Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 10 February 2013

Orang Lama umeno Akan pastikan Niza Kalah PRU 13


“Kami akan berkampung untuk pastikan Mohammad Nizar kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan saya cabar dia bertanding di kawasan sedia ada,” Itu janji Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharuddin Abdul Jabar.

Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar kononnya ada orang lama dalam Umno yang mengatakan tiada ruang untuk Umno menang pada PRU13 nanti sebagai tidak berasas dan sengaja diada-adakan.

“Saya nak tanya, siapa dia orang lama yang dimaksudkannya itu atau ia sengaja diada-adakan.

“Kalau dia (Mohammad Nizar) nak ramal terpulanglah, tetapi janganlah kaitkannya dengan orang lama Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohammad Nizar yang mengatakan ramalan PRU13 yang dinyatakan di Twitter baru-baru ini diperoleh daripada pimpinan Umno dan ‘orang lama’ dalam Umno.

Melalui ramalan itu, Pakatan Rakyat (PR) dijangka memperoleh 145 kerusi Parlimen manakala Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh 77 kerusi sahaja.

Saharuddin berkata, pihaknya yang merupakan orang lama dalam Umno tersinggung apabila dikaitkan dengan ramalan itu.

Menurut beliau, ramalan dan dakwaan itu sebenarnya meleset kerana pada PRU yang lepas undi orang-orang lama ini kesemuanya milik BN berdasarkan peti undi yang dimenangi.

Sementara itu Pengerusi Veteran Umno Negeri, Datuk Abdul Khalid Nasir berkata, pihaknya juga menafikan sekeras-kerasnya pernah memberitahu secara rasmi mahupun tidak keadaan tersebut.

“Daripada sumber mana yang dia dapat? Kita ini yang tubuhkan Umno, takkan kita nak nafikan kemenangan Umno pada PRU nanti?

“Mohammad Nizar hanya lancar perang psikologi untuk senangkan hati ahli-ahli dan penyokongnya sahaja. Realitinya tidak begitu nanti,” katanya.

Menurutnya, semua veteran Umno yang ditemui telah menyatakan sokongan dan bersemangat untuk membantu BN pada PRU13.

PSY TIBA AWAL PAGI ISNIN



GEORGE TOWN: Penyanyi K-Pop sensasi dari Korea Selatan, Psy dijangka tiba di Pulau Pinang awal pagi Isnin iaitu beberapa jam sebelum dia dijadualkan membuat persembahan pada majlis rumah terbuka Barisan Nasional (BN) di sini.

Psr atau Park Jae-sang yang popular dengan fenomena Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 80,000 tetamu pada pukul 11.45 pagi Isnin di di padang Sekolah Tinggi Han Chiang.

Pengerusi Penganjur, Oh Tong Keong yang juga Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang berkata, beliau tidak pasti mengenai waktu ketibaan Psy namun memaklumkan bahawa penyanyi itu meminta pengawal keselamatan untuk mengiringinya ke lokasi persembahan.

Psy sebelum ini berada di Salvador, Brazil bagi acara parti jalanan terbesar dunia selama dua hari bermula 8 hingga 10 Februari.

Bagaimanapun sekitar 10 pagi Ahad (waktu Malaysia), Psy menulis mesej di laman twitter mengatakan dia akan meninggalkan Brazil namun tidak menyatakan lokasi yang akan ditujuinya.

Mstar.

Pelakon uzur cari bakal Isteri


 “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.

Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
Foto
BANGLO milik Ibrahim bernilai lebih RM1.8 juta di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya.
Ketika zaman mudanya, Ibrahim antara pelakon utama Kebun Pak Awang yang berjaya mengangkat populariti drama radio berunsur pembangunan terbitan RTM itu hingga mampu bersiaran selama sedekad.

Lautan Merah di Pekan





PEKAN - Konvoi Jelajah Anak Malaysia telah menjelajahi kawasan ke-19 di lapan buah negeri sejak dilancarkan di Putrajaya pada 31 Januari lalu.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Perguruan Sultan Idris, Fadillah Mukhatar .

"Pekan merupakan kawasan yang ke-19 kita lawati dan selepas ini kita akan terus ke Segamat, Johor.

"Sebelum ini, peserta telah pergi ke beberapa buah negeri, antaranya Selangor, Perak, Kedah, Perlis dan Kuala Terengganu," katanya ketika di program Muzikal Rakyat di Taman Agro-Tech.

Yang hadir sama Ahli Mesyuarat dan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Hj. Ishak Hj. Mohamad.

Menurutnya, sepanjang program tersebut, mereka akan mendengar masalah rakyat untuk direkod dan laporan kaji selidik itu akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kami sangat bangga dan berbesar hati melihat sambutan hangat yang ditunjukkan oleh penduduk Pekan terhadap program 'Jelajah Anak Malaysia'.

"Sambutan di Pekan antara yang paling meriah setakat ini.


Sementara itu, Presiden Alumni Aspirasi,  Mohd. Shahar Abdullah berkata, program itu juga memberi peluang kepada mahasiswa berkomunikasi, mempelajari cara menguruskan organisasi dengan baik dan mempelajari cara berhadapan dengan masyarakat.

Sementara itu, sempena program tersebut di daerah ini, pihaknya turut melancarkan lagu bertajuk Kami Sayang PM sebagai tanda terima kasih kepada kesemua Perdana Menteri yang telah dan sedang menerajui negara sejak merdeka hingga sekarang.

"Lagu ini telah diilhamkan sejak sebulan yang lalu dan menunjukkan bahawa mahasiswa menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri," katanya.

Artis terkenal, Najwa Latif turut hadir memeriahkan program Rakyat Service Centre (RSC) dengan menyampaikan tiga buah lagu.

PCT dah lama bersiap siaga.


Menjelang Pru 13 yang tak lama lagi,Anak Jati selaku wakil PCT memaklumkan pada semua pembaca blog ini yang bahawanya tak lama lagi kita akan menghadapi satu perang besar iaitu PRU yang ke 13.

Amacam mengkome semua dah siap ke PDM mengkome,mesuarat udah ke...hehehe...Adoi...Hah sebelum terlumpa teman nak mengingatkan balik pada semua pada 23 Februari ini bersamaan dengan hari sabtu ni akan diadakan satu Majlis iaitu Himpunan Barisan 1 Malaysia di Kolej sains kesihatan Di Ulu Kinta.

Insyallah disana semua bloggers2 PCT akan berada disana...Sesiapa yang teringin berjumpa kami datang la ye kat sana...hehehe

Meh Rujuk SINI : Himpunan Barisan 1 Malaysia

MB Terengganu Kantoi minum Di Khalayak Ramai


KUALA TERENGGANU 9 Feb 2013 - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menikmati tradisi minum teh bersama komuniti Tiong Hwa ketika hadir beramah mesra dengan masyarakat Kampung Cina menjelang sambutan Tahun Baru Cina di sini malam tadi.-UTUSAN/AZLAN BAHRUM

Bawani tak tahu malu pon dapat BR1M


Ala Takkan la kome tak tahu ala si Seorang yang popular disebabkan fenomena Listen tu...Amboi kutuk2 kerajaan pon ko dapat jugak kan....Fuhhh kable mana lu pkai.

Huru Hara di Kedah


Konvoi Raksaksa Gelombang Merah #SaveKedah ke Empangan Pedu 2 hari lepas..Rakyat Kedah makin benci dengan perangai rakus Pas Kedah mengondolkan Hutan Simpan bernilai Tinggi di kawasan Tasik Pedu..









Kubu Kuat Di gondol


Rakyat Kelantan nampaknya semakin menerima UMNO. Buktinya, lebih 5000 berhimpun di program Semarak Gelombang Merah di kubu kuat Nik Aziz, Pengkalan Chepa. Ceramah isu semasa disampaikan oleh Ustaz Rujhan. Nampak gayanya rakyat Kelantan semakin tidak sabar untuk menukar kerajaan PAS Kelantan. Jika dahulu ceramah-ceramah BN kurang mendapat sambutan, kini tidak lagi. Kalau dulu jemput 1000 orang, 300 orang yang datang. Kini jemput 1000 orang, 5000 yang datang! Diharap Nik Aziz tidak masuk wad lagi apabila melihat gambar ini.

Lagi Gambar Tukar Kelate

Pok Jib teruja makanan Di Penang



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa teruja beliau untuk menikmati pelbagai makanan enak di Pulau Pinang.

Najib juga melahirkan keterujaan untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan penyanyi popular Korea Selatan, Park Jae-sang atau Psy yang popular dengan lagu Gangnam Style dan penyanyi tempatan Shila Amzah pada Isnin.

Psy akan menjadi penyeri pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 1Malaysia anjuran Barisan Nasional di Kolej Han Chiang.

Anggaran 80,000 orang dijangka menghadiri rumah terbuka itu yang akan berlangsung dari 9 pagi hingga 1 tengah hari.

"Rasanya tidak sabar untuk menikmati makanan enak di Pulau Pinang yang indah esok dan juga untuk bersama-sama dengan penduduk Pulau Pinang menyaksikan persembahan Psy Oppa dan Shila Amzah," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Esok, Najib akan menghadiri beberapa acara seperti Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Majlis Minum Petang bersama pemimpin masyarakat Cina.

Ayah kita bersama menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak... Jumpa di Penang bro.....
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/02/ds-najib-teruja-untuk-menikmati-makan.html#zAT1ZRzlst3JkPQv.99

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...