Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 3 February 2013

Pocong mengganas !!!menakutkan pengundi ???


Tidak logik dan keterlaluan! Mungkin itu persepsi timbul apabila kisah tahyul pun dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.  Sama ada mahu percaya atau sebaliknya, itulah hakikat berlaku di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau.

Barangkali terdesak atau ketandusan strategi berkempen, kisah pelik itu didakwa menjadi pilihan pemimpin Pakaran Rakyat (PR) di kawasan tersebut.

Heboh di sini memperkatakan kononnya pemimpin PR telah memanipulasi 'kekalutan' kemunculan pocong seperti didakwa penduduk sebagai natijah kepada projek pembangunan yang dilaksanakan.

Timbul cerita, pemimpin PR didakwa mengaitkan kehadiran pocong berkeliaran menakutkan penduduk kampung itu kononnya ada kaitan beberapa projek diusahakan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN), seolah-olag satu petanda buruk bakal berlaku kepada penduduk.  Dakwa seolah-olah  tidak masuk akal dan ‘melucukan’.

Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia tidak masuk akal dan amat melucukan

Zambry berkata, beliau difahamkan terdapat wakil rakyat PR menggunakan isu kehadiran pocong berkeliaran bakal memberi impak buruk kepada penduduk.

Menurutnya, dakwaan tersebut adalah gambaran sebenar betapa ceteknya pemikiran pemimpin PR sehinggakan terdesak 'menjual' cerita tahyul turut dimainkan untuk memberi gambaran buruk kepada Kerajaan Negeri.

“Sebenarnya, projek pembangunan Kampung Tersusun di kampung itu merupakan satu projek contoh membuktikan Kerajaan Negeri prihatin dengan kebajikan penduduk apabila bersetuju membina penempatan baru setelah kawasan sedia ada diambil alih untuk pembinaan Rancangan Tebatan Banjir(RTB).



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...