Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 15 February 2013

Anwar Pemimpin yang bagus?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

"Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan," katanya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.

Artikel Penuh:SINI

info terbaru: Najib dah bubar Parlimen


pru13 terbaru 

Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).

"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".

Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, Perdana Menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah daripada segi penyelarasan dan personaliti.

"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.  

"Kita mesti melakukan verifikasi daripada segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya. - Bernama

NASHARUDIN BAKAL MENTERI PERTAMA KEMENTERIAN KEMAJUAN AGAMA ISLAM MALAYSIA



Memartabatkan Islam sesuai dengan peruntukan perlembagaan yang meletakkan agama ini sebagai agama persekutuan tercapai apabila kabinet memutuskan bersetuju mengangkat taraf Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) sebagai satu kementerian baru.

JAKIM yang selama ini diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan Dato Seri Jamil Khir mengetuai jabatan tersebut (bertaraf menteri) bolehlah kini melebarkan sayap dan peranannya lebih jauh apabila kabinet memutuskan kenaikkan taraf JAKIM sebagai sebuah kementerian dan tindakan ini dilihat tepat pada masanya.

Persoalan mengenai agama Islam sebagai agama rasmi seringkali menjadi polemik politik apabila sebuah lagi parti yang menggunakan sentimen ke-Islaman iaitu PAS dilihat tidak berupaya menekan parti perikatan mereka terutamanya DAP dalam mengangkat agama Islam sejajar dengan kedudukannya di dalam perlembagaan.

Nasharuddin Mat Isa, bekas timbalan presiden PAS yang baru dilucutkan dari majlis syura baru-baru ini dikhabarkan bakal dilantik sebagai menteri pertama kementerian kemajuan agama Islam dan ia akan dilakukan sewaktu parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan.

Terminal Bas Medan Gopeng harus dikekalkan


Ipoh: Pengusaha-pengusaha bas di Terminal Medan Gopeng mencadangkan supaya Terminal Medan Gopeng dikekalkan di samping Terminal Amanjaya di Meru Raya bagi melancarkan lagi sistem pengangkutan awam di Bandaraya Ipoh.

Setiausaha Badan Bertindak Pengusaha Bas Terminal Medan Gopeng, Abd Hamid Sidek berkata, mereka mencadangkan Terminal Medan Gopeng digunakan untuk perkhidmatan bas ekspres ke selatan manakala Terminal Amanjaya untuk bas ekspres ke utara.

Menurut beliau, mereka bukanlah membantah kewujudan Terminal Amanjaya tetapi cadangan tersebut dicapai hasil beberapa sesi perbincangan yang diadakan dikalangan pengusaha bas yang beroperasi di Medan Gopeng.

"Kami bukanlah membantah Terminal Amanjaya kerana itu sebagai mercu tanda di negeri Perak tetapi kami sebagai pengusaha bas yang memperolehi pendapatan tidak seberapa, bercadang mahu kekal di sini,'' katanya pada sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Koperasi Pekerja Dan Pengusaha Bas di Terminal Medan Gopeng berkata, kadar sewa yang dikenakan di Terrminal Amanjaya juga jauh lebih tinggi berbanding dengan kadar sewa yang sedia ada sekarang.

“Kami menyokong penuh segala usaha kerajaan dan kami juga berpendapat supaya dikekalkan terminal yang sedia ada supaya perjalanan penumpanguntuk ke utara dan selatan akan berjalan dengan lancar,” katanya.

Blogger dedah Amuk Rakyat di Warung

sekadar Hiasan
Itu lah perkataan untuk melepaskan geram oleh Pak Man didepan orang ramai. "Dah berapa tahun masalah tak selesai jugak. Dia tak habis habis nak berpolitik nak menunjuk dia buat kerja. Dia nampak rakyat sedang sengsara. Dia masih jugak nak cari populariti. Pilihanraya dah dekat. Tapi dia masih berseronok dengan lakonan bodoh konon konon dia ambil berat pasal rakyat" jerit pak Man sekuat hati.

Nak tahu pendedahan seterusnya oleh Blogger klik sini > Bicara Rakyat: Haramjadah Punya MB

Rosmah Gunee Bomoh,Betulke?


OK, ini betul2 kategori GOSSIP ni ! Saya copy dari Greenboc yang copy dari KeadilanDaily. Saya tak nak komen apa-apa, saya cuma nak anda baca apa yang orang sebelah sana baca. Tak salah kan ? Saya percaya pembaca blog saya punya kematangan untuk berfikir !

Nak komen dipersilakanlah ...



Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan bomoh untuk menguasai pentadbiran kerajaaan termasuk mengawal kontrak Kementerian Kewangan, kata ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

Rosmah guna ilmu sihir untuk menundukkan suaminya, Najib, kata Deepak.

“Rosmah juga menggunakan ilmu sihir terhadap musuh politik, malah menggunakan bagi ‘menundukkan’ suaminya, Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Deepak juga mengakui bertanggungjawab membayar dan membawa bomoh berkenaan untuk bertemu Rosmah apabila diminta berbuat demikian.

“Saya yang bawa bomoh itu ke rumah Rosmah di Kuala Lumpur, menyediakan hotel penginapan, tiket perjalanan, malah nombor akaun bomoh itu pun saya ada,” katanya.

Beliau berkata, Rosmah juga menggunakan bomoh berkenaan untuk ‘menundukkan’ sebahagian pemimpin Umno BN yang dirasakannya perlu bagi kepentingan sendiri.

“Bomoh itu digunakan untuk orang akur atau perlu diakurkan. Saya sendiri saksikan upacara perbomohan,” katanya tetapi enggan menjelaskan butiran lanjut.

Deepak juga mengakui memiliki bukti berbentuk gambar, nama, alamat, bayaran berkaitan penggunaan khidmat bomoh yang bakal dimuat dalam buku keduanya.

Beliau yang diketahui umum rapat dengan Rosmah sebelum ini hingga menganggap isteri Perdana Menteri itu sebagai ‘kakak’ bercadang mendedahkan butiran lengkap melalui buku berjudul ‘Black Rose 2.0: Black Magic Women.

’ Katanya, buku setebal 47 halaman itu yang dijadual dimuat naik ke internet mulai 16 Februari ini, bakal memapar kecenderungan Rosmah terhadap amalan ilmu hitam.

“Gambar upacara ilmu hitam itu juga dimuatkan dalam buku berkenaan,” kata Deepak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang meminta supaya Najib tidak melayan pendedahannya, Deepak berkata:

“Mereka boleh tak pedulikan saya tapi mereka tidak boleh nafikan kebenaran dan hukuman tuhan.

Saya simpati pada Najib sebab ada isteri sejahat itu,” kata Deepak. -KD

Deepak bangga jadi retiss


Deepak Jaikishan berjaya menjadi seorang ‘selebriti’ apabila beliau menuduh Perdana Menteri dan isteri terhadap penglibatan mereka dengan perniagaan Deepak di mana mereka dikatakan tidak membantu Deepak langsung.

Jika kita kembali kepada situasi semasa isu ini sedang berlaku, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, sedang memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, nama Deepak dikaitkan sebagai ‘orang tengah’ dalam kes pembunuhan Altantuya, seorang model warga Mongolia yang dikatakan terlibat dalam skandal kapal selam dan skandal kepada DPM.

Deepak menafikan segala tuduhan tersebut, dan mempersoalkan tentang mengapa beliau perlu berjumpa dengan adik kepada DPM, Nazim, secara langsung untuk memberikan bayaran terhadap pembunuhan tersebut? Deepak menyatakan hubungan antara beliau dan juga PM dan isteri hanyalah untuk perniagaan. Ketika itu, Deepak ada mengenali Bala. Benar, Bala pernah meminta pertolongan daripada Deepak, namun Deepak tidak memberi sebarang pertolongan kepada Bala kerana Deepak tidak percayakan Bala.

Anak Muda Di Minta Jangan Terlalu Taksub Dengan Janji Manis Pembangkang



Generasi muda kini lebih taksub dengan janji pakatan pembangkang untuk mambawa perubahan dalam hidup mereka berbanding bersyukur dengan pembangunan dan kesejahteraan yang dikecapi negara setelah sekian lama.

Menurut bekas Perdana Menteri Tun Mahathir, ketika negara berada dalam era pembangunan, pekerjaan, pelajaran dan peluang menjadi golongan professional adalah terhad dan generasi muda kini tidak merasai kesusahan yang di alami rakyat sebelum ini.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya.
“Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya kepada pemberita disini hari ini.

Tambah beliau, apa sahaja yang dikatakan Barisan nasional (BN) tidak mendapat respon yang baik.
Mahathir turut menjelaskan generasi muda kini begitu taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu.

Deera Sedia ***** Kontrosversi


MEMULAKAN kerjaya seninya dengan menyertai Idola Kecil musim ketiga, Nadeera Allysha Aminudin atau mahu dikenali sebagai Deera Aminudin, 14, terus mengorak langkah dalam bidang seni.

Walaupun tidak menjadi salah seorang yang melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu, Deera yang tersingkir di peringkat keempat nyata tidak mudah berputus asa.

Namun, kerjaya seni Deera bukan diatas pentas nyanyian, tetapi lebih terarah kepada lakonan.

“Memang kini Deera belum terima pelawaan dari syarikat rakaman tetapi Deera lebih aktif berlakon dan menjadi pengacara untuk segmen kanak-kanak," ujarnya.

Ketika ditanya sudah bersediakah Deera unutk menghadapi kontroversi memandangkan dirinya kini masih lagi bergelar pelajar sekolah menengah, dengan yakin Deera mengangguk.

“Saya tidak kisah jika dikaitkan dengan sebarang kontroversi. Sekarang ini, apa yang penting ialah untuk memantapkan lagi lakonan Deera dan dalam pada itu seimbangkan pelajaran agar tidak tercicir dalam pelajaran.

“Deera seperti remaja yang lain, ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebab itu Deera perlu berusaha lebih keras untuk berjaya di kedua-dua bidang," tuturnya.

Lagi:Artikel Penuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...