Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 2 April 2013

Terkini !!! Nalla Heret Karpal Singh Ke Mahkamah

Karpal Singh tersenarai antara tujuh saksi yang akan dipanggil pada perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Dato' S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Keterangan Pengerusi DAP itu, menurut peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan amat penting kerana Karpal adalah saksi berguna dan keterangan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu dapat membantu pihaknya.

Muhammad Shafee berkata, beliau telah diarahkan untuk mendapatkan sapina terhadap Karpal kerana antara 22 Oktober dan 18 Disember 1997, Karpal di Parlimen mengatakan beliau mendapat Perakuan Berkanun (SD) bekas pemandu isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Azizan Abu Bakar berhubung kejadian liwat.

Menurut Muhammad Shafee, berdasarkan perbahasan hansard di Parlimen, Karpal ketika itu pernah berkata, beliau mempunyai maklumat mencukupi dan seolah-olah tertarik dengan SD Azizan.

Tambahan pula, menurut beliau, Azizan dan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang tersenarai sebagai saksi Nallakaruppan juga pernah bertemu Karpal untuk mendedahkan kejadian liwat dalam pendakwaan pertama terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Baca Lagi SINI

Terkini !!! Pasukan Hantar Perisik Untuk Hapuskan Penyangak Sulu..




Pasukan keselamatan kini menggunakan taktik risikan sebagai senjata untuk memburu saki-baki anggota kumpulan pengganas Kiram yang dipercayai meloloskan diri dengan menyamar sebagai orang awam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, usaha menjejaki saki-baki pengganas yang dianggarkan kurang daripada 10 orang sedang giat dilaksanakan menerusi kaedah risikan dan mendapatkan maklumat daripada orang ramai.

"Bagaimanapun, besar kemungkinan kumpulan pengganas ini sudah tidak ada lagi di kawasan operasi pembersihan dan penggeledahan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Abdul Rahman Hussin.

Dalam pada itu, Zulkifeli berkata, ketua penceroboh, Azzumudie dipercayai masih bersembunyi di selatan Filipina.

Menurutnya, suspek dipercayai cuba meloloskan diri daripada ditangkap pihak berkuasa Filipina atau mengelak ditemui orang ramai di negara jiran itu.

Sementara itu, katanya, dua Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah ini iaitu SK Fajar Harapan dan SK Tanjung Labian akan dibuka semula pada Isnin depan.

Katanya, dua sekolah tersebut dibuka berikutan kepulangan semula penduduk ke kampung itu kelmarin, setelah suasana kembali selamat.

"Saya telah melawat SK Tanjung Labian semalam dan melihat guru-guru telah membuat persiapan untuk menyambung sesi persekolahan pada minggu hadapan, sekali gus menyaksikan tidak ada lagi sekolah di daerah ini yang ditutup," katanya. - UTUSAN

Terkini!!! Lagi Ulama Pondok Ishtihar Tolak Pas !!!




Ulama, tok guru pondok dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Kelantan mengulangi pendirian mereka menolak perjuangan Pas yang dianggap sudah lari daripada landasan asal.

Rata-rata mereka mengatakan Pas kini hanya memperjuangkan kepentingan politik semata-mata berbanding memperjuangkan Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara.

Berbanding Barisan Nasional, tahaluf siyasi (kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya dengan parti-parti bukan Islam) lebih ideal di mana mengangkat Islam sebagai tunjang utama pentadbiran negara. 

Malah, mereka turut mendakwa pemimpin Pas yang sebelum ini mengatakan haram UMNO bergabung dengan MCA dan MIC, kini melakukan pakatan dengan DAP pula.

Ini dakwa mereka, Pas bukanlah parti politik yang berlandaskan perjuangan Islam lagi.

Lebih buruk kata mereka, demi survival politik pemimpin Pas, mereka sanggup mengangkat pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin utama dan membayangkan bukan Islam boleh menjadi perdana menteri.

Antara ulama, tok guru dan NGO Islam berkenaan ialah Tok Guru Pondok Genting, Abdullah Saámah; Bekas Ketua Keselamatan Pas Kelantan, Shaidi Husin; Ketua Penerangan Minda Pondok, Harun Yahya; AJK Minda Pondok, Mohd. Zainal Abidin Awang; Pertubuhan Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff Al Hafiz dan penceramah, Mohd. Zain Mohd. Sah. - UTUSAN

Terkini !!! Kiram III Rayu Bantuan Kewangan Gereja??


Lantaran tidak berjaya menghasut Indonesia untuk memberikan bantuan bagi memastikan Sabah berjaya ditakluk dan jumlah penyokongnya yang menceroboh Lahad Datu semakin berkurangan, Jamalul Kiram dilihat menggunakan taktik baru dengan merayu sokongan daripada pihak gereja bagi meneruskan hajat jahatnya.

Terkini !!! Pengalaman Sebenar Anggota Penguatkuasa Di Lahad Datu???


"Pada mulanya saya tidak sangka situasi di sana teruk. Keadaan lebih dahsyat dari apa yang saya bayangkan sebelum tiba di sana," katanya kepada pemberita pada majlis menyambut kepulangan anggota pasukan Polis Marin yang menyertai Operasi Daulat, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini, semalam.

Selama 10 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Marin, pengalaman di Lahad Datu antara kejadian yang akan kekal terpahat dalam kenangan Koperal Mohd Shahrizan Abd Ghani, 31.

Beliau merupakan seorang daripada 21 anggota Unit Gempur Pasukan Polis Marin Wilayah Dua yang terlibat dalam Operasi Daulat, menentang pencerobohan pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Shahrizan yang berlepas ke Lahad Datu pada 20 Feb lepas, berkata walaupun ditugaskan mengawal pesisir pantai sepanjang Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, bunyi letupan yang begitu dekat kedengaran, memberitahunya akan situasi bahaya yang dihadapi.

Turut menyambut kepulangan anggota polis itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Komander Polis Marin Wilayah Dua ACP Zainul Abidin Hasan.

Seorang lagi anggota unit itu, Lans Koperal Mohd Hafizi Abdullah, 31, berkata beliau bangga dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh.

Mereka ditugaskan ke Sabah lapan hari selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.Sementara itu, Mohd Mokhtar yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengucapkan syabas kepada semua anggota polis terbabit.

Beliau berkata semangat juang yang ada pada semua anggota berkenaan perlu dijadikan tauladan bagi semua pihak.
-- BERNAMA

Terkini !!! ANGGOTA POLIS BELOT DIDAKWA DI MAHKAMAH LAHAD DATU!!!




LAHAD DATU - Seorang anggota polis adalah antara lapan orang yang didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu di sini atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Anggota polis tersebut, Koperah Hassan Ali Basri didakwa di tempat sama Jumaat lepas mengikut Seksyen 130M iaitu dengan sengaja meninggalkan daripada memberi maklumat mengenai tindakan pengganas, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala, tujuh warga selatan Filipina pula didakwa atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tujuh lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 63 tahun itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Seksyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S. Maniam yang bersidang sebagai Majistret.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk.Bagaimanapaun tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi.Malah, kes Koperah Hassan Ali Basri juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.

Terkini !!! Parlimen Bubar Esok???


Parlimen bubar seawal esokKuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

SUMBER Berita Harian

Terkini !!!Misteri 2 Lelaki Bertopeng di Lahad Datu??


Siapakah dua orang lelaki bertopeng ini? Khabarnya Telah Ditahan.


Semua ada di Video Ini

Kantoi !!! Gambar Lucah Pemimpin Pembangkang Tersebar Lagi !!!


Memang tak dapat dipisahkan PKR dan Seks! dari atas sampai bawah semuanya gila Seks! Gila babi lah betul lah puak-puak pakatan haram ni. Makin menjadi-jadi pula tu. Lepas satu, satu. Macam ni punya Parti mau kasi takbir Negara? Puihhhh!

SUMBER;Taiping Central

Ketua Wira Perkasa Malaysia Tuntut Siasatan Terperinci Kes Kenyataan Biadab ???



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat dua laporan polis menuntut supaya polis dan Jabatan Agama Islam menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan seorang pemimpin Dewan Pemuda Pas Pusat yang bertindak biadab membuat kenyataan mengaitkan video seks, Nabi Muhammad SAW dan UMNO menerusi laman Twitternya, Rabu lalu.

Laporan itu dibuat Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris dan Ketua Wira Perkasa Perak, Mohd. Hafez Mubin Mohd. Salleh kira-kira pukul 2.10 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini.

Irwan Fahmi berkata, tujuan Penolong Setiausaha  Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som membuat kenyataan sedemikian menerusi akaun Twitter@fahmipkg perlu disiasat kerana ia jelas merupakan satu penghinaan yang amat buruk kepada seluruh umat Islam.

Malahan, tegas beliau, kenyataan tersebut juga merupakan satu provokasi yang mampu mengganggu-gugat ketenteraman negara.

"Saya tidak tahu apa maksud yang cuba disampaikannya (Khairul Fahmi) dan saya juga tidak tahu apa yang cuba dipermainkannya, tetapi kenyataan itu secara jelas dan terang merupakan satu penghinaan yang amat buruk terhadap agama Islam.

"Kenyataan itu daripada Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Apakah kenyataan begitu menunjukkan mereka benar-benar perjuangkan agama suci ini. Kita minta perkara ini disiasat dan jika salah, tangkap," katanya dalam sidang akhbar di IPD Ipoh selepas selesai membuat laporan di sini hari ini.

Menurut Irwan Fahmi, perbuatan biadab yang dibuat pemimpin daripada Pas itu tidak boleh dimaafkan lagi dan hukuman tersebut akan diterjemahkan kepada mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Berikutan itu, tegas beliau, pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahlinya mengundi pembangkang terutama Pas pada pilihan raya berkenaan.

"Ketika ini, ahli keseluruhan Wira Perkasa ada antara 300,000 dan 400,000 orang. Saya akan pastikan 14 ketua Wira di seluruh negara mengarahkan ahli kita supaya tidak mengundi pembangkang," katanya.

Awas !!! Penyangak Sulu Menyamar Jadi Orang Awam ??


“Saya mengharapkan supaya penduduk kampung dapat memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa supaya keamanan di kawasan pertempuran dapat dipulihkan segera,” katanya ketika meninjau keadaan Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian selepas penduduk dibenarkan pulang, semalam.

Polis tidak menolak kemungkinan ada pengganas Kiram yang menyamar sebagai orang kampung untuk melarikan diri dari kawasan pertempuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata, polis meminta kerjasama penduduk supaya segera melaporkan kepada mereka jika terlihat orang yang tidak dikenali berada di kawasan kampung.

Menurutnya, ini secara langsung memudahkan pihak berkuasa melumpuhkan kegiatan pengganas Kiram yang menceroboh negara ini sejak 12 Februari lalu.

Mengulas mengenai gerakan ofensif ke atas pengganas Kiram, Salleh berkata, pasukan keselamatan kini sedang melakukan gerakan pembersihan di kawasan Kampung Sungai Bilis, Lok Buani dan Lok Semawang.

“Kita menjangkakan tindakan ini (pembersihan) akan mengambil masa dalam satu atau dua hari lagi sebelum kita isytiharkan kawasan tersebut selamat untuk diduduki,” katanya.

Beliau berkata, Majlis Daerah Lahad Datu juga sudah diarahkan untuk melakukan pemeriksaan di setiap rumah bagi menilai tahap kerosakan dan kemusnahan yang ditanggung penduduk sebelum sebarang bentuk tindakan dapat dilakukan kerajaan.

Mengulas mengenai penemuan peluru atau bahan letupan yang masih aktif, Salleh meminta orang ramai segera melaporkannya kepada pasukan keselamatan yang bertugas di lokasi.

Beliau juga meminta orang kampung jangan mengambil atau membiarkan kanak-kanak bermain bahan letupan itu kerana bimbang berlaku kemalangan termasuk kehilangan nyawa.

- SINAR HARIAN

Terkini !!! Zulkifli Noordin Buat Kejutan Pada Kaum India???

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.
   
Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.
   
Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.
   
"Saya sudah insaf dan meminta maaf kepada masyarakat Hindu sebelum isu itu timbul... saya telah meninggalkan perjuangan dan jawatan dalam PAS yang banyak memesong saya selama ini daripada landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Majlis Penggerak PRU-13 Kawasan Parlimen Baling di Baling.
   
Katanya ketika itu beliau merupakan peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang itu.
   
"Saya banyak lakukan kesilapan sewaktu menjadi peguam beliau dan membuat ucapan di mana-mana majlis anjuran PAS dan PKR kerana terlalu taksub dengan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu yang akhirnya saya dapati amat jauh terpesong dari landasan sebenar," katanya.
   
Katanya sikap terbuka dan rendah diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup meminta maaf kepada rakyat membuatkan beliau terfikir yang beliau perlu meninggalkan perjuangan yang terpesong itu demi masa depan negara dan rakyat.
   
Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mengaitkan ucapan lama beliau yang didakwanya telah diputarbelitkan.
   
Mengenai sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Zulkifli berkata beliau ada menerima beberapa tawaran dan sedang menimbangkannya.
   
Dalam PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas.

- Bernama

Terkini !!! Kiram Lantik Paderi Jadi Punaisihat?


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.

Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu? 

Baca Lagi SINI

Terkini !!!Sifat-sifat Keji Mereka Didedahkan !!!




Fikir secara waras amalkan politik matang ''JANGAN JADI MACAM MEREKA'' ikut emosi percaya bulat apabila sudah taksub dengan pemimpin mereka.Samseng mereka dihalalkan dengan perjelasan berbagai alasan kenapa dan mengapa itu cara mereka menghalalkan cara.Itu budaya mereka budaya yang di didik oleh kerajaan Barisan Nasional bukan kekalkan kemakmuran kita harus menolak pemberontak mahukan sesuatu hempas gelas ditangan.


Apabila kejadian yang sama berlaku kepada mereka alasannya mudah mereka menggunakan nama ''RAKYAT'' bukan mereka.Perbuatan keji yang dianggap strategi murahan yang diamalkan oleh pembangkang ini harus diberi kesedaran.Kita tahu yang melakukan perkara terkutuk ini bukanlah dari pemimpin tertinggi malah digunakan mereka yang cetek IQ mampu melakukan walau upahnya hanya RM5.Dari dulu hingga kini mereka menjual nama RAKYAT mewakili mereka padahal angkara strategi mereka.Jual nama Rakyat adalah taktik lapok yang umumnya masyarakat sekarang sedar strategi busuk pembangkang yang tidak henti-henti berusaha untuk menghuru harakan negara.

Terkini !!! Penyangak SULU lebih Ganas Dari Binatang???


Penduduk Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu di sini bukan sahaja mengalami kemusnahan rumah dan harta benda malah turut kehilangan haiwan ternakan angkara pencerobohan puak pengganas Sulu.

Aldi Daris, 36, dari Kampung Tanjung Batu berkata, 30 ekor kambing milik keluarganya yang dikurung dalam kandang di belakang rumah telah hilang sebaik sahaja mereka memasuki kawasan kampung pagi semalam.

Menurutnya, kambing-kambing itu yang boleh dijual pada harga RM600 seekor dipelihara sejak tahun lalu untuk dijual bagi tujuan majlis korban dan kenduri.

"Pada hari kami tinggalkan rumah pada 4 Februari lalu, semua kambing itu kami masukkan ke dalam kandang bagi tujuan keselamatan. Bagaimanapun, hari ini (semalam), tiada seekor kambing yang tinggal dan kandang juga sudah kosong," katanya di sini semalam.

Aldi memberitahu, dia dan beberapa penduduk kampung cuba mencari haiwan peliharaan di sekitar kampung namun gagal menemui haiwan itu.

Kosmo

Terkini !!! Yasmin Hani Menjadi Mangsa Peragut


KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2013: Pelakon cantik Yasmin Hani, 34 telah terselamat daripada menjadi mangsa ragut apabila cermin keretanya telah dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal yang ingin meragut tas tangan miliknya.

Kejadian berlaku di lampu isyarat Mutiara Damansara sekitar jam 9 pagi tadi, ketika dia sedang memandu untuk menuju lokasi penggambaran di kawasan berhampiran.

Suami Yasmin Hani, Sha'arin Mohamed, 49, ketika dihubungi berkata, ketika ini isterinya itu masih lagi terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun tetap ke lokasi penggambaran selepas membuat laporan polis.
"Saya juga agak terkejut apabila diberitahu berita ini. Tapi Alhamdulillah dia (Yasmin) berada dalam keadaan baik. Cuma tangannya saja yang luka sedikit kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil.
"Kejadian berlaku begitu pantas. Dia berhenti di lampu isyararat dan selepas itu dia dapati cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta dan kemudian terus cuba menarik tas tangan Hani.

"Dalam keadaan panic, Hani menarik semula beg tangan berkenaan daripada diambil dan dalam masa yang sama menjerit. Kemudian peragut berkenaan terus lari," kongsi Sha'arin.

Tambah Sha'arin, isterinya itu sudahpun membuat laporan polis sejurus sahaja selepas kejadian berlaku dan kemudian menghantar kenderaaa dua pintunya itu ke bengkel berhampiran supaya cermin keretanya dapat dibaiki dengan segera.

Sementara itu Yasmin Hani ketika dihubungi berkata, dia masih lagi terkejut dengan keadaan itu.
Harapan daripada warga kerja murai.com.my agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi terutama kepada pemandu kenderaan yang sering meletakan beg tangan dan barang berharga di tempat duduk penumpang kenderaan mereka.

Tipu Ibu Untuk Rai Pesta Hari Kekasih???



Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Pelajar tingkatan empat ini sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.


Baca Lagi SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...