Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 19 April 2013

PANAS !!! PDRM DIPERGUNAKAN LAGI ???

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak, Superintendan Maszely Minhad berkata, penipuan itu dilakukan kerana suspek sedang berusaha untuk mengahwini teman wanitanya yang merupakan kakak mangsa.

Katanya, suspek turut membantu mangsa mengisi borang permohonan palsu secara manual di rumah remaja itu di Taman Lawan Kuda Bharu, Gopeng pada 8 Januari lalu.
 
MASZELY (kiri) dan pegawainya menunjukkan surat palsu yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Ipoh semalam.


“Suspek turut menunjukkan surat tawaran kemasukan konstabel wanita dan memberitahu lepasan SPM layak untuk ditemuduga tetapi perlu menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan kira-kira dua minggu kemudian

Gara-gara kemaruk hendak berbini, seorang lelaki bukan sahaja tergamak memalsukan surat tawaran jawatan konstabel polis malah, sanggup mengatur satu temu duga palsu bagi mengambil hati keluarga bakal isterinya dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, lelaki berusia 35 tahun itu turut mengaku sebagai anak saudara Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan dan memalsukan surat tawaran jawatan konstabel yang kononnya ditandatangani oleh Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Bagi memastikan penipuannya berjalan lancar, suspek turut membawa adik perempuan bakal isterinya itu ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zon Selatan di Bakri, Muar, Johor pada awal bulan ini untuk menjalani temu duga.

Bagaimanapun, penipuan licik suspek akhirnya terbongkar apabila saudara gadis berusia 18 tahun tersebut membawa surat berkenaan kepada Thaiveegan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam pada 5 April lalu selepas merasa curiga.Adik mangsa merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)..

- KOSMO

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...