Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 13 December 2012

~GANASNYA MEREKA!!!AES PON JADI~


Di Ipoh, Jabatan Pengangkutan Jalan Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata, ia melibatkan kamera yang dipasang di kilometer 205.6 berhampiran Kamunting dan kilometer 373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.

Beliau berkata, sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di sini juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam. 

"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di sini hari ini. 

Ramli Awg berkata, pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.

Beliau berkata, syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.

Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.

"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.

Ramli Awg berkata, JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas. - Bernama





~APA KES!!HINA ISLAM LAGI~


apa nak jadi dengan serang ni entah lah...hina betul dia ni...minta pihak bertanggungjawab ambil tindakkan tegas pada dia...sangat geram biler terjumpa benda ni?

~TAHNIAH KERAJAAN PUSAT!!Jambatan-2 Pulau Pinang Siap!~




Jambatan Kedua Pulau Pinang yang kerja fizikalnya sudah mencecah 89 peratus siap, dijangka dibuka sepenuhnya kepada orang ramai 8 September 2013.

Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), Datuk Dr Ismail Mohamed Taib, berkata jika mengikut jadual pelaksanaan sekarang, projek berkenaan mampu disiapkan dua bulan dari jangkaan asal iaitu November 2013.
Beliau berkata, pihaknya akan menyiapkan kerja akhir pembinaan gelang kekotak jambatan pada 20 Disember ini bagi menghubungkan Batu Kawan di sebelah tanah besar dengan Batu Maung di bahagian pulau yang dijangka siap akhir Januari ini.

“Rentang navigasi utama jambatan pula dijangka siap April 2013 dan selepas itu, hanya kenderaan pembinaan akan dibenar melalui kawasan jambatan. Mulai Januari ini, kami akan menjalankan semakan dan pemantauan kerja dengan lebih kerap iaitu setiap hari.

“Kami juga menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang membolehkan jambatan ini mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 Richter pada jarak 300 kilometer dari punca gempa bumi,” katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja Yang diPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke jambatan itu, semalam.

Ismail berkata, jambatan berkenaan dijangka digunakan 25,000 kenderaan setiap hari iaitu 20 peratus daripada pengguna jambatan pertama dan minimum penggunaan percuma selama sebulan.

“Mengenai tol, kami memang diarah menyelaras kadarnya supaya sama seperti jambatan pertama. Mengikut rekod, semakan semula harga tol jambatan pertama hanya akan dibuat pada 2038 dan untuk tempoh itu, kemungkinan besar harga tol jambatan kedua juga RM7,” katanya.

Sumber : Berita Harian 

Alhamdulillah, selepas ini berkuranglah kesesakan hendak ke seberang dan sebaliknya. Kerajaan Pusat telah berhempas pulas mengadakan projek, walaupon mendapat pelbagai tentangan, akhirnya ianya diterima oleh kerana pelbagai jumlah inisiatif dan jambatan kedua ini bakal menjadi sebuah platform baru menggerakkan Pulau Pinang menjadi lebih maju ke hadapan membantu memacu negara. Walaupun kerajaan Pulau Pinang merupakan Kerajaan tadbiran pembangkang, ia tidak menghalang kerajaan pusat untuk berbakti kepada rakyat Pulau Pinang, kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat menjaga dan membela nasib rakyat Malaysia!

~T-shirt Teman Sokong Mufti Perak akan dijual~



Untuk pembelian T-shirt ini boleh menghubungi Cikgu Surayani [017-2830026]dan akan dijual
di Titiwangsa 8.00AM 15/12/2012 - (lusa)
(di Dataran Astaka Taman Tasek Titiwangsa Kuala Lumpur.)


siapa cepat dia dapat...sapa lambat dia tk dapat..harga yang ditetapkan bawah dr rm 25 ..

~MAKIN KUAT!!! deme fitnah Najib~



Hasil rekayasa atau fitnah juak pembangkang yang terbaru. Rakyat dan pengundi nilailah sendiri mainan politik kotor puak pembangkang. Mereka sanggup mencipta gambar untuk memburukkan seorang pemimpin yang tidak kenal erti penat dan lelah menjaga negara.

Bagi juak pembangkang, mereka sudah ketandusan idea untuk menyerang Najib. Kehebatan Najib hanya mampu dihapuskan dengan cara mencipta fitnah demi fitnah.

Apapun mereka silap. PRU12 BN gagal dalam media baru, sekarang ribuan blogger dan facebooker pro BN akan menjadi benteng hadapan untuk pertahankan negara tercinta. Rekayasa fitnah juak pembangkang akan di tepis dengan fakta dan hujah.

~AKAUN ID AFIQ KL TOWN DI HACK LAGI!!!~


apa yang deme cube buat sebenorya...pe ke hal deme ni yew...

~MENGGERUNKAN!!! JENTERA TERBARU PDRM!~



Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal menggunakan jentera berkuasa tinggi iaitu model Kawasaki Ninja 250R 2013 tidak lama lagi.

Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan dari pihak PDRM tentang penggunaan motosikal berkuasa tinggi ini.

Apa yang pasti, pihak PDRM sentiasa meningkatkan keupayaan mereka dalam usaha cegah jenayah demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Tahniah PDRM!!!makin kuat lah bahagian pertahanan negara kita lepas ni...terbaik!!!

~I’m Not Perfect But Part Of Me Are Excellent~


Yeah kita tengok sahaja tajuk artikel ini memang sebetulnya sifat pada setiap manusia,ingat bukan semua manusia yang perfect,masing2 ada lakukan kesilapan.ingat islam bukan sebuah parti dan parti itu bukan sebuah agama.parti adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesebuah organisasi.
Ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) yang kini dinaikkan pangkat sebagai universiti, hasil perjuangan UMNO, saya gemar memakai sehelai kemeja T  yang tertulis perkataan `I’m Not Perfect But Part Of Me Are Excellent’.
Walaupun berasal dari kampung, dan bersekolah kebangsaan, saya faham benar dengan makna tulisan itu. Semuanya hasil didikan keluarga yang saya anggap `excellent’ ketika itu sehingga berjaya membawa saya ke sekolah berasrama penuh dan seterusnya ke ITM.  
Setiap kali memakainya, pasti akan ada rakan-rakan akan bertanya, `part mana yang excellent’ tetapi saya hanya menjawab, ada lah.
Walaupun setelah lebih 25 tahun meninggalkan ITM, saya tidak pernah lupa tulisan pada kemeja T kegemaran saya itu. Sejak kebelakangan ini, ingatan saya terhadap tulisan itu bertambah kuat sehingga kadang-kadang terbawa-bawa di dalam tidur.
Apa tidaknya, sejak kebelakangan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering mengungkap sebahagian perkataan yang tertera pada kemeja T saya itu.
zambry-kadir
Malah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir pun selalu mengungkap kata-kata itu di dalam ucapannya dan juga ketika bertemu media.
`UMNO / BN bukanlah sempurna’ itulah ungkapan yang hampir sama dengan tulisan pada kemeja T yang saya pakai lebih 25 tahun lalu.
Memang, tidak ada manusia dan tidak ada pihak yang boleh mendakwa mereka sempurna, pasti ada kelemahan dan sebagai umat Islam, saya penuh yakin, tanpa ragu-ragu bahawa hanya Allah sahaja yang sempurna.
Pengakuan merendah diri Perdana Menteri, Menteri Besar Perak serta pemimpin-pemimpin UMNO bahawa parti itu bukanlah sempurna dan kesediaan mereka mengaku kelemahan dan kesilapan sangat terpuji.
Kesediaan Najib meminta maaf secara terbuka ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini rasanya belum pernah diluahkan oleh mana-mana pemimpin besar sebelum ini, baik dari parti pemerintah, apa lagi daripada parti pembangkang.
Komitmen untuk memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan membuktikan kesiap-siagaan UMNO / BN untuk menjadi lebih baik, untuk memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat dan menjanjikan masa depan yang lebih cemerlang, walaupun bukan masa depan yang `perfect’, untuk generasi akan datang.
Rakyat kini boleh menilai, sejak 66 tahun lalu, UMNO telah berjuang, bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia – untuk Cina, India dan semuanya. Setiap kali berjanji, pasti ditepati, setiap manifesto adalah janji, bukan hanya omong kosong, bukan gula-gula untuk meraih sokongan setiap kali tiba musim pilihanraya.
Walaupun `UMNO / BN Are Not Pperfect’, tetapi rakyat Malaysia, atau dulunya Tanah Melayu dan Malaya, sudah lama tahu bahawa `Part Of UMNO / BN Are Excellent’.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...