Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 30 September 2012

~1 Malaysia kene tipu(maklumat bocor dr mesyuarat PKR)~



Tian Chua nak main game apa dengan pihak media. Kononnya, Pakatan Rakyat sudah hampir menyelesaikan senarai calon untuk Pilihanraya Umum ke-13. Ini pengumuman Tian Chua. Berapa ramai orang yang nak percaya pun kita tak tahu.

Sebabnya. seperti yang ramai kawan-kawan dalam PKR pun tahu; masih wujud banyak masalah dalam senarai calon Pakatan Rakyat. Banyak isu. Ada yang kata, sekurang-kurangnya ada 6 SET senarai calon yang dikemukakan pada ketika ini.

1.Senarai Calon Yang Dikemukakan PKR (rasmi)
2.Senarai Calon DAPSenarai Calon PAS
3.Senarai Calon PKR (Jika Anwar Ibrahim dimasukkan ke Sungai Buloh)
4.Senarai Calon PKR (Kalau Anwar kekal sebagai Ketua Umum)
5.Senarai Calon PKR (…yang Azmin anggap wajar)

Masalah utama bukan kepada parti lain. Tetapi PKR. PKR ada 4 SET senarai calon. Pening kepala DAP dan PAS. Kepada PAS dan DAP, mereka tak nak tahu senarai calon yang mana satu; tapi mereka mahu penambahan jumlah calon kepada parti masing-masing. Setelah dicampur-campur; Pakatan Rakyat akan bertanding di 237 kawasan. Lebih daripada jumlah Parlimen. Maknanya, banyak kerusi yang bertindih. Banyak kerusi yang ditandingi oleh rakan-rakan PR.

Kita tahu, bagi mendatangkan impak – PR akan memastikan pertandingan akan menjadi 1 LAWAN 1. Banyak kawasan. Bertanding 3 penjuru. Macamana yang Tian Chua boleh kata senarai sudah hampir selesai.

Menurut rakan yang hadir dalam mesyuarat tersebut – PAS sudah menyatakan keinginan untuk bertanding sebanyak 80 kawasan. DAP juga ingin menambah sebanyak 53 kawasan. Ini memberikan makna – PKR terpaksa KORBAN sebanyak 9 kawasan Parlimen. Azmin sudah awal-awal menyatakan TIDAK SETUJU.

Malahan, Azmin sudah memberikan kata dua – ada beberapa kawasan yang TIDAK BOLEH DISENTUH oleh PAS dalam apa keadaan sekalipun. Noktah. Tidak ada tolak ansur. Jika mahu tolak ansur; PKR sedia bertanding atas tiket sendiri. Sudah ada perpecahan nampaknya…mana yang Tian Chua kata selesai?

Selain daripada itu, ada juga senarai calon yang bertindih – di samping beberapa 'kezutan' yang dicadangkan:-
*Ambiga ada nama dalam dua senarai ( DAP dan PKR). Pelik tetapi benar. Ini membayangkan Ambiga sudah menjadi 'most valuable player' pada ketika ini;
*Mary Cordosa (juga ada dalam senarai DAP dan PKR). Mary salah seorang Doktor di Tung Shin Hospital. Aktif dengan MMA.
*Hasmy Agam ada dalam senarai PKR. Tidak ada dalam senarai lain.
*Haris Ibrahim (walaupun bergerakatas nama 'independent' – senarai nama ada dalam PKR);
*Izzah; dalam salahsatu senarai PKR dikatakan akan bertanding di Permatang Pauh (dalam senarai sama, Azmin akan berpindah ke Lembah Pantai)
*Timbalan Presiden PAS (*Titiwangsa atau Putrajaya; senarai ini sebelum Allahyarhamah Dr Lo' Lo' meninggal dunia)
*PAS juga minta Wangsa Maju (calon belum dikenalpasti).

Ada yang bertanya kenapa PR nak terus bincang 'senarai calon' pada ketika ini – sedang jumlah kerusi belum dipastikan. Mereka hanya mahu sebarang 'permasalahan' diselesaikan lebih awal. Tidak mahu ada sebarang upset di kemudian hari.

Tian Chua jangan selalu sangat berbohong kepada media. Yang sebenarnya, mereka bukan sahaja berbincang pasal jumlah 'seats'; malahan senarai CALON.

AnakBD: kata Ambiga tak bertanding mana2 parti politik! sah pembohong mereka ni.. Semua memang kaki pembelit

Saturday 29 September 2012

~hebat!!!PAS KEDAH TERUS JAGA KEBAJIKAN~


7hb April 2010..tarikh yang menggembirakan kebanyakkan penduduk di Pulau Tuba dan kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana pada tarikh ini Kerajaan PAS Kedah yang terkenal dengan negeri 'berkebajikan'nya telah mengeluarkan satu belanja untuk membaiki jabatan yang menghubungkan Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting.


Hebat bukan?..Tetapi itu hanya didalam mimpi sahaja. Kerana Kerajaan PAS Kedah tidak pernah ambil berat dengan keadaan jalan perhubungan yang ada di dalam negeri Kedah.

Cerita sebenarnya adalah begini :

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Tan Sri Khalid bin Ramli dengan sukacitanya telah meluluskan sejumlah peruntukkan untuk membaiki jambatan yang menghubungkan Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting.

Perkara ini telah disahkan oleh YB Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad, ADUN Kawasan Kuah kepada MKT pada pagi ini. Difahamkan juga peruntukkan sebanyak RM500,000 akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikian dan penyelenggaraan jambatan tersebut dan ianya akan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya daerah Langkawi.

Dengan pembaikian jambatan ini maka akan memudahkan penduduk kedua-dua buah pulau yang seramai 4,000 orang berulang-alik dan membantu menarik kembali sektor pelancongan yang semakin muram akibat kerosakan jambatan tersebut.

Itu berita yang sebenarnya. Hendak harapkan kepada Kerajaan Negeri PAS? Alamat roboh dulu jambatan itu, barulah terketaq-ketaq hendak tunjukkan kononnya ambil berat.

Kesimpulannya, kes jambatan Pulau Tuba yang rosak pun tidak boleh diberi perhatian dan tindakan, bagaimana pula dengan janji kononnya hendak bina kabel elektrik dasar laut tu? Alamatnya sampai kiamat la jika rakyat Pulau Tuba terpengaruh dengan janji-janji mereka.

~BAJET 2013:''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati'~

MUKA-MUKA DEPAN AKHBAR TEMPATAN HARINI LEBIH BERKISARKAN TENTANG PEMBENTANGAN BAJET 2013 ...ALHAMDULILLAH BERKAT USAHA KERAJAAN BN RAKYAT MENIKMATI PELBAGAI MANFAAT...TAHNIAH ATAS USAHA KERAJAAN PUSAT...

MUKA DEPAN KOSMO

MUKA DEPAN UTUSAN MALAYSIA


OK SEKARANG ANAK JATI MALAYA INGIN MENUNJUK PADA SEMUA INTIPATI2 BERKAITAN DENGAN BAJET 2013.BERIKUT ADALAH:

DIKEMAS KINI] BERIKUTinti pati Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini:

 
PERTUMBUHAN EKONOMI
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

BISNES DAN PELABURAN SWASTA
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
 

PENYERTAAN BUMIPUTERA
* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem  percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang"  

KESEJAHTERAAN RAKYAT
* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.

* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.

* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.

* RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.
 
BELIA
* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"

* Memberi rebat RM200 secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun

*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar

SOSIAL
* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah
dua peratus ke atas pinjaman
* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000

PELAJAR DAN PERSEKOLAHAN
* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan
* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta * Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250
* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000
* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun
* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta

SEKTOR AWAM DAN PENDAPATAN ISI RUMAH:
* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan
* RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Jabatan Perumahan Negara
* Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala had pendapatan bersama suami isteri RM10,000
* Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan
* Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran
* RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan
* Diskaun 50 peratus ke atas tambang penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta diskaun 50 peratus ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barang keperluan dan binaan ke Labuan

HAJI:
* Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000

CUKAI PENDAPATAN
* Kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu peratus bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000
* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional
* RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar.
* Kerajaan akan menubuhkan "National Strategic Coordination Unit" untuk merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar
* Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak
* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam Sabah dan Sarawak * RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut  menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing
* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk "Program Get Malaysian Business Online" dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram


Friday 28 September 2012

~BAJET 2013:BERSIFAT MENYELURUH UTK SEMUA~!!!!~

SEMBANG-SEMBANGG BAJET 2013

Bajet 2013 : #Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan #cuepacs #bonuskakitanganawam

#Bajet2013 KERAJAAN MEMUTUSKAN UTK MEMBERI DISKAUN 20% BAGI PENYELESAIAN PINJAMAN PTPTN SEKALI GUS SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2013.

#Bajet2013 : Melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia, SL1M

#Bajet2013 - Pengecualian duti setem sebanyak 50% akan dilanjutkan sehingga 31 disember 2014

#Bajet2013 Utk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bantuan 100 di berikan, manakala pelajar Tingkatan 6 dan Mahasiswa di IPTA/IPTS akan mendapat bantuan buku bernilai 250

#Bajet2013 : Skim Pembiayaan Tekonologi Hijau ditambah RM2 bilion lagi. Dilanjut sehingga 2015 

#bajet2013: Kerajaan akan menubuhkan 'Graduate Employability Task Force' untuk membantu graduan2 yg mengangur.

#Bajet2013 : semua pekerja brumur 45 ke 55 akn dberikn pmeriksaan ksihatan prcuma d klinik2 yg akn dluluskn olh Perkeso!

#Bajet2013 : Pencen pesara kerajaan diselaras, dinaikkan pencen minimum kepada RM820 sebulan

#Bajet2013 : Untuk warga emas, kos pemprosesan pasport dikurangkan 50 peratus.

#Bajet2013 : Insentif RM200 khas buat pegawai dan anggota ATM

#Bajet2013 : Kelayakan peringkat pegawai ATM dinaikkan kepada kelulusan Ijazah

#Bajet2013 : Kpd bekas tentera yg tdk brpencen, Krjn berikan sbnyk RM1000 tiap seorang sbg one-off payment

#Bajet2013 : Wang proses permohonan pinjaman penjawat awam kini hanya RM100 ringgit.

#Bajet2013 : Rebate RM200 kpd belia 21-30 tahun bg setiap pembelian telefon bimbit pintar.

#Bajet 2013 : Diskaun 50 peratus kadar tambang komuter diperluaskan kepada semua yang berpendapatan RM3,000 ringgit ke bawah

#Bajet 2013 : BR1M 2.0, diberi kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan berpendapatan RM2 ribu sebulan kebawah berjumlah RM250

#Bajet 2013 : Pencarum KWSP boleh mengeluarkan Akaun 2, untuk menampung kekurangan kos tambang haji.

#Bajet 2013 : Rebat tunai RM10 ribu kepada pengusaha bas sekolah. Juga kadar faedah pinjaman 2 peratus."

#Bajet 2013 : Pemberian RM100 ringgit sebagai bantuan persekolahan diteruskan, baucer buku juga diteruskan, meningkat RM250 ringgit.

#Bajet 2013 : Penubuhan 100 Pusat Internet 1Malaysia.

#Bajet2013 :BONUS Kakitangan Awam Sebulan setengah gaji. SEBULAN SETENGAH.

#Bajet2013 : Pemberian Khas RM500 kepada pesara kerajaan

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DIUCAPKAN PADA KERAJAAN BN ATAS KEPERIHATINAN KERAJAAN MERINGANKAN BEBAN RAKYAT.

~BELANJAWAN 2013 (BAJET 2013)~


28 SEPTEMBER 2012 | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Bajet 2013 akan dibentangkan di Parlimen sebentar lagi.

Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan dijangka menyaksikan penerusan dasar afirmatif yang beliau telah perkenalkan sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan akan diadakan seperti berikut:

TARIKH: 28 September 2012

MASA: 4.00 ptg

TEMPAT: Parlimen Malaysia


Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat. 

Perbelanjaan kerajaan persekutuan pada 2012 dianggarkan bernilai RM229 bilion dan ini bermakna yang perbelanjaan tahun depan akan tinggi sedikit bagi menampung pelbagai program menyeluruh yang bertujuan mengukuhkan kesejahteraan rakyat dalam beberapa bidang.

Ini termasuklah rumah mampu milik, pengangkutan awam yang lebih baik, keselamatan awam, kemudahan pendidikan dan latihan, peluang perniagaan dan pelaburan yang lebih meluas.

Dalam perundingan Belanjawan 2013, kerajaan menerima 84 memorandum. Cadangan itu akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013 yang bakal dibentangkan nanti.

Belanjawan 2013 ini dijangka akan menangani kebimbangan para pembayar cukai kelas pertengahan bandar, yang pendapatan bulan antara RM5,000 dan RM10,000.


dipetik dr laman web http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/09/28juta-rakyat-malaysia-akan-menumpukan.html

Thursday 27 September 2012

~LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT MENGENAI PENGHINAAN TERBUKA SEORANG LELAKI INDIA TERHADAP AGAMA ISLAM..~

SEBELUM ANAK JATI NAK MENGULAS PANJANG ISU PENGHINAAN INI..AJM  INGIN MENUNJUK PADA KALIAN SEMUA SIAPA DIA YANG SEBENARNYA YANG MELAKUKAN PENGHINAAN TERSEBUT ..

HAH NI DIA...DIA NI LAH YANG TERLIBAT DALAM ISU PENGHINAAN TERSEBUT

BERIKUTAN DENGAN ISU TERSEBUT SATU LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT OLEH PEMUDA UMNO IPOH BARAT DAN PERKASA DAN NGO 2 YANG TELAH DIKETUAI SENDIRI OLEH KETUA PEMUDA SAUDARA PUTRA SYAMSUL.

BERIKUT ADALAH BUKTI LAPORAN POLIS YANG TELAH DIBUAT DI IPD IPOH SG SENAM

SIDANG MEDIA SELEPAS LAPORAN POLIS DI IPD SG SENAM.





HARAP POLIS AMBIL TINDAKKAN TEGAS PADA YANG MEMBUAT PENGHINAAN TERSEBUT...




~Belanjawan Perdana Menteri Yang Terbaik Untuk Rakyat...Nantikan Semuana Untuk Rakyat....Cayalah~


Semoga dengan belanjawan untuk 2013 yang terbaik untuk rakyat Malaysia....Alhamdulilah semoga rakyaat Malaysia untuk tahun hadapan bertambah makmur dan aman di bawah pertadbiran BN dan UMNO.


~TURUNKAN HARGA PRIVATE JET~



ANAK JATI MALAYA BERSETUJU SGT JIKA KERAJAAN PR MENURUNKAN HARGA PRIVATE JET...LEPAS NI MUDAH LAR NAK GI MANA...HEHEHE
....JGN MARAH...

NAK TENGOK CERITA NYA BOLEH LAR TGK DI BLOG SEKUPANG DUA INI...ALA BLOGGERS YG KENE SAMAN NGN KO MENG TU...NI LINK DIA

Wednesday 26 September 2012

~TERUKNYA!!! BUDAK SENGAL PAKATAN SANGGUP MAKAN BABI??~




Aku dah tak tahu nak cakap apa bila baca twitter budak pakatan ni, bagi aku kalau marahpun jangan sampai hilang pertimbangan dan soal aqidah. Nak salahkan siap dalam hal ni? Tok Guru, Ulama dalam Pas atau mereka yang tak ajar anak buah ? Aku malas nak ulas panjang, aku setakan di sini sedikit mengenai 'Babi yang haram dalam Islam' untuk renungan bersama.




Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



Cuba lihat perkatan الْمَيْتَةَ apa maknanya?

Sudah tentu bagkai.

apa dia bangkai?

Bangkai didalam ayat ini ialah binatang yang tidak disembelih atau disembelih tidak mengikut syarak.

Apakah sembelih yang mengikut syarak?

Sembelih mengikut syarak ialah memotong urat tempat lalu nafas dan urat tempat lalu makanan pada binatang yang boleh dimakan lagipula yang kuasa disembelih.

Dengan itu menyembelih binatang yang tidak boleh dimakan tidak dinamakan menyembelih mengikut syarak.

Apaka ada orang menyembelih babi mengikut syarak?

Adakah babi termasuk binatang yang halal dimakan?

Babi termasuk dalam binatang yang tidak boleh dimakan, maka pada nya ada dua sifat pertama haram kerana bangkai kedua ianya haram dengan lafaz وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ. Ertinya haram makan daging babi.

Dalam ayat menyebut daging, adakah yang lain dari daging termasok dalam kata haram sepertimana daging? seperti lemak kulit dan lain-lain.

Didalam ayat ini Allah menyebut وَلَحْمَ الْخِنزِير ertinya dan haram daging babi maka yang lain haram juga kerana kaidah من إطلاق الجزإ وإرادة كل ,mengitlak satu juzuk tapi yang dikehendaki sekelian yakni mengantong sesuatu pada sebahagian tetapi yang dikehendaki keseluruhan benda itu. Didalam ayat ini Allah gantongkan pengharaman pada daging dan yang lain masok (mengikut) dalam kehendak pengharaman.

Sekarag ini saya nak bawakan pendapat ulamak mazhab.

Mengikut mazhab Hanafi sekalian angota (juzuk) binatang yang tidak sampai darah seperti bulu gading dan lain adalah suci melainkan babi. Maka sekelian juzuk babi adalah najis mengikut pendapat Hanafi.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali sekelian juzuk binatang yang telah mati adalah najis maka ia adalah haram kerana firman Allah حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ. Diharamkan keatas kamu bangkai. Mengikut dua mazhab ini Kulit bangkai tidak boleh jadi suci dengan disamak juzuk satu m. 157 الفقه الاسلمي Dr. Wahbah Zuhayli.

Mengikut mazhab Maliki tiap-tiap benda hidup suci sehinga anjin dan babi. Yang dikehendaki yang hidup bukan yang dah mati.

Mufakat sekelian ulamak bahawa daging babi najis sekalipun disembelih dan berkata mereka itu sekelian juzuk babi yang telah mati adalah najis.

Mengikut mazhab Maliki dan Hambali pada pendapat yang Mashur kulit bangkai najis samaada disamak atau tidak kerana kulit satu juzuk dari bangkai. Maka tidak jadi suci dengan samak kerana firman Allah إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ الْمَيْتَةَ mengikut mereka itu hadis yang mengharuskan kulit bangkai telah tidak boleh diguna hukum kerana telah di nasakh oleh hadis

أني كنت رخصت لكم فى جلود الميتة فاذا جاءكم كتابي هذا فلا تنفعوا من الميتة بإهاب
ولا عصب رواه أحمد وأبو داود وفى لفظ أتنا كتاب رسول الله صلى الله عليه وسلم
قبل وفاته بشهر او بشهرين

Ertinya sesunguhnya aku telah memberi kemudahan kepada kamu pada kulit bangkai maka apabila sampai surat ini kepada kamu maka jangan kamu ambil menfaat dari kulit bangkai dengan disamak dan tida juga diambil menfat dengan nya dengan membalut telah meriwayat hadis ini Imam Ahmad dan Abu Daud dan ada terdapat pada riwayat yang lain dengan lafaz telah datang kepada kami surat Rasullah selepas wafatny lebih kurang sebulan atau dua bulan.

Maka hadis ini menasah hadis yang megharuskan mengambil menfaat dari kulit binatang.

Mazhab Zahiri tidak boleh diamal kerana tidak ada lagi ulamak yang besanad (bersambung) hinga kepada mereka itu.

Sanad adalah penting supaya menjaga kesinambungan ilmu supaya tidak ada unsure penipuan seperti mengubah pendapat mereka itu atau menambahnya sedangkan mereka tidak berpendapat begitu.

Tentang bab istihalah (berubah) yang dikehendaki disini adalah berubah dengan sendirinya seperti arak berubah jadi cuka atau darah dipusat kijang berubah jadi kasturi. Bukan berubah dengan usha kita dan bukan semua benda berubah masuk dalam bab ini.

Kalau semua benda yang berubah sifat masuk dalam bab ini maka racun yang berubah boleh dimakan.

~Taksub yang bukan-bukan~



HAHAHA MACAM NI PON ADA ,PELIK2..JUST 
SONOK2 DI WAKTU YG SUNYI

~'Saya percaya, kita berkuasa, kita akan jadi kuat.'~


Dr Syed Husin Ali ialah pemimpin politik yang tidak pernah luntur semangat memperjuangkan keadilan rakyat. Selain pengalamannya sebagai tahanan politik selama enam tahun yang diungkapkan dalam buku berjudul ‘Dua Wajah’. Syed Husin menjadi orang kuat kepada beberapa parti politik di negara ini seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKR. Wartawan Sinar Harian HASLINA KAMALUDIN dan NORSHAHZURA MAT ZUKI bersama jurugambar MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI berkesempatan untuk menemu bual Ahli Dewan Negara ini yang dilihat sentiasa bersikap ‘low profil’ dan bersahaja. Ikuti wawancara tersebut.


Bagaimana Dr terlibat dalam bidang akademik dan beralih ke arena politik?
Saya bekerja sebagai ahli akademik selama 30 tahun dan kemuncak kerjaya saya ialah menjadi Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM) setelah berkhidmat tempoh yang lama di universiti itu. Saya juga anggota Senat Universiti dalam Majlis Universiti. Saya memainkan peranan besar kepada universiti. Saya melihat banyak soal politik berkembang akhir 1980an lalu saya terpanggil untuk menyertai politik.

Sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), anggota akademik boleh ambil bahagian sepenuhnya dalam politik dan saya memegang beberapa jawatan antaranya ialah Setiausaha Agung dan Timbalan Ketua Umum Parti Rakyat Malaysia (PRM). Saya juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun. Selepas itu, saya aktif berpolitik.


Kenapa Profesor berminat dalam politik pada ketika itu?
Sebenarnya, saya sentiasa prihatin terhadap golongan bawahan dan nasib Melayu kerana mereka tinggal di kampung. Jadi, saya bersuara dalam politik. Di universiti suara saya terkawal manakala di luar saya mesti bersuara dan bergerak cergas untuk membantu mereka untuk kehidupan lebih baik.


Siapakah yang memberikan sokongan kepada Dr untuk aktif berpolitik secara terbuka?
Pimpinan parti dan ramai anggota parti mendesak saya untuk berpolitik secara terbuka. Pada masa Auku, saya aktif berpolitik tetapi tidak ke hadapan. Saya tidak berbincang dengan isteri tetapi saya tahu beliau menyokong saya. Beliau juga berhenti sebagai seorang guru dan aktif dalam gerakan peneroka bandar. Saya adalah Presiden PRM dan mula terlibat dalam politik sejak saya belajar di Singapura.


Apakah tujuan percantuman PRM dengan Parti Keadilan (Nasional)?
Kita mula bincang untuk bercantum sekitar tahun 2001 dan 2002 dan bersama pada 2003. Pada asasnya, saya berpandangan kalau berkesan menentang dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN), perlu ada kerjasama rapat. Tapi peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dan suasana politik dalam negara berubah, Melayu bangkit, kita rasakan masa terbaik untuk kuasa menyatukan rakyat. Anwar menulis surat kepada saya meminta supaya ada kerjasama dan percantuman kedua-dua parti.


Pada waktu itu, PKR masih baru dan pendirian belum jelas, bagaimana Dr membuat keputusan untuk bercantum?
PKR baru mula dan pendirian tidak jelas. Kami berbincang untuk bersatu dan menyerahkan kepada kongres. Kongres meminta kami mengkaji dan perbincangan mengambil masa yang lama. Akhirnya kami mendapat sokongan majoriti dan mempunyai tujuan yang sama untuk menyatupadukan pembangkang supaya lebih kuat menentang kuasa yang ada. Selepas isu Anwar, kini dasar-dasar PKR jelas iaitu bukan memperjuangkan nasib seorang rakyat tetapi pembelaan rakyat menjadi dasar utama.

Tidak silap percantuman itu berlaku. Datin Seri Wan Azizah Ismail menjadi Presiden dan saya menjadi Timbalan Presiden PKR pada waktu itu. Kami menubuhkan jawatankuasa sementara dan Kongres PKR yang pertama diadakan di Ipoh. Azizah menang tanpa bertanding sebagai Presiden, manakala saya menang majoriti yang selesa. Selepas itu kami menubuhkan jawatankuasa untuk menggerakkan parti PKR.


Setelah Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR bergabung dengan beberapa parti lain seperti Pas dan DAP. Adakah keadaan itu mengubah pendirian PKR?
Sebelum ini kita lihat, PRM dan Parti Keadilan Nasional bergabung mempunyai lima elemen dari segi keanggotaan iaitu wakil dari kedua-dua parti, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa pimpinan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islah Malaysia (Jim). Kita lihat percantuman ini bukan sahaja Islam tetapi mempunyai pelbagai bangsa. Kini pimpinan Anwar menarik kembali Pas dan DAP dalam satu pakatan yang besar sekali dan menyebabkan kedudukan BN tercabar.


Adakah terdapat kelainan dalam parti selepas bergabung dengan Pas dan DAP?
Gabungan tercipta selepas kemenangan lima negeri. Sebelum kemenangan pemilihan 2008, memang ada persetujuan satu lawan satu tetapi dah ada kerjasama gabungan Pakatan Rakyat (PR). Ia juga diperkukuhkan dengan adanya agenda dan polisi bersama, Buku Jingga, pendirian yang sama dan hal tertentu. Keadaan bertambah baik walaupun ada juga perbezaan pendirian tetapi atas pegangan bersama mereka boleh bersatu. Saya percaya, kita berkuasa, kita akan jadi kuat.


Bagaimana Dr melihat politik di negara kita sekarang?
Rakyat bangkit kerana sedar dan berani menyatakan sikap mereka menentang kekuasaan yang ada. Ini adalah petanda yang baik melibatkan anak muda pelbagai kaum. Kehendak rakyat untuk perubahan pemerintahan. Terserah kepada tangan rakyat dan restu ALLAH.


Bagaimanakah Dr melihat politik melampau yang berlaku di negara ini, ke mana arah politik negara ini?
Sekarang ni banyak perkara tidak terkawal. Kita tengok televisyen saban malam bercerita mengenai seks, sodomi dan segala-galanya. Kehadiran filem barat tidak terkawal dan propaganda. Kita lihat unsur-unsur keganasan dan tidak ada adab yang dilakukan pelbagai pihak tetapi kalau kita kaji yang memulakannya adalah pihak kerajaan. Sekarang saya masih menunggu pemimpin kerajaan mendesak supaya jangan mencela perbuatan tidak beradab dan kasar. Sistem pendidikan banyak kekurangan nilai agama, murni dan etika kesedaran tanggungjawab dalam masyarakat. Sekarang ini banyak mengejar kertas, siapa mampu, bagi tuisyen supaya banyak A. Ini bukan pendidikan, pendidikan memerlukan nilai-nilai yang mengubah masyarakat supaya bertanggungjawab.


Apakah yang dilakukan Dr selepas melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR?
Selepas dua penggal menyandang jawatan itu, saya berundur dan menumpukan kepada penulisan. Pada 2009, saya dilantik menjadi Senator dan akan berakhir pada Disember 2012. Saya tidak mahu lagi menyambung sebagai Senator kerana umur saya dan biarlah orang muda berdebat.


Adakah Dr menyokong Selangor mengadakan pilihan raya berasingan?
Saya menyokong Selangor adakan pilihan raya berasingan sekiranya tidak diselesaikan keraguan pengundi. Saya kini berada dalam Biro Politik parti dan membuat dasar parti yang akan bertanggungjawab mengkoordinasi perjalanan sebelum dan selepas pilihan raya.


Apakah ciri- ciri calon boleh menang?
Komitmen kepada perjuangan dan keadilan untuk semua. Bersikap mempedulikan rakyat dan komitmen membentuk negara bangsa yang satu kerana kita masih berpecah. Calon harus menghormati etika dan moral untuk menentang rasuah kewangan, politik dan moral.
Calon juga perlu bersedia menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat, laksanakan tuntutan rakyat bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan pihak berwajib. Bersih daripada rasuah kerana komitmen tidak boleh dijual beli.


Adakah orang PKR mudah dibeli?
Banyak orang kata, orang PKR mudah sangat dibeli. Kebetulan kes yang lalu, banyak ahli yang lari itu daripada PKR. Tapi, mengikut sejarah, permulaan tiap-tiap parti, ramai yang berpindah parti dan keluar. Pas sendiri, ahlinya seperti Dr Asri pernah keluar parti. DAP juga
begitu apabila Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa ahli melompat parti. Itulah senario permulaan pada tiap-tiap parti. Bahkan Umno juga pernah berpecah. Datuk Onn Jaafar pernah keluar parti. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn pun keluar, tak mahu masuk semula.

Tun Mahathir pun juga pernah keluar sekejap, kemudian masuk semula. Jadi itulah permulaan perkembangan parti. Tambahan dengan krisis yang berlaku, ia berlaku terhadap PKR yang ketika itu masih muda.
 

Mengapa isu ‘dibeli’ ini mudah berlaku?
Pada 2008, banyak kawasan yang ingin ditandingi lebih kurang ada 80 kerusi daripada calon-calon yang sudah bersedia untuk bertanding. Tapi, PKR hanya meletakkan sasaran menang pada 15 kerusi. Yang lain-lain itu, susah hendak menang. Kebanyakan daripada kerusi campuran. Jadi, orang-orang yang kita rasakan sesuai tidak mahu bertanding, begitu pula sebaliknya. Jika PKR tidak meletakkan mereka ini, Umno akan menang tanpa bertanding. Jadi, PKR meletakkan mereka supaya Umno tidak akan menang tanpa bertanding. Walaupun kita rasa mereka tidak sesuai, alih-alih mereka menang.


Mungkin ketika itu, ramai ingin membuat angin perubahan serta ramai pengundi atas pagar?
Calon PKR ketika itu masih tidak ada komitmen dan kurang berkeyakinan. Kebetulan nasib ada sebab ada angin perubahan. Bukan semua yang tidak ada komitmen.  
 

Keyakinan lebih tinggi?
Sekarang ini, PKR terlalu banyak calon. Tapi, ia memberi peluang untuk kami memilih calon yang baik. Hanya mereka yang boleh dipercayai, lebih pengalaman, kebolehan akan diterima sebagai calon.


Dengarnya ramai calon muda?
Boleh dikatakan ramai juga calon muda. Saya ingin melihat lebih ramai yang lebih tinggi kelayakannya. Mungkin ada sebahagian kecil yang masih belum memuaskan. Pada umumnya, bilangan orang muda, wanita semakin bertambah. Saya harap mereka dapat menandingi PRU akan datang.


Nasihat kepada golongan pemimpin politik hari ini?  
Saya berharap, segala keganasan dan tindakan melampau daripada semua pihak mesti dihentikan. Adalah tanggungjawab besar pemimpin kerajaan terutamanya, untuk mengambil tindakan menghentikannya, khususnya golongan yang boleh dikawal. Yang kedua, soal politik, agama dan kaum tidak boleh dibesar-besarkan. Kadang-kadang saya merasakan ia sengaja dibesarkan untuk menimbulkan masalah. Ada kenyataan menyebut apabila PR kalah dalam pilihan raya, kami akan buat kacau. Saya percaya perkara ini tidak akan berlaku kerana PR tidak ada alat untuk buat kekacauan itu. Tapi jika PR menang, besar kemungkinan, BN yang akan membuat kacau. Ketika saya dan beberapa kenalan berada di dalam tahanan, ada pegawai penyiasat yang memberi amaran kepada saya. Mereka mengatakan, PR tidak akan menang kerana mereka ada organisasi untuk tidak membenarkan pembangkang menang untuk memerintah. Perkara ini saya muatkan di dalam buku tulisan saya kerana ia pengalaman saya sendiri.


Apa pandangan Dr dengan keganasan yang berlaku akhir-akhir ini?
Saya sangat bimbang dengan keganasan yang berlaku kerana ia seperti latihan dan hanya dibiarkan. Jika kerajaan tidak mahu, ia perlu disekat. Jangan bercakap mahu pertahan Putrajaya dengan darah, daging dan tulang. Jangan kata akan adakan sekatan-sekatan. Itu tidak kena. Jika ada angin perubahan, biarlah angin perubahan berlaku. Pimpinan kerajaan perlu bersedia untuk beri laluan kepada PR jika kalah. Begitu juga kepada PR, perlu memberi laluan kerana BN menang menerusi pilihan raya yang adil dan bersih. Jangan gunakan agama sebagai politik mendapatkan sokongan Melayu, tidak kira BN atau PR, ia satu kesalahan. Tapi kalau parti yang mempunyai pendirian keagamaan, itu tidak salah. Di negara Barat juga ada perkara yang sama. Jangan peralatkan hingga menimbulkan pergaduhan dan kekecohan, Ini yang menimbulkan dasar pecah dan perintah. Ia sama seperti penjajah. 

Dipetik dr laman web rasmi sinar harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...