Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 13 February 2013

Anak Najib berbahasa China



Anak lelaki kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Norashman, semalam menunjukkan kebolehannya berbahasa Mandarin ketika memberi ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina Pulau Pinang.

Norashman, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Ashman, mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada hadirin sebelum bapanya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran Barisan Nasional negeri itu.

“Selamat pagi rakan-rakan sekalian. Di sini saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada anda semua. Semoga termakbul segalanya seperti yang dihajatkan.

“Orang zaman dahulu menyatakan, rancangan sehari bermula pada waktu pagi, rancangan setahun bermula pada musim bunga, rancangan seumur hidup bergantung kepada daya usaha.

Norashman, 22, atau lebih mesra dengan panggilan Ashman, mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada hadirin sebelum bapanya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran Barisan Nasional negeri itu.

“Harap rakan-rakan sekalian terus berusaha demi mencapai matlamat 1Malaysia. Terima kasih. Gong Xi Fa Cai,” kata Ashman yang pernah mengikuti kursus lanjutan selama tiga minggu di Beijing Foreign Studies University pada 2010.

Sebelum ini, beliau pernah menyanyi dalam bahasa Mandarin pada satu majlis di Kuala Lumpur City Centre selain ke udara selama 40 saat dalam iklan radio Tahun Baru Cina bersama Najib baru-baru ini. – Bernama

Pelakon nyaris maut




KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Ana Dahlia nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Genting Klang di sini, awal pagi tadi.

Ketika kejadian kira-kira jam 1 pagi, sebuah kereta Proton Iswara yang dari arah pusat bandar menghala ke Gombak, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah van dan kereta Toyota Vios, yang dipandu oleh pelakon itu.

Ana Dahlia, 29, berkata, dia memandu seorang diri dalam perjalanan dari arah Genting Klang menghala ke rumahnya di Kuala Lumpur.

“Saya nampak kereta Proton Iswara dari arah bertentangan terbabas dan merempuh van di hadapan lalu melanggar kereta yang dipandu saya.

"Akibat rempuhan itu kereta saya berpusing beberapa kali, sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya.

*Menurut Ana Dahli, atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar, beliau menggigil ketakutan dan terkejut akibat kejadian itu.

“Saya hanya mampu ingat ALLAH dan berharap tidak berlaku kejadian buruk. Rempuhan itu mengakibatkan kereta saya remuk, namun saya bersyukur kerana selamat,” katanya.

Ana Dahlia berkata, beliau menerima rawatan di hospital berhampiran akibat cedera di kening dan tulang rusuk retak.

“Saya perlu jalani penggambaran telemovie atas dasar tanggungjawab walaupun dalam keadaan sakit.

“Terima kasih kepada orang ramai yang menghulurkan bantuan ketika kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu.

“Difahamkan, seorang lelaki berusia 29 tahun yang memandu kereta Proton Iswara cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987. -SH

Ulama Dan Ilmuan Islam Kelantan Isytihar Jihad Menentang PAS Kerana Bersama DAP



TUMPAT 12 Feb. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Sehubungan itu, kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata, kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali, malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama.

“Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

“Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

“Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Abdullah, Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

“Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.

“Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.

“Sebelum bertahaluf siyasi, perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam, ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan, hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.

“Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah ‘imam’ manakala MIC dan MCA adalah ‘makmum’ yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam,” tegasnya.

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Mohd. Zawawi Awang pula berkata, permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.

Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk ‘Bible dalam bahasa Arab’ yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja.

“Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.

“Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta,” tambahnya – Utusan

(03) Pembangkang pasti meroyan dengan video tentang penerangan kubur Mat Indera


Video Ini Dirakamkan Diruang Rehat Hotel Taiping Perdana Pada 11/02/2013, Turut Hadir, Wakil Penduduk Dan Penerangan Perkasa Perak.

Satu lagi video yang bakal membuatkan mereka terus meroyan dengan video ni...Satu pendedahan tergempar dari penduduk yang tinggal berdekatan dengan kws kubur Mat Indera.

Lagi laporan akan menyusul dari semasa ke semasa.

Najib Terus dekati rakyat sebelum pru


Najib Tun Razak

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.

“Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008.

“Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya.
Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13.

“Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN.

“Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa.

“BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang.

Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis.

Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati.

Kemungkinan yang terakhir, Najib  akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari.-Sinar

Artis belum sedia berperang


Almy Nadia

“SAYA tahu dia sudah bertunang, tetapi saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut (majlis pertunangan Fizz Fairuz).

“Selepas dia buka mulut, barulah saya akan buka mulut. Namun buat masa sekarang, saya mohon maaf banyak-banyak kerana tidak mahu mengulas mengenai perkara ini.” Begitulah kenyataan yang diberikan aktres, Almy Nadia berhubung majlis pertunangan bekas kekasihnya.

Hujung minggu lalu, berita pertunangan pemenang Pelakon TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP 2011), Fizz Fairuz mengejutkan banyak pihak.

Bukan hanya kerana bertunang senyap-senyap, tapi wanita yang menjadi pilihan Fizz bukanlah aktres, Almy Nadia. Sebaliknya, seorang gadis berasal dari Pahang bernama, Azlyn Massiela Mohd Nazar.

Pertunangan Fizz itu dilihat sesuatu yang cukup mengejutkan apabila pelakon yang terkenal dengan watak Aidil dalam drama rantaian Nur Kasih itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk melamar Almy selepas memenangi trofi ABP2011.

Namun begitu, tatkala ditanya Zass mengenai perasaan dan penerimaannya berhubung pertunangan Fizz, Almy berkata, dia akan menyimpan sahaja segala gejolak rasa dan hanya akan membuka mulut apabila tiba masanya nanti.

Ummi Hafilda akan berdepan dengan Nuar Malam Ni


Anak Jati Malaya baru sahaja mendapat info dari laman web PerakCT.blogspot.com yang mengatakan bahawa Nuar yang akan berceramah bertentang muka dengan Umi Hafilda yang hanya beberapa meter sahaja jarak antara dua cermah ini malah diatas tapak padang bola yang sama.  

Penduduk serta orang ramai yang menunggu ceramah malam ini untuk melihat pertembungan yang dianggap sudah kena lah Buku dan ruas antara dua-dua penceramah ini

Menurut sumber maklumat lagi Begitu mengejutkan bila dilihat sekumpulan urusetia yang seang memasang kemah-kemah untuk ceramah Umi Hafilda yang tengah bertungkus lumus menyediakan segala kelengkapan serta keperluan untuk ceramah malam ini. 

Manakala pihak PAS yang mengundang Nuar dalam sessi ceramah dengan harapan dapat membantu Pas Pengkalan Pegoh dalam usaha meraih undi di PRU 13 nanti. terutama bagi membolehkan  mereka dibantu bila bakal dipengaruhi oleh Nuar dalam cermah malam ini nanti 


Kerajaan Terus Bantu Rakyat



Kerajaan menjanjikan lebih banyak bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) jika ia mendapat mandat untuk meneruskan program transformasi ekonomi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomiitu bukan sahaja telah berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa tetapiturut menambah pendapatan negara.

"Dengan pendapatan yang bertambah, hasilnya kerajaan akan pulangkan semula kepada rakyat seperti yang kita lakukan menerusi BR1M 1, BR1M2.0 dan BR1M 3.0," katanya kepada lebih 10,000 yang menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina PeringkatNegeri Johor, di sini, Selasa

Beliau berkata jika mahukan agenda transformasi ekonomi negara yang memberipelbagai manafaat kepada rakyat itu diteruskan, maka kerajaan Barisan Nasional(BN) perlu diberikan mandat untuk terus memerintah negara ini.

"Jikalau mandat itu diberikan (kepada kerajaan BN) untuk membentuk sebuah kerajaan yang kuat, Malaysia akan mempunyai masa depan yang cukup hebat dan cemerlang," katanya yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Turut hadir pada majlis sambutan itu termasuk isteri beliau Datin SeriRosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk SeriDr Chua Soi Lek, anggota Parlimen Kulai Tan Sri Ong Ka Ting, beberapa menterikabinet dan pemimpin parti komponen BN.

Perdana Menteri berkata kerajaan menerusi program transformasi ekonomi telah berjaya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat Malaysia daripada US$6,700 (RM20,759) pada penghujung 2009 kepada US$9,750 (RM30,210) pada penghujung 2011.

Perkara itu adalah bertepatan ke arah usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Najib berkata kejayaan program transformasi ekonomi yang membawa pertumbuhan ekonomi dan peningkatan pendapatan negara turut diperakui sendiri oleh Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

Pada pertemuan dengan Lagarde, katanya, beliau mengakui Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana agensi itu terpaksa mengkaji semula unjuran pertumbuhan ekonominya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata kejayaan pengurusan ekonomi negara itu turut menyakinkan agensi pelaburan Qatar untuk membuat pelaburan bagi membina Hotel Harrods yang pertama di dunia di Kuala Lumpur.

Selain Hotel Harrods itu, katanya, pelabur yang berkeyakinan terhadap program transformasi ekonomi Malaysia turut akan melabur berbilion ringgit bagi membina Hotel Four Seasons setinggi 65 tingkat di ibu negara.

Perdana Menteri berkata Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia yang dilancarkan pada 2006 sehingga akhir tahun lepas juga telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM106 bilion dari dalam dan luar negara.

Pada 19 Feb ini, Najib berkata, beliau dan rakan sejawatnya daripada Singapura Lee Hsien Loong akan melawat Iskandar Malaysia dan merasmikan projek ikonik 'Wellness Township'.

"Program transformasi ekonomi negara sedang berjalan dengan pantas dan rakyat telah pun menerima faedah serta manfaatnya. Bukti kejayaan program transformasi itu boleh dilihat di sekeliling kita," katanya.

Beliau memberi contoh Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya yang akan memulakan projek pembesaran fasa keduanya, walaupun pembukaannya baru sahaja dirasmikan tidak lama dahulu.

Perdana Menteri berkata di bawah projek fasa kedua itu pihak pengurusan JPOakan menambah 70 lagi kedai.

Beliau berkata pasaran sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan, yang akan menyaksikan ia melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

"Semua akan menerima faedahnya jika kita membuat keputusan yang tepat," katabeliau.

Menurutnya manfaat demi manfaat yang diterima oleh rakyat hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang dilaksanakan itu membuktikan kerajaan menepati segala janji yang dibuatnya.

"Kita tidak menjual janji demi janji sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang. Kerajaan melaksanakan 'Janji Ditepati' terhadap segala yang dijanjikan kepada rakyat," katanya.

Perdana Menteri pada majlis yang sama turut menyampaikan bantuan BR1M 2.0 kepada 20 penerima daripada kawasan Parlimen Kulai.-- BERNAMA

Bekas Adun Pas Terima BR1M.


Inilah yang dinamakan tidak pilih bulu atau 1 Malaysia apabila semalam sewaktu pengagihan BR1M turut 'dimeriahkan' dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan. (gambar atas).

Bukan niat mahu mempertikaikan bantuan yang diterima, sebagai rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan. Memang wajar bantuan tersebut dihulurkan kepadanya yang hidup dengan pencen tidak sampai RM3,000 sebulan walaupun dia totok pembangkang.

Cuma kita nak cakap BN ini tak pernah pilih bulu dalam membantu meringankan beban rakyat hatta mereka itu bekas wakil rakyat PAS yang siang malam kerjanya mengutuk UMNO/BN.

Agak-agak Ustaz Jak ucap "terima kasih" tak tadi?

Tahniah Ghani-Akhirnya Lim Kang Hoo kuasai KFC?


AKHIRNYA segala kebimbangan dan usaha sebahagian besar rakyat Johor  agar kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman mempertahankan pegangan dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) idak dipedulikan malah keluh kesah dan denyut nadi mereka yang mahu terus berbangga terhadap KFC sebagai harta mereka hanya tinggal kenangan semata-mata.



Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap  perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang  dilantik  sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 %  dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital  dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP.


Peringkat awalnya,Tripple Plate sebelum ini adalah gabungan tiga syarikat sebagai Pemegang Aamanah saham bagi oihak KFC apabila Suruhanjaya Sekuriti  meluluskan penstrukturan semula  KFC dan QSR Berhad yang akhirnya  JCorp  memegang saham KFC sebanyak 51 %.KWSP  25 % dab CVC Capital  24 %.

Lagi:Sanggah tok Janggut

Abby keluar fatwa kata UMNO/BN MUSUH ALLAH SWT !!


Inilah hasil benih benih kebencian yang diserapkan oleh Pas Kepada Ostajah Abby selaku pemegang fatwa fatwa sesat dari Pas.. Entah apa nak jadi dengan Ostajah sekor ni sampai kata UMNO/BN musuh Allah..

Kepada Abby, aku nak pesan satu saja..Dah berhijrah macamana sekali pun belum tentu kau dah cukup berilmu..Ramai lagi ulama ulama dalam Umno lebih tinggi kefahaman tentang Islam dari kau..Jangan nak over sangat guna nama Allah untuk kepentingan politik kau tu..

Sedarlah diri sikit..Politik kau tak kemana pun kalau sesama Islam pun kau dah tanam kebencian..Kau baru setahun jagung dalam arena politik ni..Apa yagn kau buat Allah sentiasa perhatikan bahkan setiap ayat ayat yang ditulis dalam twitter kau tu..


SUMBER:http://medantempurkedah.blogspot.com/2013/02/panass-pemegang-fatwa-sesat-pas-kata.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...