Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 3 February 2013

95 % peratus rakyat di Kg Cempaka Sari Undi BN.Tahniah Tok Sidang Arshad.


“ Bersyukur kepada ALLAH kerana telah memberi keizinan kepada kami untuk menjayakan majlis ini dengan tiada sebarang masalah, tidak lupa juga terima kasih saya kepada seluruh AJK kg yang terlibat, terima kasih kepada Majlis Bandaraya Ipoh ( MBI ),terima kasih kepada pasukan RELA, terima kasih juga kepada imam2,pada wanita2 yang bertungkus lumus, pada belia2 yang sudi hadir beramai2, pada 12 ketua kampong yang terlibat bersama dan kepada semua yang terlibat maaf dari saya jika saya tidak sebutkan nama anda di sini.


Terima kasih saya juga kepada Dato’ Ridhuan Kasim ( Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timor) kerana telah merasmikan Program ni.  Saya jangkakan keseluruhan yang hadir sebentar tadi adalah sebanyak 900 orang, walaupopn saya sedikit kecewa kerana pelajar2 sekolah terpaksa pulang awal tanpa sempat menjamu makan tengahari bersama kami. Saya akur kerana mereka terpaksa pulang dahulu untuk aktiviti program sekolah mereka yang seterusnya. Apa yang boleh saya katakan adalah program ini telah berjalan dengan lancar dan saya berani mengatakan program ni telah Berjaya Keseluruhannya. Semperna pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi saya berani mengatakan bahawa 95% dari 200 pengundi di Kg cempaka Sari ini akan mengundi BARISAN NASIONAL. “ BSK




Rakyat bersatu siapa yg untung?

 

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat negara ini sentiasa menghormati dan menjaga hati antara satu sama lain dengan tidak membangkitkan isu -isu sensitif sama ada dalam bentuk perbuatan mahupun perkataan.

Menurut Perdana Menteri, langkah tersebut penting bagi memastikan Malaysia yang didiami rakyat pelbagai etnik dan agama terus kekal aman damai serta harmoni.

Sehubungan itu, beliau menyelar tindakan pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja membangkitkan isu-isu sensitif dan boleh menyakiti hati pihak lain semata-mata untuk meraih kepentingan politik jangka pendek.

''Disebabkan degil ada di antara pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup menyentuh isu-isu sensitif atas sebab keuntungan politik. Tujuan mereka hanya mahu pancing undi terutama menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Najib berkata, tidak boleh dinafikan kerukunan hidup yang dikecapi rakyat Malaysia selama ini sememangnya berpunca daripada amalan hormati-menghormati serta toleransi terutama di dalam amalan seharian masyarakat.

Beliau turut menyentuh tentang kepentingan perpaduan yang merupakan asas dan tunjang kelestarian sesebuah negara.

''Kita perlu sedar tanpa wujudnya perpaduan, segala usaha untuk membangunkan negara dan rakyat melalui program transformasi tidak akan tercapai,'' tambahnya.

Najib dalam pada itu bercita-cita untuk melihat Kuala Lumpur muncul sebagai salah sebuah bandar raya terkenal, sekali gus mampu bersaing dengan kota raya dunia seperti New York, London, Paris dan Shanghai.

UTUSAN

Ratusan Zombie mengganas ni KL?


Apa tujuan yang sebenarnya ye...Cube kome pikir apa sebenarnya...??
Cerita Disini

Pocong mengganas !!!menakutkan pengundi ???


Tidak logik dan keterlaluan! Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.  Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut.

Heboh di sini memperkatakan kononnya pemimpin PR telah memanipulasi 'kekalutan' kemunculan pocong seperti didakwa penduduk sebagai natijah kepada projek pembangunan yang dilaksanakan.

Timbul cerita, pemimpin PR didakwa mengaitkan kehadiran pocong berkeliaran menakutkan penduduk kampung itu kononnya ada kaitan beberapa projek diusahakan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN), seolah-olag satu petanda buruk bakal berlaku kepada penduduk.  Dakwa seolah-olah  tidak masuk akal dan ‘melucukan’.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukan

Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri.

“Sebenarnya, projek pembangunan Kampung Tersusun di kampung itu merupakan satu projek contoh membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan kebajikan penduduk apabila bersetuju membina penempatan baru setelah kawasan sedia ada diambil alih untuk pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB).



Kemeriahan Di Kg Cempaka Sari


Meriahnya wei,Anak Jati berpeluang menghadiri majlis ini.Memang awesome bro.semua bekerjasama nak menyiapkan juadah menu tengah hari.Memang hebat tengok penduduk disini.Teman Berkenan Beno.


Lagi gambar Di Budak Sri Kinta

Mati Jika Makan Buah




Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.

Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.


Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.

Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.


Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.


Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.


Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

hMETRO

Najib Tolong Syabas Lagi ???


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi membantu mengatasi masalah air di Selangor.

Mengumumkan perkara itu pada pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) di Ampang, dekat sini, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata,  kerajaan meluluskan peruntukan itu bagi memastikan penderitaan rakyat di negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang itu diatasi segera.

Sambil mahu masalah air yang berlarutan itu ditamatkan segera, beliau berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang diberikan kepada Syabas sebelum ini.

"Kalau tidak kerana peruntukan RM606 juta kepada Syabas yang diberikan kerajaan persekutuan, masalah air di Selangor adalah lebih berat sebenarnya.

"Kita tidak mahu rakyat di Selangor terus menjadi mangsa, dan kerana itu kerajaan telah setuju tambah peruntukan sebanyak RM120 juta," katanya.
 
Bercakap di hadapan lebih 10,000 penduduk daripada kawasan Parlimen Ampang dan Pandan, Perdana Menteri berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sememangnya berterusan memperjuangkan isu itu tetapi penyelesaian masalah itu sebenarnya boleh diputuskan rakyat.

"Saya mahu soal ini terus diperjuangkan oleh kita, tetapi lebih baik lagi apabila sampai masanya dan ia tidak lama lagi rakyat Selangor sendiri yang tentukannya," katanya merujuk kepada pilihan raya umum yang bakal tiba.

Beliau berkata, masalah air di Selangor harus diselesaikan segera kerana keadaan itu telah menjejaskan pelaburan ekonomi di negeri itu selain 430 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan ekoran isu tersebut.

Sehubungan itu, Najib mahu supaya rakyat Selangor bijak menilai sekali gus tidak boleh membiarkan masalah itu daripada berterusan.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan BR1M kepada 30 penerima sebagai simbolik pelancaran daripada kira-kira 10,000 penerima melibatkan kawasan Parlimen Ampang dan Pandan.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Penyelaras Parlimen Ampang Datuk Ismail Kijo. - Bernama

Himpunan Rakyat rancak di Parlimen Permatang Pauh???


Himpunan Anak Muda 1 Malaysia Parlimen Permatang Pauh petang tadi telah mendapat sambutan hangat dari anak-anak muda. Program yang dijalankan di Jalan Sembilang Seberang Jaya itu tadi telah dipenuhi pengunjung sejak tengahari. Berbagai-bagai acara yang menarik perhatian pengunjung antaranya pendaftaran Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) hingga mencecah 1000 anak muda telah berdaftar. Kehadiran pengunjung hingga petang tadi sahaja telah melebih 2000 orang. Adalah satu petunjuk yang baik. Teman sisipkan beberapa gambar acara yang telah dijalankan petang tadi.

Live Dari Kg Cempaka Sari,My Beautiful Day Meriah


Meriah wei.Mana kan tidak hampir ratusan manusia membanjiri program ini yang serentak seluruh Malaysia iaitu program My Beautiful Day Di Kg Cempaka Sari,Ipoh.Memang meriah wei...Abislah pembangkang lepas ni akan dikuburkan.Padan muka...hahahah...


Bacaan doa yang diaminkan hadirin yang hadir






Pembangkang risaukan penyatuan penduduk Kg Cempaka Sari !!!

gambar sekadar hiasan
Apa yang riuh-riuh ni wei kat Kg  Cempaka Sari ni ha...Apa yang sebenarnya berlaku di Kg Cempaka Sari,ratusan penduduk setempat Berkumpul ,...Apa Sudah jadi.Benarkah dakwaan Pembangkang seperti yang dilaporkan... Heee ..

Hehehe sebenarnya apa yang berlaku adalah sambutan My Beautiful day Serentak seluruh Malaysia,Memang meriah giler wey,pepagi buta rakyat diajak untuk bersenam wei...memang hebat la kan ...bagi Anak Jati sendiri ia satu kejayaan kerajaan menyatukan rakyat berbilang kaum.



Dakwaan Tidak Berasas :UFB


Benarkah dakwaan seperti Dr Maza katakan di laman di tweeternya.Menurut maklumat  Fathul Bari telah menerima jemputan lain di masa yang sama.

Sila baca :
Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider, Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog malam ini.

"Saya tidak menarik diri.

"Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari.

Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada sebelah malamnya.

"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi.

Drama tempatan yang menghina Islam

Apa kes ni???udah macam filem industan plak kan...

Sahara merupakan sebuah drama Melayu berkonsepkan "islamik" yang kini ditayangkan di Astro Prima sejak beberapa minggu yang lalu.

Malangnya, konsep ISLAMIK yang cuba diterapkan dalam drama Melayu tersebut sangatlah bertentangan dengan syariah Islam sendiri, selain menjatuhkan maruah dan menghina golongan perempuan yang berhijab.

Demi kesucian Agama Islam, aku dengan menggunakan medium blog ini ingin menyeru pihak terlibat terutamanya Astro untuk menghentikan penyiaran Drama yang menghina Islam ini serta merta!

Video Promo Disini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...