Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 26 September 2012

~'Saya percaya, kita berkuasa, kita akan jadi kuat.'~


Dr Syed Husin Ali ialah pemimpin politik yang tidak pernah luntur semangat memperjuangkan keadilan rakyat. Selain pengalamannya sebagai tahanan politik selama enam tahun yang diungkapkan dalam buku berjudul ‘Dua Wajah’. Syed Husin menjadi orang kuat kepada beberapa parti politik di negara ini seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PKR. Wartawan Sinar Harian HASLINA KAMALUDIN dan NORSHAHZURA MAT ZUKI bersama jurugambar MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI berkesempatan untuk menemu bual Ahli Dewan Negara ini yang dilihat sentiasa bersikap ‘low profil’ dan bersahaja. Ikuti wawancara tersebut.


Bagaimana Dr terlibat dalam bidang akademik dan beralih ke arena politik?
Saya bekerja sebagai ahli akademik selama 30 tahun dan kemuncak kerjaya saya ialah menjadi Profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM) setelah berkhidmat tempoh yang lama di universiti itu. Saya juga anggota Senat Universiti dalam Majlis Universiti. Saya memainkan peranan besar kepada universiti. Saya melihat banyak soal politik berkembang akhir 1980an lalu saya terpanggil untuk menyertai politik.

Sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), anggota akademik boleh ambil bahagian sepenuhnya dalam politik dan saya memegang beberapa jawatan antaranya ialah Setiausaha Agung dan Timbalan Ketua Umum Parti Rakyat Malaysia (PRM). Saya juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun. Selepas itu, saya aktif berpolitik.


Kenapa Profesor berminat dalam politik pada ketika itu?
Sebenarnya, saya sentiasa prihatin terhadap golongan bawahan dan nasib Melayu kerana mereka tinggal di kampung. Jadi, saya bersuara dalam politik. Di universiti suara saya terkawal manakala di luar saya mesti bersuara dan bergerak cergas untuk membantu mereka untuk kehidupan lebih baik.


Siapakah yang memberikan sokongan kepada Dr untuk aktif berpolitik secara terbuka?
Pimpinan parti dan ramai anggota parti mendesak saya untuk berpolitik secara terbuka. Pada masa Auku, saya aktif berpolitik tetapi tidak ke hadapan. Saya tidak berbincang dengan isteri tetapi saya tahu beliau menyokong saya. Beliau juga berhenti sebagai seorang guru dan aktif dalam gerakan peneroka bandar. Saya adalah Presiden PRM dan mula terlibat dalam politik sejak saya belajar di Singapura.


Apakah tujuan percantuman PRM dengan Parti Keadilan (Nasional)?
Kita mula bincang untuk bercantum sekitar tahun 2001 dan 2002 dan bersama pada 2003. Pada asasnya, saya berpandangan kalau berkesan menentang dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN), perlu ada kerjasama rapat. Tapi peristiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan dan suasana politik dalam negara berubah, Melayu bangkit, kita rasakan masa terbaik untuk kuasa menyatukan rakyat. Anwar menulis surat kepada saya meminta supaya ada kerjasama dan percantuman kedua-dua parti.


Pada waktu itu, PKR masih baru dan pendirian belum jelas, bagaimana Dr membuat keputusan untuk bercantum?
PKR baru mula dan pendirian tidak jelas. Kami berbincang untuk bersatu dan menyerahkan kepada kongres. Kongres meminta kami mengkaji dan perbincangan mengambil masa yang lama. Akhirnya kami mendapat sokongan majoriti dan mempunyai tujuan yang sama untuk menyatupadukan pembangkang supaya lebih kuat menentang kuasa yang ada. Selepas isu Anwar, kini dasar-dasar PKR jelas iaitu bukan memperjuangkan nasib seorang rakyat tetapi pembelaan rakyat menjadi dasar utama.

Tidak silap percantuman itu berlaku. Datin Seri Wan Azizah Ismail menjadi Presiden dan saya menjadi Timbalan Presiden PKR pada waktu itu. Kami menubuhkan jawatankuasa sementara dan Kongres PKR yang pertama diadakan di Ipoh. Azizah menang tanpa bertanding sebagai Presiden, manakala saya menang majoriti yang selesa. Selepas itu kami menubuhkan jawatankuasa untuk menggerakkan parti PKR.


Setelah Pilihan Raya Umum Ke-12, PKR bergabung dengan beberapa parti lain seperti Pas dan DAP. Adakah keadaan itu mengubah pendirian PKR?
Sebelum ini kita lihat, PRM dan Parti Keadilan Nasional bergabung mempunyai lima elemen dari segi keanggotaan iaitu wakil dari kedua-dua parti, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa pimpinan daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islah Malaysia (Jim). Kita lihat percantuman ini bukan sahaja Islam tetapi mempunyai pelbagai bangsa. Kini pimpinan Anwar menarik kembali Pas dan DAP dalam satu pakatan yang besar sekali dan menyebabkan kedudukan BN tercabar.


Adakah terdapat kelainan dalam parti selepas bergabung dengan Pas dan DAP?
Gabungan tercipta selepas kemenangan lima negeri. Sebelum kemenangan pemilihan 2008, memang ada persetujuan satu lawan satu tetapi dah ada kerjasama gabungan Pakatan Rakyat (PR). Ia juga diperkukuhkan dengan adanya agenda dan polisi bersama, Buku Jingga, pendirian yang sama dan hal tertentu. Keadaan bertambah baik walaupun ada juga perbezaan pendirian tetapi atas pegangan bersama mereka boleh bersatu. Saya percaya, kita berkuasa, kita akan jadi kuat.


Bagaimana Dr melihat politik di negara kita sekarang?
Rakyat bangkit kerana sedar dan berani menyatakan sikap mereka menentang kekuasaan yang ada. Ini adalah petanda yang baik melibatkan anak muda pelbagai kaum. Kehendak rakyat untuk perubahan pemerintahan. Terserah kepada tangan rakyat dan restu ALLAH.


Bagaimanakah Dr melihat politik melampau yang berlaku di negara ini, ke mana arah politik negara ini?
Sekarang ni banyak perkara tidak terkawal. Kita tengok televisyen saban malam bercerita mengenai seks, sodomi dan segala-galanya. Kehadiran filem barat tidak terkawal dan propaganda. Kita lihat unsur-unsur keganasan dan tidak ada adab yang dilakukan pelbagai pihak tetapi kalau kita kaji yang memulakannya adalah pihak kerajaan. Sekarang saya masih menunggu pemimpin kerajaan mendesak supaya jangan mencela perbuatan tidak beradab dan kasar. Sistem pendidikan banyak kekurangan nilai agama, murni dan etika kesedaran tanggungjawab dalam masyarakat. Sekarang ini banyak mengejar kertas, siapa mampu, bagi tuisyen supaya banyak A. Ini bukan pendidikan, pendidikan memerlukan nilai-nilai yang mengubah masyarakat supaya bertanggungjawab.


Apakah yang dilakukan Dr selepas melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR?
Selepas dua penggal menyandang jawatan itu, saya berundur dan menumpukan kepada penulisan. Pada 2009, saya dilantik menjadi Senator dan akan berakhir pada Disember 2012. Saya tidak mahu lagi menyambung sebagai Senator kerana umur saya dan biarlah orang muda berdebat.


Adakah Dr menyokong Selangor mengadakan pilihan raya berasingan?
Saya menyokong Selangor adakan pilihan raya berasingan sekiranya tidak diselesaikan keraguan pengundi. Saya kini berada dalam Biro Politik parti dan membuat dasar parti yang akan bertanggungjawab mengkoordinasi perjalanan sebelum dan selepas pilihan raya.


Apakah ciri- ciri calon boleh menang?
Komitmen kepada perjuangan dan keadilan untuk semua. Bersikap mempedulikan rakyat dan komitmen membentuk negara bangsa yang satu kerana kita masih berpecah. Calon harus menghormati etika dan moral untuk menentang rasuah kewangan, politik dan moral.
Calon juga perlu bersedia menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat, laksanakan tuntutan rakyat bukan sahaja di Parlimen tetapi dengan pihak berwajib. Bersih daripada rasuah kerana komitmen tidak boleh dijual beli.


Adakah orang PKR mudah dibeli?
Banyak orang kata, orang PKR mudah sangat dibeli. Kebetulan kes yang lalu, banyak ahli yang lari itu daripada PKR. Tapi, mengikut sejarah, permulaan tiap-tiap parti, ramai yang berpindah parti dan keluar. Pas sendiri, ahlinya seperti Dr Asri pernah keluar parti. DAP juga
begitu apabila Tan Sri Lee Lam Thye dan beberapa ahli melompat parti. Itulah senario permulaan pada tiap-tiap parti. Bahkan Umno juga pernah berpecah. Datuk Onn Jaafar pernah keluar parti. Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn pun keluar, tak mahu masuk semula.

Tun Mahathir pun juga pernah keluar sekejap, kemudian masuk semula. Jadi itulah permulaan perkembangan parti. Tambahan dengan krisis yang berlaku, ia berlaku terhadap PKR yang ketika itu masih muda.
 

Mengapa isu ‘dibeli’ ini mudah berlaku?
Pada 2008, banyak kawasan yang ingin ditandingi lebih kurang ada 80 kerusi daripada calon-calon yang sudah bersedia untuk bertanding. Tapi, PKR hanya meletakkan sasaran menang pada 15 kerusi. Yang lain-lain itu, susah hendak menang. Kebanyakan daripada kerusi campuran. Jadi, orang-orang yang kita rasakan sesuai tidak mahu bertanding, begitu pula sebaliknya. Jika PKR tidak meletakkan mereka ini, Umno akan menang tanpa bertanding. Jadi, PKR meletakkan mereka supaya Umno tidak akan menang tanpa bertanding. Walaupun kita rasa mereka tidak sesuai, alih-alih mereka menang.


Mungkin ketika itu, ramai ingin membuat angin perubahan serta ramai pengundi atas pagar?
Calon PKR ketika itu masih tidak ada komitmen dan kurang berkeyakinan. Kebetulan nasib ada sebab ada angin perubahan. Bukan semua yang tidak ada komitmen.  
 

Keyakinan lebih tinggi?
Sekarang ini, PKR terlalu banyak calon. Tapi, ia memberi peluang untuk kami memilih calon yang baik. Hanya mereka yang boleh dipercayai, lebih pengalaman, kebolehan akan diterima sebagai calon.


Dengarnya ramai calon muda?
Boleh dikatakan ramai juga calon muda. Saya ingin melihat lebih ramai yang lebih tinggi kelayakannya. Mungkin ada sebahagian kecil yang masih belum memuaskan. Pada umumnya, bilangan orang muda, wanita semakin bertambah. Saya harap mereka dapat menandingi PRU akan datang.


Nasihat kepada golongan pemimpin politik hari ini?  
Saya berharap, segala keganasan dan tindakan melampau daripada semua pihak mesti dihentikan. Adalah tanggungjawab besar pemimpin kerajaan terutamanya, untuk mengambil tindakan menghentikannya, khususnya golongan yang boleh dikawal. Yang kedua, soal politik, agama dan kaum tidak boleh dibesar-besarkan. Kadang-kadang saya merasakan ia sengaja dibesarkan untuk menimbulkan masalah. Ada kenyataan menyebut apabila PR kalah dalam pilihan raya, kami akan buat kacau. Saya percaya perkara ini tidak akan berlaku kerana PR tidak ada alat untuk buat kekacauan itu. Tapi jika PR menang, besar kemungkinan, BN yang akan membuat kacau. Ketika saya dan beberapa kenalan berada di dalam tahanan, ada pegawai penyiasat yang memberi amaran kepada saya. Mereka mengatakan, PR tidak akan menang kerana mereka ada organisasi untuk tidak membenarkan pembangkang menang untuk memerintah. Perkara ini saya muatkan di dalam buku tulisan saya kerana ia pengalaman saya sendiri.


Apa pandangan Dr dengan keganasan yang berlaku akhir-akhir ini?
Saya sangat bimbang dengan keganasan yang berlaku kerana ia seperti latihan dan hanya dibiarkan. Jika kerajaan tidak mahu, ia perlu disekat. Jangan bercakap mahu pertahan Putrajaya dengan darah, daging dan tulang. Jangan kata akan adakan sekatan-sekatan. Itu tidak kena. Jika ada angin perubahan, biarlah angin perubahan berlaku. Pimpinan kerajaan perlu bersedia untuk beri laluan kepada PR jika kalah. Begitu juga kepada PR, perlu memberi laluan kerana BN menang menerusi pilihan raya yang adil dan bersih. Jangan gunakan agama sebagai politik mendapatkan sokongan Melayu, tidak kira BN atau PR, ia satu kesalahan. Tapi kalau parti yang mempunyai pendirian keagamaan, itu tidak salah. Di negara Barat juga ada perkara yang sama. Jangan peralatkan hingga menimbulkan pergaduhan dan kekecohan, Ini yang menimbulkan dasar pecah dan perintah. Ia sama seperti penjajah. 

Dipetik dr laman web rasmi sinar harian

No comments:

Post a comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...