Oleh kerana Tengku Razaleigh tak kasi Wanita UMNO membuat apa program berhubung skandal tanah-untuk-jawatan MB yang melibatkan tanah di Relai Gua Musang, maka Perkasa Kelantan tidak akan buat kecoh-kecoh atau bising-bising tapi hanya satu kunjungan kormat ke tanah kepunyaan YB Dato Ngeh dan Nga.
Moh Follow ANAK JATI MALAYA
AMARAN ANAK JATI MALAYA
~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak
~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Friday, 8 February 2013
Cedera Sebab Pasang Bendera

Kejadian berlaku jam 6.45 petang ketika Mohd Dasuki Yusoff, 31, sedang meninjau lokasi sesuai di sebuah jambatan berdekatan kampung berkenaan bagi memasang bendera dan sepanduk.
Mohd Dasuki berkata, ketika berada di lokasi itu, sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhenti di atas jambatan dan memintanya supaya tidak memasang bendera dan sepanduk berkenaan di situ.
"Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN," kata, Mohd Dasuki.
Katanya, mereka memberi alasan kawasan itu adalah kubu kuat parti pembangkang dan tidak membenarkan bendera serta sepanduk BN dipasang di situ.
“Saya mempersoalkan tindakan lelaki terbabit yang melarang tindakan saya itu kerana sebelum ini tidak ada pihak yang menghalang bendera parti pembangkang dipasang di kawasan dikuasai BN.
“Mungkin kerana tercabar dengan soalan saya itu, seorang daripada mereka yang juga penghulu kampung terbabit meluru keluar dari kereta, lalu menghampiri saya serta menumbuk muka saya,” katanya di sini, semalam.
Mohd Dasuki berkata, ketika berada di rumah selepas kejadian itu, dia didatangi pula seorang pemuda berusia 26 tahun yang menaiki motosikal memasuki pekarangan rumah sambil memarahinya berikutan kejadian di atas jambatan itu.
Beliau berkata, ketika bertikam lidah dengan pemuda terbabit, tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan sebilah parang daripada motosikal dan menetak belakang kepalanya.
Katanya, sebaik melihat dia cedera, pemuda terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikalnya di pekarangan rumah dan bapa saudara yang melihat kejadian itu terus membawanya ke Hospital Daerah Tanah Merah (HTM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Akibat tetakan itu, saya menerima enam jahitan di kepala dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah malam kelmarin,” katanya.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, mengesahkan menerima laporan itu dan kes berkenaan sedang dalam siasatan.
Balak Yang Dipanggil 'Puting Gesek"
Kini hampir tiada lagi pembalakan tagging(tanda) bagi pokok pokok pilihan, yang ada hanyalah PEMBALAKAN SAPU BERSIH yang semestinya menjadikan tanah bekas pembalakan itu 'stateland' yang sedia dipajak oleh syarikat atas nama ladang rakyat. Pas tak layak guna nama rakyat hanya 'ladang bangsat' yang hanya mengula-gulakan sebahagian kecil rakyat Kelantan dengan elaun RM200 sebulan.
Sebenarnya hal yang demikian ini telah lama berlaku dengan rakusnya kerana salah satu punca pitis pendapatan negeri yang utama adalah premium balak dan premium tanah . Kerajaan Kelantan sebenarnya buta dalam menjana keewangan dan perniagaan . Sebab itulah habis tanah dan hutan dijaja begitu sahaja kepada taukeh cina bukan anak Kelantan.
Kini hampir tiada lagi pembalakan tagging(tanda) bagi pokok pokok pilihan, yang ada hanyalah PEMBALAKAN SAPU BERSIH yang semestinya menjadikan tanah bekas pembalakan itu 'stateland' yang sedia dipajak oleh syarikat atas nama ladang rakyat. Pas tak layak guna nama rakyat hanya 'ladang bangsat' yang hanya mengula-gulakan sebahagian kecil rakyat Kelantan dengan elaun RM200 sebulan.
Ini adalah contoh beta balak dan saiz keadaan balak status sapu bersih.
Saiz balak berdiameter tapak tangan
Hah Ni la Dia
Balak macam ni dipanggil 'puting gesek' oleh drebar lori balak.
SUMBER
http://ambopakohbn.blogspot.com/2013/02/panas-tanah-hutan-lojing-view.html
Siapa Yang layak merangkul anugerah Belia?

Anugerah Perdana Belia Negara (Lelaki)
Anugerah Perdana Belia Negara (Wanita)
Anugerah Perdana Belia Negara (Inovasi)
Pemenang akan menerima trofi, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM20,000.00
Anugerah Belia Negara telah mula diperkenalkan pada tahun 1988. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi perhargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia Malaysia dalam pelbagai bidang.
Anugerah ini dinamakan Anugerah Perdana Belia Negara bagi meraikan kejayaan belia yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang serta menunjukkan kepada masyarakat sumbangan belia ke arah pembangunan negara.
TERMA & SYARAT
Calon mestilah warganegara Malaysia
Berumur dari 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei 2013.
Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
i. Borang pencalonan
ii. Resume
iii. Kad pengenalan
iv. Sijil / Dokumen pencapaian
v. Surat akuan/gambar/dokumen/sokongan
vi. Laporan ringkas pencapaian/sumbangan
vii. Dokumen-dokumen lain/sijil yang boleh menyokong pencalonan anda.
Borang pencalonan boleh dimuat turun dari http://www.kbs.gov.my. Borang pencalonan yang lengkap boleh dihantar sebelum atau pada 11 Mac 2013 melalui email kepadaapbn@kbs.gov.my atau faks ke 03-8888 8761 atau melalui pos ke alamat:-
Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Aras 11, Menara KBS, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-88713265/3271/3287/3277
Memerangkap Ustaz Nasha Dengan Sumpah Baiah

Ahli Parlimen PAS Bachok, Kelantan itu tidak hanya dicemuh tetapi turut dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.
Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.
Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake lantas tak pasal-pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.
Ancaman Anwar Memberontak :TUN M

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.
Apatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.
Sehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.
Artikel Penuh:Daeng Selili
PKR Di Sabah Lumpuh, Ahli Isytihar Keluar PKR

Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.
Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.
"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok. BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)