Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 6 March 2013

TERKINI VIDEO :Gempur Hari Kedua #OpsDaulat




Serangan terhadap kumpulan pengganas bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam adalah demi menjaga maruah dan kedaulatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan tanah air seperti dituntut oleh rakyat selepas usaha mengelakkan pertumpahan darah menerusi rundingan dengan kumpulan yang mendakwa Tentera Sultan Sulu itu tidak diendahkan.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.



Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.

Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.

HOT!!!Awek Tentera Sulu menyamar untuk perangkap??


Harap anda semua jangan terpedaya dengan perangkap musuh. Tentera Sulu boleh menyamar apa jua rupa.Macam -macam depa nih?

Updated: PENAHANAN 4 SUSPEK PENGGANAS DI SEMPORNA!!!


EMPAT SUSPEK DITAHAN DIPERCAYAI MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PENCEROBOH


Semporna, 6 Mac - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - BERNAMA
Anda mungkin juga meminati:

HOT !!! Sultan Sulu Kantoi Besar ???!!!


<LELAKI YANG MENGAKUI DIRINYA SULTAN JAMALUL> 
KETURUNAN SULTAN SULU NAMPAKNYA GAGAL MEMAHAMI PERJANJIAN YANG TELAH DIBUAT BERKAITAN DENGAN SABAH! NAH! BACA CERITA KAT BAWAH NI! KEKEKE!!!

1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kome Nak Baca : Klik DISINI


Update:Terkini Lahad Datu!!!


Walaupun Ops Daulat yang digiat dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara bagi mencari saki baki pengganas Sulu, namun aktiviti harian penduduk dilihat berjalan seperti biasa. Beberapa keping gambar terbaru di Jeti Umum Semporna menunjukkan penduduk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.





[UPDATED] AWAS, Pengganas Sulu menyamar sebagai penduduk


Pihak keselamatan percaya terdapat dalam kalangan pengganas Sulu bertindak menyamar sebagai penduduk kampung bagi mengaburi pihak berkuasa.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta semua pihak agar berhati-hati bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

Terkini!! Penangan askar Malaysia buat tentera Sulu!!!



A.S kata, Asyik setan sulu saja ysng asyik duk bagi amaran.
Ini amaran dari Tawhid Wal Jihad Malaysia pula.
 Cuma serius aku tak tahu, siapa kumpulan ini? Maaf aku tak pernah dengar dan baca..

 Kalau dengan anggota keselamatan Malaysia nak tunjuk lagak dan nak melawan sangat. Haa.. pi la ikut geng Tawhid Wal Jihad Malaysia ni..
Tunggu apa lagi?

 Kota Kinabalu, 6 Mac - Kumpulan Tawhid Wal Jihad Malaysia memberi amaran akan tindakan balas bahawa “kegembiraan TENTERA SULU akan berubah menjadi kesedihan.”

 Pengesahan kumpulan pengganas itu dikeluarkan menerusi kenyataan yang disiakan pada laman-laman web militan, ditandatangani oleh “kepimpinan umum” Tawhid Wal Jihad Malaysia Kenyataan bertarikh 6 Mac ini, yang pertama oleh kumpulan Tawhid Wal Jihad Malaysia sejak pencerobohan di Lahad Datu.

Ketulenan kenyataan itu tidak dapat didedahkan secara bebas tetapi ia dimuat naik pada laman-laman web kumpulan itu lazimnya menyiarkan kenyataan mereka. Malah kenyataan itu bertekad bahawa Kumpulan Tawhid Wal Jihad tidak akan keluar daripada laluannya mengadakan perjuangan bersenjata dan menegaskan darah "8 ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA" adalah “lebih bernilai kepada kami dan setiap Muslim daripada disia-siakan.”

 “Mereka ( 8 ANGGOTA KESELAMATAN MALAYSIA) akan kekal, dengan izin Allah, sumpahan yang mengejar TENTERA SULU dan ejen-ejen mereka, dan mengejar mereka dalam dan luar negara mereka,” kata rangkaian itu dalam kenyataan dikeluarkan pada forum-forum Internet Islam dan diterjemahkan oleh perkhidmatan pemantauan SITE.

 “Dalam waktu terdekat, kegembiraan mereka akan berubah menjadi sedih,” katanya. “Darah mereka akan diisi ketangisan,” tambah kenyataan itu lagi.

Ketua Pengganas Lari Bila Ternampak JET Pejuang Askar Malaysia !!!


Ketika pihak berkuasa melancarkan serangan besar-besaran untuk menggempur kubu pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo di sini semalam, ada maklumat mengatakan ketua kumpulan pengganas dan beberapa orang kanannya telah melarikan diri dari kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu dipercayai sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu di sini yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo.


Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama 180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah.

Ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam.

Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga. Pertama, pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.

Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.

Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup

Terkini!! Filipina mula tuntut Sabah??


Apa dah jadi ni???? Sebuah Berita Online Filipina ( Global Nation Inquirer ) hari ini melaporkan bahawa Filipina tidak sesekali memanggil "Tentera Diraja Sulu" sebagai pengganas sepertimana yang didakwa oleh kerajaan Malaysia.

Setiausaha Luarnya Albert del Rosario sebaliknya menyatakan bahawa "persetujuan" yang dicapai bersama Menteri Luar Malaysia, DS Anifah Aman merujuk kepada tindakan serangan ke atas anggota keselamatan Malaysia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Filipina juga sedang menyemak segala dokumen dan bukti bagi menuntut kembali Sabah!!!


(SUMBER)

VIDEO 18SG - SAAT GETIR TEMBAKAN PENCEROBOH VS POLIS!!!




Nasihat:Buat rakyat Malaysia yang ada penyakit lemah jantung tidak digalakkan tengok video ini.

Tragedi Berdarah Lahad Datu : Pemberontakan Terancang


PAPARAN muka Facebook Asree Sug yang mendedahkan tentang Perhimpunan Nur Misuari dan MNLF pada entrinya 24 Januari 2013.

KUALA LUMPUR 5 Mac - Satu akaun Facebook atas nama Asree Sug telah mendedahkan tentang agenda Perhimpunan Nur Misuari dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) di Pulau Jolo, Sulu pada 3 Januari lalu.

Dalam entri bertarikh 24 Januari itu, pemilik akaun media sosial tersebut mendakwa agenda perhimpunan itu seperti berikut:

1. Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.

2. Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu.

3. Mencanangkan bahawa Malaysia dan Filipina bersama MILF bersekongkol memperbodohkan MNLF dengan membuat perjanjian baharu sedangkan perjanjian lama belum dilaksanankan.

Dalam Facebook itu, Asree juga mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang yang katanya: "MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan keadaan politik di Malaysia... kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat kemenangan pada PRU-13".

Terkini !!! Tempat Persembunyian Raja Muda Azzimudie Telah Di Kenal Pasti !!!



KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduki tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.

TERKINI : 10,000 kaum Tausug didakwa menuju Sabah!!


Beribu-ribu rakyat Filipina berketurunan Tausug dari pulau Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi didakwa sedang belayar menuju ke Sabah bagi membantu pengganas Sulu, yang menceroboh Sabah.

Akhbar Filipina, Inquirer melaporkan Pengerusi Majlis Pemerintahan Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab berkata, pihaknya tidak boleh lagi menghalang rakyatnya daripada mengambil tindakan.

"Kami bersedih dan kebanyakan rakyat kami walaupun bukan askar, sedang menuju ke Sabah bagi membantu pengikut Kesultanan Sulu," katanya.

Menurut beliau, kira-kira 10,000 kaum Sulu dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga sedang belayar menuju ke Sabah sejak malam tadi bagi membantu pengikut Sultan Jamalul Kiram III di Lahad Datu, Sabah.

Sementara itu, seperti yang dipetik dalam laman web Astro Awani, Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan MNLF bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Mujiv berkata, kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," jelas Mujiv dalam satu kiriman mesej terbaharu kepada Astro Awani.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," ujarnya. - UTUSAN

Terkini !!!KL, Manila Anggap Pencerobohan Bersenjata Sulu Sebagai Pengganas


 Pengganas ini sebenarnya lanun-lanun yang tela menggangu perairan Malaysia dan Filipina sebelum ini. Layak sungguh dengan gelaran pengganas tu.

Menurut Bernama, Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha LuarFilipina Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan, Selasa. Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

Sementara itu saki baki pengganas Sulu terus lagi diburu.

Lahad Datu: Polis Tak Mati Syahid?


Memetikdari sumber Malaysia Instinct,beliau marah dan menggelarkan satu blog iaitu Jahanam!!! blog pembangkang kata anggota keselamatan kita yang terkorban dalam serangan di Lahad Datu diibaratkan sebagai mati katak. Dengan tajuk 'Polis Mati Tidak Syahid', blog Suara pakatan Rakyat terus menghentam polis dan tentera yang berkhidmat di sana. Inilah penulis upahan Anwar dan Tian Chua yang melihat pengorbanan anggota keselamatan sebagai anjing kurap yang sememangnya patut mati. Tak ada hati perut langsung pihak pembangkang yang mempolitikkan isu kedaulatan tanah air tercinta.



Tidak perlu hendak dipertikaikan syahid atau tidak, itu semua urusan Allah. Apa yang penting ialah rasa kecintaan kita kepada tanah air dan keamanan serta pengorbanan mereka dalam menjunjung daulah negara tercinta. 

Baca SINI

KRONOLOGI PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!!



Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan berkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung itu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...