Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid.
Kenderaan itu juga melanggar tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan.
Saksi Muhammad Yahya, 84, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar dentuman kuat di sebelah kanan masjid.
"Ketika itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan.
"Selain MPV itu, sebuah Nissan Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil berada di laluan bertentangan,", katanya