Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 27 March 2013

Terkini !!! Kiram Ajak Sultan Indon Serang Malaysia???


Nak terus berlawan dengan Malaysia, nampaknya lanun-lanun Sulu sudah mati akal. Dah habis air liur baca serapah dan jampi, dah habis segala macam tangkal dan azimat dipakai tetapi penemuan mayat-mayat lanun Sulu terus meningkat saban hari. Nak minta bantuan daripada jin, puaka dan jembalang pun, makhluk-makhluk tu pun takut dengan sistem persenjataan tentera Malaysia.

Apakan tidak, tetiba sahaja Malaysia mengeluarkan aset-asetnya yang kurang diketahui dan dimiliki seperti bom pintar dan drone.

Jadi, Jamalul Kiram III yang sudah pun terputus bekalan duit ringgit apabila dalang operasi lanun-lanun tersebut didedahkan secara meluas, terpaksa mendapatkan bantuan pihak asing. Nak minta bantuan daripada Amerika, negara yang menyokong keganasan terhadap umat Islam itu pun, tak berapa nak berani atas alasan-alasan tertentu terutama selepas Malaysia menggunakan jet F-18 Hornetnya dengan sebebas-bebasnya.

Nak harapkan negara sendiri, Filipina pula dah nak tangkap dia. Akhirnya Jamalul Kiram III terpaksa beralih kepada Indonesia. Kononnya, Indonesia juga mempunyai hak ke atas Sabah dan Sarawak. Tidak cukup dengan itu, dia menawarkan Kesultanan Sulu berada di bawah Republik Indonesia sekiranya Indonesia mahu membantu lanun-lanunnya berperang dengan tentera Malaysia.

Lagi Klik SINI

Terkini !! Perkasa Akan Adakan Perhimpunan Kemuncak Hadapi PRU-13 ???


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) akan mengadakan perhimpunan “Selamatkan Selangor" pada 6 April ini sebagai kemuncak aktiviti pertubuhan itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perhimpunan tersebut dijadualkan diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini pada pukul 3 petang dan bakal menghimpunkan kira-kira 20,000 ahli pertubuhan itu khususnya dari Lembah Klang dan Selangor.

Lagi Klik SINI

Pendedahan Panas Cilipadi! Video Skandal Pemimpin PKR Yang Terlampau!


Itu diaa. Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR. Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai. Semua tak bermoral. Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara? 

Kepada yang tak kenal mamat ni. Meh sini aku bagi sedikit info pasal mamat ni. Nama mamat ni Saharudin Hamid, merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok. 

Mamat ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut. Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai, tak kurang dengan itu, mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi.

Video dan berita Penuh Klik SINI

Gempar !!! Tindakkan Melayu Kurang Ajar Hina Sultan

Nalla Terima Ugutan Bunuh ??


Sumber From 14TT:

Gua baru dapat maklumat dari teman rapat Datuk S Nallakaruppan.

Beliau kini berada di balai Polis untuk membuat laporan polis berikutan ugutan bunuh yang diterima beliau hari ini.

Ugutan tersebut menyebut bahawa Nalla akan ditembak jika terus membuka pekung Anwar.

Menurut ugutan tersebut, ianya merupakan amaran yang terkahir.

Bimbang akan keselamatan diri dan keluarga Nalla ke balai Polis untuk membuat laporan ugutan bunuh tersebut.

Apa yang membuatkan gua sikit bingung adalah, Anwar berkeras menafikan segala pertuduhan Nalla tetapi tak berani menyaman Nalla.

Jika apa yang Nalla dedahkan adalah tidak benar, kenapa perlu Anwar goyang dan menghantar konco-konco samsengnya mengugut Nalla agar tidak buka mulut berkaitan Anwar.

Tak gitu ???

Adakah ini membuktikan kebenaran pendedahan Nalla berkaitan kedurjanaan Anwar ???

Maklumat lanjut akan gua sampaikan sebaik segala urusan selesai.

Tunggu....

Lagi Klik SINI

Terkini !!! Dun sudah Dibubar?


Seremban: Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor, akan menghantar surat rasmi kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pembubaran DUN secara automatik esok.

Razak berkata, surat kepada Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dihantar selewat-lewat hari ini untuk menyatakan bahawa DUN negeri ini sudah tamat tempoh dan kerajaan sementara ditubuhkan untuk menguruskan pentadbiran negeri. 
Katanya, walaupun dari segi perundangan, tiada peraturan menetapkan bahawa surat itu perlu dihantar kepada SPR, secara kelaziman ia akan memaklumkan bahawa DUN sudah tamat tempoh. 

Maklum kekosongan

“Memang lazim kita hantar surat seperti jika berlaku kekosongan kerusi apabila ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggal dunia. Yang Dipertua DUN akan menghantar surat rasmi kepada SPR menyatakan kekosongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis anugerah khidmat cemerlang pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Menteri Besar, menyifatkan penghantaran surat kepada Pengerusi SPR sebagai budi bahasa dan amalan biasa walaupun tidak diperlukan kerana tiada peruntukan undang-undang mewajibkan berbuat demikian.

“Surat daripada Yang Dipertua DUN bukan kehendak undang-undang, tetapi kebiasaan. Bagaimanapun, kadang-kadang kebiasaan menjadi doktrin. Oleh itu, boleh saya katakan bahawa penghantaran surat itu sebagai amalan dan bukan kehendak perundangan,” katanya. 

Katanya, penubuhan kerajaan sementara dibuat mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. 

Beliau berkata, penubuhan kerajaan sementara penting bagi memastikan pentadbiran negeri berjalan lancar hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.

“Mana boleh tidak ada kerajaan, siapa hendak bayar gaji, huru-hara nanti. Cuma kerajaan sementara tidak membuat dasar baru seperti mengubah kadar cukai tanah atau meluluskan pemberian tanah,” katanya 

Terkini !!! Op Daulat terus Hangat ???



Ops Daulat memasuki hari ke 23 kini diteruskan merangkumi kawasan-kawasan di tepi persisiran pantai. Ops daulat ini adalah dengan kerjasama antara pihak PDRM dan ATM sendiri telah membuahkan hasil sehingga 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Walaupun Menteri Pertahanan pengganas Kiram, Datu Amirbahar Hushin Kiram berjaya ditahan namun pihak keselamatn masih berhati-hati dengan saki baki pengganas Kiram yang masih bersembunyi di kawasan tanjung Batu dan sekitar.

Sebelum itu pihak polis mengenalpasti laman sosial Facebook dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datu AmirBahar.

Andaian itu dibuat berdasarkan kepada perkataan ‘Kiram’ yang terdapat pada profail rakan-rakan Facebook ‘Menteri Pertahanan Sulu’ itu yang ditahan pasukan keselamatan Malaysia pada 23 Mac lalu.

Merujuk kepada profailnya, Amirbahar yang berasal dari Jolo di Sulu, Filipina menguasai bahasa Melayu, Inggeris, Tagalog dan Tausug.

Beliau meminati akaun Facebook milik penyanyi Amerika Syarikat, Nubia Emmons; syarikat produksi filem, Doghouse73 Pictures dan Norwegian Funny Sharing.

Pada profail Amirbahar, tertera gambar beliau bersama seorang wanita yang tidak dapat dipastikan identitinya.

Terbaru !! Peluru Sesat Berjaya Dikeluarkan Dari Kepala Bayi



Makassar: Pakar bedah bandar raya ini berjaya mengeluarkan sebutir peluru dari tengkorak kepala bayi berusia setahun dalam pembedahan yang mengambil masa sejam. 

Bayi terbabit, Fatir Muhammad cedera di kepala selepas terkena tembakan peluru sesat pada 1 Februari lalu.

Fatir dilaporkan dalam keadaan baik selepas pembedahan itu. Dia masih dirawat di unit rawatan rapi dan dibantu alat pernafasan. 

Peluru yang dikeluarkan dari kepala Fatir dikategorikan sebagai peluru berbahaya. Hingga kini identiti penembak masih belum diketahui.

Pengarah hospital Dr Abdul Kadir berkata, pembedahan berjalan lancar dan selesai lebih cepat daripada jangkaan.Sumber-

Terkini !! Detik Cemas Seorang Pejuang Negara Dikongsi...



Inspektor Mohamad Hasnal Jamil menanggung kesakitan hampir 21 jam akibat ditembak dan tangan kanannya hampir putus ditetak berkali-kali oleh pengganas Sulu di Semporna awal Mac lalu, dan hari ini, beliau berkongsi cerita tanpa sedikit pun semangat juangnya luntur demi negara.

"Cuma sedikit terkilan dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan peristiwa itu hanya sandiwara. Kami tidak minta dihargai cukuplah percaya apa yang kami lalui bukan perkara main-main.

"Kami berjuang demi bangsa dan negara. Kalau sesiapa yang mengatakan ia sandiwara, jika berani pergilah ke sana dan lihatlah sendiri," katanya pada majlis penghargaan dan sumbangan perwira 'Operasi Daulat' oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Menurut Mohamad Hasnal, 31, beliau ditembak tiga kali mengenai perut dan lengan kirinya, ditetak tiga kali di kepala dan tiga kali di tangan kanan semasa bertempur dengan musuh di Kampung Seri Jaya, Semunul, Semporna Sabah, kira-kira pukul 7.30 malam, 2 Mac lepas.

"Selepas terkena tembakan itu, saya diserang pula oleh pengganas yang cuba menetak dengan parang, mujurlah saya dapat melawan kalau tidak mungkin menyebabkan leher saya putus.

"Dalam keadaan berlumuran darah saya terpaksa berlari menyelamatkan diri di sebuah rumah kecil di kawasan berhampiran tempat pertempuran," katanya yang ketika itu merasakan detik kematian begitu hampir.

Beliau bersembunyi di rumah itu bersama sekujur tubuh rakannya yang terkorban bersama sembilan anggota yang lain. Hanya doa yang dapat diungkapkan di saat itu memohon perlindungan Allah.

"Rakan-rakan lain juga banyak memberi sokongan dan kata-kata perangsang untuk saya tabah dan kuatkan semangat, sementara menanti bantuan tiba, mereka membantu saya untuk minum, yang ada hanya air hujan," katanya.

Malam dirasakan terlalu panjang baginya, ditambah pula tidak dapat melelapkan mata kerana badannya dihurungi lalat dan semut, sebab terlalu banyak darah yang keluar.

Dalam keadaan parah, beliau masih menyembunyikan perkara sebenar apabila dapat menghubungi isterinya pada keesokan pagi.

"Saya perlu tutup telefon sebab bimbang dapat dikesan pengganas, jadi saya cuma beritahu akan menghubungi isteri petangnya.

"Rakan-rakan hanya dapat menjenguk sekejap-sekejap kerana mereka perlu sentiasa berjaga mengawasi pergerakan musuh," katanya.

Bantuan tiba kira-kira pukul 5.30 petang (3 Mac), dan wira negara itu diterbangkan ke Hospital Tawau untuk rawatan dan pembedahan. Dua hari kemudian beliau sekali lagi menjalani pembedahan di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pula.

Anak kelahiran, Felda Teloi Timur, Sik Kedah itu berkata apa yang dialami tidak melemahkan semangatnya untuk terus menabur bakti, kerana baginya insiden ini antara cabaran dalam tugasan, dan tanggungjawabnya mempertahan kedaulatan negara.

Mohamad Hasnal hadir bersama balu dan waris yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna pada majlis itu.

Dua anggota polis terkorban di Lahad Datu pada 1 Mac dan enam di Semporna Sabah pada 2 Mac.

Beberapa orang lagi cedera dan seorang anggota tentera turut gugur dalam satu lagi pertempuran di Lahad Datu. Seorang anggota tentera terbunuh dalam kemalangan mengikuti konvoi Operasi Daulat itu.

Suasana pilu turut dirasakan pada majlis itu, apabila syair bertajuk "Ayahku Seorang Perwira" hasil nukilan Setiausaha Akhbar Menteri KPDNKK Datuk Ruhaidini Abd Kadir, dilagukan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin.

Gempar !!! Adegan Berahi Artis Malaysia Dipertontonkan !!!


Salah satu adegan membabitkan Rusdi dan Nora berpelukan di atas katil kini menjadi bualan di laman sosial terutama selepas ‘trailer’ filem terbabit disiarkan di Youtube baru-baru ini. Filem ini dijangka berada di pawagam pada 25 April 2013.

“Memang betul saya yang melakonkan adegan itu tetapi saya cuma buat atas arahan pengarah,” kata pelakon popular, Rusdi Ramli mengenai satu adegan panas membabitkan dirinya dengan Nora Danish menerusi filem terbaru, Mencari Cinta.

Menurutnya, apa yang dilakonkan sekadar mengikut arahan pengarah ketika di lokasi penggambaran. Malah, dia mengakui tidak berdepan masalah melakonkan adegan sebagai suami kepada Nora.

“Saya tidak tahu jika penonton memberi tanggapan adegan itu panas atau sebaliknya. Saya hanya melakonkan watak suami dalam filem ini yang berkahwin atas pilihan keluarga,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rusdi, 43, berkata, penggambaran filem genre romantik arahan Shirin Khuzaimi dijalankan awal tahun lalu. Dalam filem terbabit, Rusdi melakonkan watak Razlan sebagai pemuda kampung manakala Nora berasal daripada keluarga di bandar.

Video KLIK SINI

Terkini !!Wan Ismail Isytiharkan Haram Undi PAS ???



“Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram.”

Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.

Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut.

“Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.

“Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai para ulama, Tok Guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengistiharan memberi undi kepada Pas dalam pilihanraya umum akan datang adalah haram.

Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan perjuangan menetang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Mengulas lanjut pendirian NGO terbabit, Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan Pas di negeri ini berkata, tanggapan Pas bersubahat dalam isu yang mnyentuh sensiviti umat Islam tidak akan hilang selagi terus bersekutu dengan DAP.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, umat Islam seharusnya peka terhadap tuntutan syarak dalam soal memilih kerajaan Islam kerana perkara tersebut tidak boleh dijual beli.

“Kita kena ingat, syurga dan neraka bukan hak kita. Tidak ada istilah undi Pas masuk syurga. Kemungkaran tetap kemungkaran,” katanya

Terbaru ..Pyongyang siap sedia serang AS???

Korea Utara

PYONGYANG - Korea Utara, semalam didakwa sudah bersiap sedia untuk bertempur dengan mengarahkan unit pelancar roket strategik untuk membuat persediaan bagi melancarkan serangan ke atas tanah besar Amerika Syarikat (AS).

Dipetik Al-Jazeera, Pyongyang turut mengancam untuk menyerang Korea Selatan dan pangkalan tentera AS termasuk di Guam dan Hawaii.

Media melaporkan perintah tertinggi  tentera itu dikeluarkan   sebagai tindak balas terhadap AS dan Korea Selatan yang mengadakan latihan bersama ketenteraan, awal bulan lalu.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas  Seoul dan Washington menandatangani perjanjian baru berhubung respons bersama terhadap sebarang  serangan atau provokasi Pyongyang pada masa hadapan.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Korea Selatan mengesahkan tiada tanda berlaku aktiviti luar biasa di Pyongyang, namun mereka akan terus memantau perkembangan situasi tersebut.

Sebelum ini, Korea Utara pernah mengancam untuk melancarkan serangan balas ke atas AS selepas mendakwa mereka membuat persediaan perang dengan menggunakan pesawat pengebom B-52  yang dikesan terbang di ruang udara negara terbabit.

Terkini !!! Penyangak Kiram Naik Hangin ???


MANILA – Jurucakap kepada pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III membidas tindakan keras pasukan keselamatan Malaysia terhadap anggota keluarganya di Sabah termasuk salah seorang bapa saudaranya bernama Janjan, lapor portal berita InterAksyon.com semalam.

Menurut jurucakap itu, Abraham Idjirani, seorang bapa saudara Jamalul Kiram, Janjan, 72, dibunuh sama ada kelmarin atau semalam.

Idjirani membuat dakwaan itu sehari selepas dia mengesahkan penangkapan Datu Amirbahar Hushin Kiram dan isterinya oleh pihak berkuasa Malaysia di Semporna pada Sabtu lalu.

Amirbahar merupakan anak Bantilan Esmail Kiram II yang merupakan adik kepada Jamalul Kiram.

Gempar !!! Anak Muda Malaysia Cipta Rekod???


"Dengan konsep 1Malaysia, saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Saya harap usaha ini akan memberi motivasi kepada lebih banyak belia Malaysia untuk menyahut cabaran-cabaran dunia," katanya selepas menerima bendera kebangsaan daripada Najib sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA), di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan 'Jalur Gemilang' kepada Kapten James Tan, yang pada usia 21 tahun, mencuba menjadi juruterbang termuda melakukan penerbangan solo mengelilingi dunia.

Menggunakan pesawat N81MG Cessna, perjalanan beliau selama 50 hari akan meliputi jarak 22,000 batu nautika (41,000km) dengan singgah di 31 destinasi.

Dalam cubaannya memecahkan rekod dunia yang kini dipegang warga Switzerland Carlo Schmid, 22, tahun lepas, Tan, anak kelahiran Hulu Langat menetapkan matlamat untuk memperkasakan minda belia Malaysia menerusi misinya itu.

Berita Penuh Klik SINI

Terkini !! Penyangak Gang Kiram Sorok Senjata???



Pengganas Kiram III mungkin telah menyembunyikan senjata mereka dan bergaul dengan masyarakat tempatan Sabah dalam usaha bagi mengelakkan diri dari diburu oleh pihak keselamatan Malaysia yang sedang menghalau militan, menurut laporan akhbar Filipina.

Penduduk Sabah menelefon stesen radio tempatan semalam dan menimbulkan persoalan tentang di mana terletaknya senjata-senjata pemberontak yang merupakan pengikut kepada Agbimuddin Kiram, adik kepada lelaki mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III yang menuntut ke atas Sabah, menurut laporan akhbar Philippine Daily Inquirer.

“Mungkinkah pasukan yang menggelar diri mereka ‘Tentera Di Raja’ Sulu ini membuang semua senjata supaya mereka dapat lari dari buruan oleh lebih kurang 5,000 anggota pasukan keselamatan Malaysia?” tanya akhbar tersebut lagi.

The Inquirer melaporkan stesen radio tersebut dihujani dengan pertanyaan melalui telefon berikutan penangkapan seorang “pengganas” tidak bersenjata dalam operasi keselamatan di Tanjung Batu petang semalam, seperti dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama.

“Seorang pendengar radio berkata beliau tidak faham mengapa ‘pengganas’ tersebut menyerah tanpa mempertahankan dirinya dari pasukan keselamatan yang sedang memburunya dan rakan-rakannya,” menurut laporan akhbar itu lagi.

Seorang lelaki Sulu yang tidak dinamakan dilaporkan telah meletakkan tangannya dan meminta pasukan keselamatan pada jam 5 petang itu supaya tidak menembaknya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata lelaki itu kini berada di bawah tahanan polis.

Polis sudah menahan 111 orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 sementara pengganas yang terbunuh sebanyak 67 orang, manakala 42 orang lagi sudah dikeluarkan dari kawasan tersebut, menurut Bernama.

Sekumpulan 200 orang lelaki bersenjata, mendakwa sebagai “Tentera Di Raja” Kesultanan Sulu, mendarat tanpa halangan di Lahad Datu pada 9 Februari untuk menuntut Sabah, yang hanya mengambil masa 40 minit dari selatan Filipina ke timur Sabah.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam pertempuran tersebut, dan memaksa ribuan orang kampung meninggalkan kawasan rumah mereka di negeri paling timur di Malaysia itu.

Putrajaya telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...