Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 30 March 2013

Terkini !!! Nasib sebenar Mangsa Rohingya didedahkan..


GELANDANGAN, kelaparan dan sarat hamil sembilan bulan. Itu antara kepedihan yang terpaksa dilalui Nuru ketika menaiki bot pancung yang dipenuhi oleh pelarian Rohingya sewaktu melarikan diri daripada kekejaman tentera di barat Myanmar.

Enam hari kemudian, dia selamat melahirkan anak jauh daripada hospital ataupun bantuan doktor.

Sejak pelampau agama antara Muslim-Buddha meletus Jun lalu di wilayah Arakan, beratus-ratus bot yang membawa pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak, telah meninggalkan negara yang diperintah oleh Junta tersebut.

Bagi pelarian yang tiba di kawasan kejiranan Thailand, mereka telah dibantu oleh tentera laut negara tersebut sebelum ditahan sebagai pendatang asing tanpa izin.

Bagaimanapun, beratus-ratus dikhuatiri lemas sepanjang perjalanan manakala sebahagian lagi ditemui selamat di kawasan sejauh Sri Lanka.

Golongan itu terpaksa meninggalkan negara mereka dalam usaha mencari tempat perlindungan kerana hak mereka untuk mendapat kerakyatan Myanmar telah dinafikan.

Malah, etnik Rohingya juga telah melalui satu tempoh penderitaan yang panjang selama lebih sedekad berkaitan diskriminasi dan penindasan.

"Saya tiada tempat tinggal dan hilang pekerjaan selepas rumah saya dibakar," kata Nuru, 24, kepada AFP ketika ditemui di pusat perlindungan sementara Thailand sambil mengendong anak lelakinya yang berusia sebulan.

Walaupun ketika itu dia sarat mengandung, namun Nuru nekad menempuh pengembaraan yang berbahaya dengan harapan untuk sampai ke Malaysia.



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2OweMqL38 

Terkini !!! Kg Tanduo melenyapkan Identiti Kg Nelayan Tanduo...


LAHAD DATU - Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa, malah turut melenyapkan identiti kampung nelayan itu yang telah wujud sejak 50 tahun lalu.

Atas aspek keselamatan, kampung yang terletak dalam gugusan Tanjung Labian di Felda Sahabat itu bakal tinggal nama apabila 20 keluarga yang merupakan penghuni asal kampung tersebut akan dipindahkan ke Kampung Sungai Mira dekat sini.

Jarak antara Kampung Sungai Mira dengan Kampung Tanduo ialah kira-kira 20 kilometer.Proses pemindahan penduduk yang kebanyakannya kini ditempatkan di pusat penempatan sementara akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir ketika mengesahkan perkara itu memberitahu, cadangan pemindahan tersebut telah dipersetujui Majlis Keselamatan Negara dan pasukan keselamatan sebelum dikemukakan kepada kerajaan negeri.-Kosmo


TUN M akui BN tak Kuat,Tetapi...


Mahathir MohamadALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata,Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah, bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak
mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak
tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri
kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada
orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.
    "Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai hasrat kerajaan Filipina untuk kembali membuat tuntutan ke atas Sabah sebagai sebahagian wilayah mereka.
    Beliau berkata itu hak Filipina untuk berbuat demikian tetapi untuk membawanya ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), memerlukan persetujuan
kedua-dua belah pihak.

"Boleh bawa ke mahkamah hanya jika kita setuju sama. Kalau dia sendiri takkan diterima. Kalau nak rayu kepada UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)
mereka boleh buat tetapi sama ada UN nak sokong adalah perkara lain.

"Selain itu, sama ada kita akur kepada UN jika buat keputusan memihak kepada Filipina tiada undang-undang yang nak memaksa kita ikut UN jika rayuan dibuat satu pihak sahaja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana meluluskan peruntukan yang besar untuk usaha membangunkan
semula Pekan Rabu Alor Setar, yang merupakan satu lokasi ikonik bagi Kedah dan bandar raya ini.

"Saya merupakan peniaga di Pekan Rabu sebelum ini. Saya pernah menjual pisang goreng di Pekan Rabu. Ia keputusan yang baik untuk membaik pulih Pekan Rabu. Namun, setelah anda memulihkannya, ia harus dikekalkan," katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan pusat akan membangunkan semula Pekan Rabu dengan peruntukan RM55.58 juta.

Ismail berkata projek Yang diletak di bawah kementeriannya itu akan melibatkan kerja meroboh bangunan lama dan diganti dengan bangunan baru setinggi tujuh tingkat.- Bernama

Gempar !!! Mangsa Terkini Papa Homo didedahkan..


Nurul Nuha adalah satu nama yang kurang dikenali sebelum ini. Namun namanya kini sebaris dengan kakaknya Nurul Izzah. Beliau adalah 'mangsa' terbaru kerakusan Anwar untuk mengekalkan kroni dalam karier politiknya. Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti. 

Kenapa Nurul Nuha yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih?  Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah ditolak di kawasan sendiri.  Namun, khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat baginya.   

Jawapan kenapa Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej pengkhianat, pelakon dan peliwat.  

Terkini !!! BN Perak telah muktamadkan Senarai Calon Bertanding ??


 Dr Zambry Abdul KadirIPOH - Barisan Nasional (BN) Perak telah memuktamadkan senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Bagaimanapun, kata Pengerusi BN negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

"Calon negeri Perak akan mempunyai kombinasi (muka baharu dan lama). Akan ada perubahan kerana sering kali kita sebut untuk kemuka calon yang terbaik.

"Kami juga menghormati ada calon yang telah menjadi wakil rakyat dan berkhidmat dengan baik dan mereka boleh dikekalkan," katanya kepada pemberita pada majlis minum pagi bersama ketua biro organisasi media di Perak di sini hari ini.

Zambry berkata calon yang disenaraikan ialah calon tempatan dan telah melalui proses tapisan yang merangkumi pelbagai aspek.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka dikekalkan dan ada yang digugurkan bukan sahaja disebabkan faktor tapisan tetapi juga termasuk faktor populariti," katanya.

Beliau menjelaskan calon yang akan bertanding di kawasan dewan undangan negeri (DUN) tidak perlu popular di peringkat negeri atau nasional sebaliknya mereka perlu popular dan disenangi di kawasan DUN yang akan ditandingi.

Mengenai kemungkinan terdapat pihak yang tidak berpuashati apabila tidak dicalonkan, Zambry berkata: "Ini manusia, biasalah... adakalanya dia rasa masih perlu (jadi calon) tapi parti berpandangan perlu ada pertukaran.

Kami adakan perbincangan dengan baik maka dengan ini ia dapat diselesaikan".

Katanya semua pihak yang terlibat telah dijelaskan bahawa apa yang paling penting ketika ini ialah untuk memastikan kemenangan BN.

Ditanya mengenai kemungkinan berlakunya perpecahan dalam parti berikutan calon tertentu tidak terpilih untuk bertanding, Zambry tidak menolak kemungkinan perkara itu boleh berlaku.

"Saya mahu bercakap secara praktikal. Saya tidak mahu menyatakan bahawa tidak ada orang sokong sana, orang sokong sini. Apa yang penting ialah tanggungjawab kita menyelesaikan perkara ini.

"Kita perlu tahu akhirnya suka atau tidak, calon hanya ada seorang. Tak mungkin ada dua calon daripada parti yang sama," katanya.

Zambry berkata sebagai anggota parti, mereka perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti berhubung pemilihan calon.

Mengenai pembahagian kerusi antara parti komponen BN, beliau berkata ia dibuat berdasarkan formula untuk memenangkan BN.

"Mungkin ada perubahan untuk kami pastikan kerusi yang ditandingi capai kemenangan," katanya sambil menjelaskan agihan kerusi hanya akan diumumkan selepas mendapat persetujuan Najib. - Bernama

RTM Beri Peluang Pada Pakatan Bentang Manifesto,Kenapa Menolak ??


PRU13KUALA LUMPUR - RTM akan meneruskan penyiaran manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun pendekatan julung kali itu ditolak oleh Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha Kementerian, Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, tawaran 10 minit itu masih terbuka untuk parti-parti pembangkang.

"Seperti dimaklumkan, RTM akan tetap meneruskan sesi penyiaran tersebut, walaupun tanpa kehadiran salah satu pihak, sama ada BN mahupun PR," katanya lagi.

"Tawaran masih terbuka untuk parti pembangkang, mana tahu pihak mereka berubah fikiran untuk menerima tawaran itu semula," kata beliau ketika ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada keluarga wira negara - Op Daulat dan Anugerah Akademik Cemerlang Bakat Seni di Pusat Latihan Polis di sini, hari ini.

"... pihak kami masih menunggu respons mereka semula, kami akan menunggu sehingga hari penyiaran tersebut," tambah beliau.

Mengenai format, beliau berkata: "Hanya 10 minit diberikan kepada kedua-dua pihak BN dan PR, 10 minit tersebut hanya sekali tempoh penyiarannya."

"...ia tidak akan diulang siar, hanya dibuat sekali ketika tempoh tersebut sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini  melahirkan rasa terkilan di atas pendekatan PR yang menolak tawaran RTM ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, SPR belum menetapkan tempoh sebenar penyiaran manifesto.

Menurutnya, SPR juga akan meneruskan rundingan bersama pemimpin parti politik untuk membincangkan lebih lanjut perkara ini.

Beliau berkata, jika pakatan pembangkang tidak mahu menggunakan usaha itu, mereka tidak boleh menyalahkan SPR yang berusaha untuk akses media buat pertama kali ini.

"Kita sudah bagi ruang,  apa yang mereka minta kita sudah bagi berusaha, tapi saya kesal kerana mereka telah tolak tanpa ada rundingan seterusnya.

"Kita akan terus berunding dengan pemimpin parti, mungkin 10 minit itu untuk pembentangan sesuatu bahagian dan bahagian lain 10 minit lagi.

"Kita sudah bagi ruang tapi kalau mereka tak nak, jangan salahkan kita pula," katanya pada sidang media di Shah Alam pagi tadi.

Gempar !!! Insiden Memali Episod Ke 2 didedahkan !!



Dan seperti yang dijanjikan, di bawah adalah video bahagian II.

Tujuannya ialah untuk menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelit oleh pembangkang bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Seperti yang kita tahu, pemimpin pembangkang telah meracuni minda rakyat dengan memperlekeh-lekehkan anggota keselamatan. Yang terbaru ialah tindakan mereka yang menghina anggota keselamatan kita yang berjuang di Sabah.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :

KLIK SINI untuk Tonton Video

Terkini !!! 75 Individu berebut Jadi Sultan Sulu ??


Ketika ini, terdapat 75 individu sedang menuntut takhta Kesultanan Sulu termasuk waris palsu, Jamalul Kiram III yang menjadi ketua kepada gerombolan penceroboh Lahad Datu dan Sultan Rodinood ibni Sultan Julaspi Kiram II.

Walaupun bukti menunjukkan Jamalul Kiram III bukanlah berketurunan Raja Muda Mawalil Wasit II seperti didakwanya, tetapi dia tetap bertegas bahawa dia merupakan waris sah keturunan Sulu.

Hakikatnya, bapa Jamalul Kiram, Punjunggan Kiram bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu memandangkan Punjunggan Kiram bukan anak kandung Raja Muda Mawalil Wasit II. Sebaliknya Punjungga Kiram merupakan anak kepada Amir Hamzah, bekas suami Mora Napsa Laga.

Semasa beliau sedang mengandungkan Punjunggan Kiram, Mora Napsa telah mengambil keputusan untuk bercerai dengan suaminya (ketika itu), Amir Hamzah kerana ingin mengahwini Raja Muda Mawalil Wasit II sebagai isteri ketiga.

Kelahiran Punjungga Kiram terpaksa dibinkan dengan nama Mawalil Wasit II atas tipu-helah Mora Napsa agar anaknya itu tidak dicemuh kalangan keluarga Mawalil yang berdarah bangsawan Sulu.

Namun, Mawalil Wasit II juga mempunyai dua isteri sebelum Mora Napsa. Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Datu Attik, Mawalil Wasit mempunyai anak bernama Esmail E. Kiram.

Walaupun Raja Muda Mawalil Wasit II pada permulaannya menyerahkan gelaran Raja Muda kepada Punjunggan Kiram, anak Mora Napsa, tetapi status itu terpaksa dibatalkan apabila Raja Muda Mawalil Wasit II yang baru menaiki takhta mengetahui bahawa Punjunggan Kiram bukan dari darah keturunannya.

Baginda kemudiannya menyerahkan gelaran Raja Muda itu kepada Esmail E. Kiram, anaknya bersama Datu Attik. Namun hayat Raja Muda Mawalil Wasit II tidak lama menyebabkan baginda gagal dimahkotakan sebagai Sultan Sulu. Maka disebabkan itu hanya gelaran Raja Muda kekal pada namanya dan bukanlah gelaran Sultan.

Baca Lagi SINI

Terbaru !!! Gambar Isyarat Tidak Beradab ,Bertatasusila Pada Poster Besar didedahkan ??

Hiasan.
Kebiadabbannya terserlah apabila beliau sanggup menunjukkan Isyarat kurang sopan.Mesti didalam keadaan tidak sedar kut. Heee bila kerajaan ambil tindakkan macam2 le alasan dia buat . Heee geram pulak teman,satu je teman pesan jgn cube bermain api ye.!! Wajarkah sikap masakini penyokong pembangkang yang hilang rasa hormat menghormati malah tidak mengamalkan nilai-nilai murni  dan adap ketimuran?


"Sedang mereka menghina, kami membina"

Baca Lagi SINI

Menakutkan !!! Hantu Sulu Mengganggu Anggota Keselamatan???


Sejak insiden pencerobohan di Lahad Datu ini berlaku, rakyat sering diwar-warkan dengan pelbagai cerita karut-marut, termasuk kononnya anggota pasukan keselamatan kita yang sedang berkhidmat di Lahad Datu sering diganggu hantu pengganas sulu.

Malah ada laporan mengatakan ATM dan PDRM telah mewujudkan satu unit khas psikologi, khusus untuk merawat anggota mereka yang sering didatangi bayangan tentera diraja Sulu yang terbunuh sebelum ini.

Kebetulan, dari sejumlah besar jenazah anggota tentera penceroboh Sulu yang terkorban setakat ini, kurang separuh sahaja yang berjaya dikeluarkan. Bakinya, sudah terlalu reput untuk dibawa keluar dan jenazah mereka dikebumikan begitu sahaja ditempat dimana mereka ditemui.

Lagi Baca SINI

Terkini !!! Pasar Tempatan Sudah Mula Menjual Daging Babi di Khalayak Ramai

NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.
Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.

HOT !!! Remaja Kantoi Bersetubuh Di Gereja,Paderi Melampau


enhanced-buzz-13722-1307120391-47RIO DE JANEIRO – Satu rakaman video lucah memaparkan seorang remaja melakukan seks oral ke atas paderi dalam sebuah gereja dijual di jalanan Brazil, semalam, dalam satu lagi pendedahan skandal pedofilia membabitkan gereja Katolik.

Aksi menggunakan kamera tersembunyi itu dijual secara haram dan dimuat turun menggunakan Bluetooth ke dalam telefon bimbit pelanggan dengan harga di antara RM9.50 dan RM19.15.

Akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan, pelaku aksi sumbang itu adalah Monsignor Luiz Marques Barbosa, 84, yang membiarkan dirinya diperlakukan di depan pendupa gereja oleh remaja lelaki bekas penyanyi kumpulan koir.

Dalam rakaman itu juga, remaja berusia 19 tahun itu mengaku didera Barbosa sejak kecil.
Pendedahan rakaman itu dalam program televisyen Brazil bulan lalu mendorong siasatan peringkat Parlimen dilakukan ke atas paderi terbabit.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa penderaan seksual oleh kalangan paderi pedofilia memang berleluasa di benua Eropah dan Amerika, selain menjejaskan imej pemimpin tertinggi Kristian ketika ini, Pope Benedict XVI.Barbosa yang mengendalikan gereja di bandar Arapiraca, ditahan beberapa hari lalu dan kini diletak dalam tahanan rumah, manakala pasportnya dirampas.

Dua paderi tempatan lain yang dikaitkan dengan amalan pedofilia oleh tiga bekas anggota kumpulan koir gereja juga diperintah tidak meninggalkan bandar berkenaan.Menurut laporan memetik peguam Barbosa, paderi itu mendakwa diperas ugut dan membayar RM73,519 untuk mengelak ia disebar kepada umum.

Bagaimanapun, kata peguam itu, ia akhirnya terdedah apabila Barbosa enggan membuat bayaran tambahan.
Barbosa juga menafikan dia seorang pedofilia. Sementara itu, ketua paderi di Arapiraca, Valerio Breda, menulis surat meminta maaf atas kejadian memalukan itu.
Katanya, pihaknya ‘memohon maaf atas nama gereja’.

Terkini !!! Syed Ali : Tempoh Seminggu PKR Pahang Mohon Maaf


Tempoh seminggu diberikan bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kepada Syed Ali yang sangat kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat, berniat jahat dengan tujuan untuk mencemar reputasi dan kredibiliti beliau.


Beliau memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

Syed Ali berkata beliau kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya dengan nada tegas.



Terkini !!! Kisah Jelingan Menakutkan si "Suluk Parang" didedahkan??


Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang kedengaran.Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.

"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke sini." Kata Pak Cik Mingul.

"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai..... perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini." katanya lagi.

Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300 penghuni setiap satu.

Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut bela apabila etniknya diganggu.


SUMBER

Terkini !!! Ketua Setiusaha PBB buat kejutan Pada Malaysia ???


Ban Ki Moon yang juga merupakan Ketua Setiusaha Pbb Harini mengeluarkan Kenyataan tentang Malaysia.Didalam Ucapan Ringkasnya beliau berkata "Saya Kagum dengan Pencapaian Malaysia Dibawah Kepimpinan PM Najib... 1 Malaysia merupakan Visi yang hebat bukan sahaja untuk rakyat Malaysia,tetapi juga untuk negara dan inilah yang PBB telah cuba promosikan kepada dunia"

Persoalannya yang sekarang?Apa tak cukup lagi ke.Teman sebagai orang Perak berasa begitu bangga dengan kenyataan seorang wakil daripada PBB.

Insyallah kata-kata dari Ketua Setiusaha PBB boleh kita jadikan penanda aras kepimpinan Di Malaysia.Teman Ucapkan Tahniah serta semoga maju jaya n semoga PRu 13 ni menjadi satu Kemenangan besar buat Malaysia. Insyallah

Terbaru !!! Lagi Orang Melayu Hina Nabi Muhammad S.A.W



Agak-agak le Yop Nak Fitnah Umno Pon...Ada Bukti ke nak kata lagu tu bro?Puak-puak pentaksub terlampau Anwar Ibrahim sanggup mengeluarkan kenyataan seperti di atas semata-mata untuk mempertahankan dosa maksiat pemimpin yang sangat mereka sanjung.. Semuanya bermatlamatkan PUTRAJAYA..!!!

NAMUN BEGITU.... ada kemungkinan empunya ID adalah orang bukan Islam, tetapi menggunakan gambar dan nama orang Islam untuk mengaburi mata para cybertrooper pro-kerajaan di samping menyebarkan dakyah kesesatan mereka..... yang pastinya mendapat bayaran sangat lumayan....gitu...!!!

Hot !!! Pihak Polis Sabah Bantu Gangster PKR Belasah Remaja Bermotor....


Bior betul Yop?Ajenye ye kome pon ..AGak2 sikit la ye.Polis pon ada sifat perikemanusiaan ,cume mereka ada ketegasan dalam profesion mereka.Baru La mereka dihormati.

Menurut dari sumber MIK ,Mereka melaporkan kunuunnya ada sekumpulan anak anak muda bermotor mahu membuat kacau sewaktu majlis pelancaran Bas Jelajah Merdeka Anwar Ibrahim di Sabah.

Gangster gangster PKR Sabah telah membelasah anak anak muda bermotor ini dan dengan "kerjasama" pihak polis, kesemua mereka telah ditahan...

Tonton Video SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...