Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Zul Noordin. Show all posts
Showing posts with label Zul Noordin. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

PANAS Suam !!! Zulkifli Noordin Siap Sedia Kuburkan Dan Tumbangkan Pakatan !!!!



SHAH ALAM - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya. - Bernama

Tuesday, 16 April 2013

Habis !! Penyokong Zulkifli Noordin Mula Gigit Ibu Jari Kaki ??? Kenapa Nih?



Apabila nama Datuk Zulkifli Nordin diumumkan sebagai calon yang mewakili BN di Parlimen Shah Alam, bermacam-macam tanggapan timbul kerana bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bahru itu bukan ahli mana-mana parti komponen, sebaliknya sekadar orang 'bebas' yang mesra BN.

Yang paling sibuk memperkatakannya dah tentulah macai-macai pembangkang yang 'cerebral cortex'nya berada di dalam tempurung lutut bukannya di kepala macam kita semua. Kata mereka, pemilihan Zul sebagai calon adalah bukti BN ketandusan pemimpin...

Puak mangkaq ni sebenarnya lupa kut satu perkara, yang dulu PAS (Parti Angkut Sampah...mcm Mat Taib dan Tamrin) tu bagi Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS di Pasir Mas, apa cerita?

Tapi biasalah, melihat calar orang lain dan memejamkan mata terhadap badan sendiri yang berulat dah menjadi adat resam puak Pakatan Rosak tu.

Apa-apa hal pun, pertembungan Zul dengan Khalid tu memang menarik perhatian umum kerana ia bukan setakat pertembungan antara calon BN dengan calon PAS kesayangan DAP, tetapi juga antara seorang yang bermati-matian mempertahankan kalimah Allah dengan seorang yang......(anda isi sendiri la tempat kosong ni).

Dan melihat pada 'garangnya' Zul Nordin serta pengalamannya bersama PKR dan PAS dahulu, ada sebab kenapa macai-macai puak guna tempurung lutut tu menyondol tanah bila dia dicalonkan oleh BN...

Tuesday, 2 April 2013

Terkini !!! Zulkifli Noordin Buat Kejutan Pada Kaum India???

Anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini mengakui pernah membuat membuat ucapan yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap agama Hindu tetapi menjelaskan ucapan itu dibuat 10 tahun lalu ketika beliau berada dalam parti PAS.
   
Beliau yang mengakui kesilapannya itu dan memohon maaf kepada masyarakat Hindu di negara ini mengenai ucapannya itu yang dibuat pada satu ceramah di markas PAS.
   
Zulkifli yang sudah insaf dengan kesalahannya itu mempersoalkan tindakan parti-parti pembangkang menggunakan ucapan lamanya sewaktu beliau menyokong dan bersekongkol dengan parti-parti pembangkang untuk memburukkan beliau.
   
"Saya sudah insaf dan meminta maaf kepada masyarakat Hindu sebelum isu itu timbul... saya telah meninggalkan perjuangan dan jawatan dalam PAS yang banyak memesong saya selama ini daripada landasan yang betul," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Majlis Penggerak PRU-13 Kawasan Parlimen Baling di Baling.
   
Katanya ketika itu beliau merupakan peguam kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang melibatkan ketua pembangkang itu.
   
"Saya banyak lakukan kesilapan sewaktu menjadi peguam beliau dan membuat ucapan di mana-mana majlis anjuran PAS dan PKR kerana terlalu taksub dengan matlamat perjuangan kedua-dua parti itu yang akhirnya saya dapati amat jauh terpesong dari landasan sebenar," katanya.
   
Katanya sikap terbuka dan rendah diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sanggup meminta maaf kepada rakyat membuatkan beliau terfikir yang beliau perlu meninggalkan perjuangan yang terpesong itu demi masa depan negara dan rakyat.
   
Beliau turut meminta masyarakat supaya tidak mengaitkan ucapan lama beliau yang didakwanya telah diputarbelitkan.
   
Mengenai sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Zulkifli berkata beliau ada menerima beberapa tawaran dan sedang menimbangkannya.
   
Dalam PRU-12, Zulkifli menang di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebagai calon PKR tetapi kemudian menjadi anggota Parlimen Bebas.

- Bernama

Monday, 18 March 2013

HOT !!! Samseng kacau ceramah Zulkifli Noordin???


Setelah tersepit dengan gambar perlakuan intimnya Anwar Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain menghantar samseng untuk mengganggu ceramah yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.

Polis menahan seorang samseng kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.

Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya.

SUMBER

Sunday, 10 March 2013

[PANAS] 10 Rahsia Anwar telah didedahkan !!!



Semalam gua berkesempatan turun ke Himpunan Rakyat Bangkit di Kelantan yang bertemakan 'rakyat tertekan,bertimbun masalah"

hah Yang dibawah ni,teman tunjukkan apa yang Zulkifli Noordin kata apa yang anwar akan buat:
  1. Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk mengalih pandangan umum tentang isu lahad Datu
  2. Anwar akan membawa cerita,suasana  akan berlaku insiden tembak menembak.
  3. Anwar akan guna pegawai badan kehakiman dan perundangan buat kenyataan kes Saiful seperti direka
  4. PR akan merancang supaya anwar bersumpah tidak ikut Syarie
  5. Disaat akhir mereka akan keluarkan jam omega yang sama seperti jam omega yang didalam rekod
  6. Pembangkang akan atur untuk pujuk wakil rakyat PR dan bayar supaya buat statemment dibayar Najib
  7. Timb Presiden PKR,Azmin akan mengeluarkan video yang dia cium dahi,tangan dan muka ibunya.
  8. Fitnah Altantuya,mereka sedang memujuk Peguam dengan bayar tuduh Najib
  9. Mereka akan guna pegawai Kanan Rosmah supaya buat fitnah kenyataan yang Rosmah terlibat pelbagai Scandal
  10. Semua Ahli Pas diminta bersumpah
Lagi gambar akan menyusul kemudian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...