Dari segi populariti dan kewibawaan calon Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, tidak keterlaluan jika dikatakan Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dengan panggilan AzwanBro tampak lebih menyerlah dan memperlihatkan kredibilitinya untuk menggalas jawatan tersebut.
AzwanBro yang dilihat begitu serasi dengan kepimpinan pemuda yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin yang pastinya akan lebih sibuk sebagai Menteri Kabinet, seharusnya diberikan peluang untuk membantu memperkasakan lagi saf kepimpinan pemuda agar ianya selari dengan kehendak orang muda pada hari ini.
Gerakkerja AzwanBro lebih menjurus kearah memperkatakan mengenai permasalahan rakyat dan juga cara penyelesaiannya, kerana pada pandangan beliau, usaha untuk menguatkan parti dan mendekatkan rakyat kepada parti bukanlah tugas wakil rakyat semata-mata, malah barisan pemuda juga turut bertanggunjawab akan perkara itu.
Rakaman penuh temubual MobTV bersama Khairul Azwan Harun dengan idea-idea yang bernas sila [KLIK]