Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Bertanding Tiket UMNO. Show all posts
Showing posts with label Bertanding Tiket UMNO. Show all posts

Wednesday, 12 June 2013

PANAS !!! WAJIB BACA !! SIAPAKAH YG WAJIB BERUBAH DALAM UMNO???




Ini satu saranan yang luhur lahir dari hati ke hati salah seorang sahabat. Dia yang selama hari ini menjadi pemerhati Politik menegaskan yang UMNO perlu berubah dan jangan ikut macam pemimpin sebelum mereka.

"Perkara pertama yang perlu dibuat oleh UMNO ialah belajar cara macam mana nak tutup pintu fitnah supaya tak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya fitnah ni orang boleh buat atas sebarang alasan dan sebab musabab. Jangan pelik la kalau sekecil - kecil cerita pun boleh jadi besar.

Semuanya akibat fitnah. Runtuhnya sebuah Negara juga akibat fitnah. Inikan pulak dengan maruah dan imej seorang pemimpin. Pun boleh jatuh sebab fitnah.

Fitnah tu pulak takkan timbul kalau tak de ruang untuk pihak lawan menjadikannya bahan modal mereka berpolitik. Kalau setakat cacat sikit - sikit, tahan lagi.

Tapi kalau dah benda yang terang dan nyata, kita nak salahkan siapa? Nak salahkan orang yang buat fitnah? Sebelum orang buat fitnah, kita kaji diri kita dulu.

Kita tengok balik pada orang UMNO tu sendiri. Apa yang dia dah buat untuk menutup pintu fitnah tu bagi diri dia. Perkara itu yang perlu diutamakan.

Sebagai contoh, kekayaan orang UMNO. Perlu ke mereka menunjuk - nunjuk kepada orang ramai yang diorang ni kaya raya sedangkan orang tau dari mana datangnya kekayaan itu?

Kalau diorang kaya sebelum masuk UMNO atau sebelum mereka bergelar sebagai pemimpin, tahan jugak la orang tak boleh nak buat cerita yang bukan - bukan.

Tapi pemimpin UMNO ni lain pulak. Bila dah jadi pemimpin baru diorang jadi kaya raya. Beli kereta mewah dan duduk dalam rumah bagai istana.

Itu satu contoh kesilapan pemimpin UMNO dalam bab membuka pintu fitnah dari orang lain. Itu kesilapan yang perlu diperbetulkan oleh pemimpin UMNO sendiri.

Setakat lulus SPM tapi dapat pakai kereta mewah dan duduk dalam rumah agam mengalahkan istana. Mana datang kekayaan tu?

Yang tambah menghairankan kita, pemimpin UMNO tu nak tunjuk kekayaan mereka ditempat yang semua orang kenal dengan diorang.

Orang kenal asal usul mereka. Orang tau status pendidikan yang mereka miliki. Kalau setakat lulus SPM, kerja jadi kontraktor, tapi duduk rumah mewah menda kejadahnya!!!

Itu semua cari penyakit la tu. Saja je nak bukak pintu fitnah untuk orang buat cerita yang bukan - bukan. Bila keadaan jadi macam tu, mula la orang buat spekulasi. Mula la ada orang buat cerita fitnah. Penyudahnya, yang susah UMNO jugak!!!"

Thursday, 23 May 2013

AHLI UMNO WAJIB BACA !!!UMNO Bakal Tumbang PRU15 Jika Tidak Berubah.

OLEH : TOK GURU 86

Saki baki bahang PRU13 masih lagi dirasai oleh rakyat Malaysia terutama politikus-politikus yang menjadi watak utama dalam peperangan baru-baru ini. Analisa demi analisa telah dikeluarkan oleh beberapa pihak selepas keputusan PRU13 dibaca.

Bagi pihak yang menang, sudah pasti mereka menarik nafas lega kerana masih bertahan menjadi kerajaan kepada negara Malaysia. Bagi pihak yang menanggung kekalahan, mereka mencari seribu alasan dan menyalahkan orang lain di atas kekalahan mereka.

Bagi pihak pembangkang, sudah menjadi rutin kepada mereka untuk berpolitik sepanjang masa tidak kira di mana mereka berada. Seperti PRU yang lepas-lepas, hari ini keluar keputusan, pembangkang akan mula berkempen esok hari untuk PRU yang akan datang.

Gerak kerja kempen pembangkang untuk PRU14 sudah dimulakan oleh pihak mereka. 5 Mei SPR umum keputusan PRU13, 6 Mei mereka sudah mula jelajah Malaysia melancarkan ceramah umum.

Pastinya, ceramah umum itu bukanya semata-mata ingin membawa prosiding kepada SPR bagi membantah keputusan PRU13, tetapi inilah langkah awal mereka untuk berperang pada PRU14.

Pendek kata, pembangkang di Malaysia tidak ada kerja lain melainkan berpolitik 24 jam 1 hari 30 hari sebulan 365 hari setahun. Mereka ada strategi yang cukup hebat berbanding UMNO BN.

PAS akan menyusun ceramah umum di kampung-kampung Melayu. DAP akan berpolitik melalui laman sosial dengan tertubuhnya Red Bean Army manakala PKR berpolitik dengan kuasa asing bagi mencari dana untuk menampung gerak kerja mereka.

Kata orang tua, orang kalah akan bekerja keras untuk menang, manakala orang menang akan "over confident" dan kurang kerja. Inilah realiti politik Malaysia. Pembangkang akan kerja sepenuh masa, manakala UMNO/BN akan kerja minit yang terakhir.

Apapun, sebelum saya menulis panjang saya mohon maaf kerana menegur UMNO/BN melalui laman blog. Tetapi teguran ini disebabkan saya juga sayangkan UMNO/BN yang menjadi wadah perjuangan utama Melayu Islam di Tanah Melayu.



Kita tidak mahu UMNO/BN hanya menang sorak tetapi sedikit demi sedikit tanah dan maruah semakin tergadai. Kita tidak mahu UMNO terutamanya menjadi jaguh kampung.

UMNO harus berada dekat dengan rakyat terutama pengundi saluran 3,4,5 dan seterusnya. Mungkin PRU14, pengundi saluran 1 dan 2 masih setia dan akan terus memilih BN, tetapi kita bimbang PRU15, mereka akan meninggalkan dunia ini dan yang mengambil alih tempat mereka adalah anak muda belasan tahun yang ada hari ini.

Penganalisa politik ramai yang bercakap, kebanyakkan pengundi muda berpihak pada pembangkang pada PRU13, mereka inilah yang akan mengundi di saluran 1 dan 2 pada PRU15. Apakah PRU15 mereka akan sokong UMNO/BN?

Saya tidak kata yang UMNO adalah parti yang teruk dan rosak, tetapi segelintir pemimpin yang ada dalam UMNO seolah-olah bagaikan biawak hidup yang menjadi liabiliti yang dasyat pada UMNO. Mereka inilah punca orang ramai tidak mahu dekat dengan UMNO. Siapa mereka? Mungkin Najib Razak lebih kenali mereka.

Tradisi UMNO cukup mudah setiap kali PRU. Calon mestilah anak tempatan biarpun mereka hanya memiliki SPM. Berbeza dengan pembangkang, mereka tidak kira calon dari luar asalkan mereka dikalangan orang cerdik pandai yang boleh membawa aspirasi golongan muda ke dewan parlimen.

Penyakit yang menular dalam UMNO hari ini, jika ada anak tempatan yang profesional mahu libatkan diri dalam UMNO, pasti anak tempatan itu dicantas awal-awal bimbang dia boleh gugat kedudukan Ketua Bahagian mahupun apa-apa jawatan dalam UMNO.

Kalau tradisi inilah dikekalkan dalam UMNO, tunggulah akibatnya pada PRU15. Baik kumpulan mahasiswa, profesional dan penjawat awam, guru-guru akan bangkit menentang UMNO melalui kertas undi.

Husam perolehi 4 ribu lebih undi di Putrajaya.
Demokrasi yang subur di Malaysia tidak menghalang mana-mana pihak untuk memilih parti mana yang mereka suka. Biarpun mereka penjawat awam yang bertugas di bawah Goverment Of The Day Barisan Nasional, mahupun mereka mahasiswa yang mendapat bantuan daripada MARA atau JPA, mereka tetap ada hak undi pilih parti mana dalam PRU.

Kalau hari ini UMNO boleh menegur Anwar Ibrahim supaya terima keputusan PRU13 kerana rakyat sudah membuat pilihan yang tepat, maka PRU15 jika UMNO/BN tumbang, kita juga perlu terima qada dan qadar itu dengan hati yang terbuka.

Jangan pula bila kita kalah suatu hari nanti, kita akan salahkan pengundi yang tidak reti bersyukur dan sebagainya, sebaliknya, perlulah kita menilai diri kita dimana silapnya.

Tetapi, menyesal kemudian tidak ada guna. Selepas kalah baru nak cari kelemahan seolah-olah kita melakukan kerja yang sia-sia. Sekaranglah waktu yang tepat untuk UMNO/BN cermin diri mereka kenapa semakin ramai terutama anak muda mula menjauhi mereka.

Saya melihat, banyak perkara yang perlu ditransformkan dalam UMNO/BN. Politik adu domba dan mengampu perlu dibersihkan dalam UMNO. Amalan kronisme juga perlu dikaji balik.

Kalau bapa Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah anaknya Ketua Puteri. Kalau suami Timbalan Ketua UMNO bahagian, tidak perlulah si isteri turut bertanding rebut jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian. Bukalah seluas-luasnya kepimpinan UMNO bahagian kepada masyarakat. 

Jika ada kumpulan profesional ataupun bekas graduan yang mahu berjinak-jinak dengan UMNO/BN, janganlah cuba disekat niat murni mereka. Mereka inilah yang boleh menjadi pemikir kepada UMNO suatu hari nanti. Berkawanlah dengan mereka ini. Tetapi, kepada mereka yang baru sertai UMNO, jangan pula terlalu cepat gilakan jawatan hanya kerana kita mempunyai kelulusan  yang tinggi.

Terdapat juga beberapa perkara yang kita perlu perbaiki dalam menjaga hubungan dengan penjawat awam. Penjawat awam tidaklah membenci UMNO/BN tetapi mereka cukup benci bila ada segelintir pemimpin UMNO yang bukan jawatan menteri atau EXCO melayan mereka bagaikan hamba.

Paling tidak masuk akal, ada juga Ketua UMNO cawangan menggunakan nama jawatan tersebut untuk mengugut penjawat awam setiap kali berurusan. Timbulah perasan benci penjawat awam kepada UMNO hanya kerana seorang Ketua Cawangan yang menekan kakitangan awam.

Menjadi satu tanggungjawab Perdana Menteri atau menteri-menteri lain untuk mengarahkan penjawat awam dalam memberi khidmat yang bagus pada pelanggan kerana gelaran mereka sebagai menteri. Tetapi kalau Ketua UMNO cawangan yang mengherdik penjawat awam, ini amatlah tidak masuk akal.

Tugas berat sayap Pemuda UMNO untuk PRU14 dan 15
Jika mereka masih bercuti meraikan kemenangan tipis PRU13, silakan bercuti untuk 2 atau 3 minggu. Kerja seorang politikus, mereka tidak perlu bercuti panjang. Gerak kerja perlu bermula dari sekarang demi sebuah perjuangan Alif Ba dan Ta.

Kalau tidak mahu UMNO/BN tersungkur pada PRU15, Transformasi dalam UMNO/BN perlulah dipandang serius. Najib Razak jangan hanya pandai bercakap tetapi gagal bertindak.

Pemuda UMNO janganlah hanya gah pada kereta dan baju korp0rat, tetapi biarlah gerak kerja setimpal dengan jawatan dan imbuhan yang diperolehi. Puteri UMNO pula janganlah bangga dengan Hand Bag GUCCI, LV, tudung Fareeda, sebaliknya teruskan mendekati golongan wanita muda baik di kampung mahupun mahasiswi.

Saya amat yakin, bukan semua ahli UMNO bermasalah, tetapi yang sedikit ini jika tidak dibendung boleh menjadi barah yang kritikal dalam tempoh masa yang panjang.

Teruslah berpegang kepada perlembagaan UMNO dalam setiap perjuangan kita. UMNO tertubuh demi membela nasib bangsa Melayu dan BN diwujudkan untuk membawa negara ke arah yang lebih baik. Jika ianya tidak disalahgunakan, UMNO/BN pasti akan relevan sampai bila-bila.

Friday, 10 May 2013

AWAS!!!! 11 MEI INI MELAYU AKAN MENY..... !!! SIAP LA KAU !!!




Hikmah yang paling besar yang Allah swt tunjukkan pada kita d PRU13 adalah KUASA MELAYU kekal memandu Malaysia yang Islam adalah agama rasminya melalui UMNO !!

Kuasa Melayu d Tanah Melayu sanggup kita kongsikan bersama kaum-kaum lain yang bukan asalnya dari Tanah Melayu. Melayu sanggup berkongsi segalanya tanpa menzalimi kaum-kaum yang ingin bersama bina negara dan Melayu tak pernah rasa sangsi dan Melayu yang guna nama UMNO lah yang bawa Malaysia menuju kemerdekaan !

Wanita Melayu sanggup serah barang kemas..bukan untuk d pinjam, malah d infakkan demi negara yang ketika itu menuju jalan kemerdekaan ! Terima Kasih Wanita Melayu !!

Kini, bila nama Tanah Melayu d gugurkan dan d gantikan dengan Malaysia, ada manusia yang lupa..ada yang sengaja lupa dan buat-buat lupa malah lebih teruk ada manusia yang paksa manusia lain lupakan jasa Melayu UMNO !

PRU13 membuktikan segalanya..kemuncak kepada kejujuran yang d pupuk selama lebih 50 tahun hidup bersama..akhirnya Cina dan sebahagian India tolak Melayu UMNO dalam gabungan mereka sendiri. Mereka harapkan bahawa PRU13 penamat hubungan antara Barisan Nasional..namun Allah bersama UMNO..Allah sayangkan UMNO dan Allah selamatkan UMNO dari d hancurkan oleh manusia yang kononnya sahabat UMNO !

Allah buka hijab hikmah..Allah buka untuk UMNO yang perjuangannya berpaksikan Islam supaya melihat lebih awal PRU yang akan datang..siapa kawan..siapa lawan.

Sesungguhnya ada manusia yang cemas..2020 makin hampir dan kiranya d saat itu UMNO masih ada kuasa maka malulah mereka..rugilah mereka..manusia ini ingin tamatkan wawasan 2020 d PRU13 !!

Banyak lagi aakj akan bongkar selepas ini..yang penting..wahai sahabat sekelian..jom kita raikan Hari UMNO yang Ke 67..jadikan ianya hari MELAYU !! kita minta agar kerajaan BN umumkan hari UMNO sebagai cuti umum selagi BN berkuasa !!

Yang Jauh datanglah share duit minyak..duit tol..yang dekat kita pun sama sama share..kalau Wanita UMNO dulu sanggup lurutkan gelang emas demi sebuah kemerdekaan..kenapa kita tak sanggup untuk datang ke "RUMAH MELAYU" d PWTC !!

Ada antara kita lama tak jumpa..ada antara kita lama tak bersua..inilah harinya kita tunjukkan pada dunia..Melayu mampu uruskan Malaysia dengan acuan kita sendiri..



Jadual :

6.50 pm ketibaan Ahli MT
7.10 pm ketibaan TPM
7.15 pm ketibaan PM
7.20 pm Solat Maghrib,bacaan yassin, tahlil,doa kesyukuran di surau Ar Rahman
8.32 pm solat isyak
8.40 pm ketibaan parti2 komponen
8.50 pm upacara menaikan bendera
9.00 pm ucapan PM

jamuan/Bersurai

Wednesday, 17 April 2013

PANAS Suam !!! Zulkifli Noordin Siap Sedia Kuburkan Dan Tumbangkan Pakatan !!!!



SHAH ALAM - Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor hari ini mengumumkan bahawa Zulkifli yang juga Naib Presiden Perkasa sebagai 'calon rakan BN' di Parlimen Shah Alam di sini.

Kerusi Parlimen Shah Alam disandang Abdul Khalid Samad daripada Pas apabila memperoleh 33,356 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Shamsuddin yang mendapat 24,042 undi pada PRU12 2008.

Ditanya mengapa bertanding di bawah tiket BN, Zulkifli hanya menjawab ringkas: "hanya BN yang mampu membela nasib rakyat", tanpa menjelaskannya dengan terperinci.

Mengulas kedudukan pencalonannya pada PRU13 sama ada menjadi calon bebas atau bakal menyertai Umno dan BN selepas ini, beliau menjawab: "Buat masa ini saya di bawah BN, sebagai calon BN,".

Ketua Umno Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi M Zin yang dinamakan calon BN bagi Dewan Undangan Negeri Batu Tiga di sini menyifatkan Zulkifli sebagai aset berharga yang dapat memastikan kemenangan BN di Shah Alam.

"Kami di peringkat akar umbi akur dengan keputusan Presiden (Najib) dan akan memberikan sokongan penuh dan padu di Parlimen Shah Alam kepada beliau (Zulkifli).

"Akar umbi yakin Zulkifli merupakan calon terbaik bagi merampas kembali Parlimen Shah Alam dan percaya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat, beliau dapat membawa perubahan besar kepada Shah Alam nanti," katanya. - Bernama

Tuesday, 16 April 2013

PANAS DAN TERKINI !!! FATHUL BARI BERENTAP DI PERLIS !!



Ustaz Fathul Bari dinamakan sebagai calon BN untuk kerusi Dun Sanglang, Perlis.
Dato' Seri Shahidan pula bakal berlawan dengan Haron Din di Arau.
Manakala MB Perlis umum tidak lagi bertanding atas faktor usia...


SUMBER

PANAS Terik !!! NASHARUDIN MAT ISA BERTANDING ATAS TIKET BARISAN ???Betulke???


PRU 13 - NASHARUDIN MAT ISA BERTANDING ATAS TIKET BARISAN...

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada  Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.

"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

"Walaupun dia  bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau.
Sumber: Sinar Harian.Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan tidak menafikan pihaknya bakal meletakkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mewakili parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Mungkin, saya tidak dapat nyatakan senarai itu (kerana esok akan diumumkan)," katanya dalam wawancara khas di pejabatnya di sini, semalam.

Nama Nasharudin ditanyakan terus kepada Ahmad memandangkan BN mengumumkan meletakkan 31 peratus calonnya kali ini dari kalangan profesional dan ulama.

Nasharudin atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Nasha, yang dipecat dari Majlis Syura Pas - dilihat antara ikon yang cukup menyerlah dan "mesra" Barisan Nasional.

Pada tahun 2008 beliau bertanding di Bachok.

Gambar beliau bersama Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke luar negara mengundang kritikan keras pimpinan Pas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak nama calon yang layak, namun yang terpilih itu adalah yang terbaik daripada yang terbaik.

Menurut Ahmad, kepimpinan yang memutuskan senarai calon ini begitu teliti dalam membuat keputusan dan memandang berat semua aspek.

Malah ujarnya, tidak hairanlah untuk memutuskan calon ulama itu sendiri, beberapa siri pertemuan diadakan sebelum ini.

"Mereka juga sebahagian besar yang menghantar senarai calon itu, tiga empat kali berjumpa dengan presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung.

"Kita ada juga kumpulan-kumpulan yang tertentu yang memberikan nama-nama yang berkaitan. Pada masa yang sama juga, mereka perlu dibersihkan daripada tapisan-tapisan SPRM, insolvensi dan sebagainya," jelas Ahmad.

Ditanya apakah mesej yang cuba disampaikan dengan mengetegahkan golongan ulama ini, Ahmad berkata, ia bukanlah perkara yang baru cuma dari segi jumlahnya, ia bertambah untuk kali ini.

"Kita ini sensitif kepada suasana semasa. Kalau kita perlu di kawasan-kawasan tertentu ini calon dari kumpulan tertentu, maka kita akan pilih dari kalangan itu.

"Walaupun dia bukan lulusan universiti, dia bukan tidak langsung mendapat peluang jika tidak ada diploma, kalau dia cukup popular kerana kerajinannya di satu-satu kawasan, pucuk pimpinan juga memutuskan orang itu layak," ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...