akibat keputusan tergantung akibat salah pengiraan seperti yang kita maklum 

DAP masih boleh mengemukakan calon seperti biasa pada hari penamaan calon tanpa mengira keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menggantung jawatankuasa pusat parti itu.Ini telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.

"Tidak affect bolih bertanding," kata Abdul Aziz kepada Malaysiakini dalam jawapannya melalui SMS.
ROS telah memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.Berikutan itu, ROS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai.
Satu salinan surat ROS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.

Nampak gayanya pilihanraya kali nie..takde roket lerr..terus ade bulan jer..
Apa pulak kata penyokong PAS apabila geng Dap bertanding lambang BULAN PAS..

Kali nie baru betui, baru dema tau siapa sebenarnya yang dipergunakan dan digunakan, kita tengok macamana pulak kena tanggung lembu hidup yang kita tak boleh tahan berak sepanjang jalan...
sumber  : cakar keramat (KLIK)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...