Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 30 March 2013

Terkini !!! Syed Ali : Tempoh Seminggu PKR Pahang Mohon Maaf


Tempoh seminggu diberikan bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kepada Syed Ali yang sangat kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan perbuatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti tersebut sebagai perbuatan khianat, berniat jahat dengan tujuan untuk mencemar reputasi dan kredibiliti beliau.


Beliau memberi tempoh seminggu bermula pada Khamis kepada PKR Pahang untuk memohon maaf secara terbuka kerana meletak gambarnya pada poster sebuah program anjuran parti pembangkang itu.

Syed Ali berkata beliau kesal, kecewa dan dukacita atas tindakan tidak bertanggungjawab PKR Pahang yang dengan sengaja memuatkan gambarnya pada satu poster ceramah/pidato Lahad Datu yang dijadualkan di Markas PKR Ranting Indera Mahkota 2, Kuantan malam Jumaat ini.

"Saya beri tempoh seminggu untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media cetak dan elektronik, jika tidak saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit," katanya dengan nada tegas.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...