Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 18 October 2013

Terkini !!! CALON MAJLIS TERTINGGI UMNO PILIHAN (PERAK)

Berikut adalah senarai Calon piliham mt Perak , mohon sebarkan pada umum .

1. Datuk Seri Shahidan Kassim
2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
16. Datuk Seri Mustapa Mohamed
17. Datuk Sohaimi Shahadan
18. Datuk Seri Idris Jusoh
19. Dato Seri Mahazir Khalid
20. Datuk Razali Ibrahim
31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
32. Datuk Abd Rahman Dahalan
36. Datuk Seri Azalina Othman Said
38. Md Alwi Bin Che Ahmad
40. Datuk Seri Mohamad Hasan
41. Datuk Tajuddin Bin Abdul Rahman
44. Datuk Hasan Malik
47. Datuk Satim Diman
49. Datuk Idris Haron
51. Wan Mohammad Khairil Anuar
52. Nur Jazlan bin Mohamed
60. Tun Faisal Ismail Aziz
63. Datuk Reezal Merican Naina Merican

Rujuk sini utk lihat gambar : http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/10/senarai-calon-majlis-tertinggi-umno.html?m=1

Thursday 17 October 2013

TERKINI !!! KEPUTUSAN TERKINI KERUSI NAIB KETUA PEMUDA UMNO !!!


"UMNO yang menang...!"

Itulah kata kedua-dua calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar sebaik sahaja keluar dari Bilik Mesyuarat bersama JK Pemilihan UMNO 2013 yang dipengerusikan oleh TS Tajol Rosli.

Penyokong-penyokong kedua-dua calon yang setia memberikan sokongan sejak jam 10.00 pagi turut tertanya-tanya siapakah yang memenangi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana keputusan tersebut hanya diketahui jam 11.00 pagi esok (18 Oktober 2013) dan akan diumumkan oleh JK Pemilihan UMNO.

Harap-harap keputusan bagi Naib Ketua Pemuda Malaysia yang bakal diumumkan esok 18 Oktober dapat menyelesaikan kemelut yang timbul dan menguatkan lagi semangat juang buat kedua-dua calon dan penyokong mereka.

Inilah kematangan dalam Pemuda UMNO Malaysia sejak dipimpin oleh YB Khairy Jamaluddin. Masalah yang wujud dapat diselesaikan dalam suasana yang harmoni tanpa berlaku sebarang insiden kerusi terbang sebagaimana pemilihan cabang PKR.

Hahaha...

Tahniah buat kedua-dua calon dan penyokong mereka, kita tunggu esok sajalah!

Wednesday 2 October 2013

TERKINI !!! Separuh Badan Hilang Dibaham Buaya.


SARATOK – Mayat seorang lelaki mangsa kemalangan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila separuh badannya hilang dari pinggang ke atas disyaki dibaham buaya selepas tiga hari berada di dalam sungai di Kampung Kupang dekat sini semalam.

Sebelum itu, Mohd. Munir Yusuf, 24, dikhuatiri lemas selepas kereta Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berdekatan Pangkalan Feri Kaba, Ahad lalu. Jarak tempat kemalangan dengan lokasi mayatnya ditemui kira-kira 20 kilometer.

Sumber berkata, mayat mangsa ditemui pada pukul 7.15 pagi oleh seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan ke kebunnya sebelum dia menghubungi polis.- Kosmo

PANAS !! GADIS INI DIPAKSA JIHAD SEKS

Baru-baru ini seorang gadis Syria bernama Rawan Qadah membuat kenyataan di tv bagaimana dia dipaksa menjalani "jihad seks"?

Perempuan yang usianya kurang 18 tahun itu disuruh mengaku KONONNYA diculik oleh kelompok pasukan bersenjata. Padahal beliau dipaksa menjadi "santapan" demi memuaskan nafsu serakah.

"Ayah saya menyuruh saya pergi dan mandi. ketika mandi, seorang lelaki datang. Dia kelihatannya berusia lebih dari 50 tahun. Dia hanya mengenakan pakaian dalam.

"Dia menarik rambut saya dan membawa saya ke bilik. Saya menangis dan menjerit sungguhpun ayah saya mendengar, tapi dia tidak melakukan apa-apa," ujar Rawan

Berbeza lagi dengan pernyataan keluarganya. Keluarga Rawan mengatakan bahawa anak perempuan mereka itu diculik oleh tentera Syria ketika pulang dari sekolah.




Video disini:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...