Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 9 January 2013

BUDAK TING 4 KENE ROGOL..


Angkara lewat ke sekolah, seorang pelajar perempuan melalui detik hitam apabila dia dijadikan habuan pemuas nafsu dua remaja lelaki rakan sekolahnya kelmarin.

Gadis berusia 16 tahun itu bukan sahaja dirogol bergilir-gilir oleh dua remaja terbabit, malah turut dipaksa melakukan onani sebelum gadis malang itu ditinggalkan di sebuah stesen minyak.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan lewat menyebabkan dia takut untuk masuk ke kawasan sekolah, sebaliknya menunggu di luar sekolah.

"Kira-kira jam 9 pagi, rakan lelakinya menghubungi dan mengajaknya keluar dengan menaiki sebuah motorsikal. Mangsa bersetuju dan dibawa ke sebuah rumah kedai di Taman Melawati.

"Ketika berada di rumah berkenaan, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks walaupun mangsa menolaknya," katanya.

Beliau berkata, mangsa bukan sahaja dirogol rakan lelakinya, malah turut dirogol seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Sebaik lelaki terbabit selesai melayan nafsunya, data pula dua lelaki lain dipercayai rakan kepada rakan lelakinya, tetapi mereka tidak merogol mangsa sebaliknya memaksa mangsa lakukan onani.

"Namun mangsa enggan berbuat demikian dan merayu dilepaskan," katanya.

Katanya, mangsa dihantar lelaki itu ke sebuah stesen minyak berhampiran sebelum mangsa pulang ke rumah dan menceritakan kejadian berkenaan kepada keluarganya.

Berikutan itu, keluarganya membawa mangsa membuat laporan polis berhampiran sebelum dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Assisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan masih dijalankan

hot!!! ARTIS DITAJA VIP


DESAS-DESUS dirinya ditaja golongan VIP untuk hidup mewah masih diperkatakan orang hingga hari ini. Apatah lagi, penampilannya kini jauh berubah berbanding lima tahun lalu. Jika dulu, penampilan pelakon meningkat naik, Nazim Othman hanya sederhana, kini dia dikatakan mengamalkan cara hidup mewah dengan kelas tersendiri.

Berbekalkan wajah kacak persis model terkenal, pastinya Nazim menjadi kegilaan ramai wanita dan bukanlah mustahil jika ada wanita di kalangan VIP ingin mendekati dirinya. Namun, sejauh manakah kebenaran gosip yang tersebar itu?

Bagaimanapun, pertemuan dengan anak muda berusia 29 tahun kelahiran Labuan, Sabah dalam sesi fotografi eksklusif bersama RAP yang diatur di Naza Quest, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini menyingkap segala-galanya. Lebih menarik, Nazim sempat memberikan pose menarik khusus untuk pembaca akhbar ini bersama model kereta terbaru Chevrolet Sonic dan Chevrolet Cruze.

Nazim yang tampil segak dengan jaket jenama terkenal petang itu menafikan sekeras-kerasnya gosip yang tersebar itu. Ia terbukti apabila wajah duta jam tangan Ellesse ini kerap muncul di kaca televisyen menerusi pelbagai telefilem dan drama bersiri lakonannya.

SETERUSNYA

PAGE HINA ISLAM !! APA KE HEINYA!!




Teman terkejut bila ada satu laman facebook yang menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam. Sudah Pakatan Rakyat pun dah setuju penggunaan Kalimah Allah kepada bukan Islam, ditambah pulak dengan satu akaun  Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) . Akaun facebook didakwa yang diwujudkan sejak 21 Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.

Menurut Sinar Harian, dengan menggunakan nama tersebut di Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan keahlian percuma kepada orang ramai.

Laman Facebook PGA itu juga mempelawa mempelawa orang ramai yang sudah muak dan penat melayan melayan kerenah parti-parti di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PKR, menyertai mereka.

Kesemua orang ramai mengutuk tindakan pemilik akaun tersebut kerana tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini.

Teman mengutuk sekeras-keras laman facebook ini. Teman harap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan dibawa ke muka pengadilan. SKMM patut bertindak menyekat lamab facebook ini. Melampau dan kurang ajar menghina Islam.

Keteguhan UMNO Jadi Agenda Utama Perkuat Jentera



KUALA LUMPUR, 2 Feb. – Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya menegaskan bahawa keteguhan parti adalah agenda utama dalam memastikan sokongan anggota dari semua peringkat di akar umbi.

Katanya, dengan keteguhan dan kekukuhan tersebut, maka jentera dan segala persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan mudah dilakukan tanpa perlu menghadapi pelbagai kerenah atau masalah-masalah lain.


“Bahagian Batu Sapi telah mempunyai jentera dan sekiranya PRU diadakan pada bila-bila masa maka secara keseluruhan yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu untuk terus mempertahankan kawasan terbabit,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN Batu Sapi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong menjelaskan bahawa pilihan raya kecil Batu Sapi yang berlangsung 4 November 2010 memberi banyak kelebihan kepada bahagain tersebut dari segi mewujudkan jentera parti dan gerak kerja.

“Kita baru sahaja adakan pilihan raya kecil jadi jentera-jentera yang kita akan gunakan adalah yang bekerja dalam pilihan raya kecil tersebut cuma kita tambahkan untuk kebaikan dan pemantapan pada mana-mana yang kurang.

“Pelaksanaan secara terus dengan mendekati pengundi selain kita jalankan jalinan rakyat khususnya di kawasan Batu Sapi telah member impak positif dan kini kita telah mengenal pasti pengundi-pengundi serta latar belakang mereka,” katanya.

Jelas beliau pendekatan bersama-sama rakyat bukan saja dapat menyelami permasalahan mereka tetapi juga mampu mewujudkan komunikasi dua hala serta mendapatkan cadangan-cadangan dari peringkat akar umbi secara terus.

“Begitu juga di kawasan Tionghua misalnya di kawasan DUN Sekong yang pada baru-baru ini kita telah melancarkan pemberian limau mandarin kepada semua pengundi-pengundi bersempena Sambutan Tahun Baru Cina.”

Tegasnya, bagi PRU akan datang, bukan hanya wakil rakyat dan jentera yang bekerja tetapi rakyat juga telah bersedia untuk memberikan sepenuh sokongan kepada BN biar siapa pun calon yang akan diletakkan mewakili BN.

“Kita utamakan semangat bersatu dengan keteguhan parti dan percaya pucuk pimpinan cukup bijak bagi menentukan calon mana yang layak untuk mewakili rakyat dan memainkan peranan bagi masyarakat di sini,” katanya. – MediaUMNO


BLOGGER PISAU DALAM BAHAYA !!! APA KES NI!!


SEBENTAR TADI ANAK JATI BARU MENERIMA SATU BERITA YANG KURANG ENAK DIDENGAR.INI BERIKUTAN DENGANTERKINI Jutawan DAP dalam laman FB yang dikatakan memberi tawaran RM1000 ringgit bagi sesiapa yang boleh mencari PISAU, dalam artikel yang dipaparkan dalam bahasa Cina yang nampaknya rasis dan tidak boleh dibaca oleh pembaca bangsa lain bermaksud..

Nga kor ming announce RM1000 to assist in identifiying Pisau.net's real nameand adress, olso through Facebook to locatePisau.netto sue him. Nga said, he would not allow such maclicious lie especaially the blogger who misused private documents ofthe salesand purchase agreement.

BAGI ANAK JATI INI AKAN MEMBAHAYAKAN NYAWA SERTA PRIBADI BELIAU SENDIRI.BUKAN APA MACAM2 DEPA BOLEH BUAT KALAU DAH DIBAYO MCM NI...HEE ADUHAI...KENAPA SAMPAI MACAM TU.DAH BERANI BUAT MACAM NI,BELUM PERINTAH LAGI DAH JADI TAH APA2...APA MOTIF SEBENORNYA NI...

ANAK JATI HARAP PISAU DALAM KEADAAN SELAMAT DARI APA JUA KEMUNGKINAN.INSYALLAH,JIKA BERLAKU SUATU YANG DILUAR JANGKAAN PASTI AKAN TERJADI SESUATU DILUAR JANGKAAN LEPAS NI.

THANKS SEKUPANG DUA 


BUKTI KAKITANGAN AWAM SOKONG PR!!!


Aduhai takkan sampai macam tu sekali kut.Sampai nak guna kenderaan daripada PENJARA .
untuk cerita seterusnya DISINI

HISHAMMUDDIN BAGI AMARAN !!!


Pihak pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dijadualkan anjuran mereka pada Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata semua pihak perlu memastikan agar perhimpunan tersebut tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih lalu.

"Saya berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan bersama pihak polis berhubung langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

"Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya kepada pemberita di Seremban selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini.

Turut hadir pada majlis taklimat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hishammuddin turut mengingatkan agar peserta yang menyertai perhimpunan tersebut tidak keluar berarak beramai-ramai.

"Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," SINI LAGI

PELABURAN TERBESAR MALAYSIA DI INDONESIA !!!


Hu memang terbaik lah kan apabila Scomi Group Bhd. (Scomi) melalui unit perniagaannya, Scomi Oiltools telah dianugerahkan kontrak bendalir penggerudian (DF) dan pengurusan sisa penggerudian di Indonesia.

Menurut kenyataannya, projek mega selama tiga tahun yang bernilai kira-kira RM380 juta itu adalah hasil kerjasama pertama antara Scomi dan E&P Indonesie (TEPI) yang bermula Julai ini.

"Kejayaan terbaharu ini merupakan satu- satunya projek terbesar (bagi Scomi) daripada aspek nilai kontrak yang diperoleh di Indonesia buat masa ini.

"Ini satu pengesahan kepada usaha berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk penyelesaian dan kualiti berkesan dalam penggerudian cecair," katanya kenyataan tersebut hari ini.

Menurut laporan UTUSAN ONLINE Presiden Unit Pasaran Scomi Oilltools, Wan Ruzlan Iskandar Wan Salaidin berkata, kejayaan memenangi kontrak berkenaan merupakan satu testimoni kepada syarikat dalam menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang berkualiti dalam industri minyak dan gas.

"Formula kami boleh bertahan dalam persekitaran penggerudian yang mencabar seperti telaga bersuhu tinggi dan sudut penggerudian melampau.

"Kami amat yakin untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti seperti yang dijangkakan oleh para pelanggan," ujarnya.

Tambah kenyataan itu, Indonesia merupakan salah satu pasaran utama bagi Scomi dalam sektor minyak dan gas.

Sebelum ini, Scomi telah dianugerahkan dengan kontrak di Myanmar dan Qatar yang masing-masing bernilai RM93.6 juta dan RM130 juta yang diumumkan pada tahun lalu.


HABISLAH!!! JUTAAN MANUSIA MEMBANJIRI CERAMAH PR DI STATION 18


Kebetulan semalam Anak Jati dan rakan blogger ada berdekatan dgn tempat ceramah Niza semalam ,tetiba Anak Jati pergi lar usha apa yang dia bagi ceramah,hahah memang kelako betui la apabila isu yang sempat dikongsi beliau adalah isu Pemimpin UMNO mengamuk tak dapat projek..

Hah ni lar videonya...
ce tgk...


Rata2 yg dtg gua boleh katakan org kt situ dlm 100 org je yg dtg…  ada Anak Jati lampirkan gambar2 sekitar ceramah di bawah…  Orang muda berdekatan gua memang tak Nampak kt ceramah tu..  yg muda hanyalah ahli2 pas mereka…  Apa2 pon gua ucapkan TAHNIAH pada Nizar kerana Berjaya menarik sebanyak 500 org ke ceramah beliau…  Udah takda isu ke yop...heee...
kesian pakcik2 n makcik..







Lagi PENDEDAHAN DISINI




Nafsu tak puas walaupun dah berbini 3..



Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.

Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.

Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan,” katanya.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...