Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 16 January 2013

suami kena tampar 42 kali oleh isteri..


Iskk..., balik lambat punya pasal, kena tampar 42 kali dengan bini.. Apalah malang nasib si suami tu kann...

Selalunya kita dengar kisah suami dera isteri.., tapi kali ni cerita bini pulak yang buli suami.. Macam-macam hal betul di China tu yee..

Harapnya perkara macam ni tak jadi la di negara kita.. Kalau tak, alamatnya makin ramai la lelaki tak berani kawin beb..

Sekarang ni pun dah ramai laki pilih untuk membujang sebab harga hantaran kawin terlampau mahal.., tambah pulak dengan risiko Queen Control macam dalam video ni.., lagi la ramai yang takut..

Sadis sungguh!!!


[VIDEO] Tragis;Budak dilanggo masa ayahnya mengundo !!!


Hee tak tahu lar kan ...Kalau ye ye pon mak bapak tak tengok ke atau pantau ke anak 2 sebelum memulakan panduan tkut 2 kene kat anak sendiri...Ingat menyesal dulu pendapatan,menyesal kemudian tak da guna...


Nak tengok video mengkome boleh terus tengok di link ini
>>>http://www.facebook.com/photo.php?v=355355357895138

[LIVE] Bicara L!VE Bersama.... @TunFaisal & @MarwanKahar. @1Melayu1UMNO @1_Agenda...


Jangan lupa ye mengkome semua malam ini akan diadakan satu bicara live bersama  Tun Faisal Ismail Aziz - Pengerusi, Unit Media Baru UMNO serta Marwan Kahar - Pengerusi, Penggerak Mahasiswa UM pada Jam 9.00 malam ini.Moderator pula ialah Suzainur.

Jangan lupa jam 9.00 malam ini di portal Warta Rakyat untuk mendengar kupasan yang akan dikupas oleh tetamu.Boleh Click SINI

boleh tonton di link di bawah

www.wartarakyat.my
www.livetv.my
https://www.facebook.com/WartaRakyatSyndicate/app_208195102528120

Soalan boleh diajukan melalui twitter hashtag #LiveTv

Karnival Moh Masuk U ...


Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013 telah keluar rasanya ramai sudah pelajar SPM tahun lepas mengisi borang UPU online untuk memilih kemana destinasi mereka selepas ini


Untuk Tarikh Karnival Jom Masuk U 2013 adalah sepanjang 26 Januari 2013 yang dimulai di Padang Varsiti Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan diakhiri pada 14 April 2013 di PERSADA Johor, Johor Bahru.

CLICK gambar utk lebih terang
Untuk pertanyaan atau ada sebarang kemusykilan korang boleh pergi keLaman Web Rasmi UPU KPT. 

Panasss... Sensasi : Video Mahasiswa UUM Yang Memalukan


Memang tak kenang dek untung beb!!! Beginikah Mahasiswa Yang Kita nak lahirkan. Bertuahnya kita di bumi merdeka yang aman dan damai ini. Mahukah kita hidup dalam keadaan demontrasi dan rusuhan seperti di negara-negara lain. 


Budak kecik jadi jutawan !!!



KUALA LUMPUR 15 Jan. - Sebanyak 4.98 juta murid pelajar sekolah di seluruh negara menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang yang mula diagihkan hari ini.

Bantuan kali kedua di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu memperuntukkan dana sebanyak RM540 juta bertujuan membantu perbelanjaan persekolahan pada awal tahun.

Berteraskan konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, bantuan itu mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkannya sebagai cerminan keprihatinan kerajaan terhadap nasib rakyat.

Seperti tahun lalu, wang bantuan berkenaan diberikan kepada semua murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah yang belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

Bukan setakat sekolah kerajaan sahaja, lebihan daripada RM540 juta bantuan tersebut akan turut disalurkan kepada sekolah swasta, sekolah agama rakyat dan sekolah agama kerajaan negeri.

Pengagihan bantuan tersebut dijangka berakhir pada 15 Februari depan bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti mana dijanjikan oleh kerajaan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130116/dn_08/Bantuan-RM100-pelajar-mula-diagih#ixzz2I6rx8ZBC
© Utusan Melayu (M) Bhd

[LIVE]SAMAN: RM100juta Ditarik Balik

anwar saman kj

BARU sebentar tadi mendapat berita dari seorang teman di Kuala Lumpur yang memberitahu Anwar Ibrahim pagi tadi TARIK BALIK saman malu RM100juta terhadap Khairy Jamaluddin yang difailkan pada September 2007 tanpa sebarang kos.

#KL112 IKTIRAF IDEA TRANSFORMASI PM @NAJIBRAZAK !!! WAJIB BACA !!!


Akhirnya selesai sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112),semuanya berjalan aman dan tenteram.Sekalipun HKR #KL112 gagal mengumpulkan sejuta orang,sekurang-kurangnya penganjur dapat juga kutip wang derma lebih dari RM200,000.00 dari penyokong yang hadir.Soal angka kehadiran berbeza sekejap 100,000 malah ada yang dakwa 150,000 ataupun 300,000 hatta 700,000 sekalipun,bukannya isu utama untuk diperdebatkan.Yang penting HKR #KL112 sudah membuktikan kapasiti Stadium Merdeka yang cuma 30,000 itu dan kehadiran sebenar cuma 45,000 termasuk peserta atas padang dan di luar stadium,jika bijak dipropagandakan ramai juga yang akan terpedaya dengan temberang angka dan nombor yang bombastik.Sehingga kini tiada kekecohan besar yang dilaporkan.Kalau ada pun cuma kejadian menumbuk rakan sepakatan semasa kedatangan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang bertembung dengan ketibaan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz Nik Mat di pintu utama Stadium Merdeka,itu sebenarnya sekadar manifestasi kejujuran sikap sesama penyokong PR sahaja.Demikian halnya dengan penglibatan besar golongan LGBT,aktivis hak asasi manusia ala barat dan puak liberal dalam HKR #KL112,itu tidak mendatangkan aib pun kerana ia hanya satu kejujuran PR sebagai gabungan liberal yang mendukung agenda pluralisme. 

Nak tahu seterusnya Click Here :http://badutrakyat.blogspot.com/2013/01/hot-news-perhimpunan-kl112-iktiraf-idea.html

Speak & Listen !!


Nama Sharifah Zohra tiba-tiba menjadi terkenal dan berlegar di media maya sejak beberapa hari yang lalu.Malah pelbagai pandangan di lontarkan oleh banyak pihak khususnya bagaimana beliau menangani seorang pelajar yang bangun bertanya soalan.

Sama ada pandangan itu menyokong ataupun tidak ianya merupakan hak masing-masing yang mengikuti Forum Suara Mahasiswa secara langsung mahupun rakaman.

Namun perlu diingat setiap yang berlaku itu sudah pasti mempunyai jalan ceritanya kerana mustahil sesuatu kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba melainkan ianya dengan kuasa Allah SWT.

Begitu jugalah dengan isu yang melibatkan Sharifah dan pelajar bernama Bawani.Sekali lihat dan mendengar sudah pasti ianya mengundang pelbagai reaksi dari kalangan masyarakat dan kita selalu terlupa sejauh mana mereka yang memberikan reaksi itu benar-benar faham tentang apa yang berlaku sebenarnya.

Sebagai contoh seorang lelaki berlari dalam keadaan cemas meminta pertolongan kita kerana dikejar oleh orang jahat.Apakah yang sepatutnya kita lakukan ? memberikan pertolongan ataupun tidak ?

Jika jawapannya memberikan pertolongan maka anda sebenarnya sudah membuat satu keputusan yang kurang bijak kerana dikhuatiri lelaki itulah yang sebenarnya orang jahat yang sedang dikejar oleh orang ramai kerana meragut seorang wanita tua.Sekiranya ini berlaku adakah anda yang membuat keputusan untuk membantu tadi akan dianggap sebagai masyarakat prihatin ?

Begitulah sebaliknya sekiranya keputusannya tidak membantu dikhuatiri lelaki itu benar-benar dikejar oleh orang jahat jadi dalam keadaan ini kita sebenarnya berada di tengah-tengah yang mungkin menyebabkan kita serba salah.

SUMBER

Kubur digali semula !!!

Kubur digali semula, keluarga syaki unsur jenayah

NILAI – Kubur seorang lelaki di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jijan, di sini digali semula petang semalam selepas keluarga mangsa mengesyaki kematian mangsa bulan lalu ada unsur jenayah.

Allahyarham Fazil Abdullah, 37, sebelum ini disahkan meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta di Kampung Lembah Paya, Salak, Sepang, antara jam 9 dan 10 malam pada 23 Disember lalu.

Mangsa disahkan meninggal dunia sehari selepas kejadian itu.

Bagaimanapun, salah seorang saudara mangsa dikatakan terlihat kesan kecederaan pada tubuh mangsa sewaktu memandi jenazah sehingga menimbulkan kemusykilan, namun mereka dikatakan tidak tahu berbuat apa-apa selain membuat laporan polis beberapa hari selepas itu.

Berikutan itu, semalam, selepas mendapat perintah mahkamah, kubur Allahyarham Fazil digali semula oleh ahli keluarga serta penduduk kampung kira-kira 3 petang, dengan dipantau Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia dan Timbalan Mufti Negeri Sembilan, Nor Azamir Alias.

Kakak mangsa, Azizah Abdullah, 45, berkata, dia sekeluarga mengesyaki ada unsur jenayah terhadap kematian adiknya itu berikutan kecederaan dialami.

“Kami sekeluarga tidak tahu secara terperinci tentang kemalangan itu berlaku. Tetapi, ada saudara melihat kesan tetakan pada tangan kiri dan dadanya, selain kesan lebam di beberapa bahagian badan ketika memandikan jenazah.

“Jenazah adik tidak dibedah siasat, bagaimanapun dikebumikan pada 25 Disember lalu kerana kami sekeluarga kurang pasti apa yang perlu dilakukan ketika itu," katanya ketika ditemui pemberita ketika kerja penggalian di tanah perkuburan berkenaan, semalam.

Azizah berkata, selepas dikebumikan, ahli keluarga mereka membuat laporan polis kerana mahu bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

"Sebelum ini, lelaki yang menaiki kereta jenis Perodua kancil yang merempuh adik saya membuat laporan polis mengatakan mangsa secara tiba-tiba terjatuh di atas bonet depan keretanya.

“Kami yakin ada perkara lain yang berlaku sebelum Fazil dilanggar kereta itu. Sebab itu, kami mahu pihak polis menyiasat,” katanya.

Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam untuk dibedah siasat dan kes dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan penggalian semula itu.

Menurutnya, proses penggalian dilakukan mengikut prosedur menerusi kebenaran mahkamah.

TRAGEDI TERMINAL FERI PENANG RUNTUH !!



TRAGEDI TERMINAL FERI PENANG RUNTUH 31 JULAI 1988

runtuh ragut 32 nyawa, cederakan 1,700 mangsa.

Sudah lebih 23 tahun (1988-2011) berlalu sejak pelantar terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, Pulau Pinang, runtuh.

Suasana tenang dengan tiupan lembut bayu laut sesekali mengutuskan kedamaian
di kawasan sekitar terminal itu ketika ini; kebanyakan pengunjung terutama

generasi muda mungkin leka memerhatikan panorama indah sekitar kawasan berkenaan sementara menantikan feri merapati jeti.
Mereka mungkin tidak menyedari apa-apa, tidak mengetahui yang sekitar 18 tahun lalu, terminal feri itu menjadi saksi tragedi hitam yang mengorbankan 32 nyawa serta mencederakan kira-kira 1,700 mangsa lain.

Pelantar jeti yang dibina pada 1956 itu runtuh dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian.

Dari Stesen Bas Butterworth sehingga ke kawasan jeti yang terletak bersebelahan, ribuan orang sudah bersesak untuk menaiki feri; mereka ingin menyeberang untuk melihat perarakan, yang antaranya mempamerkan patung besar Buddha yang dikatakan hanya diarak setiap 60 tahun sekali.

Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

MENINGGAL DUNIA KETIKA CERAMAH PAS PENGKALAN PEGOH


Alfatihah! baru sebentar tadi di Ceramah PAS pengkalan Pegoh disini, salah seorang hadiran meninggal dunia kira-kira jam 11 malam tadi, Mohammad Puaad bin Ariffin yang menghadiri ceramah PAS meyinggah kesalah sebuah kedai makan untuk minum, beliau rebah dengan sendiri secara tiba-tiba. Sekupangdua yang kebetulan lalu untuk order air di kedai yang sama medapati dia di pangku oleh beberapa petugas sambil dikibarkan kain agar arwah dapat udara segar untuk salah satu usaha yang mampu membantu beliau 

Cerita Seterusnya [CLICK HERE]

BENARKAH MAHLIGAI MEWAH INI MILIK DATO FAUZI SHAARI BAKAL AHLI PARLIMEN LARUT???



SHAH ALAM - Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?

Sumber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...