Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 5 August 2013

PANAS DAN TERKINI !!! KETUA PEMUDA UMNO IPOH BARAT TAWAR DIRI BERTANDING CALON EXCO !!!

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat, Shamsul Baharin Putra Ahmad Shibi hari ini mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Katanya keputusan itu dibuat berikutan terdapat 15 kekosongan jawatan di peringkat Pemuda Pusat.

"Semua sedia maklum bahawa ketika ini hanya tinggal 5-6 orang sahaja dalam exco dan terdapat lebih daripada 15 kekosongan bagi jawatan exco peringkat pusat.

Maka dengan itu, saya ingin menawarkan diri kerana yakin dengan kemampuan saya untuk melaksanakan tanggungjawab itu nanti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan selepas Majlis Berbuka Puasa Keluarga Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat di Restoran Pakeeza malam tadi.

Menurut Shamsul, tujuannya menawarkan diri adalah untuk memastikan pergerakan pemuda kembali menjadi satu kuasa pendesak yang kuat bagi kerajaan Barisan Nasional.

Dalam majlis yang sama,beliau turut  menghulurkan sumbangan duit raya buat  140 orang pelajar dari Sekolah Rendah Agama Rakyat Al-Islah Addiniah.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...