Lagu anak kecil main api terus berkumandang semenjak peristiwa 13 mei 1969. Lagu ini terus menjadi lagu hit setiap kali pilihanraya menjelma. Perbagai jabatan dan penganjur program politik kerap mempamirkan lagu ini apabila mengadakan program bagi membina semangat jati diri bangsa melayu.
Peserta peserta pastinya akan dihenyak dari segi mental untuk menjadikan seolah olah tanggungjawab mempertahankan nasib bangsa adalah terletak dibahu mereka sahaja dan bukannya kepada serigala serigala yang mempunyai segala galanya.
Modul modul yang diserapkan didalam program itu semata mata mahu menjadikan peserta menjadi taksub kepada parti dan bukan kepada bangsa melayu yang beragama islam. Amat mendukacitakan kerana ketaksuban yang melampau ini dipergunakan oleh pihak pihak tertentu untuk mengekalkan kuasa demi mengaut kekayaan.
Setiap kali peserta pulang dari program seolah olah terdapat satu kuasa yang membangkitkan semangat untuk mempertahankan nasib bangsa. Malangnya peserta peserta hanya mempunyai pengaruh dan kuasa yang teramat terhad. Semangat semata mata tidak mencukupi.
Didalam keadaan serba kekurangan dan ditambah pula dengan kekangan dari para serigala yang masing masing berlumba lumba melahirkan jentera pelobi masing masing didalam pilihanraya dan pemilihan agung umno akan datang
Kita dapat lihat pejuang maya yang benar benar ikhlas dicicirkan. Pelobi pelobi upahan ini menjadi alat para serigala untuk menjatuhkan bakal bakal calon yang bukan dari kumpulan mereka dan sepatutnya wang ringgit itu digunakan untuk mempopularkan parti dengan cara menjaga kebajikan rakyat.
Pejuang pejuang maya yang ikhlas ini merasa tertekan dan hairan, kenapa kuasa yang ada selama ini tidak mampu untuk mengubah nasib bangsa?
Kenapa kuasa yang ada selama ini tidak digunakan untuk membantu nasib bangsa yang tertindas, sebagaimana yang dinyanyikan dalam lagu anak kecil main api?
Kenapa kuasa yang sediada ini tidak digunakan bagi memastikan pribumi tidak merintih sendiri, sebagaimana senikata yang terdapat dalam lagu anak kecil main api?
Kenapa kuasa yang sedang digenggam kini tidak digunakan seluas luasnya bagi memastikan bumi yang dipijak ini tidak menjadi milik orang sebagaimana yang dinyanyikan dalam lagu anak kecil main api?
Dan kenapa pula setiap kali program bina semangat para peserta dimaki hamun dengan perkataan nista dan dipaksa pertahankan nasib bangsa?
Apakah punca kekalahan parti sebelum ini berpunca daripada peserta peserta ini? Apakah pula tanggungjawab pemimpin parti?
Bukankah selama ini rakyat membenci pemimpin kerana pemimpin itu sendiri yang tidak menjalankan tanggungjawab?
Yang pastinya rakyat membenci pemimpin dan rakyat bukannya membenci peserta peserta ini.
Bukan jatidiri peserta yang perlu disemai tetapi jati diri para pemimpin lah yang perlu digarap.
Apa yang serigala serigala ini mahukan dari penyokong penyokongnya?
Tidak cukupkah selama ini pengorbanan penyokong penyokong?
Apa lagi yang mahu diperah dari penyokong penyokong ini?
Janganlah Kepala yang di dongak ke LANGIT bisa
Membuatkan lupa kepada BUMI yang dipijak.....
Janganlah kerana kamu mahu mengekalkan kuasa tapi penyokong penyokong pula mahu dikorbankan berkali kali....
Sedar lah wahai sang serigala, penyokong penyokong yang kamu perah ini masih hidup dalam kemiskinan. Tiada apa lagi yang tinggal pada batang tubuh mereka melainkan nyawa dan semangat.
Kamu, wahai serigala.... Masih mahu mengorbankan bangsa dengan sikap tidak mahu berusaha untuk membantu pejuang melayu....
Sedarlah, sedangkan Kamu yang hidup didalam selesa berkuasa dan kaya raya pun tidak mampu untuk mengubah nasib bangsa, inikan pula pejuang miskin yang didalam serba kekurangan,
mana mungkin mereka mampu mengubah negara........
Tibalah masanya kamu pula...
wahai sang serigala perlu berkorban harta dan nyawa
demi nasib bangsa....
KERANA APA......
Kerana....
Para pemimpin telah mengabaikan pejuang dan mengambil musuh sebagai hulubalang....
Mereka dulu yang telah merosakkan umno dengan menyertai Anwar..
Kini mereka menyertai umno kembali di sebelah pemimpin besar
Dengan jawatan besar dan menjaga war room umno...
Mereka telah berjaya memecah belahkan umno dari dalam...
Pemimpin harus ingat...
Rakyat bukan mahukan kemenangan pilihanraya....
Rakyat mahukan perubahan....
Rakyat mahukan perubahan serigala menjadi MANUSIA.....
Bukan sebagai MANUSIA BIASA.. tetapi
MANUSIA bertakwa yang berhati mulia...
Ayuh sang serigala....
Turunlah ke gelanggang...
Berubahlah... Atau kamu akan di UBAH......
Hayatilah denyut NADI RAKYAT.....
Psttt....
Sekiranya di Amerika Syarikat, mereka ada Superman, batman dan iron man sebagai superhero untuk melawan ribuan musuh.
tetapi.....
Di Perak ribuan superhero tidak mampu untuk melawan seorang musuh sahaja yang bernama HANAPIAH MAN bekas penyokong kuat ANWAR GILAMAN