Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label orang pas. Show all posts
Showing posts with label orang pas. Show all posts

Saturday, 6 April 2013

Husam Akan Di Saman ???


Naib Presiden PAS, Haji Husam Bin Musa dilaporkan akan berdepan dengan 5 saman fitnah oleh beberapa individu berprofil tinggi dan termasuk seorang bekas pimpinan PAS dan kumpulan masyarakat di Kelantan.

Siri saman pertama telah bermula apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed  di dalam sidang media petang semalam mengumumkan bahawa peguam beliau telah menyediakan notis tuntutan kepada Husam. Husam didakwa telah menfitnah Mustapa dengan menuduh Mustapa membahagikan 400 lot saham FGV kepada ketua-ketua Bahagian UMNO. 

Turut berdepan dengan tuntutan itu ialah HarakahDaily dan Ketua Pengarangnya.Sekiranya Husam gagal membuat permohonan maaf secara terbuka, Mustapa dijangka menfailkan saman itu seawal hujung minggu hadapan di Mahkamah Tinggi Kelantan.

Kebelakangan ini banyak pihak telah mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman terhadap Husam termasuklah beberapa nama besar di dalam arena politik tanah air.

Thursday, 4 April 2013

Wajib Tonton :Sebelum pangkah PAS, tonton Video ini dahulu!



1. Mereka(Ahli PAS) sanggup membenarkan orang kafir mempergunakan ayat Al-Quran demi kepentingan politik untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam.

2. Mereka(Ahli PAS) dengan selamba gelak dan tawa bersama bila org kafir mempersendakan laungan takbir "Allahuakbar" dan "Alhamdulillah"

3. Mereka(Org KAFIR) mengambil kesempatan terhadap ahli-ahli PAS yang kononnya memperjuangkan agama islam dengan mempergunakan ayat Al-Quran untuk menarik undi dari kalangan orang-orang islam. Lantas orang-orang islam yang dengar akan bercakap "wahhh!..ini cina kafir pun pandai tafsir Al-Quran, kita mesti ikot dia"


SUMBER YOUTUBE

Wednesday, 16 January 2013

BENARKAH MAHLIGAI MEWAH INI MILIK DATO FAUZI SHAARI BAKAL AHLI PARLIMEN LARUT???



SHAH ALAM - Umum mengetahui bahawa pemimpin Pas dan pakatan haram memang bijak bermain silap mata di hadapan rakyat.

Kehadiran mereka ke ceramah-ceramah dengan menaiki kenderaan biasa berjaya mengaburi mata rakyat yang menyangka mereka adalah orang yang biasa-biasa sahaja.

Lebih celaka, dalam ceramah, mereka pula tuduh orang lain hidup mewah kerana amalan rasuah dan pelbagai. Jadi itu antara modal yang digunakan untuk mengutip wang rakyat melalui derma politik di dalam ceramah pakatan haram.

Sedangkan, di belakang rakyat mereka juga sebenarnya hidup senang lenang dengan kemewahan yang menakjubkan. Ada yang memiliki kenderaan mewah lebih dari sebuah.

Ini tidak termasuk kapal layar peribadi, rumah penginapan di luar negara dan macam-macam lagi yang rakyat tidak tahu.

Walaupun hakikatnya, mereka ini tidak punya pekerjaan melainkan menghambakan diri kepada parti politiknya dan siang-malam asyik maki hamun di dalam ceramah sahaja.

Jadi, mana datangnya sumber kekayaan itu?

Lain ceritanya pula, gambar di atas menunjukkan kediaman milik bakal calon Pas bagi parlimen Larut pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13).

Kediaman adalah milik bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato' Mohd Fauzi bin Shaari yang terletak di No 7 Jalan 15/10, Seksyen 10, 40000 Shah Alam.

Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

Namun ketika itu, penduduk tidak tahu banglo mewah itu milik siapa. Rupa-rupanya milik salah seorang pemimpin Pas.

Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini? Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?

Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?

Sumber


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...