Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 12 April 2013

Gempar !!! Satu Lagi Cawangan Pas Lumpuh !!!

gambar Hiasan

PASIR SALAK 12 April - Selepas 428 pemimpin dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO, kedudukan pakatan pembangkang di Parlimen Pasir Salak semakin goyah apabila 60 ahli Pas kawasan itu pula membuat tindakan sama.

Kumpulan itu diketuai Pengerusi Pas Cawangan Taman Desa Cempaka, Samiran Sapuan, 64, yang menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam majlis di sini malam tadi.

Samiran dalam ucapannya pada majlis tersebut mengakui, keputusan meninggalkan Pas bukan sesuatu yang mudah tetapi terpaksa dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya mohon keampunan dan kemaafan atas kesilapan kami (ketika) bersama Pas sebelum ini," katanya sambil disambut dengan laungan hidup UMNO sebanyak tiga kali oleh lebih 5,000 penyokong Barisan Nasional (BN) yang hadir pada majlis tersebut.

Pada majlis sama, hadirin juga mendengar ceramah bertajuk Pilihan Raya Wadah Perjuangan Demi Agama, Bangsa dan Negara yang disampaikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Nordin.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin; bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Dr. Wan Norashikin Wan Noordin dan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Tidak sampai sebulan lalu, seramai 429 ahli PKR kawasan itu termasuk Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan bertindak keluar parti dan menyertai UMNO.

Samiran yang sudah 10 tahun menjadi ahli Pas berkata, dia setia bersama parti itu atas prinsip perjuangan agama, tetapi keyakinannya semakin terhakis lebih-lebih lagi selepas melihat sikap pemimpin Pas membiarkan Islam diperlekeh termasuk dalam isu kalimah Allah.

Dia mendakwa, terdapat kira-kira 100 lagi ahli Pas kawasan itu akan mengikut jejaknya meninggalkan parti tersebut dalam masa terdekat.

Sementara itu, Tajudin dalam ucapannya berkata, beliau memberi jaminan kepada kumpulan tersebut bahawa mereka akan mendapat lebih ruang dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara melalui UMNO dan BN.

"Baru-baru ini kita berjaya menembusi tembok PKR dan sekarang Pas pula. Percayalah, perjuangan mereka lebih bermakna bersama kita dan kita menerima mereka dengan rasa besar hati dan tangan terbuka," katanya.

Gegor !!! Kes Tembak akibat Amuk !!!


Seorang lelaki maut selepas ditembak dua lelaki bersenjatakan pistol ketika sedang berhenti di simpang empat berhampiran Taman AST dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1.35 petang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Honda Accord sedang berhenti di persimpangan itu ketika lampu merah.

Dua lelaki yang menaiki motosikal kemudian berhenti di sebelah kenderaan mangsa dan terus melepaskan beberapa das tembakan. - UTUSAN ONLINE




Berita Gembira Buat Semua Penyokong Lee Chong Wei !!!


Tahniah Buat Lee Chong Wei diatas kelahiran bayi sulung mereka pada tanggal 12 April 2013

Apa Kes NI !!! Polis DIperbudakkan ???


Hanya Tujuan Menghias,

Video yang memaparkan dua orang lelaki berbeza yang berhadapan kemungkinan disaman oleh polis trafik dan mengunakan pelbagai cara dan penjelasan dari segi fizik untuk mematahkan hujah hujah dari polis trafik tersebut.

Menurut sumber, video ini memang sengaja dirakam atau dalam ertikata lain dilakonkan untuk tujuan pengiklanan. Namun apa sebenarnya tujuannya? Kebijaksanaan boleh menyelamatkan seseorang dari disaman dan sekaligus menunjukkan kebodohan anggota-anggota Polis Malaysia?

Menggunakan terma-terma fizik yang kedengarannya boombastik hingga membuatkan polis terkedu. Begitu merendah-rendahkan tahap akademik anggota polis bukan? Dalam salah satu video walaupun telah dilepaskan oleh pihak polis, namun lelaki tersebut tetap mengeluarkan kata-kata yang terpaksa dicensor.
Kredibiliti Polis Dipertikaikan.
Anda Boleh Nilai Sendiri. DISINI

Amik Kau !!! Tu la Edar Lagi VCD Lucah kan !!


Ringkasan Kes.
Pada 11/4/2013 jam lebih kurang 0745 hrs semasa pengadu bersama-sama KPL/S 14656 sedang menjalankan Tugas Rondaan MPV Kawasan pentadbiran Balai Polis Kg.Raja Besut Terengganu telah terima arahan daripada Bilik Gerakan IPD Besut untuk menjalankan pemeriksaan di Kampung Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu kerana terdapat maklumat orang awam menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. Kemudiannya barang kes di bawa balik ke IPD Besut Terengganu bagi tindakan lanjut.

Siasatan: 
1) MO: Suspek ahli PKR Kuala Terengganu telah mengedarkan cd video tersebut ke kawasan perumahan Kg. Alor Lintang, Kg Raja, Besut, Trg.
(2) Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali.
(3) Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Dato' Mustaffa Ali. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat.
(4) Sebanyak (16) sampul putih, di dalam tiap-tiap sampul tersebut mempunyai (1) keping. Jumlah keseluruhan cd video adalah (16) keping.


PAS wajar laksanakan hukuman HUDUD keatas Mustapha Ali

Hukuman yang dikenakan keatas orang yang berzina. Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam al-Quran dan hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang Qanun Jinayah Syar`iyah bahwa orang yang melakukan perzinaan itu apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah, maka wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu disebat sebanyak 100x sebat. Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud, "Penzina wanita dan penzina lelaki, hendaklah kamu dera, masing-masingnya seratus dera,"

Punca Sebenar Video Mirip Pembangkang dikeluarkan DIDEDAHKAN !!!


Tersebarnya video klip mirip Stopa dengan seorang wanita mendedahkan betapa kotornya politik haprak pakatan,Kita juga sedia maklum,Stopa juga adalah salah seorang yang mempelopori penyatuan Umno dan PAS,beliau sebaris dengan Ustaz Nasarudin Mat Isa dan Hassan Ali.

Pisau pernah minum bersama Stopa di Kuching tidak lama dahulu ,perbualan singkat kami ketika itu hanya berkisar perancangan PAS  dan kesungguhan beliau untuk membawa perubahan didalam PAS untuk penyatuan bersama Umno.

Menurut sumber pendedahan ini adalah rentetan daripada tindakan Stopa yang menjadi batu penghalang kepada PKR untuk mendapatkan beberapa kerusi di Terengganu.Baru baru ini Saifudin Nasution telah mengingatkan bahawa beliau sendiri pernah menonton video beberapa pemimpin pakatan. Sedangkan dalam pengetahuan Pisau dikalangan komuniti blogger memang mereka tidak tahu menahu akan kewujudan beberapa video seperti mana yang dimaksudkan oleh Saifudin.

Adakah Saifudin dan PKR sendiri yang menghasilkan video musuh politik mereka?PAS sekarang ini dilihat tidak konsisten dan banyak menyusahkan pakatan diantara PKR dan DAP. Pemimpin yang dilihat menjadi ancaman kepada agenda PKR dan DAP akan dibunuh kareer politik mereka.

Video Azmin,Khalid Ibrahim,Anwar dan juga Eli Wong kesemuanya dihasilkan sendiri oleh musuh dalam pakatan sendiri,begitu juga pendedahan penyelewengan dan juga salah guna kuasa Nik Nazmi,video tersebut juga dirakam oleh orang dalam.Apabila rakaman dibuat pihak yang paling layak untuk membunuh musuh politik pemimpin pakatan adalah Umno dan BN. Maka mereka sudah ada pihak yang boleh di kambing hitamkan.

Khabarnya video Stopa diedar oleh ahli AMK dan perkara itu masih dalam siasatan,kem pembangkang sehingga sekarang diam membisu kerana tidak mampu untuk mempertahankan Stopa apabila klip video tersebut juga merakamkan suara dan juga cukup jelas.

Baca Lagi SINI

Allahurabbi !!! Masjid Dibina Dari Lumpur?! [edisi khas]



Dibangunkan sekitar abad ke-12 masihi, Masjid Nando yang terletak di Kampung Nando, Mali, Afrika Barat, hingga kini masih menjadi misteri terutamanya dari segi struktur dan reka bentuk bangunannya.

Kewujudan Masjid Nando adalah hasil dari pengaruh Islam ke Afrika Barat yang mula tersebar pada abad IX Masehi. Pada waktu itu, Islam dibawa oleh para pedagang Muslim dari suku Tuareg dan Berber. Kedua-dua suku ini merupakan suku nomad yang suka mengembara di gurun sahara selatan dan utara.

Bangunan Masjid Nando dikategorikan unik, tidak ada marmar atau kubahsebagaimana masjid-masjid lain secara umumnya. Seluruh bangunan hanya dilapisi lumpur, termasuk lantai dalam masjid.

Bahkan bahagian tepi lantai, tetap dibiarkan lebih tinggi dari bangunan yang lain dan menyerupai pinggiran benteng dengan rekabentuk lama. Meski demikian, pada setiap sisi dalam bangunan masjid dihiasi dengan tulisan kaligrafi yang juga dibuat dari lumpur.

Menurut mitos masyarakat setempat, Masjid Nando tidak dibangunkan oleh manusia, akan tetapi oleh makhluk halus yang berbadan besar. Keyakinan ini diperkuat jika anda melihat struktur bangunan, bahan yang digunakan untuk membina masjid , serta adanya bekas tapak kaki besar pada salah satu sisi masjid.-sumber

Pandangan diluar masjid

Pandangan dalaman masjid
Tapi pelik di Malaysia, Baru-baru ini boleh kata seorang ulomok PAS Masjid UMNO buat takde pahala itulah dia si Nik Aziz Tongong, tengok umat Islam negara luar..nak bina masjid pon dari lumpur. Species manusia tak bersyukur langsung. Pegi pindah Afrika la Nik Aziz

Gampang Betulll !!! Islam Di Hina Disebabkan Undi !!!


Jangan cube bermain api perkauman lar wahai sial bangsat.Kau ingat kau sapa ?

Adakah ini yang kita mahukan? Adakah Ini yang dinamakan kebebasan bersuara?
Woi Daniel Khoo!!! SPR buka pendaftaran pengundi sepanjang tahun beb!!!

Bukan alasan pendaftaran ditutup.
Lu mau kempen saper wa takde hal!!
Tapi lu hina agama GUA BEB!!!
Lu kena Ingat,
ISLAM BUKAN AGAMA HANYA UNTUK UMNO BN
ISLAM AGAMA UNIVERSAL
UNTUK SEMUA!!!

Lu Jangan Cari Pasal!!

SUMBER

Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri (9 Foto) !!!


Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri
Bagi orang Islam, melakukan sesuatu yang boleh membahayakan, mencederakan dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sendiri adadalah ditegah sama sekali. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195;
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
Aksi seperti berguling di atas katil duri di China seperti dalam gambar ini merupakan amalan ritual (keagamaan) di China.

Kedahsyatan apakah ini, sehinggakan seorang lelaki berguling di atas satu hamparan yang di penuhi dengan duri. Kegiatan ini sangat terkenal bagi masyarakat barat Guangdong China. Menggerikan sungguh duri yang begitu banyak mencucuk badan lelaki yang berguling di atasnya.
Ritual Ngeri Berguling Atas Katil Berduri
Ini adalah merupakan kegiatan ritual tradisional masyarakat barat Guangdong China. Menurut weibo.com dimana, mereka melakukan ini bertujuan untuk melakukan pengorbanan agar kehidupan kampung menjadi lebih baik.

Ritual tradisional ini dilakukan dengan cara memasang duri di alas yang menyerupai tempat tidur dan para 'korban suci' berguling di atasnya dengan hanya berseluar pendek.

Terkini !!! Senjata Api Disorokkan Lagi Di Lahad Datu !!!

FotoLahad Datu: Satu persatu helah pengganas termasuk menyembunyikan senjata api yang digunakan ketika menceroboh di pantai timur Sabah dapat ‘dibaca’ oleh pasukan keselamatan negara.

Terbaru, pasukan tentera yang melakukan operasi pembersihan dan fasa penstabilan menemui sejumlah senjata api yang disembunyikan di dalam paya dan ditanam di sekitar Kampung Tanduo serta kampung berhampiran.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, selain senjata api (senjata berat dan ringan), pasukan keselamatan turut menemui pakaian seragam, pakaian awam serta beberapa barang lain milik pengganas.

“Walaupun jumlah barangan yang ditemui termasuk senjata api tidak banyak, operasi penggeledahan tetap dilakukan berterusan.

“Saya yakin saki-baki pengganas yang jumlahnya kurang dari 10 orang itu semakin berkurangan. Justeru, pasukan keselamatan meningkatkan risikan bagi mengesan pengganas yang masih ada,” katanya di sini, semalam.

Terkini !!! 2 Askar Maut Terlibat Letupan Bom !!!






Dua orang anggota tentera terbunuh, manakala enam lagi pengawai keselamatan cedera dalam satu letupan di tepi jalan di wilayah selatan Thailand, malam tadi.

Pegawai polis, Kolonel Manit Yimsai berkata, beberapa suspek disyaki anggota kumpulan pemisah meletupkan sebutir bom yang diletakkan di permukaan jalan di daerah Panarae, Pattani.

Katanya, ketika kejadian, kumpulan tentera tersebut sedang menaiki dua kereta perisai untuk meninjau lokasi satu lagi kejadian letupan di kawasan itu.

Manit berkata, seorang daripada pegawai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Serangan tersebut merupakan satu daripada 36 insiden letupan yang berlaku di Pattani, malam tadi.

Pihak berkuasa berkata, anggota pemisah turut membakar tayar-tayar, menara pemancar telekomunikasi, pondok telefon, bangunan serta kamera litar tertutup (CCTV). - AGENSI

PANAS !!! Gadis 14 tahun Dirogol Bergilir Setelah Bergaduh Dengan Kakak Angkat

Pertengkaran dengan kakak angkat membawa musibah kepada seorang gadis apabila dia dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang kononnya cuba untuk memberi perlindungan kepadanya dalam kejadian di Taman Cahaya, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 14 tahun pada mulanya bertengkar dengan kakak angkatnya sebelum dia keluar rumah dan pergi ke taman permainan berhampiran kawasan perumahan itu.

Menurut sumber polis, ketika berada di kawasan taman itu, mangsa yang menangis didatangi dua lelaki bertanyakan keadaannya sebelum mereka memberitahu mahu membantu jika mangsa bermasalah.

“Mangsa menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama mangsa bertanya dua lelaki terbabit sama ada mereka mempunyai gitar dengan alasan mahu bermain alat muzik itu untuk menghilangkan tekanan,” katanya.

Menurutnya, dua lelaki itu memberitahu mereka mempunyai gitar, tetapi mangsa perlu mengikut mereka pulang rumah di kawasan berhampiran.

“Mangsa mengikut lelaki terbabit pulang ke rumah mereka sebelum diberikan gitar.

“Selepas mendapat gitar, mangsa mengajak keluar semula, namun kedua-duanya meminta mangsa berehat kerana mendakwa mangsa tidak bermaya,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu terdapat lebih sembilan lelaki lain dalam rumah terbabit sebelum mangsa disuruh masuk ke dalam satu bilik untuk menghilangkan penat.

“Mangsa mengikut arahan mereka dan dia diberikan seluar pendek untuk disalin kerana mendakwa tidak selesa memakai jeans.

“Tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit masuk dan cuba menggoda mangsa dengan mengurut belakang badannya kerana mendakwa bersimpati melihat keadaannya yang ketika itu dalam keletihan,” katanya.

Menurutnya, seorang lagi rakan kemudian masuk ke bilik sama sebelum dia menyuruh mangsa menukar seluar pendek dengan memakai kain pelekat, namun remaja terbabit enggan menuruti kata-katanya.

“Tidak puas hati dengan itu, dua lelaki terbabit memegang tangan dan membuka baju mangsa sebelum merogolnya bergilir-gilir.

“Mangsa yang kepenatan tertidur sebelum meloloskan diri kira-kira jam 5 petang keesokannya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa ditemui kakak angkatnya di taman permainan itu sebelum membuat laporan polis.

“Susulan itu, dua lelaki terbabit masing-masing berusia 20-an dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan.

“Mereka direman enam hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...